Bab 39

Romance Series 45184

Fail diletakkan ke atas meja semula. Tangannya mula mengurut dahinya yang terasa sakit dari tadi. Dua biji penadol yang ditelan sebelum masuk pejabat nampaknya sudah tidak berkesan lagi. Ini tidak boleh jadi. Jason mengangkat telefon dan butang nombor satu ditekan.

            " Sara, Sam ada dekat office ke? ", soal Jason. Dia perlu berjumpa dengan Samuel. Agenda petang ini perlu ditunda.

           " Ada bos".

           " Okay, thank you "

            Jason meletakkan ganggang telefon sebelum mengangkat punggung. Tanpa membuang masa, Jason terus menuju ke bilik Samuel. Pintu bilik pejabat diketuk sebelum dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk. Samuel langsung tidak menghiraukan Jason yang duduk di hadapannya ini. Sakit hati masih bersisa.

           Jason mengaru belakang lehernya yang tidak gatal. Serba salah juga untuk menyatakan tujuannya. Sudahlah semalam buat drama depan lobi. Hari ini hendak minta perlepasan pula. Tapi badannya rasa tidak sedap.

          " What do you want bro? ", tanya Samuel apabila Jason masih diam tidak berbicara. Gelisah ditempat duduknya.

         Pertanyaan Samuel itu tidak terus dapat dijawab apabila nada dering telefon Jason berbunyi nyaring.Menganggu perbualan antara mereka.

       Jason mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia melihat skrin telefon sebelum menjawab. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menamatkan panggilan apabila suara di sebelah sana menimbulkan perkara yang tidak disukainya. Jason kembali memandang Samuel.

       " Aku tak masuk meeting petang ni boleh ke? ", tanya Jason dengan serba salah. Dia yang sepatutnya mengetuai mesyuarat itu tetapi dia rasa tidak sihat. Kepalanya berdenyut-denyut. Semalam dia rasa tumbukkan Jerry tidaklah parah sangat. Entah kenapa hari ini terasa sakit lagi. Berbisa.

         " Kenapa?", soal Samuel kembali.

         " Aku..."

          Belum sempat Jason membalas, telefonnya kembali berbunyi. Kali ini dia tidak menjawab. Direnung sahaja pada nama pemanggil tanpa mengangkatnya. Dibiarkan bunyi itu terhenti sendiri.

        Beberapa saat kemudian bunyi itu kembali. Jason mengeluh panjang. Ternyata Irene tidak berputus asa lagi. Samuel sudah menjeling tajam.

         " Hmmm, nampaknya bukan aku saja yang sakit hati dengan kau ni kan?", teka Samuel. Tanpa diberitahu pun dia boleh mengagaknya sendiri apabila melihat air muka keruh Jason.

          Jason tersenyum meleret. Butang kiri telefonnya ditekan lama. Dimatikan terus telefon pintarnya. Senang. Biar Irene rasakan apa yang dialaminya sebelum ini. Panggilan telefon yang tidak diendahkan.

         Jason bersandar pada kerusi dengan wajah tidak selesa. Sakit kepalanya masih tidak hilang. Dia memang perlukan tidur ketika ini.

       " Aku nak ambil MC. Badan aku ni rasa satu macam la. Kepala aku ni berdenyut-denyut. Dengan muka lebam ni macam tak sesuai pulak aku nak kena mengadap Mr James tu ", terang Jason dengan nada simpati.

       " Kau okay ke tak ni? " soal Samuel. Ada nada risau walau pun perangai kawannya itu menyebalkan.

        " Okay.. cuma aku nak balik rehat je. Esok elok la ni. Kau cover untuk petang ni boleh? ", pinta Jason. Dia hendak balik dan tidur sahaja sepanjang hari.

        " Yelah. Kalau kau pengsan dekat sini jadi satu hal pulak. Bertambah gosip dekat office je ", ujar Samuel dengan nada menyindir. 

         Jason tersengih-sengih. Tidak langsung terasa dengan kata-kata Samuel. Dia bangkit lalu mendapatkan Samuel. Badan kawannya itu dipeluk mesra.

       " Thank you bro. Kaulah sahabat aku.  Dulu kini dan selamanya. Apa-apa hal jangan cari aku tau ", sakat Jason dengan senyum melebar. Samuel memang selalu boleh diharapkan. Pantas kawannya itu menolak badan Jason.

      " Ahh..sudahlah kau. Banyak kau hutang aku ni tau "

      " Okaylah, aku chow dulu ", balas Jason sebelum beredar meninggal pejabat Samuel.

         IRENE geram. Jarinya seakan hendak patah apabila menekan telefon untuk menghubungi Jason. Lelaki itu memang sengaja mematikan telefon. Semua panggilan yang dibuatnya terus masuk ke voicemail.

       " Ishhh!!..Dia ni kan. Kenapa matikan telefon pulak? Geram betullah!! ", marah Irene sendirian. Ini sudah masuk waktu tengah hari. Dia masih tidak dapat bercakap langsung dengan Jason. Kali pertama dia menelefon, Jason terus mematikan panggilan apabila dia menyebut sahaja nama Jerry. Dasar lelaki keras kepala!

        Irene tidak boleh menunggu lagi. Dia menuju ke bilik En Khairil. Meminta kebenaran untuk pulang awal. Kecemasan! Dari tadi dia di pejabat pun, kerjanya tidak banyak bergerak. Fikiran berserabut.

        Tidak lama kemudian Irene bergegas keluar dari pejabatnya untuk mengambil Lily dan menuju ke balai polis. Irene bertemu pegawai yang bertugas untuk kes Jerry. Dia meminta nasihat dan pertolongan untuk membebaskan Jerry dengan kadar segera.

        " Err..Tuan, boleh saya tahu macam mana nak lepaskan kawan saya tu? ", soal Lily. Irene disebelahnya sudah sedia untuk mendengar.

      " Kalau nak senang suruh orang yang yang buat report tarik balik. Lagi pun kes tak teruk sangat. Tiada kerosakkan harta benda dan kemalangan jiwa. Tapi, sudah ada laporan kan. Kami menjalankan tugas sahaja," terang pegawai polis yang bertugas. Dia merasakan kes ini hanya kes ringan. Kalau dua-dua pihak berdamai lebih baik.

         " Kalau pihak satu lagi tak nak tarik report?" Irene pula bertanya.

         " Awak kena lantik peguamlah untuk urusan kes. Mungkin kena bayar ikat jamin untuk lepas sebelum masuk court atas sebutan kes ", jawab pegawai polis dengan baik. Dia cuba membantu kedua-dua wanita ini.

       " Boleh ke kami melawat kawan kami tu tuan", Lily meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Jerry. Dia memandang Irene dengan anggukkan. Irene mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Lily tadi.

       " Boleh. Lima belas minit sahaja ye. Mari saya bawakan ", pegawai polis tadi bingkas bangun dan menunjukkan arah bilik lokap yang didiami Jerry buat sementara.

         Irene dan Lily sama-sama memasuki ruang menuju ke lokap. Bau yang tidak enak mula menusuk ke hidung. Dari jauh mereka melihat Jerry sedang duduk dan bersandar pada dinding. Matanya terpejam rapat.

         " Jerry ", seru Irene. Pilu hatinya melihat keadaan Jerry. Walau pun tidak ada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dilihat. Namun luka dihati Jerry jelas kelihatan di raut wajah lelaki itu.

        " Hmm", gumam Jerry. Masih tidak berganjak dari tempatnya walau pun sudah menyedari kehadiran Irene dan Lily. Memandang mereka pun tidak.

         " You okay ke Jerry? ", tanya Lily risau. Namun tiada balasan dari Jerry. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan mereka berdua.

          " I akan keluarkan you dari sini ", janji Irene tegas. Dia akan mencuba sehabis baik untuk mengeluarkan Jerry dari lokap yang busuk ini.

        Kata dari Irene itu memberi reaksi kepada Jerry. Lelaki itu berdiri dan menghadap Irene di sebalik tirai besi. Wajahnya memandang tepat ke arah Irene. Matanya mencerlung tajam ke anak mata Irene.

        " I tak nak you jumpa Jason. Merayu-rayu atau memujuk lelaki tak guna tu. I lagi sanggup masuk penjara dari you melutut dekat dia! ", keras suara Jerry mengarah. Irene terdiam.

      " You dengar tak apa I cakap? ", soal Jerry sedikit meninggi. Seakan memberi amaran supaya Irene tidak berjumpa dengan Jason. Wanita itu mengangguk lemah.

      Masa lima belas minit berlalu dengan tiada jalan penyelesaian yang dapat dicapai. Lily dan Irene termagu di depan balai polis.

      " Kita nak kena buat apa ni Irene? Nak ikat jamin, kita mana ada duit", soal Lily keresahan.

      " Aku nak jumpa Jason . Kau tolong jaga Brian," arah Irene. Dia terus terlupa dengan pesanan Jerry. Yang penting kini adalah membebaskan lelaki itu.

       " Kau jemput Brian tau. Ambik kunci kereta aku. Aku naik teksi je nanti," pesan Irene dan terus hilang disebalik teksi berwarna merah.

        Malang baginya kerana apabila Irene sampai di Paradise Hotel, Jason tiada. Dia hanya disambut oleh Samuel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience