IRENE melabuhkan punggung di kerusi. Pejabat masih lengang. Masakan tidak lengang, dia datang terlebih awal. Sengaja dia berbuat begitu untuk melakukan sedikit pembetulan dalam kontrak mengikut permintaan Samuel sebelum bosnya masuk. Secawan kopi sudah siap dibancuh dan diletakkan ditepi.
Kemudian, Irene menyumbat telinganya dengan earphone dan jarinya laju menaip papan kekunci komputer riba. Dia berada di dunianya sendiri. Kusyuk melakukan kerja sambil mendengar lagu dari playlist spotifynya. Sambil itu mulutnya terkumat-kamit mengikut suara sang penyanyi. Sesekali, cawan kopi diteguk. Sedang asyik dia menaip, mejanya diketuk kuat. Pelakunya adalah En Khairil. Bosnya itu sedang memandangnya. Irene segera menarik earphonenya.
"Ye saya tahu awak rajin, tapi jangan la sampai saya panggil pun tak dengar", tegur En Khairil. Irene tersengih. Menyedari kesilapannya. Dia memandang sekeliling. Sudah dipenuhi teman-teman sekerjanya yang lain. Dia tidak sedar waktu pejabat sudah lama bermula. Seingatnya hanya dia dan cleaner sahaja yang ada tadi.
"Erkk..Sorry bos. Tak perasan", Irene memohon maaf. Mana nak dengar kalau telinga disumbat dengan earphone bervolume tinggi. Mukanya meminta dikasihani.
"Dah! dah! Tak payah buat muka seposen. Jom ikut saya masuk. Saya nak tanya pasal meeting awak semalam." arah En Khairil. Dia berlalu menuju ke bilik yang dikhaskan untuknya.
"Baik bos", balas Irene akur. Dia membontoti En Khairil dan membawa segala nota dan kontrak hasil dari perbincangan semalam. Pintu pejabat ditutup rapat. En Khairil meletakkan beg pejabatnya di atas meja. Irene mengambil tempat di meja perbincangan. Betul- betul di depan meja pejabat En Khairil.
" Anak En Khairil okey ke? ," tanya Irene ingin tahu. Dia pernah jumpa anak kedua bosnya itu. Ketika sambutan hari raya yang diadakan dirumah En Khairil. Tak silapnya anaknya sudah berumur tujuh belas tahun. Sudah remaja.
"Luka biasa je. Motornya yang teruk. Elok juga tu, kalau tidak bukan tahu duduk rumah anak saya tu. Makin besar makin tak dengar cakap". En Khairil mengomel tentang anaknya. Irene ketawa kecil. Samalah kita bos. Jangan kata yang besar yang kecil pun begitu juga. Irene teringat anaknya Brian.
En Khairil duduk di hadapan Irene. Dia mengambil draf kontrak yang berada diatas meja perbincangan. Draf itu dibukanya.
" So, macam mana? Okay tak ? Banyak tak yang perlu ditukar?". En Khairil menyelak draf tersebut satu persatu. Melihat pada sticker berwarna yang dilekatkan Irene. Menandakan ada perubahan pada draf sebelum ini. En Khairil meneliti setiap catatan pada sticker. Dia suka dengan hasil kerja Irene. Sangat teratur dan teliti. Ternyata pekerjanya itu memang boleh diharap. Irene meneliti buku notanya pula.
"Tak banyak pun bos. Cuma En Sam kata dia nak kena tanya share partner dia yang kat JB juga. Tapi kalau ada pun mungkin tak banyak". En Khairil mengangguk faham.
"Maksudnya dia setujulah dengan harga yang kita minta? Tak ada bantahan", tanya En Khairil lagi. Seingatnya kebanyakan pelanggan baru di syarikatnya akan meminta pakej yang paling murah.
" Tak ada En Khairil. Katanya berpatutan. Sesuai dengan pelindungan yang hotelnya akan terima", ujar Irene. En Khairil berpuas hati dengan penerangan yang diterima.
"Okay, takpa. Awak setelkan yang awak dah betulkan ni. Ikut apa yang dah awak bincang dengan En Samuel semalam. Kemudian sent kepada saya. Tak perlu print dulu. Saya akan uruskan selebihnya sebelum kita sign kontrak ", arah En Khairil. Walau pun dia percayakan Irene, dia masih perlu menyemak contract tersebut. Sudah menjadi tugasnya selaku ketua. Apa-apa masalah di kemudian hari, dia akan dipertanggungjawabkan. Client besar seperti ini perlukan penapisan yang banyak. Perlu diteliti sebaik mungkin. Tiada sebarang kesalahan dibenarkan.
" Baik En Khairil. Ada apa-apa lagi ke?", Irene bertanya sebelum keluar.
"Tak ada. Terima kasih Irene. Bagus kerja awak. Lepas ni boleh dah saya hantar jumpa client lagi", En Khairil sengaja menduga. Irene tersenyum kelat. Ingatkan yang semalam adalah yang pertama dan yang terakhir. Biar betul bosnya ni. Dia paling tak suka melayan karenah orang. Pengalaman dia berkerja di hotel dahulu memberinya amaran bahawa dia tidak ada bakat tersebut. Manusia sangat susah diduga. Lagi senang mengadap komputer sahaja.
Irene sudah selesa dengan kerjanya sekarang. Dia lebih suka duduk di meja pejabat sahaja. Masuk pejabat pukul 8 pagi. Habis 5 petang, cabut balik rumah. Waktu tetap begitu lebih sesuai dengan dirinya sekarang. Berjumpa client tidak mengenal masa. Dia tidak suka begitu.
" Ala..janganlah bos. Saya..", Irene cuba mencari alasan yang sesuai ketika ini. Salah cakap nanti kena pecat pula. En Khairil tersengih saja melihat gelagat Irene itu.
" Saya tau dah awak ni. Saya suruh jumpa orang je, bukan harimau. Takut sangat, kenapa? Dah. Awak suruh makcik Asnah buatkan kopi kaw untuk saya satu. Haus pulak tekak saya ni " , pinta En Khairil. Lama sangat menunggu jawapan Irene tak kunjung tiba. Irene menarik nafas lega. Ternyata bosnya itu masih rasional. Dia menutup rapat pintu dan menuju ke pantry. Mencari kelibat makcik Asnah. Merangkap cleaner dan tealady Medlife Insurance.
Share this novel