JASON tekun meneliti kertas kerja di atas meja. Semakin dekat dia ingin berpindah semakin banyak pula tugas yang diberikan oleh ibunya. Jadualnya padat. Berjumpa client dari pelbagai bangsa dan ragam. Selama tiga hari berturut-turut dia keluar masuk bilik mesyuarat. Mental dan fizikalnya sudah lelah. Padahal Karen sudah melantik orang lain menggantikan tempatnya. Dalam kesibukan itu, tiba- tiba pintu pejabat di ketuk.
" Boleh I masuk?", tanya satu suara lemak manja dari arah pintu. Seorang wanita cantik berkulit putih gebu dan bertubuh langsing masuk dengan lengang- lenggok ala model profesional. Punggungnya dihanyun lembut dan menggoda.
"Hai sayang. Jom teman I breakfast," ajak Kate dengan nada begitu manja. Jason memandang Kate dengan pandangan kosong. Sungguh tidak berminat walau pun wanita di depannya sungguh anggun dan jelita. Masakan tidak jelita. Kate model terkenal. Wajahnya sering menghiasi majalah dan kaca tv. Tetapi entah kenapa hatinya tidak tertarik dengan wanita itu. Dia menganggap Kate tidak lebih dari sekadar kawan.
"Breakfast apa? Dah pukul 10 lebih la. Lagi pun I busy ni Kate. Lain kalilah", Jason memberi alasan. Kerjanya masih banyak lagi belum selesai. Lagi pun dia sudah kenyang.
"Alaa sayang, esok I nak fly dah. I nak pergi Paris dengan mummy. Nak beli barang untuk wedding kita ", rengek Kate. Dia mahu meluangkan masa dengan tunang tersayang sebelum berlepas.
Dahi Jason berkerut seribu. Terhenti kerjanya sebentar apabila mendengar kata Kate sebentar tadi. Gila cepat. Dah ada date ke? Usia pertunangannya baru seminggu. Dia pun belum boleh menghadam lagi dengan gelaran tunang itu.
"Bila wedding kita? Kenapa I tak tahu? ", tanya Jason gusar. Bukan boleh percaya Karen ni. Nanti tak pasal-pasal kena game lagi.
"Date tak ada lagi la sayang. Tapi kita kena la buat persiapan awal. Kenapa? You tak sabar nak kahwin dengan I kan?." Kate bertanya dengan nada manja. Sebenarnya, dia yang tidak sabar ingin berkahwin dengan kekasih hatinya itu. Tanpa amaran lengan Jason ditarik mengikutinya keluar. Jason tidak dapat memberi alasan. Diikut sahaja kemana arah Kate membawa.
Bibir Kate tidak henti bercerita sejak dari memasuki coffee house. Jason tidak mendengarnya. Fikirannya menerawang memikirkan rancangannya di Kuala Lumpur nanti. Dia perlu dapatkan maklumat tentang Irene secepat mungkin. Dia sudah mengarahkan Malik menyiasat wanita itu. Tinggal menunggu hasilnya sahaja. Kemudian baru dia akan berfikir rancangan seterusnya.
" You dengar tak apa I cakap ni? ", tegur Kate apabila tiada respon dari Jason. Dia bercerita bagai nak rak. Tapi lelaki itu seolah-olah berada di dunia sendiri. Fikiran melayang entah ke mana. Kate macam bercakap seorang diri.
"Ye. I dengar," Jason berbohong. Sedangkan dia tidak mendengar walau sepatah apa pun yang diperkatakan oleh Kate. Jasadnya sahaja ada, bukan fikirannya.
"You ni kan. Macam tak suka je teman I. You tak kisah ke dengan wedding kita? ", nada Kate mula berubah. Seakan merajuk. Riak wajah Jason yang tidak berperasaan itu menyakitkan hatinya. Dia geram. Cubalah tunjukkan muka prihatin sikit. Ini ketat je.
"Listen Kate. Berapa kali I nak kena bagitau you. This is just a bussiness okay. Tak payah nak emosi sangat. I anggap you sebagai kawan je. Tak lebih dan tak kurang dari itu", ulang Jason untuk kesekian kalinya. Antara mereka tidak akan ada perkara melibatkan perasaan. Kate sememangnya sudah tahu pun. Tapi saja-saja buat tak tahu.
" I tak faham lah you ni! Ramai orang kat luar tu tergila-gilakan I. Tapi you?...dah lah! Hilang mood I nak makan !", bentak Kate. Pinggan berisi french toast ditolak jauh. Dia tidak faham dengan Jason. Bagi orang lain, diri Kate sudah cukup sempurna. Tetapi lelaki itu menolak cintanya berkali-kali. Apa kurang tentang dirinya yang membuatkan Jason langsung tidak berminat? Sekurangnya berikanlah dia peluang.
" Please lah Kate. Penatlah I nak kena ulang banyak-banyak kali", balas Jason. Dia malas melayan karenah Kate. Dah kalau ramai sangat peminat, pergi la cari orang yang ramai tu. Kenapa dia juga yang dikejar? Jason merungut dalam hati. Padanya Kate tidak ubah seperti Karen. Semua kemahuanya perlu dituruti. Kehadiran seorang Karen sudah cukup memeningkan kepalanya. Dia tidak mahu ada seorang klon ibunya pula ditambah dalam hidupnya. Dia boleh jadi gila nanti.
"I tak peduli. Suatu hari nanti you pasti jatuh cinta dengan I. I akan pastikan!" Kate menyatakan dengan penuh yakin. Riak wajahnya tadi cemberut terus berubah ceria. Penuh dengan semangat dan dedikasi.
Jason tersenyum sinis. Dia sendiri pun tidak seyakin itu. Ahh lantaklah. Bukan urusan dia pun nak menjaga hati orang lain. Hatinya sendiri tiada yang nak peduli.
"Suka hati you la Kate. Lagi pun, lagi dua hari I akan pindah KL," ujar Jason dengan nada perlahan. Antara dengar dan tidak. Dia ragu-ragu untuk memberitahu Kate sebenarnya. Tidak mahu wanita itu mencampuri urusannya di sana nanti. Tetapi, mahu atau tidak Kate pasti akan tahu juga akhirnya. Walau bukan dari mulutnya sendiri.
"Wow! You dah beli rumah kita ke? Bila nak bawa I tengok?", tanya Kate teruja. Dia berfikir Jason sudah ada perancangan masa depan selepas mereka berkahwin. Wah, seronoknya.
Jason mencebik dalam hati. Heh, jangan harap! Jangan beranganlah Kate. Dia seboleh-bolehnya akan mengelak perkahwinan ini. Walau dengan apa cara sekali pun! Dia tidak akan masuk lubang untuk yang kedua kali.
"You cepatlah makan. I banyak kerja ni", Jason mengarah. Mengubah cerita. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Kate. Baginya apa sahaja yang berlaku nanti hanya dia sahaja yang tahu.
Share this novel