GENGGAMAN tangannya dikuatkan bagi menghilangkan getar. Bekas tisu diseluk keluar dari beg tangan. Dicapainya sehelai dua bagi mengelap tangannya yang sudah basah dek peluh. Irene gemuruh. Ini adalah pengalaman pertama baginya semenjak berkerja untuk berjumpa dengan pelanggan .Melayan pelanggan bukan dibawah tugas kerjanya. Memandangkan tugasnya selama ini hanya perlu dilakukan di pejabat sahaja. Di meja pejabat.
Namun hari ini atas sebab kecemasan, dia terpaksa menjadi bidan terjun menggantikan bosnya Encik Khairil. Atas alasan Irene banyak terlibat dalam menyiapkan kontrak, makanya Encik Khairil yakin dia lebih sesuai untuk berjumpa client bagi pihaknya. Irene tidak dapat menolak. Nasib badan.
Wanita itu lantas mencapai gelas berisi air kosong yang disediakan bagi setiap tetamu yang datang di restoran ini. Dia meneguknya dan berharap rasa darah gemuruhnya akan berkurangnya. Kemudian, matanya tertumpu pada pintu masuk restoran. Memerhati orang yang keluar masuk ke dalam restoran Teh Tarik Place itu. Semakin lama semakin ramai yang memasuki restoran memandangkan waktu sudah memasuki waktu rehat . Ketika dia merenung pintu masuk, seorang pemuda tampan sedang menuju ke arahnya. Irene sudah bersedia. Mungkin inilah gerangannya yang ditunggu.
"Cik Irene?", tanya pemuda itu setelah hampir dimejanya. Irene bingkas bangun dari kerusinya.
"Ya saya. Encik Samuel?", tanya Irene pula. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.
"Hai. Saya Irene dari Medlife Insurance." Irene memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
"I Samuel dari Paradise Hotel. Just call me Sam. Nice to meet you Irene", balas Samuel sambil menyambut tangan Irene dengan senyuman manis. Bertambah manis apabila terbentuk lesung pipit dikedua-dua belah pipi Samuel. Boleh tahan. Macam pelakon sinetron la. Irene tersenyum sendiri. Masih sempat menilik wajah pemuda yang segak di hadapannya.
"Nice to meet you En Sam. Jemput duduk", pelawa Irene. Tangannya diarahkan ke arah kerusi dihadapannya. Samuel menarik kerusi itu sedikit dan melabuhkan punggung. Irene melakukan perkara yang sama. Irene merapikan anak rambutnya yang jatuh ke pipi sebelum memulakan bicara.
"Bos saya, En Khairil mohon maaf. Dia ada kecemasan. Anaknya accident. Jadi saya yang akan terangkan tentang kontrak ni nanti. Saya akan bantu Encik Samuel jika ada yang tidak jelas. Are you okay with that En Sam?", terang Irene dengan panjang lebar kepada pemuda di hadapannya kini.
"No problem. I lagi okay. Dapat jugak I jumpa wanita cantik macam you ni ", balas Samuel sambil mengenyitkan mata. Cuba mengusik dan berlagak mesra. Tetapi sebenarnya otak Samuel sedang ligat berfikir. Wajah Irene sangat familiar. Macam pernah nampak tetapi dia tidak ingat dimana.
" Kita pernah jumpa ke?", Samuel lantas bertanya. Dia sememangnya tidak ingat. Dahinya mula berkerut.
" Er..ini pertama kali rasanya. Pelanduk dua serupa kot. ". Irene segan di usik begitu. Ayat macam nak mengorat pula dia ni. Irene tersenyum meleret. Cuba untuk tidak mengambil serius apa yang dikatakan Samuel. Mungkin sekadar mengambil hati.
"Ooo..ye ke? Tapi sebelum kita mula, boleh kita order makanan dulu? Kemudian baru kita bincang pasal contract ", Samuel memberi cadangan. Irene mengangguk setuju. Perutnya pun sudah lapar. Dari tadi hanya diisi dengan air kosong saja. Samuel mengangkat tangannya memanggil pelayan.
Selesai mereka menghabiskan santapan mereka, Irene menyerahkan satu kontrak kepada Samuel dan menerangkan satu persatu isi kandungan bagi mendapat maklum balas dari pelanggannya itu. Samuel mendengar dan meneliti dengan tekun. Sesi soal jawab bermula antara mereka sehingga tidak sedar masa yang berlalu.
"Ada apa-apa yang En Sam nak tambah selain apa yang kita bincangkan tadi?", tanya Irene selepas selesai berbincang selama hampir beberapa jam. Pelanggan kedai juga sudah bertukar ganti tanpa disedari. Air pun sudah dipesan kali kedua. Tandas juga sudah berkali di kunjungi.
" Cukup yang itu sahaja buat masa ni. I kena discuss juga dengan partner I. Dia tak ada dekat sini lagi. You bagi I masa dalam tiga hari untuk I bagi briefing dengan dia dulu. Kalau ada tambahan I akan inform kemudian. Boleh kan?". tanya Samuel. Tangannya mengambil salinan kontrak yang disediakan untuknya dan menyimpan di dalam beg kerja yang dibawa. Kemudian, dia menghabiskan sisa minuman yang berbaki sedikit.
" Oh, boleh sahaja En Sam", balas Irene mengangguk lega. Saki baki dokumen di atas meja dikemaskan dan disusun di dalam fail. Urusannya hari ini akhirnya selesai. Tidaklah sesusah yang disangka. Dia sahaja yang terlebih fikir. Maklumlah, pertama kali.
" You ada kad?", tanya Samuel. Matanya tidak lepas memandang Irene. Wanita itu mengeleng. Mana ada kad. Dia kerani cabuk je.
Samuel mengeluarkan kad perniagaannya. Dihulur kepada Irene. Irene menyambut dan membacanya.
Samuel Aribowo
Paradise Hotel
Kuala Lumpur
011-74521030
Patutlah muka macam pelakon sinetron. Irene berkata sendiri apabila melihat nama penuh Samuel. Lelaki itu menghulur sekeping kad lagi. Bersama sebatang pen. Irene memandangnya pelik.
" Ya?", Irene meminta kepastian.
" Number you", pinta Samuel.
"Oo", mulut Irene melonggo. Ingatkan apa. Irene menulis nombor telefonnya di belakang kad yang diberi kemudian mengembalikannya kembali kepada Samuel. Lelaki itu menyambut dengan senang hati. Tapi kemudiannya hati Irene berbolak-balik. Boleh ke bagi nombor telefon ni. Dia bukan perlu berurusan lagi dengan lelaki itu. Ahhh...lantaklah.
" I will call you",kata Samuel dengan yakin. Irene mengangguk sahaja. Biar betul mamat ni. Macam pelik sangat ni. Samuel sudah bangun untuk beredar. Irene bertindak sama. Mereka berjabat tangan sebelum beredar.
"Jumpa lagi", kata Samuel sambil melambaikan tangan.
"Ya, Jumpa lagi.", Irene membalas lambaian dan melihat kelibat Samuel berlalu pergi. Ah,tak kisahlah apa pun. Yang pasti, ini pertama dan terakhir dia mengantikan En Khairil. Irene melihat jam ditangan. Sudah melewati pukul 6. Tidak sangka perjumpaan seperti ini mengambil masa agak lama. Dari waktu tengah hari tadi. Lambat lagilah dia nak sampai rumah dalam keadaan kesesakkan jalanraya lagi. Irene mengambil beg tangannya sebelum bergegas meninggalkan restoran dengan kadar segera.
Share this novel