EN KHAIRIL membelokkan keretanya memasuki kawasan pangkir di tingkat 3 Paradise Hotel. Irene yang berada di tempat duduk penumpang memandang keluar. Banyak kereta-kereta mewah sudah memenuhi tempat letak kereta. Irene menarik nafas dalam-dalam. Berharap debaran dadanya berkurangan. Apalah nasib badan.
Macam-macam alasan dah diberikan, namun dia terpaksa juga mengalah dengan arahan ketuanya, En Khairil. Ikutkan hati, Irene sememang tidak mahu lagi berada dalam situasi seperti tempoh hari. Aduhai.. Irene mengeluh. Dia membetulkan gaun yang dipakainya. Sepatutnya Lisa yang berada di tempatnya tetapi setiausaha bosnya itu demam pula. Jadi dia sekali lagi dipaksa pergi bersama En Khairil.
"Jom Irene", ajak En Khairil apabila selesai meluruskan kereta. Irene menggangguk. Dia cuba tenang. Malam ini dia hanya perlu senyum kerana dia sekadar menemani bosnya memenuhi jemputan. Segala sesi soal jawab biar En Khairil yang uruskan. Fikirnya. Irene mengiringi En Khairil memasuki lif dan menekan butang 1. Mereka disambut oleh penyambut tetamu Paradise Hotel apabila sampai di ballroom. Dihantar terus ke meja yang telah disediakan untuk mereka.
Acara dimulakan dengan ucapan pengacara. Kemudian disusuli dengan ucapan Samuel selaku pemilik hotel. Tidak lama kemudian artis jemputan dijemput menghiburkan tetamu yang mula dihidangankan makanan. Sedang dia menjamu selera, seseorang duduk di sebelahnya. Kerusi yang kosong sejak dari tadi.
"Hi beauty", sapaan halus Jason menangkap cuping telinga Irene seorang sahaja. Irene tersedak. Dejavu. Jason yang melihat Irene terbatuk -batuk, menyuakan gelas berisi air mineral. Irene menyambutnya lalu meneguk bagi melancarkan kerongkong. Dia cuba berlagak tenang walau pun hatinya dilanda taufan. Jason beralih pandang pada En Khairil.
"Hai En Khairil," sapa Jason ramah.
"Hai En Jason. Saya ingat awak tak ada. Dari tadi tak nampak. Nampak En Samuel je yang busy", balas En Khairil yang masih menyantap makanan yang dihidangkan. Jason tersenyum. Dia sedari awal sudah melihat kedatangan mereka cuma Jason sengaja memerhati dari jauh. Memerhati Irene yang anggun mengenakan gaun berwarna merah jambu. Penampilan Irene sangat berbeza malam itu. Membuatkan dia terpesona.
"You look great", kata Jason dekat di telinganya. Berbisik. Muka Irene merona merah. Jason semakin berani. Jika pertemuan sebelum ini, Jason hanya banyak memerhati.
"Errr.. En Khairil, saya nak ke washroom", Irene melarikan diri sekali lagi. Dia lemas dengan renungan Jason disebelahnya. Jason memandang Irene berlalu dengan hampa. Sedangkan banyak persoalan bermain difikirannya sejak dia tahu status diri wanita itu.
"Lama awak kat KL En Jason?", tanya En Khairil.
"Esok balik dah. Kena tengok juga kerja dekat sana. Erm..En Khairil datang sekali ke dengan Irene?", tanya Jason pula.
" Aah. tapi balik nanti asing-asing. Ada kawan jemput katanya. Boyfriend dia kot", terang En Khairil. Boyfriend?? Jason jadi tertanya-tanya siapakah gerangannya. Hari itu kata single. Jason mengerakkan kerusinya ke belakang.
" Saya minta diri En Khairil", Jason mengundur diri. En Khairil mengangguk . Jason berlalu ke lorong menuju ke tandas. Mencari simbol tanda wanita. Dia menunggu disebalik tembok yang agak tersorok dan gelap. Menanti susuk tubuh yang dikenalinya.
Irene menutup pili air selepas selesai membersihkan tangannya. Dia menilik sebentar wajahnya di cermin sebelum menuju keluar. Ketika dia tidak jauh melangkah dari pintu tandas utama, tangannya direntap dan mulutnya ditutup. Irene terkejut. Jason mengheretnya ke kawasan tersorok tadi.
Jason lantas merapatkan badannya dengan badan wanita itu. Menindihnya rapat ke dinding. Kawasan yang agak gelap itu sememangnya tidak dilalui sesiapa. Irene segera menepis tangan yang menutupi mulutnya.
" Apa you buat ni Jason? You dah gila ke? ", marah Irene. Jason mencerlung memandangnya.
" So, you ingatlah I siapa?", ujar Jason. Irene kelu. Dia terlepas kata. Memanggil Jason secara kasual begitu.
" Er..Maksud I ...", kata-kata Irene mati apabila bibirnya dilumat dengan bibir lelaki itu. Rakus dan kasar. Irene meronta. Menolak jauh tubuh Jason dengan sekuat hati.
Tak sampai sesaat, bibirnya kembali dijamah kembali oleh lelaki itu. Irene memukul kuat dada bidang Jason. Air matanya sudah mula mengalir. Jason melepaskan kucupannya. Dia menjilat bibirnya yang ada kesan lipstik Irene sambil tersenyum mengejek.
" Wow,sweet. Sekarang you dah ingat I siapa huh ?", tanya Jason.
" YOU ni ....", Irene ingin menghamburkan segala amarahnya namun tersekat. Bunyi ringtone telefon bimbit Jason merencatkan tindakkan Irene. Jason melihat screen telefonnya. Nama Samuel tertera.
" Kita tak selesai lagi Irene", sambung Jason sebelum menjawab panggilan dari Samuel. Jason mengeluh. Kacau betul lah! Dia meninggalkan Irene yang memandangnya dengan muka merah padam. Marah betul! Memang itu yang dia mahukan.
Irene terduduk. Badannya melorot jatuh. Lemah kakinya apabila diserang begitu. Dia menangis teresak-esak. Hatinya memaki hamun Jason. Lama dia terduduk di situ. Dia sudah tidak mahu berada lama di situ lagi lalu dia menghantar mesej kepada Jerry.
Irene kembali ke meja. Berlakon sebaik mungkin. Dia meminta izin untuk pulang lebih awal. Dia tidak betah lagi berada di sini apabila melihat Jason sedang melayan tetamu vvip . Tetapi, ekor matanya tidak lepas memandang Irene. Masih ada perhitungan yang masih belum diselesaikan dengan wanita itu. Tetapi nampaknya keadaan sangat tidak mengizinkan.
Tidak lama kemudian dia melihat Irene sudah mahu beredar walau pun majlis belum tamat. Jason cuba meloloskan diri dari tetamu vvipnya. Mencuba untuk mendapatkan Irene yang sudah memasuki sebuah kereta kancil. Benar apa yang diberitahu oleh En Khairil. Seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu.
Maaf atas kelewatan. bukan pergi bertapa tapi tak sihat sebenarnya.
Share this novel