Game Over, Sayang

NovelPlus

Romance Series 123
0
(0 ratings)

Synopsis

Terbit Setiap Hari, Pada Jam 9.00 malam Nayla Rania menolak kepulangan bapanya selepas tinggalkan rumah selama lima belas tahun. Tapi dalam tempoh seminggu sahaja, ayahnya diterima semula oleh ibunya. Dan setelah kepulangan ayahnya, Nayla jadi semakin kuat melawan sehinggakan ibunya ugut untuk potong lidahnya dengan gunting. Penyelesaian ibu bapanya? Kahwinkan sahaja. Nayla terus bersetuju untuk dikahwinkan tanpa teragak-agak. Namun, bila berjumpa dengan lelaki itu, Nayla faham kenapa dia hendak dikahwinkan dengan lelaki ini. Aidan Zaki – lelaki yang menjadi pilihan bapanya untuk dikahwinkan dengannya adalah seorang yang cukup lembut cara percakapannya. Tapi disebalik kesopanannya, lidahnya dengan Nayla boleh dikatakan bilah bertemu bilah. “Saya setuju kahwin dengan awak pun sebab dengar cerita, tak laku. Yelah, umur dah 25, kan?” – Aidan “Tak tahu pula awak buat charity kahwin sanggup. Dah berapa bini awak ada?” – Nayla Akhirnya, mereka bersetuju untuk dikahwinkan. Asalnya adalah untuk menggunakan satu sama lain untuk larikan diri dari keluarga masing-masing tapi objektif utama mereka adalah untuk lihat, siapa yang paling lama boleh bertahan dengan satu sama lain. “Nayla, jaga mulut awak tu. Ini bukan cara perempuan bercakap,” – Aidan “Awak je yang cakap mengalahkan perempuan. Cuba la check dalam seluar tu apa ada dekat dalam.” - Nayla Namun, semasa majlis pernikahan mereka, Nayla dikejutkan dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangkakannya. Sebaik sahaja dia mengangkat pandangannya selepas sesi batal air sembahyang, Nayla terpandang Syamimi, isteri kedua ayahnya. Yang lebih mengejutkannya adalah, Syamimi berada di dalam kalangan keluarga Aidan. Jadi, adakah perkahwinan mereka sebenarnya dirancang oleh ayahnya untuk dapatkan sesuatu dari keluarganya? Selepas lima belas tahun, ayahnya kembali dan menjodohkannya dengan lelaki yang ada pertalian kekeluargaan dengan ibu tirinya. Dalam mindanya cuma terdetik dua soalan. Bolehkah dia percayakan Aidan? Dan bolehkah dia larikan diri dari bala yang dibawa pulang oleh ayahnya?


Share this novel

Rate this story


Comments

Fantacy
2025-08-22 

Tumpang promote novel baru saya 'My Lovely Miss Secretary'. Tq kepada yang sudi support. Jemput singgah ^_^

Sweetiebaby
2025-08-22  3 Replies

Nmpk byk konflik.. nanti senang kita intai?

ironlady70
2025-08-21  3 Replies

Ehhhh not bad… Nayla ni berani.. I like her…???

NovelPlus

3417 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience