Bab 30

Romance Series 24063

JASON sedang bersiap untuk ke kelab malam. Samuel beberapa kali sudah mengajaknya untuk keluar bertemu dengan kawan zaman universiti dahulu. Malam ini dia tidak dapat menolak lagi. Badannya segak berbalut bomber jacket berwarna hitam dengan t-shirt putih. Sepadan dengan seluar jean lusuhnya. Rambutnya disisir rapi. Dia memandang dirinya sendiri pada cermin. Rupa begini punya handsome pun boleh kena tinggal. Haih!

         Kehilangan tiba-tiba Irene dahulu benar-benar memberi kesan dalam hidupnya. Hatinya menjadi sekeras kerikil. Hidupnya hanya untuk berkerja. Tiada hubungan serius dengan mana-mana wanita. Malas. Buang masa. Kalau bosan pergi saja ke pusat hiburan dan minta peneman dengan Jacky. Senang. Tiada komitmen. No hard feeling. Hati pun tak sakit.

         Arghh. Nampak sangat dia masih menyimpan dendam. Siapa yang tak sakit hati bila ditinggalkan tanpa apa-apa sebab yang jelas. Sekarang dengan kehadiran Brian lagi menambah amarahnya. Berani Irene sorok Brian darinya. Ini tidak adil sama sekali!

          Bunyi ringtone telefon pintar Jason menghentikan lamunannya. Panggilan dari Malik . Penyiasat upahannya itu sedang menunggu di lobi kondonya. Jason segera turun.

           "Jom Malik", panggil Jason apabila melihat Malik. Dia membawa lelaki itu ke kawasan parking. Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta Jason.

         "Ini bos", Malik menyerahkan sampul surat coklat bersaiz A4. Sampul surat bertukar tangan.

        "Cepat kau buat kerja", puji Jason. Kerja yang memerlukan masa tiga minggu siap dalam masa seminggu. Jason kagum. Tak sia-sia dia mengupah lelaki itu. Malik tersenyum bangga.

        " Mestilah bos. Yang penting ada ni", kata Malik sambil menunjukan isyarat duit dengan jarinya. Dia ada orang dalam yang boleh disogok. Jason mengangguk setuju. Hanya perlu bayar lebih sahaja.

         Sampul coklat itu dikoyaknya. Isi kertas dalam dibaca. Senyum Jason mula melebar. Apa yang menjadi persoalan kini sudah terjawab. Dia tidak terkejut. Dia sangat yakin. Cuma perlu bukti bertulis sahaja. Kertas dimasukkan semula.  Akan di berikan nanti kepada peguam untuk tindakkan selanjutnya. Jason menyeluk poket seluar jeannya.

         "Bagus! Ini upah kau", kata Jason sambil menyerahkan sampul tebal berisi duit kepada Malik.

         "Hasil yang memuaskan. Jadi aku up lagi sikit", ujar Jason. Dia berpuas hati dengan hasil kerja Malik. Senang dia untuk meneruskan rancangannya selepas ini.

          " Terima kasih bos ", ucap Malik tersenyum lebar. Kerjanya berbaloi. Sampul disimpan di dalam poket. Tidak perlu kira. Tengok tebal pun sudah boleh mengagak nilainya lebih dari yang sepatutnya. Dia senang hati.

         "Kalau ada job lagi jangan lupa roger bos. Anytime", kata Malik sebelum mengundur diri. Untung dapat customer macam ni. Tak kedekut.

           Jason pula segera menuju ke Tronz Club. Apabila dia sampai, suasana di kelab malam sudah dipenuhi dengan muzik yang kuat, lampu berwarna-warni yang bergerak, dan orang ramai yang rancak menari . Di lantai tarian, DJ memainkan muzik terkini dan popular yang memeriahkan suasana. Happening habis.

        Bahagian bar pula sibuk dengan bartender yang menyajikan pelbagai jenis minuman keras. Ada yang bersorak dan kadangkala perbualan hampir tenggelam oleh bunyi muzik. Nasib baik Samuel sudah menempah bilik vip. Kurang sedikit bunyi yang agak membingitkan itu.

            Jason menuju ke bilik VIP bernombor R3. Apabila dia membuka pintu, Samuel sudah menunggu bersama dua lagi rakan mereka bersama gadis pelayan sedang menghidangkan beberapa makanan ringan berserta botol-botol minuman keras.

             " Ha, sampai pun. Ingat tak datang", tegur Dean dan disambut lagi oleh seorang lagi teman mereka, Andy.

             " Busy betul member kita sorang ni. Dah dua minggu kita kat sini, baru hari ni nampak muka", adu Andy tidak berpuas hati. Dia dan Dean sudah lama berhijrah ke luar negara. Jarang-jarang sangat dapat bertemu teman seuniversitinya itu. Ini pun kebetulan dia dan Dean ada urusan di Kuala Lumpur.

            " Sorry guys. My bad. Hari ni aku belanja okay ", balas Jason. Tangannya mengambil botol berisi minuman beralkohol. Di tuang ke dalam gelas milik Dean, Andy dan kemudian Samuel. Samuel menjeling Jason di depan. Walau pun sepejabat, dia pun susah untuk berjumpa dengan lelaki itu semenjak dua menjak ini.

         "Kau buat apa ye sebenarnya? Lepas tengah hari je lesap", tanya Samuel penuh curiga. Setiap kali dia ingin mengajak Jason makan, pasti biliknya sudah kosong. Tuannya hilang entah ke mana. Telefon pun tak jawab. Pelik betul dia.

       " Biar betul, satu tempat kerja kan? Takkan jarang jumpa? Kau hisap dadah ke Jason? Kau jangan macam-macam", sampuk Andy. Sengaja mengapikan suasana.

        Jason tidak menjawab. Hanya berdiam diri dengan senyum menyerengai. Menampakkan giginya yang tersusun rapi. Tak kan nak cerita pasal operasi gilanya  beberapa minggu lepas.

      " Kalau tengok gaya macam ni, tersengih-sengih je macam kerang busuk. Macam tengah high. Sah hisap dadah! ", tambah Dean pula. Dia sudah mengelengkan kepala.

        " Haahaa", Jason ketawa besar. Boleh tahan merepek juga kawan-kawannya itu. Tawanya kemudian disambut dengan yang lain tanda masing-masing tidak serius dengan apa yang dikata.

         " Aku baru je menikmati kebebasan aku ni. Bagi la chance sikit ", Jason memberi alasan. Masih cuba berahsia. Belum mahu berkongsi cerita. Belum masanya. Dengan adanya Dean dan Andy, lagilah dia perlu berahsia.

       " At least, bagitahulah pergi mana. Ini hilang macam tu je. Nasiblah kau ni bos. Kalau pekerja lama dah aku pecat tau", Samuel mengomel.

       "Ala, buruknyalah kalau laki merajuk ni," usik Jason. Samuel bingkas bangun. Tangannya dicekak ke pinggang. Muka tak puas hati.

       " Okay. Sorry sorry. Apa halnya kau cari aku?", Jason kembali serius.

      " Aku nak bagi kerja la. Apa lagi. Lusa aku nak fly. Cuti seminggu. Kau take over ", pesan Samuel. Dia sepatutnya memberi tugasan itu awal, tetapi Jason asyik lesap.

      " Seminggu? Lamanya. Kau nak pergi mana? Nak kahwin ke?", soal Jason. Dua kawan yang lain menukar arah. Semua tertumpu pada Samuel pula.

      " Aku bukan macam kau. Tunang mengejut. Lagi pun, kalau aku kahwin, aku cuti sebulan. Mana cukup seminggu ", beritahu Samuel. Sempat lagi dia mengenakan Jason. Jason mencebik.

      " Bila pula kau tunang? Dengan awek lama kau yang cun melecun tu ke? ", soal Dean dengan perasaan ingin tahu. Perhatian mereka teralih kembali kepada Jason. Kata kawan je. Itulah jawapan setiap kali ditanya hubungannya dengan Kate.

       Mati terus senyuman Jason. Inilah topik yang tidak digemarinya.

      " Wah, sempat lagi mengata aku ye Sam. Aku kahwin nanti semua sekali aku tak bagitahu", ugut Jason.

      " Haahaaa. Koyak pula dia ni. Dah dah. Minum-minum", Dean mengelakkan ketegangan yang mula kelihatan di wajah Jason. Nampak sangat kawannya itu sudah tidak suka dengan topik yang dibualkan.

      Andy menepuk bahu Jason. Gelas ditangan diangkat tinggi. Takkan nak bertekak pula. Sudahlah susah nak jumpa. Yang lain turut mengikut. Mereka sama-sama melagakan gelas sesama sendiri sebelum meneguk isinya. Tanda meraikan persahabatan antara mereka.

❤️ Mohon berikan sepatah dua kata sikit. Thank you ❤️

Share this novel

Norzilawati
2024-12-07 12:46:27 

makin menarik.. awaiting for next chapter.. loove utk author


NovelPlus Premium

The best ads free experience