IRENE menggunakan cuti hujung minggu untuk bermalas-malasan. Dia tidak turut serta dengan teman serumahnya yang ingin keluar berjalan-jalan sekitar bandar.
" Betul ni tak nak ikut?", Siti teman serumahnya bertanya lagi untuk kali terakhir. Dia dengan Devi sudah bersiap untuk keluar. Irene mengelengkan kepala. Dia lebih rela tidur sepanjang hari selepas lima hari tenaganya dikerah di tempat kerja.
Suasana kembali sunyi selepas teman serumahnya sudah bergerak keluar. Irene membaringkan badan di atas sofa rotan yang disediakan tuan rumah. Fikirannya menerawang jauh. Sejak dia kembali berkerja selepas demam tempoh hari, Jason sudah tidak membulinya. Bukan. Dia sudah jarang dapat melihat bosnya itu sebenarnya. Pelik bin ajaib. Tetapi di sudut hati, Irene merasa semacam kehilangan pula. Irene mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bukankah sepatutnya dia berasa lega?
" Irene, ada orang nak jumpa kaulah", tiba-tiba suara Devi memekik dari luar rumah. Dahi Irene berkerut. Tak pergi lagi ke? Dia bingkas bangun apabila terdengan bunyi hon kereta. Dia meninjau di sebalik tingkap nako. Jason sedang berbual-bual dengan teman serumahnya. Aik, apa dia buat dekat sini.
Irene membuka pintu. Siti dan Devi berjalan pergi sambil tersengih dan melambai-lambai tangan kepadanya. Ha, mesti kejap lagi bergosip pasal aku, bisik hati Irene.
" Jom!", ajak Jason apabila dia sudah berada di depan Irene. Wanita itu memandangnya dengan berkerut. Blur pun iya.
" I bagi masa 15 minit. Cepat siap", sambung Jason lagi.
15 minit? Mana cukup. Dia mandi pun tak lagi ni.
" Hmm..Pergi mana?", soalan lain pula yang keluar dari mulut Irene. Dia bukan sahaja keliru tetapi cuba untuk menghadam. Melihat Jason di depan mata, menimbulkan sesuatu di hatinya. Setelah hampir sebulan juga lelaki itu seakan cuba menghindari dari bertembung dengannya di kawasan hotel. Dia mengesan sesuatu yang aneh pada dirinya. Rindu?Argh..jangan merepek Irene. Hati Irene masih menyangkal.
" Date", jawab Jason ringkas dan padat. Tetapi bisa membuatkan Irene melopong. Betul ke ni? Dia tidak salah dengar kan? Dia menutup mulutnya apabila Jason mengenyitkan mata kepadanya. Irene berlari masuk bagi mengelak Jason melihat rona wajahnya yang sudah berubah.
Jason tersengih melihat reaksi Irene itu. Dia berlalu dan bersandar pada keretanya. Menunggu.
Irene bergegas untuk mandi dan bersiap. Dalam pada dia tertanya-tanya sendirian , tangannya ligat memilih baju. Ahhh, ambil sajalah yang biasa dipakainya. Irene memilih baju t-shirt putih lengan pendek berserta skirt berwarna pink paras lutut. Rambutnya diikat kebelakang. Solekan tipis dikenakan. Ringkas sahaja.
Buat pertama kali Irene keluar berduaan dengan Jason. Dia rasa gementar. Sangat gementar. Irene melihat wajah sekali imbas sebelum mencapai beg sandang tepinya dan menuju keluar pintu. Jason sedang membukakan pintu kereta untuknya.
"Er..Thank you bos". Irene menelan air liur. Lain macam bosnya hari ini. Gentleman habis.
Jason memerhatikan Irene sebentar. Tanpa suara, dia bertindak memasangkan tali pinggang keselamatan di tubuh Irene. Irene terkejut. Kaku. Bau wangian badan Jason menusuk ke rongga hidungnya. Wajah Jason yang dekat begini membuatkan jantungnya berdegup laju. Seperti orang yang membuat larian pecut. Ah sudah. Belum apa-apa lagi jantungnya sudah membuat lagu. Irene mengurut dadanya perlahan. Jason hanya tersenyum. Dia kembali memegang stereng dan memulakan perjalanan.
"Perkara partama yang you perlu buat sekali adalah call me Jason. Not bos. I'm not your bos here." arahan pertama dari Jason.
"Okey?? ", pinta Jason.
"Okey bos!", sahut Irene sambil memberi tabik. Lagak polis pencen sahaja. Jason mengangkatkan kening. Tidak berpuas hati. Irene tersengih.
"Okey Jason." kedengaran janggal di pendengaran Irene.
"Okey, good! ". Jason memberi tumpuan ke jalan. Irene mengambil kesempatan melihat dari sisi.
Jason hanya memakai tshirt biru pekat dan berseluar jean lusuh. Namun nampak sungguh bergaya dengan cermin mata hitamnya. Jason lebih sesuai menjadi model dari pengurus hotel. Tak pun pelakon. Macam tak sesuai langsung dengan dia yang mata sepet ni. Irene ketawa sendiri .Aik, kesitu pulak perginya. Getus hati Irene. Menerawang jauh fikirannya.
"Apa yang you tersengih sorang-sorang tu, Irene?", tegur Jason. Jarinya mencuit pipi Irene menyedarkan dia dari lamunan panjang. Irene yang baru menyedari keterlanjurannya hanya tersipu malu. Itulah, kuat sangat berangan. Sampai tidak sedar yang Jason sudah ada disebelahnya. Membuka pintu untuknya keluar.
"Jom. Kita dah sampai", ajak Jason lalu menghulurkan tangan. Irene ragu-ragu namun dia menyambut tangan itu akhirnya. Mereka beriringan memasuki JB Mall yang menempatkan panggung wayang di tingkat atas bangunan itu.
Setelah makan malam, Jason dan Irene bergerak pulang. Masa mereka dihabiskan dengan menonton wayang dan berjalan-jalan di sekitar JB Mall. Mereka berbual-bual mesra walau baru pertama kali keluar berdua. Jason membukakan pintu kereta untuknya. Irene keluar dan menghadap Jason.
"Thank you sebab teman I hari ni. I happy sangat", ucap Jason. Irene juga ingin berterima kasih tetapi Jason berpaling. Dia membuka pintu belakang kereta dan mengambil sebuah beg kertas.
"Hadiah untuk you", Jason menghulurkan beg plastik itu kepadanya. Irene menyambut beg plastik tersebut dan membukanya. Dress cantik berwarna kuning cair. Bila masa Jason membelinya dia tidak perasan.
"Apa ni? Kenapa bagi saya?", tanya Irene. Serba salah untuk menerima.
"Untuk you pakai for the next date", terang Jason. Lagi? Betul ke ni? Irene berkerut seribu. Antara percaya dan tidak.
"I'm serious Irene. I really like you. Semasa you sakit hari tu membuatkan I tersedar sesuatu", Jason cuba menyakinkan Irene. Sebulan sudah dia berperang dengan perasaan sendiri. Hari ini dia beranikan diri.
Tetapi Irene diam seribu bahasa. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Jason sedang meluahkan perasaan kepadanya. Oh no!
"I nak you jadi teman istimewa I ," Jason meluahkan hasratnya. Matanya memandang tepat kedalam mata Irene. Irene berdebar-debar. Mukanya merona merah. Dan akhirnya dia tertunduk malu. Dia tidak pasti dengan perasaannya.
"You tak perlu jawab sekarang." balas Jason ringkas apabila melihat Irene berkeadaan begitu. Dia mula bergerak menuju ke pintu kereta bahagian pemandu.
"Bye awak ", itu sahaja yang terluah oleh Irene. Dia juga mahu masuk ke dalam rumah. Ingin berselubung menutup muka. Malu.
Irene berpaling menuju ke pintu pagar rumahnya. Tiba-tiba badannya terasa melayang. Tangan sasa menarik tangannya untuk berpaling dan menolaknya ke pagar. Dia tersandar.
"Jason? Saya ingat ...", ayat Irene tergantung apabila bibirnya dipagut bibir Jason. Lembut. Jason terus berlalu pergi setelah menghadiahkan kucupan itu.
Irene terpana. Dia memandang sahaja Jason berlalu pergi dengan senyuman menggoda dan terus hilang dalam kegelapan malam. Irene meraba bibirnya. Hatinya dijegah rasa bahagia. Betul ke apa yang dia rasa ni. Aduh!
Warning!!! Next chapter ada babak dewasa. Boleh skip pada yg tak selesa. Thank you
Share this novel