IRENE melepaskan nafas lega. Dia sempat sampai ke tempat kerjanya. 7.58 pagi. Nyaris-nyaris punch cardnya berwarna merah. Kepalanya terasa pening akibat minum berlebihan semalam.Ting tong kepalanya sekejap.
Dia menelan dua biji penadol sebelum datang ke Hotel Armada Tower. Tempatnya melakukan praktikal bagi pelajar yang mengambil jurusan perhotelan dan perlancongan. Irene mengambil tempatnya di kaunter lobi hotel seperti biasa. Menunggu mentornya datang. En Yusri. Tetapi dia hanya memanggilnya abang. Atas permintaan Yusri sendiri.
" Hai Irene, lambat datang hari ni? Dah breakfast belum?", tegur Yusri merangkap mentornya di Hotel Armada Tower. Peramah dan sangat baik dengan Irene.
" Mana ada lambat bang. Punch card belum merah lagi", sambut Irene mesra.
" Yelah. Lambat dari biasa. Selalu kau pukul 7.30 pagi dah ada dekat sini. And you look worse. Tak tidur ke semalam?", Yusri bertanya prihatin.
" Kepala ting tong sikit la bang. Tidur lambat semalam ", jawab Irene meminta simpati. Dahinya dipicit-picit dengan jarinya. Siapa suruh kau pergi berfoya-foya. Mabuk sampai tak ingat dunia. Tidur dengan sesiapa entah. Irene menyalahkan diri sendiri.
" Ala kesiannya tapi aku tak boleh bagi kau cuti hari ni sebab manager masuk kerja hari ni. Kau kena ada. Dia yang bagi markah dekat kau. Aku tolong bagi arahan je. Lagi pun aku belum officially introduce kau dekat dia", kata Yusri lagi. Dia mengambil tempat di sebelah Irene.
" Manager? Bukan abang ke manager?", tanya Irene sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut. Selama ini Yusri yang banyak bagi task kepadanya.
"Apa pulak kau ni? Aku kuli jelah. Itulah, hari tu aku bagi taklimat kau tidur. Nak kena potong markah ke?", ugut Yusri sekadar mengusik.
"Alamak, rasa nak pitam pulak ni. Saya pergi tandas kejap bang. Sekejap je. 10 minit. Kita belum start training lagi kan?",
" Yelah. Yelah. 10 minit je".
Irene mencapai beg mekapnya dan menuju ke tandas. Mukanya di touch up sehabis baik. Dia perlu memberi first impression terbaik kepada bosnya nanti. Selesai membetulkan rambutnya yang diikat rapi, Irene beredar menuju kembali ke tempatnya.
Sekembalinya dia dari tandas, sudah ada seseorang yang menunggu di kaunter tempatnya bersama Yusri. Irene bergerak laju. Tidak mahu, orang yang berpangkat manager menunggunya pula. Semakin dia hampir semakin dia rasa berdebar-debar. Irene tidak sedap hati. Macam kenal .Mata Irene membulat.
" Ha! tu pun dia En Jason. Pelajar praktikal kita. Irene!!! Sini cepat", panggil Yusri. Irene tergamam. Badannya kaku. Kakinya kejap. Tidak mahu bergerak. Rohnya seperti terbang keluar. Ini mimpi je kan? Mimpi ni. Irene bangun! Dah pagi ni. Dia mencubit pipinya. Aduh! Sakit.
" Hoi, kau buat apa tercegat lagi tu? Mari sini la", panggil Yusri. Irene tersedar dari kejutannya. Ini bukan mimpi. Ini betul-betul. Irene menundukkan wajah dan melangkahkan kakinya yang terasa sangat berat menuju kearah mereka. Kakinya diseret perlahan. Hatinya berharap yang lelaki itu tidak akan mengingatinya.
Tolonglah.Tolonglah ya tuhan..Finger cross.
Namun, Irene dapat melihat Jason tersenyum lebar apabila dia semakin hampir. Ini pertanda tidak baik. Senyuman itu hanya dia yang memahami maksudnya. Mana kau nak lari? Otak Irene ligat berfikir.
Irene bergerak dengan sangat perlahan sebelum jatuh terjelepok secara tiba-tiba. Matanya dipejam erat seperti orang tidak sedarkan diri. Serta-merta keadaan menjadi kelam kabut. Semua mata terarah kepada tubuh Irene yang sudah terbaring di lantai dan mengeruminnya. Yusri berlari mendapatkan Irene. Badan wanita itu digoncang kuat.
" Irene bangun! Wei, bangunlah. Ya Allah budak ni, boleh pengsan pulak", kejut Yusri. Irene membatukan diri. Tahan Irene, tahan. Sekejap saja ni. Selamatkan diri kau sekarang. Dia sudah dapat berfikir apa lagi. Ini sahaja peluang yang dia ada.
" Ketepi. Biar I yang angkat. Yang lain sambung kerja", suara lelaki bernama Jason mula metenteramkan keadaan. Sekelip mata, badan Irene terasa melayang dicepung Jason. Yusri mengekori dari belakang. Suasana yang kelam kabut tadi beransur tenteram apabila masing-masing sudah kembali berkerja seperti biasa.
Irene dibawa ke bilik rehat. Dia dibaringkan di atas katil. Yusri sudah membawa secawan air kosong dan sekeping ubat tahan sakit. Kalau-kalau Irene memerlukannya.
" Macam mana ni bos? Saya call ambulan la. Tadi dia ada bagitahu sakit kepala. Mukanya pun nampak pucat tadi. Tak tahu pula saya boleh jadi serius", ujar Yusri risau. Mahunya tak. Dia ingatkan Irene bergurau sahaja.
" You call ambulan sekarang", arah Jason menyetujui saranan Yusri. Dengan automatiknya, Irene menyedarkan diri. Dia mengerakkan badan. Matanya dibuka sedikit. Tangannya bergerak perlahan ke arah kepala. Memicit dahinya yang tidak sakit.
" Haa, sedar pun. Kalau tak aku nak panggil ambulan dah", Yusri berkata lega. Haih, ada-ada sajalah budak ni.
Irene masih menunjukan riak kesakitan. Kelihatannya sakit benar.
" Ni ada air dengan ubat tahan sakit. " sua Yusri. Irene mengangguk sahaja. Dia sudah menelannya di rumah tadi. Takkan nak makan lagi.
" Tak apa. Bagi dia rehat. You boleh sambung kerja", arah Jason sambil menepuk bahu Yusri. Pekerjanya itu mengangguk memahami. Cawan dan ubat diletakkan di atas meja di tepi katil Irene.
Jason dan Yusri bersama-sama bergerak ke pintu. Irene menarik selimut. Menutupi seluruh badannya. Kedengaran pintu bilik ditutup rapat. Haaa..lega. Selamat dia buat masa ini. Irene mengetuk dahinya. Itulah kau, minum lagi. Mesti ada masalah baru bila kau minum.
Share this novel