SEMALAMAN Jerry tidak dapat melelapkan mata. Hatinya berkecamuk dengan seribu rasa. Sakit hati, marah, geram, kecewa. Semua bercampur-baur. Seakan mahu meletup dadanya. Dia rasa tetipu dan terkilan. Perasaan tidak puas hati membelenggu dirinya kini. Jason nampaknya main kotor. Lelaki itu perlu diajar!
Awal pagi lagi Jerry sudah tersadai di depan Paradise Hotel. Dia akan membuat perhitungan dengan Jason. Si bedebah tu perlu diberikan pengajaran. Supaya tidak mengganggu Irene lagi. Dia tidak mahu menyerah dengan mudah.
Beberapa ketika kemudian, Jerry melihat batang susuk lelaki bernama Jason itu di luar lobi hotel. Tanpa berlengah lagi, dia terus menekan pedal minyak.
Jason sedang berbual dengan Samuel di lobi hotel. Tiba-tiba, sebuah kereta wira hitam berhenti betul-betul di depannya. Seorang lelaki keluar dari perut kereta dan meluru laju ke arahnya.
Jerry menarik kolar baju Jason pantas lalu menghadiahkan sebiji penumbuk kearah pipi kiri Jason. Kuat.
Buk!
Jason jatuh terduduk seperti nangka busuk. Dia meraba bibirnya. Berdarah. Kemudian terasa pedih mula menjalar di pipi. Samuel terkejut. Kejadian itu terlalu pantas untuk dia menghalangnya. Dia menahan Jerry dari mendekati Jason yang sudah jatuh terduduk.
" Kau ni dah kenapa?", jerit Jason lalu bingkas bangun. Tangannya menepuk punggungnya. Rahangnya digerak-gerakkan bagi mengurangkan sakit. Boleh tahan juga penumbuk mamat ni? Jason berkata di dalam hati.
" Kau tu yang kenapa? Berani kau sentuh Irene. Dia bakal isteri aku!!!", marah Jerry . Suaranya menengking kuat. Menandakan amarah yang dirasainya. Tangan Jerry menolak bahu Jason. Jason tertolak kebelakang. Namun dia hanya tersenyum sinis. Tangan kanannya mengelap bibirnya yang sedikit luka.
Samuel terkesima. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Jason dengan Irene? Orang yang sama dia kenal? Biar betul. Dia tak salah dengar rasanya. Bila masa pula ni? Tapi tangannya masih menahan badan sasa Jerry dari menghampiri Jason.
"Huh! kau jangan nak berangan la Jerry. Brian tu anak aku. Irene tu hak aku. Milik aku. Selagi aku hidup kau takkan dapat kahwin dengan dia! ", ujar Jason sambil memandang tepat ke arah mata Jerry. Sengaja membakar lagi kemarahan lelaki itu. Hari tu bukan main sombong kan. Hari ini hari dia pula. Jason ketawa sinis.
Amarah Jerry makin meluap-luap. Dia dengan sekuat hati menolak tangan Samuel yang memegangnya. Dia terlepas lalu memegang kolar baju Jason sekali lagi sehingga mencekik leher Jason. Mukanya merah menahan marah.
" Celaka kau Jason! Celaka kau!!!", maki Jerry dengan keras dan kuat.
" Irene tak cintakan kau la. Dia cintakan aku!! Kau tak nampak ke bodoh?? Dia cintakan aku!!!", selar Jason dengan senyuman mengejek .
Sebiji penumbuk kembali ke pipi kanan Jason. Kata-kata lelaki itu benar-benar membangkitkan kemarahan Jerry. Darahnya sudah naik ke kepala. Akan dibunuhnya Jason hari ini.
Jason jatuh tersungkur. Luka di bibirnya kembali berdarah . Bibirnya pecah. Bertambah parah. Samuel tanpa membuang masa memanggil penggawal untuk memegang Jerry sebelum keadaan kembali tegang. Pergaduhan ini perlu dihentikan segera sebelum menjadi buah mulut tetamu yang datang. Imej hotel perlu dijaga.
Dua orang pengawal keselamatan kelam-kabut memegang Jerry. Ternyata lelaki itu ingin terus membelasah Jason lagi. Tiada tanda akan berhenti.
"Lepaskan aku la. Biar aku ajar lelaki keparat ni!!", pekik Jerry menggila. Samuel membantu Jason bangun. Jason memegang pipinya yang sudah kemerahan. Bibirnya yang berdarah dilapnya dengan belakang tangan. Pasti esok akan meninggalkan lebam. Jason merengus. Akan aku pastikan lelaki ini menerima balasan yang setimpal.
" Bawa di ke bilik pengawal. Kejap lagi I call polis! " arah Jason kepada pekerjanya. Dia mendail nombor 999 dan membuat laporan serta merta.
Jerry masih belum mengalah. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Dua pengawal itu sehabis tenaga mengheret Jerry ke bilik pengawal.
"Lepaskan aku! Hey Jason! Aku tak habis bercakap lagi. Kau jangan berani kacau Irene! Kau dengar tak? Jason!Jason!!", lolong Jerry seperti orang hilang akal sebelum hilang dibawa pergi.
Samuel mengekori Jason ke bilik pejabatnya. Dia meletakkan kotak first aid di atas meja hadapan Jason. Kawannya itu sedang menekap bibirnya dengan sapu tangan.
"Okay ke tak tu? Nak pergi klinik?, soal Samuel yang mengambil tempat duduk didepan meja Jason. Dia menyilang tangannya dan memandang tepat ke mata Jason. Lelaki itu sedang menahan kesakitan.
Jason mengelengkan kepala. Dia membuka kotak first aid, mencari kapas. Setakat luka macam ni, buat malu sahaja kalau pergi klinik.
" Kau tak ada apa nak cerita kat aku ke? Any explanation?", tanya Samuel yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Jason senyum meleret. Sedar dengan kesalahan diri. Tak pasal-pasal buat drama dekat sini. Tempat mereka berdua cari makan pula tu.
" Kau mesti terkejutkan? Sorry la bro. Aku pun tak sangka mamat tu berani buat kecoh kat sini. Nasib orang tak ramai." Jason mulakan mukadimah. Meminta maaf atas pergaduhan yang tidak dirancang.
" Bukan tu yang aku nak dengar la. Straight to the point je Jason", serius Samuel berkata.
Dahinya berkerut. Tidak puas hati dengan jawapan kawannya itu.
Jason serba salah. Mesti Samuel dalam keadaan keliru. Keliru dengan hubungannya dengan Irene.
" Okay. Okay. Sabar. Jangan la marah. Aku nak cerita la ni", ujar Jason. Darah di bibirnya sudah berhenti mengalir. Hanya sedikit bengkak yang tinggal. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.
" Sebenarnya aku dah kenal Irene enam tahun dulu. Dia buat praktikal dekat hotel family aku kat JB. Aku pernah cerita kat kau dulu rasanya. Kalau kau ingat la. Kami pernah bercinta sebelum dia tiba-tiba hilang. Tak sempat habis praktikal, dia dah hilang macam tu je. Sampailah aku jumpa dia balik masa nak sign contract hari tu", cerita Jason dengan panjang lebar.
"Brian tu anak kau?", tanya Samuel lagi. Wah, gosip terhangat ni.
Jason mengangguk mengiakan pertanyaan Samuel. Sudah masanya dia berterus terang apabila keadaan sudah menjadi teruk begini.
"Aku pun baru tahu lepas aku buat DNA test. Irene mati-mati tak nak mengaku", tutur Jason.
" Ni ke sebab kau asyik menghilang je waktu kerja?", Samuel menggagak. Jason mengangguk lagi.
"Patut la aku macam familiar dengan nama tu. Dah tu, kenapa tak berterus terang je dengan aku? Masa aku kata aku syok kat dia?", soal Samuel. Jason tersengih macam kerang busuk.
" Aku lupa.", jawab Jason dengan muka tak bersalah.
" Kepala hotak kau terlupa. Apa punya member la kau ni. Patutnya aku biarkan je si Jerry tu belasah kaw-kaw tadi. Biar padan dengan muka kau." Samuel angkat punggung ingin beredar.
" Hoi, nak kemana tu?".
"Aku nak sambung kerja.Tak jadi nak kesian dengan kau ", protes Samuel lalu menuju ke pintu pejabat. Hilang terus rasa simpatinya.
Jason tersenyum kelat. Mengakui kesalahn diri. Sepatutnya dari awal lagi dia berterus terang.
" Aduh, sakit ni. Tolong aku boleh tak?", Jason masih cuba meraih simpati kawannya itu.
" Apa?", keras saja Samuel bertanya.
" Tolong minta Sara belikan pek ais bro. Bengkak dah pipi aku ni", pesan Jason sebelum Samuel menutup pintu. Temannya itu masih mahu mendengar pesanannya sebelum pergi. Tidaklah marah sangat. Kata Jason di dalam hati.
Jason melentokkan kepalanya pada kerusi pejabat. Sakit di pipinya sudah mula berdenyut-denyut. Jahanam kau Jerry. Akan aku buat kau merengkok dalam penjara. Jangan harap kau nak lepas!
❤️ Thank you yg rajin drop komen tu. love uolsss ❤️
Share this novel
hahaha...Jason kena pujuk Samuel...
padan muka jason.ini yg kita mahu.kikiki
mlm ni nk ckp padan muka jason.. mendapat ari ni..geram2