Takdir Cinta Terpendam

Azzalea

Romantic Comedy Series 59211
0
(0 ratings)

Synopsis

~ Cinta itu bukan tentang paksa atau rela, tetapi tentang keteguhan hati untuk mempertahankan ~ Kerana konflik keluarga, hati dan perasaan Shira menjadi taruhan. Satu-satunya jalan keluar yang tinggal adalah menikahi lelaki bernama Arrian, lelaki yang belum sempat dia kenali. Perkahwinan itu bukan pilihan, tetapi takdir yang dipaksa. Arrian melihat perkahwinan ini sekadar urusan perniagaan. Sekadar perjanjian dan alat untuk menebus harta pusaka, kerana pada hakikatnya, hatinya sudah lama terpaut pada seorang wanita misteri yang pernah menyelamatkannya empat tahun lalu, pada malam yang kelam ketika seluruh dunia diselubungi pandemik. Petunjuk yang dia ada hanyalah sehelai sapu tangan milik orang yang dia tidak sedar sebenarnya sudah berada di depan mata. Takdir seakan sengaja mempermainkan mereka. Saat cinta mula mengetuk pintu hati masing-masing, pengakuan seorang wanita yang mengaku sebagai penyelamat yang selama ini Arrian cari, menariknya semula kepada janji lama. Antara janji dan cinta, antara rahsia dan luka, mereka harus memilih. Kerana, bahagia itu tidak pernah datang tanpa harga. Kadang-kadang ia menuntut pengorbanan yang paling menyakitkan. Arrian dihambat dilema antara janji yang dipersetujui, rahsia yang belum terungkap dan hati yang akhirnya tidak mampu lagi menafikan kebenaran. Shira pula terperangkap antara maruah, kemarahan dan egonya sendiri. Bagi mereka, cinta ini terlalu berat untuk dipertahankan. Tetapi, mampukah mereka berpaling ketika hati sudah mula terikat dengan insan yang sepatutnya dibenci? WARNING BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2025 NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

Adira
2025-11-21  1 Replies

Tak tahu nak sokong siapa.. Danish dan Arrian dua² macho... author jahat! hahahahaha

azie_hamid
2025-11-21  2 Replies

mesti gambar shira dengan danish yang elana terima senang nak buat onar depan keluarganya sebab x tahu arrian pun ada ditempat yang sama dimana shira dan danish berada sabar je la

ironlady70
2025-11-20  2 Replies

Donated 200 nCoins - Tq Author….Bila masuk bab ada mertua dan adik ipar yang toxic tu… gerammmm… tak habis2 busuk hati..???

Azzalea

4171 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience