MALIK membawa Jason ke kawasan perumahan yang di diami Irene seperti yang dijanjikan. Kereta wiranya itu berhenti tidak jauh dari rumah Irene. Memerhati rumah teres setingkat bernombor 30. Tiada pergerakan di kesan tanda tiada penghuni.
" Itulah rumahnya bos. Tapi rasanya orang yang bos cari tak ada ni. Keretanya tak ada. Cik Irene pakai kereta kancil bos",ujar Malik apabila melihat kawasan pangkir masih kosong.
" Tak apa. Kita tunggu." Jason mengerling jam ditangan. Sudah pukul 6. Pasti tidak lama lagi Irene akan pulang.
" Ha..tu bos." Malik menunjuk kearah kereta kancil yang sudah memasuki ruang parking. Seorang budak lelaki keluar dari pintu belakang kereta manakala seorang wanita yang dia rasakan Lily keluar dari pintu penumpang hadapan.
" Kau tunggu sini", arah Jason kepada Malik apabila melihat kelibat Lily sudah hilang ke dalam rumah. Hanya Irene dan Brian sahaja masih tinggal di luar. Malik menujukkan tanda okay. Jason menghampiri rumah yang pagarnya masih terbuka itu. Dia memerhati Irene yang sedang bermesra dengan anaknya. Semakin dilihat secara dekat semakin kuat debaran dadanya.
Dup dap dup dap
Jelas kelihatan yang Brian itu mirip dengannya berbanding Irene. Ralit matanya melihat dua beranak itu.
" Mama, siapa tu?", tanya Brian tiba-tiba apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri tegak dihadapan rumah. Irene yang sedang menghadap anaknya berpusing. Jason! Nama itu kembali bergema. Matanya membulat besar. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Bukankah Jason sudah balik ke Johor? Kenapa ada kat sini? Lelaki itu mula menghampiri mereka.
" Masuk Brian. Cepat!", Irene mengesa. Suaranya direndahkah supaya tidak didengari Jason. Namun, Brian tidak berganjak. Matanya memandang kearah Jason yang menghampiri.
" Mama kata masuk! Masuk!", suara Irene sedikit meninggi. Ditolak sedikit badan Brian supaya segera bergerak masuk ke dalam rumah. Brian masuk sambil menghentak kaki. Protes kerana dimarahi.
" Err.. En Jason buu..at apa kat sini?", tanya Irene terus. Ada getar pada suaranya. Jason tidak menjawab. Sebaliknya hanya matanya sahaja merenung tajam ke arah Irene.
" En Jason buat apa dekat sini?", tanya Irene sekali lagi dengan mengeraskan suaranya kerana soalan pertamanya berlalu sepi tanpa jawapan.
" You dah lupa ke I siapa? Atau you nak I buat macam hari tu", ugut Jason. Jari telunjuknya dioles ke bibir dengan mengangkat keningnya. Matanya menikam ke wajah pucat wanita di hadapannya ini. Wajah terkejut. Jason tersenyun sinis.
Irene terdorong ke belakang. Spontan. Darahnya terasa tidak mengalir. Pucat lesi. Takut kejadian bibirnya dinodai berulang lagi.
" I nak jumpa Brian? ", ujar Jason dengan yakin. Irene yang mendengarnya melopong. Gila! Lelaki ini benar-benar gila. Apa yang Jason tahu? Kemudian Irene ketawa kecil. Dibuat-buat bagi melindungi kegugupan rasa hati. Dia mahu menghilangkan diri tetapi kakinya terkunci kaku.
" Tolong jangan nak merepek . Tiada nama Brian di sini. Baik En Jason balik ", ujar Irene perlahan. Dua cuba berdalih. Bukan. Dia berbohong.
" Hahaha", Jason ketawa besar. Sengaja dia berbuat begitu. Biar Irene tahu yang dia tidak akan mudah terpedaya.
" You ingat I bodoh ke? Apa yang you sorokkan dari I Irene? Kenapa you tinggalkan I dulu? ", soal Jason bertubi-tubi.
" Perkara yang sudah lepas itu tak perlu nak diingat kembali. Hidup perlu diteruskan. Move on. En Jason pun sudah bertunang! ", Irene mengeraskan suara. Dia beranikan diri. Dia perlu pertahankan anaknya. Dia juga tidak mahu Jason membangkit kenangan yang lama ingin dilupakannya.
" Macam mana I nak teruskan hidup I, sedangkan I ada anak yang I tidak tahu kewujudannya?", tekan Jason lebih keras dari Irene . Dia mula mendesak.
Irene mengenggam jari jemarinya kuat. Tiada siapa boleh mengambil Brian. Hari ini mahu pun esok. Tidak sampai bila-bila. Merah mukanya menahan geram. Sudahlah terjah rumah orang sesuka hati. Ini nak memaksa pula.
" You dah gila ke? Dah hilang akal? Bila masa you ada anak. You boleh balik Jason. Jangan nak buat kecoh dekat sini ", halau Irene. Tiada rekod atau data pun perkaitan Brian dengan Jason. Mengapa perlu dia mengaku? Irene bertegas. Bahasanya sudah berubah kasar. Dia sudah tidak peduli. Jason bukan lagi dianggap sebagai client. Tetamu jauh sekali.
" Brian anak I kan?", tanya Jason lagi. Tidak berputus asa. Tidak mahu mengalah.
" You ni dah kenapa? Pekak? Tak faham bahasa? Tiada siapa nama Brian dekat sini. Pergi cari tempat lainlah. Pergi!!!", Irene sudah meradang apabila Jason mendesaknya. Suara Irene yang meninggi itu membuatkan Lily menjenguk di muka pintu. Melongo mulutnya melihat Jason di halaman rumah. Tegang mukanya. Begitu juga Irene.
Irene sehabis baik tidak mahu Jason dan Karen tahu kewujudan Brian. Jason tersenyum sinis. Dia tidak bodoh untuk mempercayai kata-kata Irene. Tetapi dia berdiam diri . Tidak mahu memanjangkan perang mulut lagi. Bukan hari ini. Bisik hatinya.
" Okay ", kata Jason. Kedua tangannya diangkat menunjukkan dia menyerah kalah dan sedia untuk berundur.
" See you again ", kata Jason lagi sebelum beredar. Sengaja mendera perasaan Irene.
" Pergi!! ", jerit Irene. Nak buat apa jumpa lagi. Geramnya dia rasa. Badannya mengeletar hebat. Kehadiran Jason dan bertanyakan Brian secara tiba-tiba itu sungguh menakutkannya.
Irene berlari mengunci pagar dan kemudian mendapatkan Lily. Temannya itu memandangnya dengan seribu satu persoalan namun tidak diendahkannya. Dia terus saja mengunci pintu.
Irene tersandar pada pintu yang ditutup rapat. Dadanya berombak kuat dan kepalanya berfikir ligat. Macam mana kalau Jason hendak mengambil Brian daripadanya. Tidak!! Dia tidak akan sesekali benarkan. Hidupnya pasti tidak akan sama lagi. Oh tuhan! Akhirnya dia terjelepok jatuh dan sempat disambut oleh Lily.
Jemput tinggalkan komen anda. Thank you ❤️
Share this novel