Bab 12

Romance Series 24063

Enam tahun yang lalu.


HATI Irene membengkak. Baru sebulan dia berjauhan dengan Alvin, kekasih hatinya itu mula menunjukkan belang. Huh, dasar lelaki buaya. Memang tak boleh percaya. Irene meneguk gelas berisi air beralkohol itu. Sakit hati ini perlu dilupakan. Nasiblah jauh. Kalau dekat, memang aku ganyang kau Alvin. Penipu!


Irene dan Alvin adalah pasangan kekasih. Di universiti mereka sering bersama seperti belangkas. Kemana sahaja pasti berdua. Tetapi apabila mereka perlu menjalani latihan praktikal, Alvin memilih tempat kerja berbeza darinya. Nun jauh di utara sedangkan dia memilih di selatan. Katanya dia perlu beralih angin. Persekitaran tempat baru dan teman sekerja baru. Supaya dia lebih fokus. Alasan tak boleh pakai.


Namun berita yang Irene terima semalam membuat hatinya hancur. Alvin menjalinkan hubungan dengan teman sekerjanya. Tanpa segan silu Alvin menunjukkan kemesraan mereka di media sosial. Irene tanpa membuang masa menghubungi Alvin dan bertanyakan hal yang sebenarnya.


Alvin menjelaskan bahawa wanita itu hanyalah teman biasa sahaja. Tidak serius. Alvin tanpa rasa bersalah mengucap kata cinta dan rindu padanya. Tanpa membuang masa Irene memutuskan hubungan mereka. Dasar pembelit. Tak tau malu. Huh! Irene terus menerus memaki di dalam hati.


Tetapi yang peliknya, Irene yang minta putus. Kini, dia pula yang sakit hati. Apalah malang nasibnya. Itulah.. waktu belajar, kau pula sibuk bercinta. Sekarang tanggung lah sakit hati sendiri. Marah Irene dengan diri sendiri.


"Boleh I belanja you?", tegur satu suara. Irene berpaling memandang wajah lelaki yang menggangu lamunannya. Lelaki tadi sudah mengambil tempat disebelahnya di bahagian bar itu. Irene memandang sekeliling. Pengunjung pusat hiburan itu sedang membuat urusan sendiri. Ada yang menari, ada yang berbual dan ada yang minum berseorang sama sepertinya. Banyak juga kerusi kosong yang lain. Kenapa pula lelaki tidak dikenali ni duduk di sebelahnya. Mengacau betullah!


"Did I know you?", tanya Irene. Lelaki tadi tersenyum dan mengeleng. Irene membalas senyuman lelaki itu dengan senyuman sinis.


"I'm Jason ", Jason menghulurkan tangan tanda awal perkenalan. Irene tidak mengendahkan. I don't care.


"Leave me alone. I takda mood lah nak layan stranger", balas Irene. Tetapi Jason masih tidak berganjak. Masih mencuba nasib. Dari tadi dia perhatikan wanita itu mengomel sendirian. Dia pun datang berseorangan.


"Memandangkan I pun tak ada teman. Apa kata I temankan you? Macam banyak sangat je masalah you. I sedia mendengar", saran Jason. Irene kembali berfikir. Dia bukan ada banyak duit elaun pun sekarang. Apa salahnya kalau ada yang tolong bayarkan. Esok lusa bukan dia nak datang lagi. Hari ini sahaja yang ada bagi dia untuk melepaskan beban perasaan. Esok dia akan melupakan lelaki tak guna itu secara total. Ya, lenyap kau dari hidupku!


Dia tidak ada kerugian jika menerima pelawaan jejaka tadi. Lagi pun dia memerlukan teman untuk melupakan cintanya yang sudah kecundang. Irene menilik lelaki itu. Boleh tahan handsome. Muka mix macam ni tegur dia. Biar betul! Rabun ke apa mamat ni?


" Okay", Irene menjawab ringkas. Seronok juga ada kawan minum. Boleh la dia mengutuk Alvin puas-puas. Bukan dia kenal pun.


"So, what your name beauty?", pertanyaan Jason akhirnya berlarutan sehingga Irene tidak lagi sedar dan ingat apa yang berlaku seterusnya.


Apabila Irene sedar dia sudah berada di tempat yang asing. Bersama lelaki yang membayar minumannya semalam, Jason. Lelaki itu tidak berbaju, tidur disebelahnya. Oh my god! Irene terus terloncat dari katil. Terkejut beruk. Dia memeriksa tubuhnya. Perasaannya dibanting kecemasan. Baju ada lagi. Tetapi bukan baju yang dipakainya semalam. Tubuhnya tersarung kemeja lelaki berwarna putih. Pakaian dalamnya masih ada. Tubuh badan tiada rasa pelik selain kepalanya sahaja yang rasa sakit. Apa yang dah jadi ni? Apa dia dah buat? Irene terkebil-kebil memandang lelaki masih enak dibuai mimpi.

Apa yang dah jadi ni? Apa dia dah buat? Irene terkebil-kebil memandang lelaki masih enak dibuai mimpi


Irene mengetuk kepalanya berkali-kali. Kuat. Meminta ingatannya pulih kembali. Yang pasti dia hanya mengingati detik pertemuan mereka di bar semalam. Bagaimana dia boleh berakhir di katil Jason tiada pula ada di dalam kotak ingatannya. Ah, sudah. Dah la mabuk. Tidur dengan entah siapa-siapa ni. Bagus Irene! Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Shit!


Tanpa membuang masa, Irene mengutip seluar dan menyarungnya. Baju blouse yang di pakai semalam hilang entah kemana. Jadi dia memakai sahaja baju di badannya. Dia perlu beredar sebelum lelaki bernama Jason itu bangun. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Irene bergerak dengan berhati-hati. Tidak mahu Jason tersedar dari tidur. Apa dia nak kata nanti kalau lelaki itu bangun. Hai, thank you for the last night. Gitu. Nampak benar kau tak senonoh Irene? Ahh, bodohlah. Baik aku cabut lari cepat. Irene sudah bersedia. Kakinya dijingkit agar tidak mengeluarkan bunyi. Umpama pencuri memecah masuk.


Jam di telefonnya menunjukkan pukul 5.45pagi. Hari ini hari Isnin la Irene. Kerjaaa. Oh my god, please help me !!


Irene mengambil beg tangannya lalu segera beredar. Dia menjingkit dan menutup pintu bilik perlahan-lahan keluar dari bilik. Dia berlari meninggalkan tempat tinggal lelaki itu tanpa menoleh lagi. Harapannya dia tidak akan berjumpa lelaki itu lagi buat selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience