SEPASANG kekasih itu sudah kelelahan. Jason mengucup dahi Irene yang berada di sisinya. Jason akan berjauhan dengan Irene selama dua minggu. Dia terpaksa menghadiri kursus kepimpinan di Pulau Redang. Mereka tidak akan berjumpa dalam masa yang lama dan Irene masih belum mengetahuinya. Jason mengeratkan pelukan. Bau wangi Irene pasti akan dirinduinya nanti.
Hubungan Irene dan Jason sudah semakin serius. Sangat serius. Namun di hadapan pekerja mereka berlagak biasa. Irene kadang-kadang berasa takut. Takut dengan tindakannya yang terlalu mengikut perasaan itu akan memakan dirinya. Tetapi dia tidak dapat menidakkan rasa bahagianya ketika bersama Jason. Dia lupa diri. Dia tidak berfikir panjang. Apa yang dia tahu, dia mencintai Jason dengan sepenuh hati.
Mereka sudah seperti suami isteri. Melepaskan gelora hati apabila berkesempatan. Malah kadang-kadang Irene tinggal di bilik studio milik Jason. Baginya perkara itu biasa dilakukan oleh pasangan kekasih zaman moden. Cuma perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Dia tidak pernah lagi terlepas memakan pil perancang yang dibelinya di farmasi. Sejak aktiviti seksualnya bersama Jason tidak terkira kerapnya.
Jason melepaskan pelukan. Dia mencapai pakaiannya di kepala katil. Dia ingin memasak sesuatu bagi mengisi perut.
" I tengok apa ada dekat dapur", ujar Jason dan menghadiahkan kucupan dibibir Irene sebelum berlalu.
Irene memandang syiling seketika. Melepak di rumah Jason sudah menjadi rutin. Beberapa minit kemudian, Irene bangkit dari pembaringan. Dia membuka almari milik Jason dan memilih sehelai baju sweatshirt berwarna biru gelap. Saiz baju yang besar itu cukup untuk menutup badannya hingga ke peha. Irene melangkah ke luar dan melihat Jason sedang berada di dapur. Memasak sesuatu. Semerbak bau menangkap dihidung.
" Masak apa?", soal Irene yang sudah mengambil tempat di kerusi yang disediakan di island table. Meja yang memisahkan dapur dengan ruang tamu.
" Spaghetti carbonara. Dah siap ni. You, tolong ambilkan pinggan dengan sudu dekat tepi tu", arah Jason kepada Irene. Tangannya sudah menutup suis api. Sedia untuk menghidang.
Irene menyiapkan dua biji pinggan bersama sudu dan garpu. Jason menuang segala isi di dalam kuali ke atas pinggan secara saksama. Kemudian dia menabur sedikit italian herb untuk hiasan terakhir.
" Wah, pandainya you masak", puji Irene sambil menghidu hidangan di depannya. Sedapnya! Perutnya memang tengah lapar.
" I pakai ni je. Senang", balas Jason dan tangan menunjuk ke arah tin prego berwarna putih di atas meja dapur. Irene tersenyum kagum. Kira pandai jugalah tu kan. Irene terus menjamah hidangan tanpa disuruh. Jason rasa bahagia tatkala melihat wanita itu berselera memakan masakannya.
" Esok I pergi Redang. Ada traning. Two weeks " , beritahu Jason setelah mereka menghabiskan makanan. Irene masih belum mengetahuinya.
" Esok? Hari ni baru nak bagitahu I", tutur Irene sedikit kecewa. Dia mengutip kedua pinggan yang sudah kosong lalu di bawa ke sinki. Ingin membasuhnya. Jason yang perasan dengan perubahan Irene itu lantas memeluk Irene dari belakang.
" Sorry sayang. Last minute nama I naik. I baru je dapat tahu semalam ", pujuk Jason. Irene masih meneruskan pembasuhan. Sebenarnya ada perkara yang lebih merunsingkannya. Tempoh latihan amalinya akan berakhir. Dan dia masih kabur dengan hubungan ini.
" Janganlah marah sayang", rayu Jason.
Wajah Irene masih masam mencuka. Jason mula berfikiran nakal dan dengan spontan tangannya mula mengeletek pinggang Irene. Terburai terus ketawa Irene apabila diusik begitu.
" Hey, mana aci macam ni", kata Irene yang masih dalam tawanya. Geli yang amat.
Tangan Jason berhenti mengeletek pinggang Irene dan beralih ke belakang badan wanita itu. Dia mencepung Irene dan membawanya ke bilik semula. Meletakkan tubuh Irene di atas katil.
" Bila you bertolak?", tanya Irene. Kepalanya didongakkan memandang pujaan hati.
" Esok petang. Ah...boleh tak kalau I tak pergi. Lama sangatlah dua minggu. Jauh pula dekat Pulau Redang ", rungut Jason. Kehadirannya diwajibkan. Dia tidak boleh jika tidak menghadirinya. Email direct dari ibunya sendiri. Bagaimana dia mampu menolak. Irene memeluk Jason erat. Dia pasti akan merindui saat ini. Tapi buat masa sekarang dia ingin menikmati saat dan ketika ini. Ah, bahagianya.
" Bagaimana dengan hubungan kita ini nanti Jason?", soal Irene dengan perlahan. Dia inginkan kepastian tentang hala tuju hubungan mereka. Masa sudah suntuk.
" Lepas I balik nanti, kita bincang okay sayang? You jangan risau. I akan hantar you balik kampung nanti. Mungkin boleh kenal- kenal dengan family you", terang Jason panjang lebar bagi menghilang kegundahan hati Irene.
Irene tersenyum lebar. Ternyata Jason sudah berfikir untuk ke peringkat seterusnya. Lega Irene mendengarnya.
" I will miss you sayang", ucap Irene. Hari-harinya pasti sunyi. Terutamanya malam hari. Tidurnya kini sering berteman.
" I pun ", Jason mendekatkan wajah ke wajah Irene. Tangannya mengusap tulang pipi Irene lalu mengucupnya. Perlahan-lahan bibirnya beralih ke leher dan turun ke tulang selangka wanita itu. Spontan badan Irene memberi reaksi.
" Ahh...Jason", Irene mendesah kembali. Nampaknya Jason enggan berhenti. Tidak untuk malam ini. Dia kembali menjamah tubuh Irene semahunya. Apa yang pasti malam ini akan menjadi malam yang hangat buat mereka berdua.
Hangat dan bergelora.
Share this novel