Lelaki Untuk Dahlia

PinkRose

Romance Series 17585
5
(101 ratings)

Synopsis

Bukan tak mahu berumahtangga, mungkin saatnya yang belum tiba. Sebagai seorang wanita berdikari Dahlia perlu selective dalam mencari calon pasangan hidup. Tak mahu tersalah pilih. Risau kelak hidupnya sendiri yang merana. Maklum saja, lelaki zaman sekarang ini perangainya macam monster. Berjumpa dengan Mahri, Dahlia tarik semula kata-katanya. Ya! Tak semua lelaki itu monster. Terutama lelaki bernama Mahri ini. Dia sangat baik dan pandai membaca isi hati orang hanya melalui air muka. Seorang yang gentlemen serta berbudi bahasa. Dahlia mula terbuka dan sedia mengenali Mahri lebih dekat. Namun dalam masa yang sama, hidup Dahlia hampir huru-hara bila saban hari diganggu oleh seorang monster yang tak habis-habis nak cari pasal dengannya. Tak tahu apa dia nak. Lelaki bernama Halil ini membuat Dahlia betul-betul muak. Sehingga tiba masanya, Mahri mengutarakan hasrat mahu menghalalkan Dahlia. Bagi Dahlia sendiri, dia tak punya alasan lagi untuk mengatakan tidak. Malah hidupnya akan selamat bila bersama Mahri. Paling penting, Halil tak akan lagi menggangu dirinya. Tapi kenapa Dahlia masih ragu? Ada sesuatu yang membuatnya belum bersedia memberi Mahri jawapan. Lebih menyedihkan bila dia sendiri tak tahu apa penyebabnya.


Share this novel

Rate this story


Comments

Mimie Yahya
2023-09-24 

adoiyaiiii .... tergantung sepi ni cerita....anime x abis lagi ke....kikiki

Mimie Yahya
2023-08-24  2 Replies

ate nape senyap je ni pinky....mana Dak dahlia ni peginya ...sonyap yooo.....

Sofiah Abd aziz
2023-07-31  1 Replies

aduh spesis laki dtg bulan pulak.huhu

PinkRose

3124 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience