Bab 16

Romance Series 24063

SEBAIK sahaja sampai, Jason  terus tercari-cari kelibat Irene tetapi tiada. Lehernya dipanjangkan dan bebola matanya  meliar melihat sekeliling. Namun dia gagal menemui keberadaan Irene. Selalunya waktu begini dia sudah dapat melihat wajah wanita itu di bahagian kaunter.  Berkerut dahinya. Pelik. Jam menunjukkan pukul 10.24pagi. Takkan ponteng.


Lantas dia mencari Yusri pula. Pekerjanya itu baru sahaja membukakan pintu untuk sekumpulan tetamu yang ingin bergerak keluar. Baru check out barang kali.

          "Yusri, Irene mana? Ponteng ke?", tanya Jason terus apabila tiada lagi tetamu hotel di pintu lobi.

          "MC bos. Demam katanya," beritahu Yusri. Awal pagi lagi Irene sudah menghantar mesej kepadanya.

          Jason serba salah. Adakah sebab insiden jatuh swimming pool semalam? Dia juga yang menghantar Irene pulang. Tetapi semalam wanita itu nampak baik-baik sahaja. Eh, tidak juga. Wanita itu siap salah masuk washroom lagi. Nasib baiklah waktu transition antara check out dengan check in ini sememangnya tak ramai yang menggunakan tandas di kawasan kolam. Jason mula teringatkan peristiwa semalam.

          Tidak lama selepas Jason menghilang, dia datang semula. Menunggu Irene di depan bilik mandi wanita. Dia memanggil nama Irene tapi tiada sahutan. Hai budak ni. Pekak ke apa? Dia menerjah masuk apabila sudah dipastikan tiada penghuni dan memang betul. Tiada sesiapa di dalam. Ah sudah, budak ni buat hal lagi.

         Jason bergegas ke bilik sebelah dan telahan mengena. Bilik pertama kedengaran bunyi air mengalir. Jason mengetuk pintu bilik mandi dengan kuat.

Bam bam bam

         " Irene! Buka pintu", tinggi suara Jason mengarah. Irene yang sedang termenung memandang air paip mengalir membasuhi kakinya terus tersedar. Terkejut. Kenapa pula Jason boleh ketuk pintu bilik mandinya ni? Irene pantas membuka pintu.

         " Bos mana boleh masuk sinilah!", marah Irene apabila melihat muka Jason terpacul di depannya.

        " You yang tak boleh masuk sini! Ini washroom lelaki Irene!", beritahu Jason.

        Ha? Biar betul. Irene menjenguk ke depan sedikit. Sederet mangkuk tandas untuk lelaki yang tidak dilihatnya tadi. Mukanya merona merah. Alamak. Dia salah tengok ke? Dia dah tengoklah tadi. Betul!Tak tipu.

       " Dah. Cepat tukar baju sebelum ada guest yang masuk. Tak pasal-pasal dapat complain nanti." arah Jason . Tangannya menyua sehelai baju hitam berlengan panjang. Tanpa berlengah Irene menyambar baju itu dan menutup pintu.

        " Bos nak apa-apa lagi ke?", pertanyaan Yusri itu terus mematikan lamunan Jason.

          "Tak..Hmm..Takpe. Saya pergi tengok dia sekejap", kata Jason tanpa berlengah. Bimbang pula kalau ada yang serius menimpa Irene.

       Yusri mengangguk. Dia merasakan ketuanya itu rasa bersalah kerana mengarahkan Irene dengan kerja yang bukan-bukan. Dia pun agak pelik dengan Jason yang suka membuli Irene. Seperti Jason ada perasaan terhadap Irene . Tetapi siapalah dia untuk menyatakan. Lagi pun itu urusan peribadi mereka berdua. Yusri memandang sahaja bosnya beredar ke kereta.

          Jason memandu ke rumah Irene dengan kerisauan. Lima belas minit kemudian, kereta Jason mula memasuki kawasan perumahan Irene. Keadaan kawasan perumahan rumah Irene sepi. Waktu begini kebanyakan penghuni berada di tempat kerja. Jason memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar rumah sewa Irene.

        Butang loceng ditekan beberapa kali tetapi tiada tanda-tanda Irene akan keluar. Jason berasa risau. Dia meraba mangga pintu pagar. Tidak berkunci. Dia membukanya dan cuba mengetuk pintu rumah pula. Tiada jawapan. Jason ketuk lagi. Senyap.

          "Irene? Irene?", Jason memanggil wanita itu. Dia tidak salah rumah rasanya . Jason sabar menunggu. Tangannya mengetuk kembali pintu rumah. Tidak lama kemudian pintu rumah dikuak dari dalam. Irene membuka pintu dengan muka tampak tidak bermaya. Pucat. Melihat keadaan Irene itu membuatkan hati Jason dijerut rasa bersalah.

         "En Jason? Buat apa dekat sini?", wanita itu terkejut apabila ketuanya boleh terjengul di muka pintu. Sudah la dia hanya memakai tshirt dan seluar pendek sahaja. Jason tidak menjawab. Pintu ditolak dan dia masuk dengan selambanya.

          "Eh, lelaki tak boleh masuk", halang Irene. Ini rumah wanita bujang . Namun dia tidak berdaya untuk menghalau ketuanya itu. Bangun ini pun sudah memakan tenaganya yang sudah menipis. Kepalanya berpusing.

         "Kenapa lambat sangat buka pintu? You okay ke tak ni? I ingat you dah pengsan tadi. Dah pergi klinik?, tanya Jason bertubi-tubi. Nadanya kedengaran risau. Irene bergerak perlahan ke sofa.  Badannya terus rebah di situ. Tak tertahan betul rasanya. 

         "Saya dah makan ni", Irene menunjukkan panadol di atas meja yang baru ditelannya. Jason memandang sepapan penadol yang sudah hilang isinya. Dia mendekati Irene. Telapak tangannya singgah perlahan di dahi wanita itu. Panas lagi.  Dia mencekak pinggang kemudiannya.

         "Dah makan?", tanya Jason lagi. Irene mengeleng. Jason melihat sekeliling. Kosong. Sunyi. Tanda Irene tinggal keseorangan. Jason mencari arah ke dapur. Mencari makanan yang boleh diberikan kepada Irene. Kosong. Biskut kering pun tiada.

          "I keluar sekejap. Nanti I datang balik. Jangan tak buka pintu pula", arah Jason. Dia ingin membeli makanan. Irene sudah baring di sofa ruang tamu . Tidak menghiraukan langsung kehadiran Jason. Kepalanya terasa berat. Saat Jason pergi Irene sudah lena.

          Tidak lama kemudian, Jason kembali ke rumah sewa Irene dengan sebekas bubur Marrybrown dan sekotak besar susu Dutchlady . Sekadar cukup untuk mengalas perut. Jason membuka pintu apabila sedar pintu rumah tidak dikunci.

        Apabila dia masuk dilihatnya Irene sedang tidur. Tidak sedar langsung dengan keadaan sekelilingnya. Jason mengeleng-ngelengkan kepala. Kalaulah pencuri masuk ni. Berpestalah jawabnya. Jason meletakkan makanan yang dibawanya tadi di atas meja. 

       Dia menuju ke arah Irene untuk mengejutkannya. Dia berkira-kira untuk mengejutkan wanita itu tetapi menghentikan tindakkannya. Tangannya yang ingin mengejutkan Irene beralih kearah pipi lembut wanita itu. Tak panas lagi. Jason lega.

        Jarinya perlahan-lahan mengelus lembut pipi Irene . Hatinya berdebar. Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih laju dari biasa.

Dug dag dug dag

          Mukanya dirapatkan ke kepala Irene dan dikucup dahi itu spontan. Jason termagu. Lama dia menatap wajah yang enak tidur itu. Dan dia mula menyedari satu perasaan yang aneh mula menyelinap masuk ke dalam hatinya.

          Jason menatap kembali wajah yang lena di depannya ini. Diselak anak rambut yang jatuh menutupi alis kening kiri wajah Irene. Dielus lembut rambut Irene. Kusyuk sehingga tidak menyedari mata Irene sudah terbuka.

         " En Jason..", tegur Irene. Jari Jason mati disitu. Matanya membalas pandangan Irene. Mereka bertatapan seketika. Hati Jason memberi isyarat sesuatu.  Jason seakan mahu mengucup Irene, namun wanita itu bingkas bangun.

         " Er.. saya.. saya okay dah ni"? , gugup Irene berkata. Mukanya diserbu kepanasan. Jason bangkit dari kedudukkannya. Dia bangun dan membelakangi Irene.

         " I dah belikan bubur. Jangan lupa makan dan tutup pintu ni", pesan Jason lalu berlalu pergi tanpa menoleh lagi.  Irene kelu. Apa yang jadi tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience