Terbit setiap hari, pada jam 4.00 petang Cincin nikah boleh disarung kemudian, penyangak tak boleh dilepaskan! Bukan sahaja hatinya dipermainkan, malah wang simpanan Isabella juga lesap dibawa lari oleh Jefri, bekas teman lelaki tak guna. Demi rawatan ibu dan pengajian adik, Isabella nekad menerima tawaran jadi isteri Karl Eskandar, lelaki kacukan Melayu-Sweden yang baru dikenalinya. Namun, di malam pernikahan, Isabella tiba-tiba hilang! Semuanya kerana dia terburu-buru mengejar Jefri yang ditemuinya bersembunyi. Dia lupa status dirinya sudah berubah menjadi seorang isteri. "Why you tak lari dari awal, Belle? At least I tak perlu buang masa kejar you." – Karl Eskandar Nampak seperti tidak peduli, namun setiap langkah Isabella tetap dalam perhatian Karl. Hingga akhirnya mereka bertemu semula saat Isabella tidak sedarkan diri dan membuat Karl tergoda serta berang dalam masa sama. "This is how you nak I rasmikan you? You hancurkan our first night sendiri, Belle." – Karl Eskandar Apa yang Isabella kejar tidak pernah ketemu, sebaliknya pelbagai kejutan menanti. Siapa sangka, lelaki yang kini sah menjadi suaminya rupa-rupanya CEO baru syarikat tempat dia bekerja. Lebih malang, Isabella dipaksa pula menjadi setiausaha peribadinya! "You ada dua pilihan.Be my secretary, or I’ll make sure satu pejabat tahu you isteri I." – Karl Eskandar Hati Isabella bergetar hebat. Bagaimana kalau Karl Eskandar tahu dia juga seorang “penipu” hanya kerana mahu hidup senang? Mampukah cinta yang baru berputik ini bertahan… atau akan hancur sekali lagi?
Update 08 October 2025
2025-10-07
next chapter update pleased