LILY menyelongkar almari Irene. Satu-satu dibeleknya namun tiada yang sesuai. Dia mencari dress untuk Irene. Walaupun hanya pendaftaran sahaja tetapi perlu nampak berbeza. Hari ini hari yang amat bermakna pada Irene dan Brian.
" Apa yang kau cari lagi ni? Okay apa yang aku pakai ni? ", Irene masih menanti Lily menyelongkar seisi pakaiannya. Sedangkan dia sudah siap mengenakan blouse kuning cair bersama skirt warna coklat. Apa yang tak kena lagi dengan penampilannya.
" Okay apa? Macam nak pergi pasar je. Kejap aku cari aku punya pula. Patutnya kau beli dress baru ", rungut Lily. Dia tidak berpuas hati. Upacara sekali seumur hidup kot. Takkan tangkap muat je.
" Membazir jelah," cebik Irene. Dia kahwin bidan terjun. Bukan ada majlis atau upacara makan-makan pun. Tiada siapa pun tahu dia akan berkahwin dengan Jason. Lily seorang sahaja. Itu pun sebab mereka berdua teman serumah.
Lily pergi ke biliknya pula. Membebel dengan suara yang tidak didengari Irene. Tenggelam timbul. Irene mengeleng sahaja. Apa sahajalah kawanku yang seorang ni. Tidak lama kemudian dia kembali dengan dress berwarna putih di tangan. Ditambah dengan lace offwhite menyerlahkan si pemakai.
" Nah, pergi pakai", arah Lily dengan menyorong dress di tangan. Nasib baik ada lagi baju tu. Baju ketika dia menjadi bridesmaid untuk sepupunya.
" Eh, bila kau beli ni? Tak nampak kau pakai pun?", soal Irene. Baju secantik ini, tetapi tidak dipakai.
" Tak payah banyak tanyalah. Pergi tukar. Kita nak gerak dah ni", Lily membalas cepat. Dia sudah menuju ke bilik Brian pula. Bersiap sedia untuk membawa mereka berdua ke pejabat pendaftaran sebentar lagi.
Lily memandang Irene yang diam sahaja di sebelahnya. Dia tersenyum puas. Tak sia-sia usahanya menyelongkar segala harta berharganya. Irene kelihatan cantik dan manis walau pun wajahnya murah. Gemuruhlah tu. Dia memandang Brian dibelakang pula menggunakan cermin pandang belakang. Nampak gembira benar .
Tidak lama kemudian, mereka sampai ke tempat yang dituju. Lily menurunkan Irene di depan pejabat pendaftaran, manakala dia dan Brian berlalu menuju ke kawasan pangkir yang disediakan.
Sementara itu, Irene menuju ke arah pintu masuk pejabat. Mencari kelibat Jason dalam laluan keluar masuk orang ramai. Lelaki itu sedang menunggunya tidak jauh dari pintu masuk. Jason sekadar berpakaian kasual. Kemeja putih dan berseluar khakis. Jason membuka cermin mata hitamnya. Dia merenung Irene tidak berkelip. Irene nampak cantik sekali dimatanya. Jason tersenyum bangga.
" Kenapa?", tanya Irene. Dari tadi diam saja. Ada yang tidak kena ke dengan pakaiannya? Irene membelek dirinya sendiri. Mungkin terlalu berlebihan. Lily lah ni. Kan elok pakai baju pergi pasar je tadi.
"No. Just perfect", komen Jason. Dia melihat di belakang Irene.
" Mana Brian?", soal Jason. Dia tidak melihat kelibat anaknya.
" Dengan Lily. Tengah cari parking ," terang Irene. Lily akan menjaga Brian ketika dia dan Jason menyelesaikan urusan di pejabat pendaftaran nanti.
" Ada dokumen yang I suruh bawa tu?"tanya Jason kemudian. Irene mengangguk. Diserahkan kepada Jason sehelai sampul putih. Sampul itu disambut Jason. Isinya disemak.
"Okay. Jom!," ajak Jason. Tangan Irene diraih untuk mengikutinya. Irene sekadar mengikut. Tidak banyak menyoal. Mereka beriringan masuk untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Sejam kemudian, mereka berdua keluar apabila telah selesai. Jason melihat sijil di tangannya. Dia tersenyum puas. Pegawai yang mengiringinya memudahkan urusannya hari ini. Gambar yang diterima dari pegawai tadi juga nampak cantik. Cuma dia sedikit ralat kerana Brian tiada di situ.
Irene yang mengekori dari belakang hanya diam. Fikiran seakan menerawang jauh. Dia membelek cincin yang terletak cantik di jari manis sebelah kirinya. Disarungkan Jason selepas sesi membaca ikrar tadi. Macam tak percaya akhirnya dia menjadi isteri Jason setelah sekian lama.
" I bagi masa empat hari dekat you dengan Brian untuk packing. Bawa yang penting saja. Nanti I datang ambil", kata Jason memecahkan kesunyian. Irene berhenti membelek jarinya. Dahinya berkerut. Nak pergi mana?
" Packing ? Pergi mana?", dahi Irene sudah berkerut.
" Rumah I la. Takkan rumah Jerry pulak." sindir Jason. Irene menjeling tajam. Sempat lagi menyakitkan hati aku tu.
"Mana boleh. Apa I nak kena pindah pula?", bantah Irene. Tidak puas hati. Suka hati dia je nak arah itu ini. Mulut Irene mengomel sendiri.
"Papa!!!", suara Brian tiba-tiba kedengaran. Menghentikan rungutan hati Irene. Brian dan Lily menuju kearah mereka berdua.
"Hai Brian", sapa Jason lalu mendukung anaknya itu.
"Hai Lily", sapa Brian. Cuba beramah mesra. Lily mengangguk saja. Tidak berniat untuk melayan. Dia tidak berkenan dengan perangai Jason yang ego melangit. Kalau bukan kerana Irene, lelaki ini sudah lama di makinya kerana menyebabkan Jerry ditangkap polis.
Lily menghampiri Irene yang cemberut. Bergaduh lagilah tu. Desis hatinya.
"Brian nak tak tinggal di rumah papa? Rumah papa ada kolam renang", tanya Jason mengumpan Brian. Irene di sebelah menjeling.
"Nak. Brian nak. Bila tu papa?" gembira saja Brian menyoal. Jason senyum memandang Irene. Senyum kemenangan. Irene mencebik. Belum apa-apa dah pandai gunakan anak. Jason meletakkan Brian ke bawah.
"I akan ambil you dengan Brian minggu depan. Bawa yang penting saja. Jangan lupa", pesan Jason dengan lembut. Berubah terus nada suaranya. Irene masam mencuka. Masih tidak puas hati.
Tiba-tiba tangan sasa Jason merangkul pinggang Irene. Tidak semena-mena Jason menghadiahkan kucupan di pipinya. Cepat dan pantas. Irene tergamam. Bulat matanya memandang Jason.
" Apa ni? ", Irene bertanya sambil tapak tangan di pipi. Menutup tempat dicium Jason tadi. Matanya melilau memandang sekeliling. Gila betullah Jason ni. Tempat awam macam ni. Ikut suka hati dia je. Hati Irene merungut. Tangannya cuba menolak rangkulan Jason.
" Sayang, anak kita tengah tengok tu. Cuba senyum sikit," bisik Jason. Irene melihat Lily dan Brian yang sedang menyaksikan drama sebabak itu. Bibirnya mengukir senyuman terpaksa. Hilang terus muka masamnya tadi. Jason melepaskan rangkulannya.
" Untuk anak papa juga ", ucap Jason lalu melutut dan menghadiahkan ciuman bertubi-tubi. Brian tergelak kegelian.
" Jom Brian. Papa ada hal tu", Irene cuba mengajak Brian pulang. Dia ingin Jason segera menyelesaikan masalah Jerry.
Jason bangkit tetapi tangannya tidak lepas memegang tangan Brian.
" No. I change my mind. I nak bawa Brian jalan-jalan sekejap. Nanti I hantar dia balik. You boleh balik dengan Lily ", kata Jason. Sememang rancangan awalnya adalah ke balai polis. Namun kini dia ingin menghabiskan masa bersama Brian sebelum balik ke Johor. Walau pun hanya sebentar.
" Tapi..",
" He can wait. Tak ada beza pun pagi, petang atau malam kat dalam tu ", Jason mencelah sebelum Irene sempat membantah.
Irene tidak puas hati. Jason melengah-lengahkan masa dengan sengaja. Lily di sebelahnya juga sudah masam mencuka.
" Mana boleh! You ke...", kata Irene dipotong lagi.
" Hushhh..", jari telunjuk Jason di bibir menunjukkan arahan diam. Anak ada di depan ni. Dia kembali melutut.
" Brian nak ikut papa tak?, tanya Jason. Matanya tertumpu ke arah Brian. Tidak peduli langsung dengan air muka tidak puas hati dua wanita di depannya ini.
" Nak.. nak.. Kita nak pergi main lagi kan? ", laju Brian mengangguk dan bersetuju. Dia seronok dapat keluar bersama dengan ayahnya.
" Mestilah. Kita pergi main lompat-lompat pula ! Lets go! ", Jason bangun dan bersedia untuk beredar.
" You jangan lupa Jason. You dah janji ", jerit Irene mengingatkan. Matanya tidak lepas dari melihat susuk kedua mereka beriringan pergi. Lily di sebelahnya mengeluh berat.
" Husband kau tu memang minta maki kan ", marah Lily. Mulutnya terasa ringan saja ingin memarahi Jason. Namun ditahan sebaik mungkin. Sekejap sahaja berhadapan dengan Jason sudah bisa membuatkan darahnya naik.
Irene membuat muka jelik kepada Lily. Perkataan suami dari Lily itu kedengaran janggal di telinganya.
" Tak payah nak husband sangat eh. Dah jom kita balik. Panaslah dekat luar ni ", ujar Irene sambil merangkul lengan kawannya.
" Kau panaskan? Aku pun panas pasal laki kau ni. Jom kita perkena kopi dekat cafe yang baru buka dekat rumah kita tu ", cadang Lily. Sudah sebulan dia melihat cafe itu dibuka. Tetapi tidak berkelapangan untuk singgah.
" Bernas cadangan kau Lily. Jom. Perut aku pun dah lapar ni ", pantas Irene menyambut usul Lily.
Kedua mereka beriringan meninggalkan perkarangan pejabat pendaftaran itu dengan ceria. Terlupa sebentar dengan kemarahan masing-masing terhadap lelaki bernama Jason.
Gaduh sudah. Kahwin pun sudah. apa pula lepas ni ye ?
Share this novel
bila nak sambung lagi