CIK DRIVER DAN ENCIK TENGKU

Amieda Amee

Romance Series 5829
0
(0 ratings)

Synopsis

Dahlia Zalikha, bukan gadis tipikal. Mulutnya boleh tahan ‘laser’, sikapnya kasar, tapi hatinya sekuat besi. Hidup di tengah ibukota yang serba mencabar tidak mudah. Lebih-lebih lagi apabila dia menjadi harapan keluarga di kampung. Semuanya berubah sejak hari yang cukup malang ketika secawan kopi tertumpah ke baju seorang lelaki kaya, kacak, tapi teramat ego iaitu Tengku Hayder Al-Wakeel. Lelaki itu bukan sahaja memarahinya habis-habisan, malah menjadi punca dia kehilangan kerja. Dahlia berjanji dia tak ingin bersua muka dengan si Tengku bongkak itu lagi! Namun takdir seakan sengaja mempermainkannya. Dahlia yang terdesak mencari pekerjaan baharu tersilap membaca iklan. Dia menyangka jawatan kosong itu adalah 'pembantu peribadi', tapi rupa-rupanya… pemandu peribadi! Dan siapa lagi bosnya kalau bukan Tengku Hayder sendiri! Hari-hari mereka kini penuh dengan ‘brek mengejut’, perang mulut, sindir-menyindir, dan kejadian kelakar yang buat Dahlia pening kepala melayan kerenah si Encik Tengku. Begitu juga Tengku Hayder yang tidak mahu mengalah dan sering sahaja mencari pasal dengan Dahlia. Tapi dalam diam, Tengku Hayder mula melihat sesuatu yang ‘indah’ di sebalik sikap kasar Dahlia. Dalam diri Dahlia ada kekuatan, ketulusan, dan kecantikan yang tidak semua orang nampak. Dan dia merasakan satu perasaan halus dan istimewa bagai tumbuh di sudut hatinya terhadap gadis itu. Antara bos dan pemandu, benci jadi cinta, dan cinta jadi bahagia. Mampukah si Encik Tengku membuang egonya, dan si Cik Driver yang kasar membuka pintu hatinya buat lelaki itu? Jemput baca kisah rom-com yang sweet, kelakar, dan penuh dengan babak romantis ini.

View All Chapters (Total 6 Chapter)
Update 18 September 2025


Share this novel

Rate this story


Comments

Erna Md Nordin
2025-09-18 

Alamak, encik Tengku dh jatuh cinta ke..?

azie_hamid
2025-09-17  1 Replies

lucu baca bab ni asyik gaduh je en. tengku dengan dahlia

azie_hamid
2025-09-14 

bersyukur dahlia khidmatnya sebagai pemandu masih diperlukan oleh en.tengku

Amieda Amee

3652 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience