JASON menjejakkan kakinya ke pejabat awal 15 minit sebelum pukul 9 pagi. Dia disambut oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Sara, merangkap setiausahanya dan juga Samuel. Sara membawa Jason ke biliknya dan menyerahkan tugasan yang telah diarahkan oleh Samuel untuk diberikan kepada Jason.
Jason membuka sutnya lalu disangkutkan ke kepala kerusi. Kemudian, punggungnya dihenyak. Beberapa fail dokumen yang berada di depannya diambil. Ternyata keputusannya untuk datang awal adalah betul. Banyak kerja sudah menanti. Kerja yang memerlukan keputusannya.
"Mana yang saya perlu tengok dahulu ni? Yang paling urgent?", tanya Jason kepada Sara. Wanita yang berumur lewat 30an itu masih bergaya dan elegen. Sesuai dengan jawatannya. Sara mengambil fail yang paling atas lalu meletakkan di hadapan Jason.
"Yang ni En Jason. Kontrak Hotel Paradise dengan Medlife Insurance. Jumaat ni nak sign. Yang lain due minggu depan dan 2 minggu lagi. Ikut susunan fail ni. Yang atas paling awal dan yang bawah paling lambat", terang Sara. Ternyata Sara sangat teliti dalam kerjanya. Semua sudah diatur bagi memudahkan kerja Jason.Jason mengangguk tanda memahami.
Bagus pekerja Samuel ni. Bisik hati Jason.
"Okay,awak boleh keluar. Terima kasih. Eh, sebelum tu, Sam masuk office tak hari ni? ". sempat Jason bertanya. Sedari awal dia memasuki pejabat, kelibat kawannya itu belum kelihatan. Sedangkan semalam dia sudah memberitahu masa kehadirannya.
"Masuk En Jason tapi lambat sikit. Katanya dia singgah di lobi dan coffee house dulu. Ada perkara yang belum siap ", beritahu Sara. Sebagai setiausaha, dia perlu tahu segala jadual bosnya. Segalanya sudah direkodkan di dalam buku nota dan ingatannya.
"Okay", jawab Jason ringkas. Sara berlalu keluar sebaik sahaja mendengar jawapan ringkas dari Jason.
Jason membelek satu persatu dokumen di depannya. Melihat apa yang perlu ditambah atau dibetulkan. Dia leka melihat dari satu fail ke fail yang lain sehinggalah pintu biliknya diketuk. Wajah Samuel terlihat di muka pintu biliknya sebelum sempat dia memberi arahan untuk masuk.
"Wah, rajin bos kita ni?", Samuel mengusik. Jason menutup fail didepannya. Tengkuknya diurut lembut. Sengal terasa apabila terlalu lama menunduk. Badannya ditegakkan dan kedudukan kerusi dibetulkan. Meluruskan sendi-sendi tulang belakangnya. Soalan Samuel tadi dibiarkan tergantung.
"Jom aku kenalkan dengan staf", panggil Samuel yang masih di pintu biliknya. Tidak berganjak. Melihat Jason sudah kepenatan begitu, eloklah kiranya dapat berjalan-jalan. Melonggarkan apa yang patut.
"Sekarang ke?", tanya Jason. Rasa malas pula nak bangun walau pun badannya sudah lenguh-lenguh.
Samuel mengangguk mengiakan soalan. Jason bangkit dari mejanya dan menuju ke arah Samuel. Mengiringi kawannya itu ke tengah-tengah kawasan pejabat. Jason diperkenalkan kepada semua pekerja di situ memandangkan dia baru sahaja menghadirkan diri di pejabat. Setelah selesai, Samuel membawa Jason melihat kawasan sekitar hotel sebelum bergerak ke bilik Jason semula.
" Aku rasa tak ada masalah pun dengan kontrak ni Sam. Benefit dan price sangat reasonable. Kalau ikutkan hotel aku dekat JB lagi tinggi harga dengan benefit yang lebih kurang sama". Jason meletakkan fail Medlife di depan Samuel. Dia memberikan buah fikirannya, memandangkan hotel milik keluarga Samuel terletak di Kuching. Sedikit sebanyak pasti ada perbezaannya dari nilai di Kuala Lumpur.
"So, tak ada masalah la kalau kita terus sign Jumaat ni?", Samuel meminta pendapat rakan kongsinya itu. Dengan nilai yang begitu tinggi perlu dibayar, Samuel sangat memerlukan pandangan kedua.
"No problem. Pukul berapa tu?" Jason sudah bersandar pada kerusi empuknya. Samuel lega. Kehadiran Jason memudahkan kerjanya juga dalam membuat keputusan. Tak sia-sia dia mengajak Jason pindah ke Kuala Lumpur dan menjadi share partnernya.
"Pukul 11 pagi di pejabat Medlife Insurance. Nanti aku email En Khairil untuk sahkan", Samuel membuat catatan pada telefon pintarnya.
"Okay. Good. Bila kau jadualkan perasmian hotel ni?", soal Jason lagi. Dia perlu balik semula ke Johor Bahru. Jadi dia perlu tahu jadual yang sudah diaturkan oleh Samuel.
"Hujung bulan ni. Kau rasa macam mana?", soal Samuel lagi.
"Aku ada dekat sini sampai 28 hari bulan je. 29 tu aku dah kena balik JB. Karen dah bagi aku kerja," ujar Jason. Ibunya itu sudah memberikan arahan. Jadi dia sebolehnya tidak mahu mencipta sengketa sebelum perpindahan nanti. Dia tidak mahu Karen berubah fikiran. Penghijrahan ke kota metropolitan ini ada harganya. Itulah Karen. Berunding dengan anak pun perlu ada cagaran. Win win situation kata ibunya lagi.
Samuel langsung menyambar jadual di meja Jason. Menilik tarikh yang sesuai.
"Jadi, kita buat hari malam Sabtu 26 hari bulan. Lagi 18 hari ni. Ikut jadual , dua minggu lagi setel dah semua. Bulan depan boleh open for customer ", Samuel membuat perkiraan mengunakan jadual ditangannya. Jason mengangguk tanda tiada bantahan dari pihaknya.
"Aku rasa dah boleh lock date tu. Minta Sara buat list jemputan. Aku rasa dah boleh edarkan jemputan dalam minggu ni", Jason memberi pandangan. Lagi cepat lagi bagus. Tak sabar rasanya untuk dia berpindah.
"Betul juga. Aku terlupa tetamu vvip kita. Nanti kalau lambat, jadual diorang penuh pula. Aku inform Sara kejap lagi. Anything?", Samuel sudah ingin bergerak keluar. Jason mengelengkan kepala. Tangannya mencapai fail untuk menyambung kerjanya kembali.
Share this novel