Bab 28

Romance Series 24063

SUDAH tiga minggu dia menjadi penunggu setia. Menunggu di depan taska Little Angel bersama Malik. Selama itu juga Jason tidak mengganggu Irene. Dia mahu wanita itu beranggapan dia sudah berundur. Sedangkan Jason sedang buat persediaan rapi.


Dia dan Malik sedang merancang sesuatu. Malik akan memerhatikan setiap kali Brian pulang. Dia mengkaji situasi serta merancang tindakkan untuk membolehkan bosnya berjumpa Brian.

        Jika ada peluang Malik akan bertindak. Namun, sudah masuk minggu ketiga dia masih tidak dapat peluang itu. Peluang untuk Jason bertemu Brian tanpa orang dewasa. Kawalan di taska itu agak ketat.

        Tetapi Jason tidak berputus asa. Pasti ada ketika kelalaian manusia. Jadi dia dan Malik akan menunggu keesokkan hari. Waktu yang sama tempat yang sama. 5.00 petang dan di hadapan Taska Little Angel.

        Ternyata penantiannya tidak sia-sia. Malik dapat melihat dengan jelas Brian keluar berseorang tanpa ditemani Lily atau sesiapa. Peluang itu digunakan sebaiknya. Setakat beberapa budak-budak yang lain, dia tidak kisah.

        "Bos", Malik memberi isyarat kepada Jason. Inilah masanya. Jason dengan pantas membuka pintu kereta. Dia menghampiri Brian yang sedang menunggu di pondok. Malik memerhati sekeliling. Akan bertindak sekiranya ada tanda-tanda kehadiran orang lain selain mereka.

         "Hai Brian", sapa Jason. Dia melutut. Matanya memandang budak yang mungkin dirasakan anaknya ini. Brian hanya diam. Dia tidak menyapa kembali. Mungkin telah diajar agar tidak melayan orang tidak dikenali. Jason mengeluarkan telefon. Mencari gambar dan ditunjukkan pada Brian. Jason perlu cepat.

          "Uncle kawan mama. Tengok ni. Ni kan mama Brian. Ni uncle. Hari tu kan uncle ada datang rumah." Jason memancing kepercayaan Brian. Anak kecil itu mengganguk apabila melihat gambar itu.

          " Haah. Betul la", Brian memberi respon yang baik.

          "Jom. Uncle bawa pulang. Uncle pun nak jumpa mama ni", ajak Jason ramah. Dia menghulurkan tangan dan Brian menyambutnya. Malik sudah bersedia di dalam kereta di bahagian pemandu. Brian dan Jason beriringan menuju ke kereta dan terus menuju ke jalan utama.

          Jason tidak membawa Brian terus pulang. Sebaliknya dia membawa Brian pergi makan di mcdonald. Brian dilihat sungguh gembira apabila dilayan segala kemahuannya.

       "Uncle kawan mama kan?", tanya Brian dengan mulut penuh berisi french fries.

       "Mestilah", jawab Jason.

       "Tapi kenapa tak pernah nampak uncle sebelum ni?", soal Brian. Dia hanya tahu kawan mama hanyalah Lily dan Jerry.

       "Sebab uncle tak ada dekat sini. Uncle duduk dekat tempat lain. Sekarang baru uncle duduk sini. Nanti Brian akan selalu jumpa uncle. Brian suka tak?", duga Jason.

      "Suka. Suka. Nanti boleh bawa mama sekali", balas Brian gembira. Tangannya mengambil burger pula lalu dimakannya.

      "Boleh. Nanti kita bawa mama sekali", Jason mengiakan kata-kata Brian.

      "Boleh bawa aunty Lily. Haa..uncle Jerry juga", ujar Brian. Naif.

      "Brian selalu jumpa uncle Jerry?", tanya Jason. Ingin tahu sejauh mana akrabnya mereka.

      "Selalu. Kat sekolah. Kat rumah. Uncle Jerry baik macam uncle juga. Selalu bawa Brian jalan-jalan". Jason tersenyum kelat. Tidak puas hati. Tapi dia memaniskan muka dan menukar topik bualan.

        "Brian nak aiskrim?"

       "Nak.nak uncle", jawab Brian girang. Selalunya Irene menyatu makanan manisnya.

       "Ok. Vanilla or coklat?"

       "Coklat!"

       Kemudian Jason memesan satu perisa coklat untuk Brian dan satu perisa vanila untuknya. Jason mengambil gambar Brian ketika anak kecil itu menikmati aiskrimnya.

       "Untuk mama", ujar Jason tanpa ditanya. Brian mengangguk kemudian menyambung menikmatan aiskrim kegemarannya diselang seli dengan burger.

        "Selepas ni uncle bawa ke taman permainan pula ye. Kita jumpa mama dekat sana. Okay tak?"

        "Okay uncle." Brian menjawab girang. Seharian dibawa berjalan-jalan dan bermain sungguh menggembirakannya.

SAAT Irene melangkah masuk ke rumah, dilihat Lily baru lepas mandi. Dia sedang membongkok mengeringkan rambut dengan tuala.

         "Mana Brian?" , soalan biasa yang keluar dari mulut Irene setiap kali pulang dari kerja. Lily yang sedang membongkok terus berdiri menghadap Irene. Pelik.

         "Eh, bukan dia balik dengan kau ke? Aku tak nampak dia dekat taska tadi. Aku ingat kau dah ambil " ujar Lily . Dia ada urusan dan balik agak lewat dari biasa.

          "Mana ada. Aku tak ada mesej pun kan?", suara Irene kedengaran risau. Sudah tidak keruan. 

          "Kejap. Aku tanya Jerry", Lily dengan pantas mengambil telefon bimbitnya. Irene resah. Dia keluar ke halaman rumah. Hendak ke taska Little Angel.

          "Irene, tunggu aku", jerit Lily dari dalam rumah. Irene berpaling. Lily mengeleng tanda Jerry juga tidak mengetahui keberadaan anaknya.

          "Kau cari area sini Lily. Mana tau kalau dia main kat taman sana. Apa-apa nanti kau call aku", arah Irene. Dia perlu segera.

          "Okay. Kau pun. Apa-apa call aku juga" Lily menurut. Dia mengunci rumah dan berlalu menuju ke arah taman.

          Irene terus melilau mencari Brian sebaik sahaja dia sampai ke taska Little Angel. Taska itu sunyi sepi tanda penghuni sudah pulang. Irene melaung nama anaknya. Airmatanya sudah menitis laju. Takut. Sangat takut kehilangan anaknya itu. Telefon dicapai ingin membuat panggilan kepada Lily. Namun notifikasi whatsapp yang masuk merencat tindakkannya.

          Sekeping gambar dari nombor yang tidak dikenali. Irene segera mendail nombor itu.

          "Hello!!!"

          "Hai Irene"

          "Jason?" Irene kenal suara itu. Perasaan takut tadi terus berubah menjadi marah. Brian dengan Jason? Kurang ajar!

         "You buat apa dengan anak I! Mana anak I?", serang Irene. Marahnya bukan kepalang.

         "Rilek. I tak buat apa-apa pun. Kenapa you nak marah-marah ni?", Jason menjawab tanpa rasa bersalah.

         "Mana anak I???"

         "Ada ni. Tengah main. Apa nama taman ni ye.Hmmm". Jason sengaja mempermainkan perasaan Irene.

         "You jangan nak mengada-ngada Jason. Kat mana you sekarang???", jerit Irene. Kesabaran Irene sudah hilang. Mahu ditelannya lelaki itu hidup-hidup kalau ada di depannya.

         "Taman permainan Taman Setia Alam. Sebelah perumahan you".

        Irene tanpa membuang masa memecut ke tempat yang diberitahu. Sebelum itu dia sempat menghantar mesej kepada Lily. Dia tidak mahu temannya itu terus mencari. Irene melihat sebuah kereta diletakkan berhampiran taman permainan. Mesti milik Jason. Mahu sahaja dia melanggar kereta itu. Biar masuk longkang.

         Irene segera meletakkan kereta dan matanya tidak berhenti melilau mencari kelibat Brian. Namun yang ditangkap matanya adalah kelibat Jason sedang melambai tangan kepadanya. Irene merengus geram. Jason dihampirinya. Tiada secebis senyum pun dibibirnya.

          "Mana anak I?". Namun persoalan itu disambut oleh suara anaknya.

          "Mama", panggil Brian yang baru turun dari terowong gelongsor . Irene mendapatkan Brian. Dipeluk erat anak lelakinya itu seakan sudah lama tidak berjumpa. Dia meregangkan pelukan apabila lama berkeadaan begitu. 

        "Sayang tunggu dekat kereta dulu, mama nak cakap dengan uncle sekejap", pinta Irene. Dia tidak mahu Brian melihat pertelingkahan antaranya dengan Jason. Sedangkan Brian masih belum tahu siapa Jason sebenarnya.

         "Okay mama. Bye uncle. Nanti kita keluar jalan-jalan lagi ye", ucap Brian.

         "Okay. Jumpa lagi Brian".

          Apabila Brian agak jauh dari mereka berdua, Irene mula menyerang Jason.

          "How dare you Jason!! Siapa benarkan you ambik Brian?", marah Irene. Dadanya berombak kuat.

          " So, sekarang you kenallah siapa Brian?", soal Jason. Sinis. Hari tu buat-buat tak tahu. Irene bengang. Teramat bengang. Mahu dicekik-cekik lelaki di depannya kini. Tetapi Jason masih selamba.

          " Kalau I tanya pun, you akan bagi kebenaran ke?", soal Jason lagi.

          " No way! Jangan harap! I bagi warning ye. Kalau you buat lagi sekali, I report polis! ", Irene memberi amaran keras sebelum pergi mendapatkan Brian.Lagi lama dia mengadap Jason, lagi mendidih darahnya.

          Jason membiarkan sahaja Irene pergi. Kita tengok Irene. Selama mana you boleh mengelak. Getus hati Jason. Dia tersenyum penuh makna. Dalam genggamannya terdapat helaian rambut Brian yang diambil tanpa disedari. Dia sudah merangka langkah seterusnya.

❤️ Mohon berikan sepatah dua kata sikit. thank you ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience