Perkahwinan yang berlaku secara tiba-tiba pastinya perlu kerjasama dari kedua-dua pihak. Kucar-kacir jadinya jika satu pihak je yang mahu jayakan manakala sebelah pihak tak beri kerjasama langsung. Kemunculan wanita yang menyebabkan dia kehilangan segalanya tambah merumitkan keadaan. Tak akan dia biar wanita itu jadi pemilik yang namanya bahagia! Takdir berpihak. Campur tangan seseorang buat dia punya sedikit, hanya sedikit kawalan terhadap lelaki itu. "Suka atau tidak, you kena berlakon yang kita masih suami isteri, Rei!" "One condition. You tak boleh jatuh cinta dengan I dan I akan pastikan yang I takkan jatuh cinta dengan you." Soal hati tiada siapa yang bijak mengemudi. Apabila keadaan semakin di luar kawalan, dia tahu dia harus segera letak noktah sebelum dia hancur dengan permainan gilanya. "Kenapa I tak layak, Rei?" "I mendambakan seseorang yang mungkin tak pernah wujud." Lelaki itu sukar ditawan. Tak boleh bawa bincang langsung. "A-Awak! Siapa awak sebenarnya?" Semuanya bakal terungkai di situ...
Update 25 February 2025
2025-03-15
mandak bila nak update lagi...
2025-03-10
hi mandak, apa khabar?. rindu ..tertunggu-tunggu update chapter baru hari2 check. moga sihat selalu mandak, boleh berkarya.
2025-03-09
Update lg sis pliss.. Rindu dah dgn fay n anaknya rain .. Tq