SAMUEL melihat-lihat keadaan lobi utama. Tidak banyak yang perlu ditambah. Pekerjanya di bahagian kaunter sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Semuanya hampir selesai untuk menerima tetamu. Dia sudah boleh merangka majlis perasmian tidak lama lagi.
Samuel menuju ke coffee house pada bahagian kanan bangunan. Bahagian yang menghadap pemandangan Menara Berkembar Kuala Lumpur. Salah satu mercu tanda kebanggaan Malaysia. Cantik dan mengkagumkan mata yang memandang.
Kawasan itu juga merupakan tumpuan bagi pelancong dari dalam negara dan luar negara. Stategik. Pemandangan yang indah itu menjadi penyebab utama dia mengambil alih bangunan ini. Dia juga meletakkan lobi utama dan coffee house di tingkat paling atas agar dapat melihat pemandangan Bandar Kuala Lumpur dengan permandangan 360.
Rancangannya, coffee house ini akan menjadi tarikkan utama di hotelnya nanti. Jadi, dia akan membuka coffee house untuk pelawat dari luar juga. Bukan untuk penghuni hotel sahaja. Rugi rasanya kalau tempat secantik ini dihadkan pengunjungnya.
Samuel mengetuk meja bar lalu menarik perhatian pekerjanya yang sedang mengelap dan menyusun gelas di rak.
"Bagi I fresh orange", pinta Samuel. Setakat minuman sahaja yang boleh dipesan memandangkan bahagian dapur masih belum siap sepenuhnya. Matanya masih menikmati permandangan di depan mata. Keputusannya membeli bangunan ini sangat tepat.
"Tuan, ada orang nak jumpa." Pelayan itu memberitahu. Jari telunjuknya ditunding pada satu sudut. Seorang pemuda sedang memandang kearahnya sambil melambai tangan. Samuel mengukir senyuman dan membalas lambaian. Eh, cepat pula dia datang.
"Make it two dan hantar kat sana ye." , pesan Samuel kepada pelayan bar. Pekerjanya itu mengangguk. Samuel berlalu menuju kearah pemuda tadi.
" Bro, tak bagitahu dah sampai. Call lah kalau ye pun", sapa Samuel kepada kawan baiknya merangkap share partner. Dia melabuhkan punggungnya di depan tetamu tidak dijangka itu.
"Awal kau sampai Jason. Bukan patutnya 2 hari lagi ke?" , tanya Samuel lagi. Email yang dihantar kepada Jason meminta kawannya itu datang pada hari Khamis. Hari ini baru hari Selasa.
"Saje. Nak buat sportcheck. Nak tengok kau buat kerja ke tak", Jason mengusik. Perbualan mereka terhenti apabila pelayan bar menghidangkan minuman kepada mereka. Dua gelas berisi fresh orange diletakkan dihadapan Jason dan Samuel kemudiannya.
"Aku goyang kaki je ni. Tak nampak? " , Samuel membalas. Kakinya digoyangkan kuat kearah kaki Jason dan lelaki itu pantas mengelak.
Kurang asam.
" Hoi, main kasar", marah Jason. Samuel ketawa besar sehingga menerbitkan senyuman nipis di bibir Jason. Dia teringat dahulu waktu zaman mudanya. Ibunya Karen melarang dia berkawan rapat dengan Samuel. Kata Karen temannya itu memberi pengaruh yang tidak baik terhadapnya.
Masakan tidak, sejak mengenal Samuel di universiti dia mula mengenal pub dan disko. Rokok dan perempuan. Namun yang peliknya, setiap kali exam Samuel pasti score. Dia yang terkandas. Adilkah begitu? Karen bertindak drastik dengan menukar tempat belajarnya. Tetapi tetap tidak dapat memutuskan persahabatan mereka. Cuma, Jason sudah dapat mengimbangi keduanya. Keseronokan dan pelajaran.
"Kebetulan je ni. Aku hantar Kate kat KLIA tadi. Dia ada show kat New York. Terus singgah sini jumpa kau. Sambil tu boleh juga tolong apa yang patut. So, macam mana progress?", sambung Jason kemudiannya. Dia menggunakan Kate sebagai alasan untuk lari dari kesibukan kerjanya yang tak pernah habis. Ada sahaja yang ingin ditambah oleh Karen. Jason mencapai gelas yang baru diletakkan di hadapannya tadi. Menyedut sekali. Dua kali. Wah, segar betul rasanya.
" Wow, jealous nya aku dengar. Ni yang aku nak cari girlfriend ni. Eh, aku ada jumpa awek ni. Cun oii. Tapikan aku macam pernah nampak la dia sebelum ni. She seems familiar. Cuma tak ingat kat mana", Samuel cuba mengingati pertemuannya dengan Irene. Dia yakin betul macam pernah nampak wanita itu. Cuma dia tidak ingat bila dan dimana.
"Ah kau, kalau perempuan cantik semua kau pernah nampak." Jason membidas. Tahu sangat dengan perangai Samuel. Pantang nampak perempuan dahi licin. Pantas masuk jarum. Mencuba nasib. Samalah perangainya yang dulu. Namun dia sudah berubah seiring dengan peningkatan usia. Dia lebih serius dalam hidup dan kerjayanya. Lagi pun dia dah tak rajin nak melayan kerenah wanita. Yang ada pun dah cukup memeningkan kepalanya.
"Eh, ini lain", Samuel cuba menyakinkan teman di depannya itu. Dia rasa Irene ada daya tarikan tersendiri. Tidaklah cantik mana tetapi manis itu ada. Teringat mesej whatsappnya yang dibalas hambar. Dia tersenyum kelat. Mungkin bakat mengayatnya sudah berkarat.
"Dah la. Malas aku nak layan kau. Bilik pejabat aku dah siap?",pertanyaan Jason mengubah topik perbualan. Dah kenapa nak cerita pasal perempuan pula. Dia datang sini sebab kerja.
"Office kat bawah ni. Tingkat 2 dan 3. Tapi bilik kau tinggkat 3.", terang Samuel. Semua sudah tersedia. Tinggal persediaan akhir sahaja.
"Okay cun. Esok aku masuk office Pukul 9". Jason sudah berkira-kira dengan jadualnya. Lebih cepat siap lebih bagus. Dia sudah bersedia untuk berhijrah. Tak sabar pula rasanya.
"Elok juga tu. Boleh aku kenalkan dekat semua staff kita. Lagi pun ada kontrak aku nak kau tengok. Jumaat depan nak sign dah. Aku nak kau ada sekali", Samuel sudah sedia memberi kerja kepada Jason.
Jason mengangguk. Air fresh orange disedut. Dia sudah bersedia memulakan kehidupannya di Kuala Lumpur. Bertukar suasana. Bertukar angin. Dia sudah bosan tinggal di Johor Bahru. Bosan dikongkong oleh ibunya sendiri.
Share this novel