Bab 32

Romance Series 24063

AWAL pagi lagi Irene menghantar pesanan kepada Lisa. Dia mengambil EL. Badannya rasa lesu dan tidak bermaya. Dia tiada semangat hendak berkerja. Irene merasa dahi dengan telapak tangannya sendiri. Tak panas pun tetapi kenapa dia rasa seram sejuk? Kena sampuk hantu gamaknya. Hantu Jason. Argh. Nama itu mengingatkan dia dengan peristiwa semalam. Bibirnya diraba dengan jemari halusnya. Pipinya kemudian dahinya pula. Masih terasa kehangatan bibir lelaki itu.

           " Argh!!! Apa masalah aku ni?", jerit Irene sekuat hati. Marah dengan dirinya sendiri. Dia sepatutnya menyelesaikan masalah bukan menambah lagi. Kini adegan romantis berberapa saat semalam berputar-putar di mindanya seperti video rosak. Menyiksa jiwanya.

          " Argh! Aku boleh jadi gila kalau macam ni!", jerit Irene semakin kuat. Tiada siapa yang mendengar jeritannya. Lily dan Brian sudah ke taska. Dia berseorangan di rumah.

           Irene menarik selimut. Menutup seluruh tubuhnya hingga ke kepala. Dia tidak mahu berfikir lagi. Mungkin dengan melelapkan mata akan menghilangkan serabut di kepalanya. Belum sempat Irene hendak lena, loceng rumahnya berbunyi. Dia menjenguk ke luar tingkap. Siapa pula yang datang waktu macam ini? Semua orang pergi bekerja.

         Seorang wanita tinggi lampai, bercermin mata hitam sedang menunggu. Irene tidak begitu mengenali siapa tetamu itu. Dia bergegas untuk membuka pintu pagar. Wanita itu membuka cermin mata hitamnya apabila melihat kelibat Irene di depan.

           Alamak! Kate lah. Mana mungkin dia tidak kenal tunang Jason nan satu itu. Mukanya terpampang besar di mall. Muka gadis maybeline.

          Irene membetulkan rambutnya yang tidak terurus. Bala apa pula ni?

           "Hmm..Cik cari siapa?",tanya Irene pada wanita berdiri di pintu pagar rumahnya. Pura-pura tidak mengenali.

           " I nak cakap dengan you kejap " pinta Kate dengan nada yang sangat menjengkelkan. Irene berkerut. Macam mana pula perempuan ni boleh kenal dia. Boleh tahu kediamanan dia juga. Mustahil Jason yang bagi tahu. Irene ragu-ragu untuk membenarkan Kate masuk ke rumahnya.

           " Ermm..cik ni siapa?", soal Irene lagi. Memanglah dia kenal Kate tapi hubungan apa-apa antara mereka. Kenalan pun tak. Kawan apatah lagi.

           " Huh! You tak payah buat-buat tak tahu. You yang langgar I semalam kan?", suara Kate meninggi. Riak tidak puas hati jelas terpapar di wajahnya.

           Irene tahu dia ada melanggar seseorang sebelum keluar dari pejabat Jason. Tetapi dia tidak melihat siapa yang dilanggarnya. Dia lari tergesa-gesa. Apa lagilah masalah yang kau buat ni?? Irene merungut di dalam hati. Dalam masa yang sama Irene menjemput Kate masuk dan duduk di meja luar rumahnya.

           Kate menolak. Dia berdiri sahaja. Dingin. Dia merenung Irene. Kemudian berpusing mengelilingi Irene. Menilik wanita itu dari atas hingga ke bawah. Dia mengekori Irene tempoh hari. Dia tahu ada sesuatu terjadi antara wanita ini dengan Jason.

           Kate ingin memberikan kejutan kepada tunang tercinta. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia pula yang terkejut melihat seorang wanita yang tidak dikenalinya terburu-buru keluar dari bilik pejabat Jason. Dengan air mata di wajah. Kate tidak sedap hati lalu mengekori Irene dari belakang sehinggalah dia tahu dimana wanita itu tinggal.

         " Well, biasa je. Tak ada yang menarik pun", kata Kate. Lebih kepada berkata pada diri sendiri apabila melihat Irene sebegitu biasa. Tiada yang nampak wow di matanya berbanding dirinya yang dianggap sempurna.

         " Cik ni nak apa dari saya?", Irene tidak selesa di tilik sebegitu. Ditambah lagi dengan pandangan Kate yang merimaskan. Apa hal pula perempuan ni?

          " Apa nama you?", tanya Kate kemudiannya.

           " Irene", jawab Irene pendek. Tanpa memikirkan yang dia tidak perlu pun memberikan jawapan sebenarnya.

            " So Irene. Apa hubungan you dengan Jason?", Kate bertanya terus. Dia tidak mahu mana-mana wanita mempunyai hubungan dengan tunangnya. Jason adalah miliknya seorang sahaja.

           "Hubungan apa? Saya tak ada apa-apa pun dengan En Jason. Atau sesiapa pun", Irene membela diri. Pada hal baru semalam dia bercumbu dengan tunang wanita itu. Kalaulah Kate tahu, mahu digayangnya dia agaknya. Memang tidaklah dia akan mengaku. Dia tidak mahu menambah masalah lagi. Lagi pun, dia tiada niat pun ingin bersama Jason semula.

           " Really?? Habis tu, kenapa I jumpa you menangis keluar dari office Jason? Apa hubungan you dengannya sebenarnya?", Kate meninggikan suaranya. Dia bukan bodoh untuk tidak nampak ada sesuatu antara mereka. Tetapi apa? Dia tidak pernah melihat Irene atau mendengar nama itu sepanjang dia berkawan dengan Jason. Dari mana perempuan ini datang?

           Irene kematian kata-kata. Kate nampak ke kejadian semalam? Tak mungkin. Alasan apa yang perlu diberikan. Lebih baik dia diam. Kate tidak akan tahu jikalau dia tidak buka mulut. Akhirnya Irene membisu seribu bahasa. Membiarkan Kate berandaian sendiri.

           " You dengar sini baik-baik ye. Jason tu tunang I. Tak lama lagi kami akan kahwin. You jangan beranganlah nak merampasnya dari I! " Kate memberi amaran dengan keras.

           " Lagi pun you memang tak layak. Cuba sedar diri sikit. Cermin diri you tu! ", lahar Kate lagi. Dia memandang Irene dengan pandangan jelek. Perempuan macam ni? Bukan lawan akulah. Fikir Kate.

           " Saya rasa ada salah faham ni. Saya dengan En Jason tak ada apa-apa pun. Cik Kate tak berhak mengganggu saya macam ni. Sila pergi dari sini. Tolong!" , halau Irene. Amboi, sesedap mulut dia je nak mengata.

           Telinga Irene sudah berdesing apabila di hina begitu. Menyesal pula dia membenarkan Kate masuk. Mahu saja dia menghalau Kate keluar dengan penyapu namun Irene tidak tega untuk membuat drama sebabak di depan rumahnya.

           " Fine. I ulang sekali lagi. You jangan sesekali datang dekat dengan Jason. Kalau I nampak, I tak akan berdiam diri. Jangan cakap I tak warning ye ", Kate mengulang amarannya sebelum beredar.

            Irene menghempas pintu pagar rumahnya. Muka saja nampak lembut, mulut boleh tahan berbisa. Menyerang dia di rumahnya sendiri. Berani betul! Irene sakit hati.

           " Sepadan sangat la dua orang tu. Sama-sama suka menyakitkan hati aku!", Irene mengomel sendiri. Otaknya berfikir ligat. Mencari cara untuk melepaskan diri. Tetapi satu apa pun tidak dapat difikirkannya. Kosong. Zero.

❤️ Thank you yang sudi baca dan komen. ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience