SEBAIK sahaja Irene sampai ke rumah sewanya, dia meluru ke tong sampah. Mencari baju kemeja putih yang dibuangnya pagi tadi. Dia berasa lega apabila melihat baju itu masih ada disitu. Segera diambilnya dan dibawa masuk ke dalam tandas. Dicuci sehabis bersih dan seharum mungkin. Baju ini perlu dipulangkan kepada tuannya sebelum dia ditimpa lebih banyak masalah. Dia cukup malu dengan kejadian semalam. Kejadian siang tadi bermain difikirannya.
" Explain", arah Jason. What?? Irene terpinga-pinga. Dia ada lagilah. Irene ingatkan dia berseorangan.
" You boleh buka selimut tu. I tahu you berlakon je", Jason berbunyi lagi. Kalau dah pejam mata macam main hide and seek tu, memang nampak sangatlah menipunya. Wanita ini memang sesuatu betul.
Irene membuka selimut perlahan. Mata mereka bertentang.
" Hai beauty"
Woah. Dejavu.
" Hai bos", Irene senyum meleret. Aku dah tertangkap ke ni?
" Now, explain " ulang Jason lagi.
" Err...saa..ya. err", Irene betul-betul blur. Inilah yang sedaya upaya mahu dielaknya. Sesi soal jawab yang hanya akan menampakkan kebodohan dirinya sendiri.
" You tahu tak, you betul-betul dah menyusahkan I. Lepas dah lari macam tu je. Ni buat drama 911 pulak dekat sini", Jason mengomel. Dia memandang Irene berteleku di atas di atas katil dengan muka sedih. Seolah-olah sudah bersedia menerima hukuman.
Senyap.
"Errr..we slept together right?", pertanyaan Irene memecah kesunyian. Soalan tanpa tapis lagi. Lantaklah. Dia perlukan kepastian. Pertanyaan Irene itu meledakkan tawa dari Jason. Tidak ditahan-tahan.
" Sebab tu ke you lari macam tu je. Sebab you ingat you tidur dengan I?".
Irene mengangguk mengiakan. Memang dia ingat dia sudah tidur dengan lelaki itu. Sesuatu yang memalukan baginya atau mana-mana perempuan pun.
" Yes. You bangun dari atas katil I kan? So, technically yes."
Irene tertunduk segan. Dia mula mengomel di dalam diri. Mana nak sorok muka ni. Itulah, ikutkan hati sangat. Konon frust menonggeng. Ingat cinta teragung sangat kan. Cinta monyet je pun. Ni entah apa onar yang sudah kau buat ni? Tiba-tiba dahinya ditepuk kuat.
" Aduh!", jerit Irene sambil mengosok dahinya. Terhenti omelannya memarahi diri. Jason mengetuk dahi Irene dengan tapak tangannya apabila di lihat Irene seperti berada di dunianya sendiri.
" Stop dreaming Irene. I'm gentleman. Lagipun you ingat I ada mood ke bila you dah muntah dekat I. And for your information, I dah buang baju you. Busuk tahu tak. " Jason mula bercerita. Irene terkebil-kebil. Maksudnya tak ada yang jadilah kan? kan?
" Err.. maksudnya nothing happen kan?", Irene meminta kepastian lagi. Betul ke ni? Irene mula berasa lega. Rasa macam tak percaya pula.
" Betul la ni you tak ingat apa yang jadi?", sambung Jason lagi. Irene kematian kata. Kepalanya hanya digeleng menandakan dia tiada memori dengan apa yang terjadi. Jason ketawa besar. Geli pula hatinya melihat wajah kelat di hadapannya ini. Sangat berbeza perwatakkannya dari semalam. Interesting. Ketawa Jason menyakitkan hati Irene tetapi dia hanya berdiam diri. Tidak berani bersuara.
" I ingatkan you pengsan. So, I bawa you balik sebab I tak tahu alamat rumah you. Bila dirumah I, you boleh pula buat konsert free. You start menyanyi sambil menari-nari. Walau pun suara you agak menyakitkan telinga untuk didengar tapi I sangat terhibur", Jason bercerita panjang lebar. Senyumnya tidak lekang. Irene pula sudah tidak tahan lagi. Telinganya sudah ditekup dengan tangan.
" You ni minum berapa banyak sampai tak ingat dunia? ", Jason ketawa lagi apabila mengingatkan Irene yang menari atas katilnya. Terhibur sungguh hatinya. Irene mengaru-garu belakang tengkuknya yang tidak gatal. Lelaki tu juga yang belanja dia minum. Lagi mahu tanya.
" I dah cuba berhentikan you sebab I dah penat sangat. I nak tidur. Boleh pula you muntah. Nasib sempat bawa ke tandas. Terpaksalah I bersihkan you. Tapi yang paling I tak boleh terima, you boleh blah macam tu je." sambung Jason. Irene menekup mukanya pula. Mulutnya terkumat-kamit memaki diri. Apa bendalah yang aku buat ni?Patutlah pakaian dalamnya sahaja yang ada.
Jason menyambung tawanya apabila melihat reaksi Irene itu. Malulah tu. Apabila tawa Jason mula reda, Irene kembali bersuara.
" Err bos...Saya akan dipecat ke ni?", tanya Irene takut-takut. Dia sudah buat kesalahan yang memalukan. Takkanlah Jason nak simpan dia lagi.
"Itu yang sepatutnya I buat tapi I will not do that". Jason menyilangkan tangan. Lain macam pula bunyinya ni. Irene berkerut.
" Saya masih boleh kerja disini?"
" Yes. You ada lima bulan lagi di sini. So, I will watching you Irene", amaran lembut dari Jason. Ingat senang-senang nak lepas macam tu je. Memang tak lah. Akan aku bahan kau selama lima bulan ini Irene. Jason menyambung ketawanya di dalam hati.
Sepatutnya Irene berasa lega tetapi lain pula yang dirasa. Air liur yang ditelan terasa pahit. Kenapa terasa macam kena hukuman gantung.
" Terima kasih En Jason dan minta maaf pasal semalam", ucap Irene perlahan. Apa lagi yang boleh dikata. Terima sahajalah Irene. Pejam celik habislah lima bulan tu. Irene penuh berharap. Dia ingin bangun dari katil. Temberang sudah pecah, jadi biarlah dia menyambung kerjanya semula.
" I bagi you cuti hari ni. Rehat di sini ", saran Jason apabila melihat Irene ingin bergerak bangun. Pergerakan Irene terhenti.
" Dah satu lobi tengok drama you pengsan, takkan nak sambung kerja. You ni patut jadi pelakon Irene", Jason senyum mengejek. Irene hanya terkulat-kulat di atas katil. Tangannya mengutil selimut ditangan.
Jason mahu bergerak meninggalkan Irene di dalam bilik itu tetapi dia teringatkan sesuatu.
" Irene!"
Wanita itu mendongak memandang Jason semula.
" Pulangkan baju I", arah Jason. Irene senyap. Baju itu sudah dicampaknya ke dalam tong sampah tetapi dia tidak berani untuk menyatakannya.
" Baik boss!", jawab Irene sambil menabik hormat. Ala-ala tentera. Jason tersenyum simpul lalu meninggalkan wanita itu berseorangan.
Share this novel