Bab 25

Romance Series 24063

JASON menutup email panjang berjela yang diterima dari ibunya. Karen sudah memberikan arahan dan amaran bertulis apa yang perlu dilakukan Jason nanti. Lelaki itu mengerakkan cursor ke arah icon tong sampah. Ditekan icon itu dan butang okay ditekan lagi. Mengarut!

            Makin lama makin menjengkelkan sikap Karen. Jason sudah tidak tahan lagi. Dia sudah berusaha untuk tidak bertegang urat dengan ibunya itu tetapi segala permintaan Karen sungguh menyusahkannya. Jason mengeluh berat.

        " Ini kali kelima dah aku dengar bunyi tu. Masalah berat sangat ke? ," tegur Samuel memecah kesunyian bilik pejabat Jason. Dari tadi dia duduk, lelaki di depannya tidak bersuara. Hanya kedengaran dengusan hampa.

         " Aku ingatkan kau memang fall in love dengan Kate. Tak sangka pulak...", kata-kata Samuel tidak dihabiskan. Dia cuba mengingati setiap pertemuannya dengan Kate. Nampak macam pasangan normal sahaja.

         " No comment ", balas Jason pendek. Salah dia juga yang menurut sahaja segala rentak Kate. Walau pun sering berperang mulut, Jason masih melayan baik wanita itu. Dia cuma bertoleransi. Cuba mengelakkan keributan sekiranya dia bertindak terlampau berkeras.   

        Samuel ketawa geli hati. Nampak sangat Jason sama melayan. Ini namanya, orang yang nak suka-suka sahaja tetapi tidak mahu komitmen. Tak adalah masalah besar sangat pun.

        " Jomlah", ajak Samuel kemudiannya. Hasratnya datang ke pejabat Jason ini adalah untuk mengajaknya berjumpa dengan client. Sudah seminggu Jason memulakan kerja, tetapi masih belum sekali di pertemukan dengan client tetap Paradise Hotel. Client  VVIP yang sering menggunakan ballroom hotel untuk seminar dan majlis.

         " Jom ke mana?", soal Jason. Mengikut jadualnya, selepas pukul dua belas, dia free. Tiada sebarang urusan luar.

         " Makan ",  Samuel sudah bertindak bangun. Dia menunggu Jason mengikutinya dan kedua-duanya beredar meninggalkan pejabat.

JARI jemari Malik menari-nari di atas stereng. Enjin kereta masih hidup. Dia sedang menunggu seseorang dengan sabar. Halwa telinganya sedang didendangkan dengan siaran radio yang dipasang. Dia mengeluh berat apabila hampir  dua jam menunggu. Bosan. Dia membuka tingkap kereta. Sepuntung rokok di keluarkan dari poket seluar. Berhajat untuk mengubat kebosanan.

           Belum pun sempat dia menghidupkan api, pintu penumpang belakang dibuka dan bunyi seseorang menghenyekkan punggung di tempat duduk. Malik melihat siapakah gerangan.

          "Bos", sapa Malik.

          " Macam mana? Dah setel?", tanya Jason tanpa buang masa. Dia sepatutnya berjumpa Malik di tempat letak kereta pukul satu petang. Tetapi dia kelewatan kerana urusannya dengan Samuel sebentar tadi yang berlarutan lebih lama dari biasa.

          "Dah bos," Malik menyerahkan fail berisi segala maklumat yang dikumpul olehnya selama dua minggu.

         " Sini kawasan larangan merokok. Kau tak nampak tu", tegur Jason. Dia menunjuk simbol larangan merokok betul-betul di dinding sebelah tempat parkingnya. Nampak sangat tak ada kesedaran sivik.

        " Hehe", Malik menyengih menunjukkan giginya yang kuning. Rokok yang belum dihidupkan dimasukkan kembali ke dalam kotak rokok di dalam kocek seluarnya. Bukan dia tidak nampak, tetapi dia kebosanan.

         Jason mula menyelak fail dan terhenti apabila melihat wajah yang kini mengganggu fikirannya. Tidak banyak berbeza. Cuma rambutnya sudah dipotong pendek. Nampak lebih matang dan menarik. Heh!

        " Cik Irene datang ke KL waktu dia sarat mengandung bos. Memang ada record dia ambil ijazah, tapi tak habis. Mungkin sebab mengandung. Lepas dia bersalin tu dia ada kerja di kedai buku sebelum kerja yang sekarang." Malik bercerita panjang lebar sambil memandang sisi kiri bahagian belakang. Jason menyelak helaian fail lagi.

          "Ini tempat kerja Cik Irene sekarang.Dia.."

         "Ini aku tau. Aku jumpa dia dekat sini. Next", potong Jason lalu menyambung melihat apa yang ada lagi di dalam fail.

          Jantungnya berdebar dengan tidak semena-mena apabila menatap gambar budak lelaki yang dianggap anak Irene itu. Wajahnya tidak jauh beza dengan wajahnya ketika dia seusia itu. Holy shit!

         " Itulah anaknya bos. Brian Lim. Umur dalam 5 tahun. Sekolah di taska Little Angel. Rekod surat beranak lahir di HKL dan tiada maklumat bapa ", terang Malik.

       Jason merenung deretan gambar yang diambil Malik. Betul ke ini anak aku? Tapi dia susah nak percaya. Lama dia menatap gambar-gambar Brian sebelum tangannya menukar helaian fail.

        "Itu pula ibu bapa cik Irene. Tinggal di Melaka. Ibunya kerja kedai makan dan bapanya tak kerja sebab tempang kaki kiri. Tapi cik Irene dah lama dah tak balik. Saya tanya orang kampung dia, maknya selalu cakap anaknya dah berhijrah luar negara", jelas Malik bercerita.

         Jason menyelak lagi. Melihat gambar seorang lelaki yang kelihatan mesra dengan Irene. Mungkin ini pemuda yang dilihatnya menjemput Irene ketika perasmian Paradise Hotel dahulu.

        "Itu kawan lelakinya bos. Nama Jerry. Kerja bawa van sekolah taska Little Angel. Dia ada kedai makan juga bos. Tapi buka waktu malam saja," ujar Malik.

        "Kawan? Bukan boyfriend?", teka Jason.

        "Mungkin juga bos cuma saya tak begitu pasti ", tangan Malik menyelak fail dan menunjukkan gambar mereka berkelah di tasik Shah Alam. Gambar ketika Jerry memegang tangan Irene. Terbit rasa cemburu dihatinya apabila melihat gambar itu.

        "Ni siapa?", tanya Jason lagi kepada wanita yang sedang bermain dengan budak yang dirasakan anaknya.

        " Ohh..tu kawan serumah Irene bos merangkap kawan baik. Satu kampung dan satu sekolah", jawab Malik. Tangannya membantu Jason menyelak fail ke bahagian yang ada gambar Lily pula. Gambar Irene dan Lily di dalam buku majalah sekolah.

         " Dia kerja sebagai cikgu di Taska Little Angel. Sekolah Brian. Mereka bertiga ni memang selalu la nampak bersama. Kalau Cik Irene tak ambil, Jerry tu yang akan hantarkan Lily dan Brian pulang. Rutin cik Irene ni biasanya kalau bukan di pejabat, ada di rumah. Tak bersosial pun ".

        Jason mengangguk. Tanda berpuas hati dengan penerangan Malik.

        " Kau tahu mana rumah Irene?", soal Jason. Dia mahu melihat sendiri budak bernama Brian ini dan bersemuka dengan Irene.

         " Tau bos", jawab Malik. Dua minggu dia mengekori wanita itu. Tahu sangat dia di mana rumahnya.

        " Esok. Jam lima. Bawa aku ke sana". Jason memberi arahan. Dia menutup fail dan membawanya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience