Bab 41

Romance Series 45184

Lama Irene berfikir. Bagaimana dia mahu memulakan kata. Dia sudah berada di tempat letak kereta Greenland Mall bersama Brian. Sekejap lagi mereka perlu bertemu dengan Jason di Kenny Rogers Roasters restoran. Tetapi dia masih belum berterus-terang dengan anaknya itu.

          " Kita tunggu siapa mama?", tanya Brian apabila ibunya itu masih tidak bergerak di tempat duduk pemandu. Irene membuka tali pinggang keledar. Dia membuka pintu kereta dan beralih tempat ke belakang. Dia perlu berbicara secara berdepan.

          "Mama ada perkara perlu beritahu Brian ," Irene memulakan mukadimah. Berhati-hati dia menutur kata. Brian memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

          " Apa mama?", mulut comel Brian menyoal. Irene mengatur kata dalam hati. Kemudian menuturkan satu persatu agar anaknya itu dapat memahami.

           "Kalau papa nak jumpa.. Brian suka?", Irene cuba memancing reaksi Brian sebelum menuju ke perkara utama. Tidak mahu Brian takut atau terkejut.

            "Papa? Papa dah balik sini ke mama? Brian nak jumpa. Brian nak papa duduk sini ", Brian sudah berangan-angan. Sudah lama dia menunggu kepulangan ayahnya. Kawan-kawannya selalu bercerita tentang ayah masing-masing. Dia sahaja yang tidak tahu dimana ayahnya. Mamanya selalu memberi alasan apabila dia bertanyakan perihal ayahnya.Kata mama, ayahnya berkerja di tempat yang jauh.

             Irene telan air liur. Ada rasa kesal dihati Irene. Dalam kesibukkan dia membesarkan Brian, dia terlupa ada kekosongan yang tidak beri perhatian. Kasih sayang seorang ayah. Dia rasa bersalah.

           " Hmm..Macam ni.Sebenarnya kan..Hmmm..Sebenarnya Brian dah pernah jumpa papa", ujar Irene perlahan. Dia masih ragu-ragu dengan penerimaan Brian nanti. Takut benar dia kalau Brian sedih.

          " Ye ke mama? Tapi bila ye?", soal Brian. Dahinya berkerut cuba mengingati. Irene mengusap tangan anaknya.

          " Uncle yang bawa pergi mcd tu. Ingat tak?", ujar Irene lembut. Bulat anak mata Brian. Tak sangka agaknya.

          "Ha.. Brian ingat. Tapi mama cakap itu kawan mama je..betul ke dia papa Brian?" anak kecil itu masih sangsi dengan kenyataan yang baru didengarinya. Irene menggangguk mengiakan. Cuba menyakin Brian. Tidak lama kemudian Brian mula mengukir senyum.

          " Yeayyy. Nanti boleh la papa selalu bawa Brian jalan-jalan. Pergi mdc lagi. Kat sana ada playground ", tutur Brian girang sekali. Senyumnya makin lebar dengan kedua tangannya digoncang berirama. Mempamerkan keseronokan yang dirasainya. Irene pula yang terkejut. Mudahnya.

          " Brian happy? "

          " Mestilah  mama! Boleh bawa papa jumpa kawan-kawan Brian. Lama Brian tunggu papa balik ", ceria Brian bercerita.

          " Tapi kenapa tak cakap hari tu?", sambung Brian lagi. Mata bundar Brian dihalakan kembali kepada mamanya, Irene. Dia rasa pelik kenapa tidak diberitahu masa pertama kali dia bertemu ayahnya.

          "Hmmm...err..papa tak nak Brian terkejut. Brian tak pernah jumpa papa kan? Papa tak nak takutkan Brian. Mama minta maaf ye ", Irene berkata apa sahaja yang ada di fikirannya. Takkan dia nak kata papa dan mamanya sedang berperang. Naya. Brian menggangguk faham.

          " Bila papa nak duduk dengan kita?" mulut kecil itu kembali menyoal. Ah sudah. Irene kematian kata. Apa lagi nak kelentong.

          " Aunty Lily kan ada duduk dengan kita. Nanti papa nak duduk bilik mana?", Irene cuba memberi alasan. Lagi pun, dia tidak berminat untuk duduk sekali dengan Jason. Macam menempah bala sahaja.

          " Papa duduk bilik mama la kan?", Brian memandang Irene meminta jawapan. Alamak, pandai pula dia.

           " Okay... Okay. Nanti papa tinggal dengan kita.", Irene mengalah. Dia mengiyakan saja. Dia mahu menghentikan segala persoalan yang  akan keluar dari mulut Brian dan dia tidak pasti akan ada jawapan untuknya.

            " Horey. Brian ada kawan," Brian berkata riang.

            Irene tersengih melihat keletah anaknya. Sekurang-kurang ada seorang yang begitu gembira dengan keputusannya ini. Anak rambut di dahi Brian dirapikan dan dicium disitu.

           " Okey. Sekarang papa tengah tunggu kita kat dalam. Jom! ", ajak Irene. Lega hatinya apabila Brian dapat menerima perihal Jason dengan sangat baik. Brian memang anak yang tidak banyak kerenah.

           " Jom! ", sambut Brian dengan teruja. Tidak sabar untuk bertemu Jason.

           Irene lantas keluar dari kereta dan diikuti Brian. Mereka berpimpinan tangan dan memasuki bangunan membeli belah.

            Dari jauh Irene sudah dapat melihat Jason sedang menunggu di luar kawasan Kenny Rogers Roasters . Lelaki itu berdiri tegak sambil kedua tangannnya di dalam poket seluar. Jason tersenyum dan melambai tangannya apabila melihat kehadiran Irene bersama Brian. Anak kecil itu melepaskan genggaman tangan Irene dan berlari mendapatkan Jason. Brian memeluk kaki Jason seperti sudah lama tidak bersua.

         " Hai papa ", sapa Brian dengan mendongak memandang Jason dengan senyuman mesra.

          Walau pun Jason agak terkejut dengan tindakkan Brian yang tidak diduga itu, dia tunduk juga lalu mendukung Brian. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila mendengar Brian memanggilnya papa buat kali pertama. Irene sekadar menjadi pemerhati.

         " Hai Brian. Cuba panggil papa sekali lagi ", pinta Jason. Dia semacam tidak percaya.

         " Papa dah lama tunggu? ". Brian merangkul leher Jason.

         " Tak sayang. Jom kita masuk ke dalam. Kita isi perut dulu ", cadang Jason. Dia memandang Irene dengan ekor matanya. Wanita itu masih berdiam diri dan tidak menyapanya langsung. Jason dengan selamba mengenggam tangan Irene dan menarik wanita itu untuk mengikutinya.

          Irene terpinga-pinga apabila ditarik begitu namun dia menurut sahaja. Tidak melawan atau memprotes. Jason memilih meja di bahagian belakang yang agak tersorok. Dia juga yang memilih makanan untuk mereka. 

           Sepanjang mereka mengisi perut itu, hanya Brian yang banyak bercakap dan dilayan oleh Jason. Irene tidak banyak bercakap. Bersuara hanya ditanya oleh Brian.

          Jason memasangkan earphone ke telinga Brian. Membiarkan anaknya itu menonton rancangan kartun kegemarannya sementara dia berbicara dengan Irene. Dia tidak mahu Brian mendengar masalah orang dewasa. Wajah masam wanita sepanjang sejam ini menunjukkan dia tiada hati dengan pertemuan ini.

         " Takkan marah lagi? ", Jason cuba menarik perhatian Irene. Wanita itu masih menguis-nguis makanan dengan sudu dan garfu. Makanan di pinggan masih belum luak sedikit pun.  

         " Bila you nak lepaskan Jerry ? ", soal Irene terus. Hidupnya tidak akan tenteram selagi Jerry tidak dibebaskan.

         Wajah Jason berubah kecewa. Ternyata Irene sedang memikirkan tentang lelaki tak guna itu. Dia diam membisu. Membiarkan soalan Irene berlalu. Dia mengalihkan pandangannya pada Brian di sisinya. Anak itu leka menonton skrin telefon namun sempat si comel itu menghadiahkan senyuman kepadanya. Terubat hati Jason seketika.

         " Lusa I nak you datang ke JPN. Pukul 12. Bawa list borang yang I whatsapp nanti ", arah Jason tanpa menjawab persoalan Irene. Dia sudah mengarahkan Malik membantunya mencari orang dalam untuk menguruskan perkahwinan sivilnya nanti.

         " Lusa? Kenapa cepat sangat? ", rungut Irene. Lusa hari Rabu. Dia ada kerja penting yang perlu disiapkan. Mana sempat nak ambil cuti lagi. Pinggan sudah di tolak ke tepi. Seleranya terus mati.

         " Habis tu you nak bila? You nak biar boyfriend you duduk dalam lokap sampai bulan depan? Atau pun tahun depan? You pilih ", ugut Jason lagi. Dia tidak punya banyak masa sebenarnya. Minggu depan dia perlu berada di Johor Bahru.

        Irene menghadiahkan Jason satu jelingan tajam. Mata mereka bertaut tetapi lelaki itu tenang merenungnya.

       " Apa yang susahnya. You tarik je lah police report tu sekarang ", gesa Irene. Bukankah lebih mudah begitu. Jason yang sengaja menyusahkan.

      " Haahaa ", Jason ketawa besar. Kemudian dia menyambung kata.

      "  I tak percayakan you! Mana tau you lari dengan lelaki tak guna tu. Bawa anak I sekali ", bidas Jason. Ingat semudah itu dia akan menurut kehendak Irene. Jangan harap!

        Irene merengus kecil.  Bercakap dengan Jason ni tak pernahnya kalau tak menyakitkan hati.

       " Yelahhh...", Irene menurut akhirnya. Tidak mahu bergaduh di depan Brian. Biarlah dia ikut sahaja rentak Jason. Segala rancangannya sebelum ini hanya membuatkan masalah bertambah rumit.

       Siap makan bersama, Jason membawa Brian ke bahagian kanak-kanak di dalam pasar raya. Dia ingin membelikan mainan untuk anaknya itu sempena pertemuan yang penuh bermakna ini. Kemudian, mereka berjalan-jalan bebas sekitar pasar raya sebelum bergerak pulang.

         Jason menemani Irene dan Brian ke kereta apabila sudah selesai membeli. Beg kertas berisi barangan Brian yang dibeli bertukar tangan. Brian sudah masuk ke dalam carseat di penumpang belakang. Jason memakaikan tali pinggang keledar untuk Brian.

       Irene meletakkan beg kertas tadi ke dalam bonet. Ketika itu, dia perasan ada satu beg yang berbeza. Dia melihatnya. Terdapat sebuah beg tangan wanita berjenama di dalamnya. Irene berasa pelik. Dia tidak ada membeli apa-apa pun tadi. Semua hanyalah barang Brian.

      " Kenapa ada beg ni? You punya ke? ", tanya Irene sambil menyuakan beg tersebut kepada Jason. Lelaki itu masih melayan Brain dengan pintu keretanya yang terbuka.

      " Tu kan beg tangan wanita. You punyalah. Apa I punya pulak. I lelaki. Brian pun lelaki kan?", tanya Jason. Brian menggangguk. Tangan Jason bermain-main dengan tangan Brian.

        " Tapi I tak..", percakapan Irene terus dipotong.

       " Dah ada orang belikan tu cuba you ucapkan thank you je. Kan Brian kan? ", kata Jason lagi. Anaknya itu menggangguk lagi.

       " Tapi I tak perlukan beg baru ", perlahan Irene membalas. Dia meletakkan kembali beg kertas tadi ke bonet belakang. Dia tidak menyangka Jason memerhatikan dirinya. Beg tangan yang digalasnya itu sudah terlalu lama berjasa padanya. Kesan pemakaian sudah dapat dilihat dengan ketara.

       " Apa tak perlunya. Beg you tu dah patut buang tong sampah je ", usik Jason sambil kedua keningnya terangkat meminta respon si kecil.

        " Betul tu. Beg mama dah rosak. Zip tak boleh tutup ", celah Brian menyetujui pernyataan ayahnya. Jason tersengih-sengih. Dia mengangkat tapak tangan ke arah Brian. Anaknya itu menyambut dengan menepuknya. High five! Seronok dapat menyakat Irene. Ada geng pulak tu.

        Hati Irene menjadi sebal. Brain pengkianat! Cepat sungguh dia bertukar pihak. Sekejap lagi siaplah dia kena bebel. Gerutunya. Dia menutup pintu bonet lalu ke pintu pemandu. Enggan melayan kedua beranak tu dari terus menerus mengenakannya.

       " Nanti kita jumpa lagi  ", beritahu Jason lalu menutup pintu. Irene sudah bersedia di tempat duduk pemandu. Enjin kereta kancilnya dihidupkan.

      Jason melambai Brian sehingga hilang di pandangannya. Senyumannya masih di bibir. Dia sangat gembira dapat menghabiskan masa bersama dengan Brian . Dengan pertemuan ini bermakna satu syaratnya sudah tertunai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience