Bab 11

Romance Series 24063

JASON merebahkan badan. Sofa yang empuk terasa sangat selesa. Flight yang sepatutnya dijadualkan waktu petang berubah ke malam atas faktor cuaca. Disebabkan waktu menunggu yang lama membuatkan badannya terasa lenguh walau pun masa perjalanan dari KL ke JB tidak begitu lama.


Jason memejamkan mata. Sengaja lampu tidak dibuka. Suasana gelap itu menenangkan dan bayang wanita itu muncul lagi. Dia meraba bibirnya. Teringat ciumannya pada Irene tempoh hari. Walau pun sebentar, namun meninggalkan kesan. Sehingga wajah Irene sering kali melewati fikirannya. Marah benar wanita itu tempoh hari. Senyum Jason melebar. Huh, dia peduli apa. Satu kepuasan baginya apabila melibat reaksi Irene yang kelu apabila dia bertindak diluar dugaan. Apa dia ingat aku nak lepaskan dia macam tu saja? Aku pun dah lama tak buat kerja gila ni. Hidupnya yang hanya berkisarkan kerja membuatkan Jason kebosanan. Tiada seri. Hambar dan kosong.


Jason kembali berkira-kira. Apa yang akan dilakukan kelak. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia bersemangat ingin mengetahui kehidupan Irene selepas meninggalkannya. Status Irene bersama anaknya membuatkan Jason tertanya-tanya. Dia perlu menyiasat sendiri. Jason mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor Malik, orang suruhannya yang mampu membuat kerja-kerja menyiasat begini.

" Malik!"

" Yess, boss?", suara garau di sebelah menyahut.

" Aku nak kau buat satu kerja penting?", pinta Jason. Otaknya sudah berfikir macam-macam.

" Kerja apa bos?"

" Tolong cari maklumat atas nama Irene Lim. Segala yang berkaitan dengan nama tersebut. Sama ada anak, kawan atau keluarga. Aku nak tahu semua. Anything! Aku akan sent gambar kemudian. You get the job done as soon as posibble," arah Jason panjang lebar.


" Sure, boss!"


" Thanks",

Jason menarik nafas berat. Entah kenapa wanita bernama Irene itu sukar benar untuk dilupakan. Perkenalan mereka terlalu singkat dan sudah bertahun mereka terpisah. Namun wanita itu sangat menarik minatnya. Seperti magnet. Sentiasa menarik. Sama ada masa lalu dan saat ini. Ternyata dia masih lagi tidak dapat melupakan Irene.

Apa yang susah sangat ni? Hati Jason merungut sendiri.

Tiba-tiba suasana jadi terang benderang. Mata Jason dibuka semula apabila cahaya lampu menyakitkan matanya. Silau.


"Kenapa ambil flight malam-malam? Siang tak ada?", tanya Karen dengan suara yang tegas. Jason bangun dan bersandar. Tidak memberikan jawapan. Malas untuk berbalah. Jason memandang kosong ibunya. Karen. Seorang ibu yang dingin. Kadang-kadang Jason merasakan ibunya itu lebih menganggapnya seperti pekerja bukan anak.


"Mama ada perkara nak bagitahu. Robert sudah bersetuju untuk berkerjasama dengan syarikat kita. Jadi lepas ni kita akan uruskan bahagian hartanah juga", ujar Karen kepada anaknya. Nadanya teruja dan gembira. Perkara ini perlu diberitahu segera kerana Jason selaku anaknya memainkan peranan yang penting dalam urusan kerjasama itu.


"Ye mama. Jason tahu. Ada apa-apa lagi?", Jason membalas malas. Berbeza reaksi dengan mamanya. Baginya, perkara yang akan berlaku itu akan menambah beban pada bahunya. Dia tidak suka.


"Kosongkan jadual Ahad depan. Kita ada makan malam dengan Robert sekeluarga. Jangan lupa. Ingat perjanjian kita. I give my permission for you to move to KL. So, kamu kena dengar arahan mama ni ", arah Karen. Dia merasakan inilah peluangnya untuk membesarkan perusahaan miliknya. Peluang keemasan yang sangatlah rugi untuk ditolak.


" Ye mama. Berapa kali nak ulang? Jason naik dulu. Nak mandi." Jason sudah bosan asyik diarah-arah sedangkan usianya sudah menjangkau 35 tahun. Bukan hingusan lagi. Bukan anak kecil lagi. Dia punya impian sendiri. Tetapi itulah kepakaran nombor satu ibunya. Memerintah kuku besi.

" Kamu dah makan belum? Kalau belum, mama suruh bibik masakan sesuatu", Karen memgendurkan suara. Memikirkan Jason baru sahaja sampai. Mungkin perut pun masih kosong.

" Tak apa mama. Kejap lagi Jason nak keluar", Jason sudah bangkit dari sofa. Membawa diri ke tangga.

" Baru balik nak keluar. Kamu ni tak tahu duduk rumah ke Jason? Berkematu ke punggung kamu kalau duduk lama-lama kat rumah ni", Karen memulakan ceramah hariannya. Jason tidak menjawab. Kaki dihayun menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya. Bukan punggung yang berkematu tetapi telinganya yang bernanah. Hatinya sahaja berbicara. Jika diluahkan, makin meleret pula ceramahnya nanti.

Selesai membersihkan diri Jason bersiap untuk keluar. Memakai jaket jean dan tshirt putih. Melihat jam ditangan. Pukul 11 malam. Masih awal. Dia membawa diri ke sebuah pusat hiburan terkemuka di JB. Tempat biasa dia menghilangkan keresahan. Jason meminta segelas beer dan fish and chip. Perutnya perlu dialas sedikit. Keluar rumah dengan perut kosong. Perut sudah berbunyi minta diisi.

"Hai bro, seorang saja. Nak peneman?", Jacky pemilik pub menyapa dan menepuk bahunya dari belakang. Jason mengeleng. Kekerapan dia datang ke pusat hiburan itu membuatkan dia menjadi tetamu vip Jacky. Tempat melepaknya selepas kerja. Balik rumah pun bukan ada apa.

" I nak relaks je hari ni. Minum- minum sambil tengok orang", Jason menolak. Hari ni moodnya berkecamuk. Sejak pertemuan dengan Irene di Kuala Lumpur tempoh hari, ketenangannya seakan hilang. Perasaan yang sudah lama hilang dan dilupakan dahulu seolah-olah datang kembali. Marah, bengang, dendam atau rindu.


Arghhhhh. Apalah masalah aku ni?


Gelas berisi air beralkohol itu diteguk lagi. Kehadiran dia di pusat hiburan ini mengingatkan pertemuaannya dengan Irene enam tahun lalu. Ya. Dia berjumpa wanita itu di pusat hiburan. Perlahan-lahan peristawa enam tahun lalu terimbas kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience