Bab 3

Romance Series 24063

KERETA kancil lama berwarna hitam milik Irene memasuki ruang parkir rumah teres satu tingkat. Rumah sewa dengan bangunan lama. Rumah jiran kiri dan kanannya sudah diubah suai menjadi kediaman yang agak moden. Rumahnya saja yang masih teguh berdiri tanpa melakukan apa-apa perubahan.  Sewa pun boleh dikatakan masih murah. Jadi, sudah kewajiban baginya dan Lily untuk menjaga rumah ini dengan baik.

          Irene mematikan enjin kereta dan menjeling jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 8 malam. Irene mengeluh. Sudah menjadi lumrah kehidupan warga kota akan menghadap kesesakkan setiap kali pulang dari bekerja. Jarak yang dekat pun perlu menggambil masa yang lama untuk sampai. Dia juga tidak terkecuali. Tambahan rumahnya terletak di ampang ,Kuala Lumpur. Jalan mana sahaja yang tidak jammed.

         Pintu pagar dirapatkan dan dikunci. Irene membuka pintu dan melangkah masuk. Kelihatan kawannya, Lily sedang kusyuk menonton televisyen.  Hayunan langkah Irene tidak langsung menarik perhatian Lily. Seolah-olah kepulangannya tidak disedari.

        "Hei, mana anak aku?", tanya Irene. Tetapi tiada respon yang diterima. Irene merebahkan badannya di sebelah Lily. Melepaskan lelah. Jarinya mencuit peha Lily. Cuba menarik perhatian wanita itu.

       "Cerita apa kau tengok ni?", tanya Irene lagi. Matanya memandang tepat kepada Lily. Kusyuk sangat dilihat teman serumahnya itu. Langsung tak bergerak. Fikiran Irene terus menerawang jauh apabila persoalannya tidak disambut.

        Lily, kawan baiknya dari sekolah membawa ke alam bekerja. Kalaulah tiada sahabatnya itu, tak taulah apa yang jadi dengannya enam tahun lepas. Tiada tempat bergantung dan berlindung. Terlalu banyak budi Lily terhadap dirinya dan Brian. Budi yang tidak dapat dibalas.

       "Kat dalam bilik dia. Aku ajak dia makan tadi tapi dia kata dia nak tunggu kau. Aku masak nasi goreng je tau. Ada kat dapur", jawab Lily setelah agak lama. Matanya masih melekat memandang kaca televisyen. Menonton drama kegemarannya. Langsung tidak memandang kawannya yang baru balik itu. Hanya suaranya yang kedengaran. Fikiran Irene kembali ke alam nyata.

        "Cerita apa kau tengok ni? Asyik sangat. Pandang aku pun tak. " Irene menepuk kuat peha Lily pula. Meminta sedikit reaksi dari teman baiknya.

       "Ishh, sakitlah. Jangan kacau aku boleh tak? Kau tu pergi mandi. Busuk!". Marah Lily kerana Irene mengganggu konsentrasinya menonton cerita yang dilakonkan oleh pelakon pujaannya,Hyun Bin. Pelakon dari korean selatan. Tengah adegan syok ni. Lagi mahu kacau. Memang tak dilayanlah.

       "Yelah! Dia kalau dah tengok drama korea dia tu, bom meletup pun dia buat tak tahu." tegur Irene. Sekadar menyakat.

       " Ahh..sibuklah", balas Lily. Malas. Dia peduli apa. Yang pasti matanya tidak juga beralih dari kaca televisyen.

       Irene bingkas bangun dari sofa menuju ke kamar anak bujang kesayangannya. Tidak mahu menganggu Lily lagi. Pintu bilik diketuk sebelum Irene melangkah masuk. Brian sedang duduk di meja belajarnya. Anak kecil itu berpaling memandangnya dengan senyuman lebar.

       "Hai sayang mama. Buat apa tu?", tegur Irene lalu menuju ke arah anak tunggalnya. Kadang-kadang Irene berasa kasihan dengan anaknya itu. Hidup dalam keluarga yang tidak lengkap. Tapi, apakan daya. Dia mencuba sedaya mungkin mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

       "Mama! Mama dah balik. Tengok la Brian lukis ni. Cantik tak?". Sambut Brian girang. Dia menghentikan aktiviti dan menunjukkan hasil lukisannya kepada Irene dengan penuh bangga. Gambar games kegemarannya. Angry birds. Irene tersenyum.

        "Wah, cantiknya. Pandai Brian lukis. Warnakan pulak. Nanti boleh tampal kat dinding tu", puji Irene. Anak kepala Brian diusap lembut. Penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Mereka sama-sama melihat pada dinding yang di tunjuk Irene. Penuh dengan segala hasil seni dan kraf yang di buat Brian.

       "Okaylah, Brian nak warnakan pula", Brian menurut. Seperti biasa anaknya itu tidak banyak kerenah. Pandai berdikari. Cuma kadang-kadang mulutnya tidak henti bertanyakan soalan tentang ayahnya. Soalan yang paling sukar untuk Irene jawab. Irene bingkas bangun sebelum fikiran kembali menerawang ke masa silam. Hidup perlu diteruskan. Apa yang telah berlaku tidak bisa diubah lagi. Dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil sebelum ini. Kehadiran Brian di dalam hidup Irene adalah satu anugerah terindah buatnya.

       "Mama nak mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama ye ", ujar Irene kemudiannya. Brian mengangguk. Tangannya sudah mencapai sekotak pensel warna luna di hujung meja. Irene mengusap kepala anaknya lagi dan menciumnya. Dia segera berlalu keluar menuju ke biliknya. Dia mahu membersihkan diri sebelum makan malam bersama Brian.

       Irene mencapai telefon bimbitnya seusai keluar dari bilik mandi. Ada tiga misses call dan satu mesej whatsapp dari nombor tidak dikenali. Mesej dibuka.

' Hi Irene. Harap kita boleh berkawan. Good night'

  -Sam

       Irene termenung. Berfikir apa yang perlu dilakukannya. Balas atau tidak. Dia tidak pula menyangka Samuel seramah ini. Irene cuba bersikap profesional. Hati client perlu dijaga tanpa melampui batasnya. Tangan Irene dengan pantas menaip dan butang send ditekan.

'Good night En Sam.'

       Ringkas sahaja. Sekadar menjaga hati. Tiada jawapan ya atau tidak. Ingin ditolak, terasa kejam pula. Ingin diterima, semacam harapan palsu saja. Jadi, biar tergantung terus. Sama seperti sebelum ini. Apabila ada yang ingin berkawan dengannya. Berkawan dalam erti kata mengenal hati budi. Irene tidak pernah melayan secara serius. Hati Irene belum terbuka lagi. Atau telah mati. Dia sendiri pun tidak pasti.

         Tetapi sebetulnya, dia sedar diri. Dia seorang ibu tunggal. Dia punya anak yang perlukan perhatian lebih darinya. Dan siapa je yang mahu menjadi bapa ekspres.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience