Bab 31

Romance Series 24063

Beberapa minit sebelum pukul lapan pagi, Irene mulai duduk di meja kerjanya. Dia baru selesai bersarapan di pantry. Sekadar mengalas perut dengan tiga biji kuih karipap dan secawan air nescafe 3 in 1.

          Irene menghidupkan komputernya. Dia sudah membuka dokumen yang diserahkan Lisa kepadanya untuk disemak dan dibetulkan sebelum di cetak semula untuk diberikan kepada pelanggan. Sedang dia tekun melakukan kerja, Lisa datang kembali kepadanya. Dia menghulurkan sampul surat berdaftar kepada Irene.

          " Eh Irene, semalam ada surat untuk kau. Aku terlupa nak bagi. Nampak macam surat peguam ", tanya Lisa dengan nada menyibuknya.

          " Bukalah cepat", gesa Lisa lagi. Menunggu Irene membaca surat yang baru diterimanya.

          Irene membuka sampul surat tersebut. Tangannya mengeletar saat matanya membaca isi kandungan surat. Dadanya berombak hebat. Dibaca berulang kali untuk menghadam segalanya.

          " Eh kenapa Irene?", tanya Lisa apabila melihat perubahan wajah rakannya itu. Pucat. Seperti ada masalah besar.

          Irene membatu. Mindanya tidak dapat berfikir. Yang ada hanya wajah anak kesayangan, Brian.

          " Aku kena keluar kejap Lisa", kata Irene setelah lama membisu.
Dia mencapai beg tangannya dan terus berlari keluar menuju ke tempat letak kereta. Dia tidak mempedulikan Lisa yang memandangnya penuh dengan persoalan. Yang penting kini dia ingin ke pejabat Jason. Perhitungan perlu dibuat sekarang juga!

          Jason menghela nafas berat. Fail yang tersusun di depan matanya kelihatan menyesakkan. Kerja yang ditinggalkan Samuel boleh tahan banyaknya. Ha itulah. Hari tu yakin sangat! Jason mengutuk dalam hati. Tidak lama kemudian interkomnya berbunyi. Panggilan dari rakan niaganya pula.

          Sedang dia berbincang di telefon, pintu pejabatnya dibuka dengan kasar. Irene menyerbu dengan muka bengang. Sara dibelakangnya sedang menahan Irene dari masuk. Jason cepat-cepat mengakhiri perbualan dan meletakkan telefon. Terganggu dengan keadaan itu.

          "Lepaslah!", marah Irene dengan menolak tangan Sara yang sedang menghalangnya dari masuk.

          " Sorry En Jason. Saya cuba tahan. Tapi...", Sara cuba membela diri. Dia tidak sempat bertanya, wanita ini terus menerjah masuk. Laju satu macam.

          " Takpa Sara, you boleh keluar. Tapi jangan bagi sesiapa masuk. No call. I tak mahu diganggu", arah Jason.

          Sara mengangguk faham. Macam ada perkara yang serius. Sara meninggalkan mereka berdua sahaja. Selepas Sara menutup pintu, Irene menghempas kuat sampul surat putih dihadapan meja Jason.

          " You ni kan...Entah dari mana you datang. Lepas tu senang-senang je you nak ambil anak I? Apa semua ni Jason? You tak berhak buat I macam ni. You tak ada hak!!!", serang Irene. Dia memuntahkan amarahnya yang ditahan sejak tadi. Sepanjang perjalanannya, Irene menahan rasa. Libang libu hatinya sama seperti kesesakan trafik yang ditempuhi. Sesak dan menghimpit. Perjalanan untuk sampai ke pejabat Jason terasa begitu lama. Keadaan yang sungguh menyeksa. Meluap-luap macam gunung berapi. Marah, geram dan sakit hati. 

          " Mestilah I ada hak. Semua dah tertulis disitu Irene. You tak reti nak baca ke?", Jason berlagak biasa. Tidak terusik langsung apabila diserang begitu. Sampul tadi diambilnya. Tertera nama firma guaman yang dilantiknya. Dia bangun dan dan menyerahkan kembali kepada Irene. Wanita itu menepis kasar. Enggan untuk menerima.

         " I hate you Jason. You memang lelaki yang tak ada hati perut!", jerit Irene dengan emosi yang tidak boleh dikawal.

          Jason masih selamba. Dia meletakkan surat itu kembali ke mejanya lalu bersandar pada meja dan berpeluk tubuh. Memandang tepat mata wanita dihadapannya kini. Irene terdiam dengan nafas yang tidak teratur. Kemarahan yang menyesakkan dadanya menyebabkan air mata mulai turun dengan sendirinya. 

         " How could you Jason? Kenapa you sekejam ini?", nada Irene berubah rentak. Sayu kedengaran ditelinga Jason. Serta-merta dia tertunduk pilu. Dia tidak dapat menahan rasa hatinya. Air matanya merembes tanpa dapat ditahan lagi. Apa yang dibimbangkan akhirnya terjadi. Jason menuntut Brian darinya. Berserta bukti DNA dan surat peguam.

        " Kejam? You yang zalim. You should come clean that night. Kenapa nak salahkan I pula?", Jason membela diri. Dia sudah cuba bertoleransi. Bukannya dia tidak cuba.

         Irene mengetap bibir. Matanya di tutup rapat-rapat bagi menahan getar pada tubuhnya.

         " Brian anak I Jason. Anak yang I kandung 9 bulan. Satu-satunya tanda cinta kita. Tergamaknya you merampasnya dari I? I pun ada perasaan juga ", rintih Irene membuatkan Jason bungkam.

          Perasaan? Dia pun punya perasaan. Saat ini perasaannya jelas terusik. Bergetar hati lelakinya. Dadanya berperang hebat. Irene yang menangis hiba, tetapi kenapa hatinya yang terasa seperti tercucuk sembilu. Kenapa? Masihkah ada cinta dalam hatinya ini?

          Sepi. Hanya bunyi sendu sedan dari Irene. Lama mereka berkeadaan begitu. Setelah terpaku lama, Jason meraut wajahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tubuhnya berdiri tegak. Menghampiri wanita yang sudah teresak-esak kini. Kedua bahu Irene diraih lembut dan ditarik ke dakapannya. Erat.

         Lambat-lambat tangan Jason mengusap belakang Irene. Seakan memujuknya. Seketika, beban perasaan Irene hilang begitu sahaja. Permasalah antara mereka terus dilupa. Irene rasa terbuai. Matanya ditutup rapat. Mulutnya terkunci. Bagaimana dia ingin menidakkan rasa rindu ini?

         Suasana tegang berubah sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tidak semena-mena, Jason mengucup dahi Irene yang masih dalam pelukkannya. Kemudian, turun ke pipi mulus Irene dan menuju ke bibirnya. Kucupan yang lembut. Perlahan-lahan menjadi dalam dan beremosi. Irene membalas kucupan itu. Asyik sekali.

Sesaat

Dua saat.

Tiga saat

          Tiba-tiba Irene kembali tersedar. Buntang matanya. Ditolak kuat badan Jason menjauhi darinya. Mata mereka berpandangan. Irene seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Dia mengesat air matanya lalu berlari pergi dan terus hilang. Jason tidak menghalang. Dia juga tergamam. Tegak dan tidak bergerak. Kejung. Dia turut terkejut dengan tindakkan sendiri.

          Irene berlari laju meninggalkan pejabat Jason. Sebagaimana dia meluru masuk begitu juga dia meluru keluar. Sehinggakan terlanggar seseorang di pintu masuk pejabat .

          " Sorry", ucap Irene pendek tanpa melihat siapa yang dilanggarnya. Dia mengesat sisa air mata dan terus bergegas ke lif untuk meninggalkan Paradise Hotel.

          Kereta kancilnya terus dipecut. Pedal minyak ditekan sekuat hati. Irene cuba lari dari bayangan tadi. Semakin dia cuba menjauh semakin kuat bayangan Jason mengejar. Akhirnya Irene berhenti dibahu jalan. Dia menghentak-hentak tangan ke stereng. Geram tapi tidak tahu pada siapa.

          " Arghhh!!!!", jerit Irene sekuat hati. Sekuat jeritan batinnya yang keliru dengan kehendak hati dan akal. Dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri setiap kali berdepan dengan Jason. Sejak dulu lagi. Air mata Irene jatuh buat sekian kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience