BERITA pertunangannya menjadi topik hangat di surat khabar. Masakan tidak, Kate merupakan model serta selebriti. Pertunangan antaranya dan Jason pasti menjadi topik berita di halaman gosip tempatan. Siap ada gambar lagi. Sah Kate yang bagi.
Jason menghempas surat khabar ke atas meja. Sudah tiga hari berlalu, gosip mengenai pertunangan masih dapat dibaca. Haih, tak ada cerita lain ke? Pandangan Jason dilemparkan keluar dinding lutsinar. Pemandangan luar itu tidak dapat menghilangkan baran di hatinya. Semua agenda Karen nampaknya berjalan lancar. Jason bengang. Sesaat kemudian terasa darah membuak-buak ke kepala. Mendidih panas. Jason rasa tertipu. Terimbas peristiwa tiga hari lepas yang dirancang tanpa pengetahuannya.
MAKAN malam diadakan di Armada Tower Hotel, hotel kepunyaan keluarganya. Jason membuntuti Karen menuju ke coffee house hotel. Mereka mengambil tempat di meja yang sudah dikhaskan untuk majlis makan malam ini. Keluarga Kate masih belum tiba dan tiada pelangan lain selain Jason dan ibunya. Saat itu, dia sudah merasa pelik. Coffee house dikosongkan semata-mata untuk makan malam ini. Seperti akan ada sesuatu yang dirancangkan ibunya.
Tidak lama kemudian, tetamu yang ditunggu sudah tiba. Jason bangun memberi hormat.
"Hai uncle, auntie", sapa Jason kepada ibu bapa Kate. Mereka berjabat tangan sebelum duduk dihadapan Jason. Kate yang cantik memakai night dress labuh berwarna cream duduk disebelahnya.
"I ingat you kat New York lagi", tanya Jason. Dia pelik apabila Kate turut sama hadir. Seingatnya, Kate akan kembali ke Malaysia minggu hadapan.
"I baru sampai la pagi tadi. Kenapa? You rindu I ke?", tanya Kate pula. Jason tidak membalas. Sangkanya malam ini hanya acara makan biasa antara kedua orang tua Kate sahaja. Hatinya rasa tidak sedap.
Pelayan mula menghidangkan makanan. Selesai mereka menjamu selera seorang pelayan membawa sebuah kek bersama sejambak bunga ros merah. Sizenya yang agak besar itu menarik minat mata yang memandang. Senyum Kate sudah melebar. Namun Jason sebaliknya. Matanya terkebil-kebil melihat kek tertulis will you marry me?.
"Untuk I?", tanya Kate kepada Jason yang kelihatan termagu. Dia tersenyum kelat. Bullshit! Aku dah kena game! Jason menyumpah dalam hati.
"Apa tunggu lagi Jason. Tadi tak sabar sangat nak bagi", ujar Karen. Drama yang direka olehnya. Merangkap tuan director. Jason terpaksa mengikut sahaja. Berdiri menyarungkan cincin yang sudah tersedia kepada Kate. Bunga juga diserahkan kepada Kate. Simbolik tanda pertunangan antara mereka. Kate sungguh gembira. Senyuman tidak lepas dari bibir. Begitu juga tangannya. Tidak lepas merangkul tangan Brian.
Interkom pejabatnya berbunyi tiba-tiba. Minda Jason kembali ke alam nyata. Butang interkom ditekan.
"Kan I dah kata I tak nak diganggu!" herdik Jason. Dia sudah mengarahkan setiausahanya tidak menyambungkan panggilan yang masuk. Apa yang susah sangat. Kenalan korporatnya tidak henti-henti menelefon mengucapkan tahniah membuatkan Jason rimas. Terus dia mematikan telefon bimbitnya.
"Tapi ni En Samuel, bos?", tanya setiaushanya perlahan. Takut dimarahi sekali lagi. Entah angin apa ketuanya itu. Asyik nak melenting je dua tiga hari ni. Dari awal masuk pejabat lagi, Jason bersikap dingin dan serius. Muka macam nak makan orang.
"Hmm..okay!", Jason mendegus. Panggilan masuk terus disambung.
"Selamat bertunang bro. Tak bagi tahu aku pun. Tiba-tiba terpampang gambar kat surat khabar. Sampai hati kau", usik Samuel terus. Hari itu ketika di Kuala Lumpur, tidak pula Jason memberitahu tentang pertunangannya. Dia hanya mengetahui melalui media.
"Tu Karen punya hal la. Kau tahu, aku macam tunggul je kat situ. Macam orang bodoh. Damn it! Kepala aku ni rasa nak meletup dah ni. Kalau boleh sekarang juga aku nak berambus dari sini ", marah Jason macam peluru. Tiada lagi sopan santun. Dia sakit hati. Lama sudah ingin dihambur kemarahan tetapi tidak tahu pada siapa.
Kedengaran Samuel ketawa besar di hujung talian. Bingit telinga Jason dibuatnya.
"Kau nak aku letak telefon ni ke?", Jason bengang. Ketawa Samuel menyakitkan hatinya yang sudah sedia sakit. Hidupnya terasa seperti satu jenaka.
"Kau ni Jason..Aku bagi ucapan tahniah kot. Boleh pula dia melenting", Samuel menghabiskan sisa tawanya. Apa ajalah perang anak beranak ni. Dari zaman belajar sampai ke tua bangka pun masih tak berdamai.
Jason berdengus geram. Dia tidak menyangka ibunya selicik itu. Mengatur hidupnya seperti dirinya tiada nilai. Diperdagangkan untuk kepentingan diri. Bukan dia tidak tahu. Karen mahu melebarkan empayar ke bidang hartanah pula. Oleh itu, ibunya perlukan sokongan bapa Kate. Dia menjadi jambatannya.Ini sangat tak adil!
Samuel serba salah apabila Jason senyap tidak bersuara. Ketegangan jelas dirasainya. Dia bukan tidak kesian tetapi apa sajalah yang dia boleh buat.
"Okay. Sorry sorry. Aku minta maaf. So, bila kau nak pindah sini? Ada apa-apa yang nak aku tolong? ", Samuel sememangnya memahami Jason. Kawannya itu memerlukan kehidupan sendiri.Bukankah semua orang berhak mempunyai pilihan sendiri?
"Dalam minggu ni juga aku datang KL. Apa nak jadi aku dah tak peduli dah", nekad Jason. Dia bukan patung. Dia sudah terlalu dewasa untuk menjadi pak turut.
"Okay bro. Nanti kau roger. Boleh kita minum-minum sempena kemerdekaan kau nanti." Samuel menamatkan perbualan.
Sebaik sahaja Samuel mematikan panggilan, Jason menghenyak punggungnya ke kerusi pejabat. Dia menarik nafas dalam dan melepaskan dengan berat. Mengeluh untuk yang entah ke berapa kali. Kalaulah dia diberi pilihan siapa ibunya, sudah tentu Karen bukan orangnya.
Share this novel