Bab 1

Romance Series 24063

MATAHARI mulai condong ke barat. Tepat pukul 6 petang. Penghuni Kelas Bintang sudah tidak keruan. Masing-masing menyandang beg dan bergegas meninggalkan tempat duduk. Ada yang berlari, ada yang menyanyi.

Suara riuh rendah mula memenuhi perkarangan Taska Little Angel. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun sudah mula beredar dari kelas masing-masing dan bergerak ke pondok menunggu. Namun ada seorang kanak-kanak lelaki tidak berganjak dari mejanya lalu ditegur rakan terdekatnya.

" Brian, jom balik ", suara kecil mengajak budak lelaki tadi. Dia mengelengkan kepalanya. Tanpa membuang masa rakannya itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian di dalam bilik darjah itu.

Tanpa membuang masa rakannya itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian di dalam bilik darjah itu

Brian menyilang tangannya di atas meja dan mengampuh wajahnya. Bosan.
Matanya sesekali melilau ke luar kelas seperti menunggu seseorang. Apabila sudah lama menunggu, dengan wajah hampa dia menyandang begnya lalu mengikuti kawan- kawannya yang lain.

Tidak lama kemudian, seorang wanita berambut pendek berbaju kurung bunga-bunga menjenguk ke dalam Kelas Bintang. Kosong. Dia kemudiannya menghayunkan langkah menuju ke pondok menunggu. Terdapat pak cik jaga dan pembantu guru sedang menjaga murid-murid. Beberapa orang anggota rela juga dilihat sedang sibuk menjaga lalu lintas. Masih ada sebilangan kanak- kanak belum pulang. Salah seorangnya sedang bermain dengan Brian. Wanita itu menghampiri anak kecil itu.

" Hai Brian, kenapa tak tunggu auntie? ", sapa Lily. Brian berhenti bermain. Dia memuncungkan bibirnya.

Lily merupakan guru di Taska Little Angel. Lily juga adalah teman rapat kepada ibu Brian, Irene merangkap teman serumah mereka anak-beranak. Namun dia sudah menganggap mereka berdua sebagai keluarga sendiri.

" Auntie lambat. Brian bosanlah tunggu sorang-sorang ", rungut Brian. Lily tersengih sambil mencuit pipi gebu Brian.

" Sorry sayang. Auntie pergi tandas sekejap tadi ", terang Lily. Dia kembali bersuara.

" Hari ni kita balik naik van ye," beritahu Lily lagi. Bibirnya mengukir senyuman manis. Irene yang kebiasaannya akan menjemput mereka tidak dapat berbuat demikian. Biasalah kerja makan gaji. Apa yang bos minta, tidak boleh dijawab tidak.

Sudah menjadi kelaziman mereka akan balik bersama dan Irene akan menjemput mereka. Manakala waktu pagi pula mereka akan menaiki van sekolah kerana perbezaan waktu kerja Irene. Namun sekali sekala, dia dan Brian akan pulang menaiki van juga untuk pergi dan balik dari sekolah. Itu semua bergantung dengan waktu kerja temannya Irene.

" Mama tak datang? ", pertanyaan keluar dari mulut comel Brian. Anak kecil itu kelihatan kecewa. Begitulah Brian. Hanya ada seorang ibu untuk bermanja.

" Tak sayang. Mama ada kerja. Kita balik dengan uncle Jerry. Okay? ", ujar Lily yang lebih mesra dipanggil auntie Lily itu. Lily mengusap lembut rambut Brian agar anak kecil itu tidak merajuk. Apa pula seorang ibu. Dia juga boleh dikatakan ibu kedua kepada Brian. Anak kecil itu membesar di depan matanya. Irene tinggal bersamanya sejak mengandungkan Brian lagi.

" Baik auntie ", balas Brian lemah. Hampa. Tetapi tidak lama. Beberapa saat kemudian dia sudah ketawa gembira bermain dengan kawan-kawannya yang masih belum pulang.

Lily mengambil tempat duduk di bangku besi. Dia mengambil beg yang disandang Brian. Semakin seronoklah anak kecil itu bermain sehingga berpeluh-peluh dan berhenti dengan sendirinya. Brian kepenatan dan duduk di sebelah Lily.

" Mama balik lambat ke?", tanya Brian. Lily memaniskan muka. Ditarik badan Brian untuk merapatinya. Tangannya mengelap peluh di muka Brian dengan tisu.

" Tak sayang. Dah siap kerja nanti, mama terus balik lah. Aih, busuk betullah kamu ni. Balik nanti terus mandi tau", ujar Lily sambil menutup hidung. Brian tersengih kemudian mengangguk.

Setelah setengah jam mereka duduk di pondok itu, kelihatan sebuah van berwarna jingga berhenti betul-betul dihadapan mereka. Bas sekolah . Lily membaca perkataan yang tertulis ditepi van itu. Otaknya berfikir. Macam manalah van boleh diberi nama bas pula. Kecelaruan identiti betul.

Brian sudah berdiri. Bersedia untuk naik.

" Auntie,jom ", ajak Brian mematikan fikirannya tadi.

Pemandu van tersebut segera keluar dari pintu pemandu dan membuka pintu belakang van. Beberapa orang budak yang juga menunggu sudah mula memasuki van. Lily turut bangun dan menghampiri pemandu van tersebut.

" Hi Lily, Brian! ", sapa pemuda bernama Jerry itu. Mesra. Lily membalas dengan senyuman. Jerry juga adalah sahabatnya.

"Jom naik. Mama minta tolong uncle hantar Brian pulang. Lily you duduk depan ", arah Jerry lalu membuka pintu hadapan. Lily mengambil tempatnya. Jerry mengira bilangan penumpang sebelum menutup pintu van dan menghidupkan enjin. Dia terus memulakan perjalanan.

" Irene tak dapat jemput. Dia kena jumpa klien pula hari ni. Gantikan bos dia " kata Lily menerangkan. Jerry mengangguk.

"I tahu. Dia ada mesej I tadi. You ada nak singgah mana-mana tak sebelum I hantar you balik?."

"Eh, tak payah la . Nanti Irene bising pulak kalau Brian tak ada kat rumah bila dia dah balik. Lagi pun you nak hantar budak-budak lain jugak kan? Nanti marah pulak mak ayah dia orang." Lily menolak dengan baik. Tidak mahu menggangu urusan temannya itu.

" Alraight", balas Jerry ringkas. Dia menumpukan perhatian kepada pemanduannya semula. Sehinggalah sampai ke rumah sewa Lily dan Brian. Kanak-kanak lain sudah selesai dihantar. Mereka adalah penumpang yang terakhir.

" Thanks Jerry", ucap Lily selepas turun dari van. Brian sudah memasuki kawasan pagar rumah.

" Ok.tak ada hal la." Balas Jerry sambil mengenyit sebelah matanya lalu menutup pintu belakang van di mana Brian duduk. Lily tersenyum.

"Tak nak masuk dulu ke?", tanya Lily pula.

"Tak sempat la. I nak kena pergi restoran kejap lagi. Esok macam biasa ye". Jerry sudah menukar gear ke D untuk bergerak pergi. Sempat juga mengingatkan Lily tentang jadual keesokkan hari.

"Okaylah kalau macam tu. Bye. Bawa van elok-elok". Lily memandang Jerry berlalu pergi. Begitulah Jerry. Sibuk memanjang. Tetapi sentiasa ada apabila dia dan Irene perlukan pertolongan. Kawan ketika susah dan senang. Kawan yang sering menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Oleh sebab itulah Lily sangat menyenangi lelaki itu.

Apabila bayangan Jerry sudah hilang, Lily segera mengunci pintu pagar sebelum mendapatkan Brian yang sudah menunggunya untuk membuka pintu rumah. Dia melihat jam di tangan. Masih sempat lagi ni kalau dia memasak untuk makan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience