Bab 29

Romance Series 24063

Badannya digolekkan ke kiri. Kemudian beralih pula ke sisi kanan. Dari tadi Irene cuba melelapkan matanya tetapi gagal juga. Mata Irene masih segar-bugar. Sukar dilelapkan apabila fikirannya dicengkam kerisauan. Kebimbangan hatinya menganggu tidurnya kini. Dia menghela nafas seketika. Jarum pendek jam di dinding sudah melampaui angka dua belas.


Irene bingkas bangun. Dia duduk termenung pula di sisi katil. Matanya merenung ke meja solek. Dia membuka lampu biliknya semula sebelum beralih duduk ke kerusi meja solek. Tangannya membuka laci meja paling bawah. Sebuah kotak kecil tersorok di bahagian belakang laci dicapai. Dia membuka kotak tersebut. Sebentuk cincin silver yang diberikan Jason lama dahulu masih elok tersimpan kemas.


Suasana sepi begini meruntun jiwa wanitanya. Bagaimana hubungan begitu singkat itu boleh merubah hidupnya. Terbayang wajah lelaki yang pernah bertahta di hatinya dahulu. Kini wajah itu kembali menghantui dirinya kini. Bayang Jason tidak mampu dikikis dari ingatan. Dia benci dengan dirinya sendiri.


Tiba-tiba telefonnya di sisi katil berbunyi kuat. Irene mencapainya dan melihat satu nombor yang tidak dikenali. Irene memilih simbol berwarna merah. Irene tidak mahu mengambil peduli. Siapa saja yang call malam-malam buta macam ini.

Tut tut

Bunyi pesanan whatsapp pula. Irene membuka pesanan ringkas yang baru masuk dari nombor yang tidak dikenali tadi.

Pick up the phone now!

Kalau you tak angkat call, I akan hon depan rumah you sepanjang malam. Biar satu taman ni terjaga


Depan rumah? Irene yang tadi duduk kini berdiri kaku. Nombor tidak dikenali itu adalah kepunyaan Jason. Biar betul mamat ni? Irene terus menyelak langsir biliknya. Melihat ke luar jendela dan lelaki itu sedang melambai ke arahnya. Dalam masa yang sama, nada dering telefonnya kembali bergema.


" You nak apa tengah-tengah malam ni?", marah Irene. Sekarang sudah pukul 12.40 pagi. Atas urusan apa lelaki itu bertandang ke rumahnya. Waktu siang tak ada ke?


" Berani you block number I kan?", soalan dijawab dengan soalan. Jason sudah beberapa kali cuba menghubungi wanita itu.


Irene terdiam. Sememangnya dia sudah menyekat nombor Jason sejak kejadian Jason mengambil Brian tempoh hari. Enggan untuk berurusan dengan Jason. Dia sakit hati.


" Irene...", seru Jason apabila Irene senyap dihujung talian.


" You nak apa lagi ni?", tanya Irene lagi. Rasanya dia sudah menyatakan pendiriannya tempoh hari. Apa yang tak faham-faham lagi?


" Keluar sekejap. We need to talk", pinta Jason. Dia baru pulang dari bertemu dengan Malik sebelum melencongkan keretanya ke rumah Irene. Tidak disangka pula lampu rumah Irene masih menyala. Dia sekadar mencuba nasib.

Malik memberitahunya bahawa keputusan DNA memerlukan lebih masa untuk diperolehi. Antara tiga minggu dan boleh melangkaui sampai sebulan. Dia tidak boleh menunggu sebegitu lama. Jadi dia membuat keputusan untuk mencuba cara lain. Cara diplomasi mungkin.

Irene keberatan untuk bertemu. Tetapi jika dia enggan, takut tindakkan Jason nanti menganggu jiran-jiran pula. Terpaksalah digagahkan kakinya untuk bertentang mata dengan Jason. Irene mencapai cardigan di dalam almari bajunya. Dia menyarung ke badan bagi menutup gaun tidurnya agar tidak terlihat begitu terdedah.

Sewaktu Irene membuka pintu , Jason sedang bersandar sambil bersilang tangan pada kereta yang diletakkan menghadang pintu pagar. Matanya tertumpu ke arah batang tubuh Irene yang hanya bercardigan dan gaun putih paras peha sedang berjalan ke arahnya. Biar betul dia ni? Hendak menduga hatinya ke?

Jason tersenyum memandang Irene. Walaupun ada pintu pagar penghadang antara mereka tidak menghalang dia melirik ke atas hingga ke hujung kaki wanita itu. Entah kenapa mata lelakinya sungguh tertarik melihat Irene yang bersahaja. Rambut pendek yang disepit longgar. Anak rambut yang berjuntai menutupi dahi.


" You tak pernah berubah Irene. Masih..", Jason tidak menghabiskan kata-katanya. Dia hanya menyambung di dalam hati. Masih menawan seperti dulu.

Dahi Irene berkerut. Dia membetulkan baju cardigannya agar menutupi badan sepenuhnya. Dia melihat dirinya sendiri. Apa yang diperhatikan lelaki itu? Dia tidak dapat memahami pandangan Jason. Apa yang tak kena?


" I'm sorry for what I did last time. I terikutkan perasaan. I'm sorry " pinta Jason. Dia cuba berlembut kali ini. Cuba bertoleransi.


Irene berdiam diri. Dia tidak tahu ingin bertindak balas bagaimana. Perlukan dia berasa lega?

" Kenapa tak tidur lagi? Teringatkan I ke sampai tak boleh tidur?", soal Jason lagi apabila Irene masih tidak bereaksi.

Irene mencebik. Eh eh dia ni. Perasan betul. Walau ada betulnya apa yang diduga lelaki itu.

" You datang tengah malam buta ni semata-mata nak tanya soalan tu ke? ", soal Irene dengan riak wajah yang menjengkelkan.

Jason ketawa lepas. Geli hati melihat wajah cemberut Irene. Dia tidak menyangka Irene mengambil serius soalannya yang satu itu. Wanita itu mencerlung memandangnya. Jason mematikan tawa yang masih bersisa. Dia melangkah menghampiri pintu pagar yang memisahkan keduanya.


" Okay. Straight to the point. Kenapa you pergi macam tu je?", nada Jason kembali serius. Masih lembut tapi tegas. Matanya memandang tepat ke dalam mata Irene.

Soalan itu membuatkan darah Irene menyerbu ke seluruh wajah. Panas.


" I dah tak nak ungkit perkara lamalah Jason. Tak ada gunanya. Tak boleh ke you move on? Kita semua move on. Past is past ", elak Irene. Perkara yang sudah berlaku tidak boleh diubah lagi.


" Okay. I tak tanya yang dah lepas. Tapi I nak tanya yang sekarang. Siapa ayah Brian?", soal Jason lagi dengan penuh ketenangan. Tiada langsung kekerasan.


Tetapi tidak pada pendengaran Irene. Soalan itu membuatkan dia kembali gelisah. Dahinya berkeringat padahal suasana malam agak dingin. Tangan naik ke dahi lalu dipicit perlahan. Kepala yang tidak sakit pun boleh jadi sakit bila mendengar soalan Jason itu.


" Apa you ingat you ke papa Brian? Jason, you tak ingat ke? I dah ada boyfriend sebelum I jumpa you ", dalih Irene. Menipu walau tidak secara langsung. Penipuan yang turut menyakiti hatinya sendiri.


Jason kecewa mendengarnya. Dia cuba untuk berlembut dengan Irene. Nampaknya wanita itu tidak mahu memberi peluang langsung kepadanya.


" Why you acting like this Irene? Apakah pertemuan kita dulu tidak berikan apa-apa makna pada you? For old times' sake, cuba you fikirankan perasaan I juga? Jangan paksa I buat perkara yang I tak suka! ", keras Jason bersuara. Geram dengan sikap keras kepala Irene.

" Jason, you dah ada segalanya. Kerjaya, tunang dan kebahagiaan. Apa yang you nak dari I lagi? Antara kita tiada apa yang tinggal. Semua sudah tamat ", jelas Irene.

" Are you sure Irene? ", Jason meminta kepastian.

Irene mengangguk sepi. Kepalanya sudah menekur ke bawah. Memandang hujung kaki sendiri. Dia tidak tega melihat wajah Jason yang penuh pengharapan.

" Bye Irene," ucap Jason hampa.

Jason pergi meninggalkan Irene. Dia sudah mencuba sehabis baik. Selepas ini dia tidak akan beralah lagi. Kadang-kadang kekerasan itu lebih mendatangkan hasil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience