Bunyi loceng berulang kali membingitkan telinganya. Jason bingkas bangun dari pembaringan dengan malas. Bunyi bingit itu menggangu tidurnya. Ah, kacau sajalah! Dia merungut di dalam hati. Siapa pula yang datang ke rumahnya waktu begini. Waktu matahari sudah terbenam dan malam semakin gelap. Baru dia perasan ruang biliknya sudah gelap. Sebelum terlena tadi, semuanya masih cerah.
Ting tong! Ting ting!
Loceng apartmennya masih berbunyi tanpa henti. Tetamu tidak diundang itu ternyata tidak boleh bersabar.
" Hoi, apa yang urgent sangat ni? Tak boleh sabar ke?", tegur Jason dari dalam rumahnya. Jason membuka lampu kemudian menuju ke pintu apartmennya. Dia mencapai tombol pintu dan menguaknya.
Irene sudah tercegat di depan mata dengan wajah mencuka. Jelas garis kerutan di dahi dengan pandangan yang tajam. Giginya diketap dengan wajah yang tegang.
Dada Irene berombak kuat. Menahan segala rasa yang ditahan sejak mengetahui kejadian Jason menghumban Jerry ke dalam lokap. Dia merempuh masuk ke dalam dengan melanggar tubuh Jason dengan sengaja.
Jason berdengus kecil. Menggosok badannya yang dilanggar tadi. Berani sungguh you Irene. Dia menutup pintu di samping dahinya berkerut. Macam mana pula wanita ini tahu dimana rumahnya? Dia tidak pernah bagi alamat kepada sesiapa pun. Menaiki lif ke apartmennya pun memerlukan kad khas.
" Macam mana you boleh naik?", tanya Jason terus.
" Samuel bagi. Dia kata hutang perlu dibayar ", ujar Irene sambil menunjukkan kad yang diterimanya dari Samuel bersama pesanan penuh makna.
Kurang asam Samuel! Ini kes balas dendam. Sememangnya temannya itu mempunyai akses memasuki rumahnya untuk waktu -waktu tertentu. Sama ada mereka melepak bersama menonton bola secara langsung atau sekadar minum sambil membuang masa.
Jason mengeluh berat. Nampaknya sakit kepalanya akan datang lagi. Dia membiarkan Irene berdiri dan melintasinya menuju ke sofa. Langsung tidak terusik dengan pandangan tajam wanita itu. Dia duduk pulas di sofa empuknya. Memandang Irene dengan kening dijingkit sedikit.
" Ye sayang. What can I help you? ," soal Jason selamba.
Huh. Sayang . Irene mencebik di dalam hati. Berhadapan dengan Jason ini sungguh menduga hatinya.
" Apa yang you dah buat pada Jerry? I nak you lepaskan dia ", arah Irene. Suaranya sedikit keras dan tinggi.
" Apa you merepek ni? I dah buat apa dengan dia, huh ?", jawab Jason dengan sinis. Ingat senang nak arah dia sesuka hati.
" Habis tu, kenapa dia masuk lokap kalau bukan sebab you?", tanya Irene dengan darah yang sudah menyirap. Lelaki ini boleh buat blur pulak.
" Itu you kena tanya polis la. Bukan I yang tangkap buah hati you tu ", balas Jason dengan nada menjengkelkan.
" You jangan nak main-main Jason. You tarik balik police report tu".
" Kenapa pula I nak kena tarik. Memang patut pun dia merengkuk dalam lokap. Biar padan dengan muka dia! ", bidas Jason menambah kemarahan Irene.
" You ni kenapa ?? Kenapa nak susahkan hidup I. Tak cukup lagi ke apa yang you dah buat kat I? Huru-harakan hidup I. Dera emosi I. Kenapa you nak babitkan Jerry sekali. Dia tak bersalah pun dalam hal ni ," serang Irene bertubi-tubi. Darahnya mendidih apabila Jason seperti sengaja hendak menyusahkan hidupnya.
Jason mengetap bibir. Pedih sungguh hatinya ketika itu. Dia bangkit dengan cepat. Panas di hati sudah beralih ke punggungnya pula.
" Tak bersalah you kata. You tengok muka I ni? Tengok betul-betul!! " Jason menarik wajah Irene untuk menatap lebam dimukanya. Kesan tumbukkan Jerry yang jelas kelihatan.
" Seinggat I, sedikit pun I tak sentuh lelaki kesayangan you tu ", tambah Jason lagi lalu menolak Irene jauh. Wanita itu terdorong ke belakang. Irene terkejut dengan tolakkan itu.
Baru dia tersedar kesan lebam dipipi Jason. Irene terkedu.
Dia sepatutnya memujuk Jason bukan menaikkan kemarahan lelaki itu. Dia bertindak terburu-buru. Terlalu mengikut perasaan. Irene terdiam. Dia silap perhitungan sekali lagi.
" You tak tanya pun keadaan I Irene ", sayu suara Jason berkata. Dia memejamkan mata. Tangannya dicekak ke pinggang. Cuba menenangkan hati. Sangkanya dia sudah memiliki Irene sejak peristiwa di Janda Baik. Ternyata dia cuma berjaya memiliki jasadnya sahaja. Bukan hatinya.
" I minta maaf. Sorry Jason. I..", Irene kematian kata-kata. Dia menyedari kesalahan. Irene menghela nafas panjang.
" I'm sorry, Jason. I benar-benar minta maaf. I minta maaf bagi pihak Jerry. Dia bertindak macam ni disebabkan I. You lepaskan dia ye. Please Jason... Tarik balik report tu. I merayu. You nak I buat apa pun, I sanggup. Asalkan you lepaskan Jerry " rayu Irene dengan suara yang perlahan. Memujuk dengan penuh pengharapan. Tidak lagi meninggi seperti tadi.
Jason terdiam. Mendengar Irene merayu demi lelaki lain membuat sakitnya kembali. Kini bukan di kepala tetapi di dada. Menyucuk hingga ke hulu hati.
Dia memusingkan badannya membelakangi Irene. Matanya dipejam rapat. Menahan rasa. Cemburu atau sakit hati? Tetapi dia tidak akan mengalah dengan mudah. Dia kembali mengadap Irene.
" Betul ni? You sanggup buat apa saja ", duga Jason. Kakinya bergerak perlahan-lahan menghampiri Irene. Wanita itu berundur. Gementar dengan perubahan sikap Jason secara tiba-tiba itu.
" Err..ya?", sahut Irene kurang yakin.
" You tahu apa yang I nak kan?", tanya Jason dengan suara mengoda. Serta merta bulu roma Irene tertegak naik. Tidak sekali lagi. Tolonglah!
" I tak ta..", mati terus suara Irene apabila bibir Jason sudah memangut bibirnya. Kedua-dua belah tangan Irene cuba menolak dada sasa lelaki itu tetapi pantas dikunci oleh kedua tangan Jason.
Ternyata Irene tidak dapat lari lagi. Ciuman penuh berahi itu menimbulkan gelora di hati Irene. Tidak! Jangan menyerah Irene. Fikirannya cuba melawan tetapi hatinya memilih yang lain.
Matanya terpejam saat bibirnya mula membalas kucupan penuh nafsu dari Jason. Perkara yang sepatutnya tidak terjadi, berlaku lagi. Irene tenggelam dalam ciuman asmara Jason. Penuh emosi.
Tidak semena-mena Jason menghentikan kucupannya dan menolak kasar tubuh Irene. Dia mengelap bibirnya dengan belakang telapak tangan. Matanya dikecilkan sedikit. Irene sedang keasyikan tadi terasa terpinga-pinga dengan tindakan Jason itu.
" I anggap ini deposit untuk melepaskan boyfriend you ", dingin Jason berkata. Cuba menidakkan hatinya turut sama bergelora. Pasti akan terbabas jika tidak dihentikan.
Irene terkesima. Jason mempermainkan perasaannya. Tubir mata Irene mula terasa panas. Terguris hatinya apabila Jason memperlakukan dirinya sebegitu. Sungguh tidak berperasaan. Hati batu!
" You are too much..", lirih suara Irene. Dia cuba memujuk hatinya sendiri.
" You yang mulakan game ni Irene. Kalau you nak salahkan sesiapa, you salahkan diri you sendiri ", bidas Jason.
Ya. Semuanya salah dia. Salah dirinya sendiri yang selalu kalah dengan kata hati. Salahnya kerana terlalu lemah bila berdepan dengan lelaki ini. Ahh, Irene. Kenapa susah benar menghapuskan perasaan ini. Kata-kata yang terluah di dalam hatinya sahaja. Irene sudah tertunduk menilik jari kaki.
Senyap sunyi.
" I akan tarik polis report.....tapi dengan tiga syarat mudah", suara Jason memecah kesunyian. Dia kembali duduk di sofa. Menyilangkan kaki. Bersedia untuk membuat urusan jual beli.
Kepala Irene kembali tegak. Jason seperti sudah bersedia untuk bertoleransi.
" Firstly, I nak jumpa Brian. I nak dia tahu I ayahnya "
" Kedua, I nak you! "
" And last, I tak nak you jumpa Jerry. Namanya pun I tak nak dengar. I've had enough!"
Tiga syarat yang sangat ringkas di pendengaran Jason namun bukan pada Irene. Permintaan yang ketiga itu sangat sukar untuk ditunaikannya. Macam mana dia mahu membuang orang yang sudah banyak menabur bakti padanya. Pada anaknya juga. Itu sangat kejam.
" Tapi Jason, I..," kelu Irene hendak membangkang . Sukar benar baginya untuk memahamkan Jason kedudukan Jerry dalam hidupnya.
" Take it or leave it Irene ", ujar Jason menamatkan sesi tawar- menawar.
" You boleh balik sekarang sebelum I tukar fikiran ", halau Jason.
Irene tidak mahu berganjak. Dia ingin masih tidak berpuas hati dengan syarat yang diberikan.
" Balik!!! You jangan nak tambah sakit kepala I ni lagi.."
Jason menarik tubuh Irene dan menolaknya keluar dari rumahnya. Lagi lama dia menghadap wanita itu, lagi tergugat perasaan. Dia sedang menahan naluri lelakinya. Berduaan begini membangkitkan memori yang ingin dijauhi.
Jason menghalau Irene keluar dan menghempas pintu. Terhincut bahunya apabila mendengar dentuman kuat di wajah. Air matanya meluncur laju tanpa dapat ditahan lagi. Sampai hati you Jason!
Sorry lambat update. Selamat membaca. Thank you uols ❤️
Share this novel
tq update..