BEDAK kompak diambil dan dibuka. Span bedak disapu pada lehernya. Ditenyeh-tenyeh sepenuh hati seperti sedang menenyeh sang pelakunya. Geram dan sakit hati apabila melihat kesan merah yang ditinggalkan disitu. Sengajakan dia. Arghh..geramnya aku. Irene mengomel dalam hati memarahi dirinya sendiri.
Habis semalaman dia disoal siasat oleh Lily. Tapi tidak banyak yang dapat diceritakan. Malu pun ada. Lisa juga kehairanan dengan ketidakhadirannya tanpa notis. Mesej ataupun email. Satu hal pula dia kena beli sijil sakit. Semua gara-gara lelaki bernama Jason. Hidupnya jadi kucar-kacir.
Hari ini dia perlu bertemu Jerry pula. Semalam lagi dia ingin berjumpa tetapi Irene memberi alasan tidak sihat. Namun, perkara ini tidak boleh ditangguh lagi. Sebelum lelaki itu menaruh harapan yang lebih tinggi. Dia perlu mengakhiri segera mungkin. Ya tuhan! kuatkanlah hatiku.
Irene mengambil telefon, menaip dan menghantar pesanan kepada Jerry. Dia perlu berjumpa Jerry petang nanti. Selepas habis waktu bekerja. Walau pun dia tidak tahu alasan apa yang perlu diberikan. Akan difikirkannya nanti. Kelentonglah apa pun.
Jerry sudah menunggunya ketika dia sampai. Masih belum ramai pelanggan yang datang ke kedai makan milik Jerry ini. Masih terlalu awal.
" Hai Irene." Jerry melambai kearahnya dengan senyuman. Irene membalas dengan hambar. Hati masih gundah gulana. Tidak pasti penerimaan Jerry bagaimana. Yang pasti dia tidak akan menceritakan apa yang terjadi antara dia dengan Jason. Biar hanya dia dan Jason sahaja yang tahu.
" Ke mana you pergi kemarin? You tak return call I pun. Risau I. Nasib you message I semalam. Kalau tak I cari you kat office", gusar Jerry. Dia risau apabila Lily bertanya keberadaan Irene. Sedangkan mereka berdua serumah. Dia dan Lily sudah merancang untuk membuat laporan polis apabila semalaman Irene tidak pulang . Sehinggalah Lily menerima panggilan dari Irene awal paginya.
"Er..Kita du..duk dulu. I hauslah. Boleh order air ke?", tanya Irene. Suaranya bergetar. Kena minum dulu bagi hilang gemuruh.
" Bolehlah. Apa tak boleh pula. You nak air apa? I buatkan," mesra Jerry bertanya.
" Bagi I air laicilah. I duduk dekat situ?", tunjuk Irene pada satu sudut tempat meja makan. Agak terpencil sedikit.
" Okay. Kejap lagi I datang", ujar Jerry sebelum dia lesap masuk ke dalam kedai. Membuat pesanan Irene.
Irene duduk dan membetulkan rambutnya. Panas pula petang ini. Peluh di wajahnya dilap dengan tisu.
Tidak lama kemudian, Jerry datang kembali kepada Irene dengan segelas air laici di tangan. Diletakkan gelas di atas meja hadapan Irene.
" Minumlah", pelawa Jerry lalu mengambil tempat duduk menghadap Irene. Kedua-dua tangan diletakkan dia atas meja. Bersedia untuk mendengar butir bicara dari Irene. Pujaan hatinya.
"I ada perkara nak bagitau you ni", Irene memulakan bicara selepas melepaskan dahaga. Irene cuba mengatur kata agar Jerry tidak bergitu kecewa. Fikirannya sudah berselirat dengan alasan-alasan yang mungkin munasabah untuk digunakan nanti.
" Ye? Apa dia? You dah dapat date untuk perkahwinan kita ke? Actually, untuk kes you tu, I dah dapatkan contact number peguam. Nanti I setkan appointment untuk kita jumpa peguam itu sama-sama ", Jerry menambah. Dia sudah membaca sedikit sebanyak tentang kes seperti Irene. Harap dapat membantu ketika berjumpa peguam itu nanti.
Namun Irene masih kaku di depannya. Tidak berani bersuara. Terbantut hasratnya apabila perancangan Jerry sudah begitu jauh.
"Irene, you okay ke tak ni?", tanya Jerry. Lain macam pula Irene hari ini. Nampak kekok dan resah. Seperti ada perkara yang tidak kena.
