TAMAN Tasik Shah Alam sudah mula didatangi orang yang ingin beriadah. Taman rekreasi yang terkenal di Shah Alam itu merupakan destinasi popular setempat untuk bersantai. Irene mengambil kesempatan hujung minggu membawa anaknya untuk menikmati kehijauan sambil berkelah bersama-sama Lily.
Mujur mereka datang lebih awal. Masih banyak pangkir kosong berdekatan taman permainan. Kawasan yang dipilih Lily juga sangat strategik untuk membentang tikar. Bawah pohon yang rendang dan menghadap tasik. Tikar yang dibawa dibentang oleh Irene dan segala bekal makanan dikeluarkannya. Bekal mangkuk tingkat yang dibawa sudah dijamah mereka. Bihun goreng bersama kuih-muih. Telur dadar sebagai lauk sampingan.
Irene, Brian dan Lily menikmati sarapan mereka sebelum memulakan aktiviti. Sepatutnya Jerry turut menyertai mereka, namun bayang Jerry belum kelihatan.
"Mana Jerry ni?", tanya Lily sebaik sahaja pinggan plastiknya sudah kosong. Matanya melilau melihat dalam segerombolan manusia yang sudah mula memenuhi di kawasan taman permainan. Dimana pangkir kereta berdekatan di hujung taman itu.
"Tu, kat gelongsor tu", tunjuk Irene kemudiannya apabila melihat kelibat yang amat dikenali. Mereka berdua melambaikan tangan. Memanggil Jerry menuju ke arah mereka.
"Sorry. I terlambat. Lama pula van tu kena servis. Ada lagi tak makanan untuk I?", tanya Jerry terus. Perutnya sedia lapar kerana menunggu lama di workshop.
"Mestilah ada ", jawab Lily sambil menyeduk bihun ke dalam pinggan plastik. Bau bihun goreng sudah menusuk ke hidung itu disuakan kearah Jerry.
"Thank you Lily", ucap Jerry kepada Lily sebelum wanita itu membawa Brian ke kawasan taman permainan. Jerry mengambil tempat di sebelah Irene. Wanita itu menuangkan air teh ke dalam cawan plastik dan meletakkan di depan Jerry. Pemuda itu menjamah makanan dengan berselera.
"I memang tengah lapar ni. Lama sangat tunggu van tu," rungut Jerry lagi. Sepatutnya minyak hitam sahaja perlu ditukar. Tetapi ada kerosakkan lain pula yang dijumpai menyebabkan Jerry perlu menunggu lebih lama dari biasa. Irene hanya tersenyum mendengarnya. Van lama pasti ada rosak sana sini.
"Tambah la lagi. Banyak lagi bihun tu. Kami semua dah makan", pelawa Irene. Jerry menganguk setuju. Irene menyenduk lagi bihun untuk Jerry.
" You ke yang masak?", soal Jerry. Irene mengangguk. Memasak di hujung minggu sudah menjadi rutinnya. Ini kerana Lily mengambil tugas itu waktu hari-hari biasa.
" Patutlah sedap", puji Jerry.
" Kalaulah dah lapar tu, makan apa pun sedap", Irene merendah diri. Setakat bihun goreng. Sama saja siapa yang masak. Rasa bihun goreng juga. Bukan boleh jadi rasa spageti.
Jerry membuang pinggan dan cawan plastik yang dipakainya apabila selesai bersarapan. Mengemas apa yang patut. Dia mengusap perutnya yang sudah bertambah saiznya. Dua kali juga dia menambah. Kenyangnya pasti bawa sampai ke petang.
Kemudian, Jerry mengadap Irene disebelahnya. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap wanita di depannya ini. Tetapi dia tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Dia takut sebenarnya. Takut cintanya akan ditolak.
Irene ingin menyertai Lily dan Brian. Dia bangkit dari tempatnya namun Jerry pantas menarik lengan Irene untuk duduk kembali.
"I ada benda nak bagitahu you", Jerry memberanikan diri. Mungkin inilah harinya. Tangan Irene dicapai dan digenggam olehnya. Irene berkerut. Ekor matanya dapat melihat Lily sedang memandang ke arah mereka. Irene serba salah.
" Sudah sampai masanya I berterus-terang Irene", sambung Jerry lagi sambil menarik nafas panjang. Mengumpulkan segala kekuatan untuk meluahkan rasa cinta yang disimpan lama.
" Er..apa dia? ", soal Irene gemuruh. Dia seakan tahu perkara yang ingin disampaikan lelaki di depannya ini.
"I cintakan you Irene. I sayangkan you dan Brian. I berharap sangat you terima I", Jerry mengungkapkan kata-kata cintanya kepada Irene. Dia mula menyukai wanita itu sejak kehadiran Brian. Sifat keibuan Irene memikat hatinya.
Irene menarik tangannya lembut. Tidak mahu melukai hati lelaki itu dan dalam masa yang sama tidak mahu memberikan harapan palsu. Muka Jerry kelihatan hampa apabila menerima reaksi Irene .
" You sangat baik Jerry. I sayangkan you tapi...", kata-kata Irene mati disitu.
"Tapi you tak cintakan I kan?", Jerry menyambung kata-kata Irene. Benarlah apa yang ditakutkanya. Cintanya tidak berbalas. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Jerry kecewa.
" I minta maaf sangat-sangat. Bukan I nak lukakan hati you tapi masa I dah berlalu. Lama dah berlalu. Bukan sahaja you, mana-mana lelaki pun I akan bagi jawapan yang sama. Hidup I sekarang hanya untuk seorang lelaki sahaja Jerry. Anak I tu", jawab Irene . Matanya memandang penuh makna kepada Brian yang sedang asyik bermain bersama kanak-kanak lain.
" You kawan I. Sama seperti Lily. I sayang korang berdua. You dengan Lily dah I anggap seperti keluarga I sendiri. I harap sangat you faham", pujuk Irene lagi. Dia tidak mahu kehilangan Jerry sebagai kawan pula. Lelaki itu sangat baik terhadapnya serta Brian.
Jerry mengangguk lemah. Irene terpaksa menghampakan lelaki itu. Hatinya sudah terkunci rapi. Sukar baginya untuk menerima sesiapa ketika ini kerana tumpuan hanya kepada anaknya ,Brian.
Ikutkan awal sudah dia tahu Jerry menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi dia tidak akan sesekali membalasnya kerana dia tahu Lily lebih layak dengan lelaki itu. Ya, Lily sukakan Jerry. Mana mungkin dia melukakan kawan baiknya sendiri. Dan bagi Irene mereka berdua sememangnya sepadan. Cuma Jerry sahaja yang masih belum sedar dengan kehadiran Lily dalam hidupnya.
Di satu sudut Malik sedang sibuk mengambil gambar mereka tanpa disedari sesiapa. Malik perlu cepat. Wang telah diterima. Kerja perlu disiapkan segera. Malik telah mengekori mereka sejak dari rumah lagi. Segala gerak-geri wanita bernama Irene itu di rakamkan bagi melengkapkan maklumat yang akan diberikan kepada bosnya nanti.
Terima kasih pada yang sudi singgah. Tinggalkan jejak anda di sini. Buat meriah sikit. Sunyi pulak dekat sini =C
Share this novel