Terbit Setiap Hari, Pada Jam 9.00 Malam Siapa yang nak kahwin dengan orang tua yang nazak? Dah semestinya bukan Naria. Namun keluarganya mendesak dia untuk berkahwin dengan lelaki tua nazak itu demi untuk mendapatkan harta lelaki itu. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk untuk harta dan kekayaan, termasuklah menggadaikan anak perempuan mereka. Disebabkan enggan, Naria larikan diri dari rumah dengan berbekalkan duit sebanyak RM 250 di dalam poketnya. Kerana marah, Naria tak sedar ke mana dia melangkah sehingga dia hampir dilanggar dengan kereta. Lelaki yang hampir langgarnya nampak seperti satu harapan untuk dia bebaskan diri dari dikahwinkan dengan lelaki nazak yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarga. “Hourly rate saya bukan murah, cik.” – Eden Raimi Tapi niatnya untuk gunakan lelaki itu hilang bila lelaki itu ditikam entah dari mana. “Awak gigolo…?” – Naria Aulia “Cikgu macam awak pun tak hina pekerjaan saya. Saya tak minta lebih. Saya cuma minta awak kahwin dengan saya.” – Eden Raimi Disebabkan terdesak, Naria setuju untuk berkahwin dengan Eden hanya untuk membebaskan diri dari keluarganya yang kerap mengeksploit dirinya untuk adik-adiknya supaya mereka tak perlu bersusah payah bekerja untuk sara diri. Ikhlas berkahwin dengan seorang gigolo, Eden sorokkan identitinya sebagai lelaki yang terkaya di Asia Tenggara dengan berpura-pura miskin untuk menguji Naria walaupun sebenarnya dia dah jatuh cinta terlebih dahulu di dalam perkahwinan mereka.
Update 25 September 2025
2025-09-26
best sgt cerita ni
2025-09-25
sis tlg update chapter seterusnya
2025-09-24
Donated 200 nCoins.