"Oo...okay. Cuma..", suara Irene tersekat-sekat. Hatinya berdebar-debar. Gementar untuk berbicara. Hendak cakap atau tak sebenarnya. Dia serba salah.
" Cuma apa?", Jerry tidak sabar. Seperti ada perkara tidak baik akan didengarinya.
Irene menarik nafas dalam-dalam. Sekali nafas je Irene. Sebelum keadaan semakin serabut. Sebelum Jerry semakin mengharap. Ini perlu dihentikan! Sekarang!
" I rasa..hmm.I rasa I tak boleh kahwin dengan you, Jerry. I'm sorry. I'm very very sorry", Irene menunduk. Takut memandang mata Jerry. Jarinya menarik cincin yang tersarung di jari manisnya lalu diletakkan di atas meja hadapan Jerry. Memulangkan semula kepada lelaki itu.
Jerry terkejut. Tidak terlintas lansung di fikirannya yang Irene akan memulangkan cincin itu.
"I tak faham. Tapi.. Tapi kenapa? ", tanya Jerry. Suaranya kedengaran sangat kecewa.
Irene turut terasa kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri. Dia mengangkat muka. Cuba memandang Jerry.
" I tak layak untuk you Jerry. I hanya mempergunakan you", Irene cuba menerangkan. Ayat yang sangat klise. Kau terlalu baik untukku. Tetapi sememang itulah hakikatnya. Dia sudah terjebak jauh dengan Jason.
Agh!! Sepatutnya dia tidak libatkan Jerry dalam hal ini. Sepatutnya Jerry tidak perlu terlibat sejak awal lagi. Semua salahnya sendiri. Irene menyesal. Sungguh menyesal. Dia sudah mengheret seseorang yang tidak bersalah ke dalam masalahnya. Bodohnya dia kerana berharap dengan melibatkan Jerry akan menoktahkan hubungannya dengan Jason.
Jerry terdiam. Dia cuba menghadam sebaik mungkin. Baru tadi dia berangan-angan masa depannya bersama-sama Irene dan Brian. Dalam sekelip mata angan-angannya hancur lebur. Tapi kenapa? Mata Jerry merenung wajah Irene. Menilik wanita yang dicintainya tetapi cintanya tidak berbalas.
Tiba-tiba, wajah Jerry berubah merah. Dia menggenggam tangannya lalu menumbuk meja.
Buk!
Terhencut bahu Irene apabila mendengar bunyi hentakkan meja secara tidak semena-mena itu.
"Jason? Sebab Jason kan?",tanya Jerry. Antonasi suaranya sudah berubah. Agak meninggi dan keras.
"No Jerry. Ini semua salah I. I yang salah. I tak sepatutnya bersetuju dengan cad..".
"Apa yang ada pada Jason yang I tak ada?," pintas Jerry sebelum sempat Irene menghabiskan kata-katanya. Jerry sedang marah. Dia tidak menghiraukan tone suaranya yang mula menarik perhatian itu.
"Kenapa tiba-tiba you tanya?" Irene tidak terus menjawab. Takut. Tidak pernah Jerry bernada tinggi seperti ini terhadapnya.
" You cintakan Jason kan? You masih cintakan dia lagi kan?", tanya Jerry bertubi-tubi. Kesabarannya sudah hilang. Kenapa lelaki tidak bertanggungjawab itu juga yang menjadi pilihan?
" Bukan macam tu Jerry. I yang..", nada Irene tersekat-sekat.
"I boleh nampak tanda cinta pada leher you tu Irene. You ingat I buta ke??", jerit Jerry. Kuat dan lantang.
Irene terkejut untuk sekali lagi apabila ditengking begitu. Banyak mata-mata yang beralih ke arah mereka. Irene sudah terlupa dengan tanda dilehernya. Bukan sudah di tutup pagi tadi. Irene terkedu. Tidak menyangka begini jadinya.
"Maafkan I Jerry. I tak bermaksud nak lukakan hati you. I minta maaf. I tak sengaja.", pinta Irene sambil menutup lehernya dengan tangan. Menarik rambutnya ke depan. Dia malu.
Jerry bingkas bangun. Matanya memandang Irene. Menikam tajam. Tangannya lantas mencapai cincin di atas meja lalu membalingnya jauh entah ke mana. Dia marah dan kecewa.
Irene menunduk seperti pesalah. Tanpa membuang masa, Jerry meninggalkan Irene yang sudah tersedu dalam tangisan. Langsung tidak terkesan dengan air mata wanita itu kerana luka dihatinya lebih pedih menikam kalbu.
Share this novel