Bab 34

Romance Series 24063

IRENE benar-benar buntu. Belum selesai hal dia dengan Jason, bertambah satu lagi masalah. Kunjungan Kate tempoh hari menambah kekusutannya. Wanita itu memberi Irene amaran untuk menjauhi tunangnya, Jason. Ini semua gara-gara dia terlanggar Kate tempoh hari. Tanpa sedar dia sudah menambah satu masalah lagi. 

         Jason pula tidak habis-habis mendesaknya. Pesanan whatssup tak terkira banyaknya. Telefon berkali-kali. Naik rimas dibuatnya. Jason mengesanya menemukan dia dengan Brian sebagai bapa. Lelaki itu memang tidak boleh bersabar!

           Irene mengeluh lagi. Entah yang ke berapa. Lily memerhati temannya itu. Aktiviti hujung minggu ini nampaknya tidak membantu. Irene masih dalam dunianya sendiri. Fikirannya pergi entah ke mana. 

          Lily memandang Brian pula. Anak kecik itu bermain di taman permainan  tidak jauh meja makan. Tempat yang disediakan khas oleh Mcdonald. Tempat yang sering disebut-sebut Brian sejak dibawa Jason.

        "Kau okay tak ni?", suara Lily memecah kesunyian. Tangannya menyentuh tangan Irene. Menyedarkan Irene ke dunia nyata.  Dia tahu masalah yang dihadapi temannya itu. Masalah berat. Semalaman dia mendengar keluh-kesah Irene.

        "Kau okay tak?" ulang Lily sekali lagi. Irene mengangguk lemah. Senyumnya nampak sangat tak ikhlas. Lily ingin membantu Irene.

        "Aku tak tahu la apa yang aku cakap ni membantu atau tak? Tapi kan.." Lily berhenti sebentar sebelum meneruskan buah fikirannya. Berat juga untuk dia meneruskan. Tapi..

       " Kau kahwin dengan Jerry ", cadang Lily. Saranan yang tidak masuk akal dipendengaran Irene.

       "Apa kau merepek ni Lily?", Irene terperanjat apabila mendengar apa yang diutarakan Lily.

       "Cuba kau fikir, bila kau kahwin, Brian dah ada keluarga yang sempurna. Pendapatan kau pun makin kukuh. Bukan ke tu salah satu alasan kuat untuk kau mendapat hak penjagaan. Jason mungkin dapat hak lawatan saja. Dalam masa yang sama perempuan gila tu tak kacau kau lagi sebab kau dah kahwin. Dia tak perlu rasa insecure lagi kan?", Lily menerangkan dengan panjang lebar. Secara logiknya perkahwinan itu nanti memberi kelebihan kepada Irene. Menunjukkan Irene mampu untuk menjaga Brian lebih baik  dari Jason.

        Otak Irene berpusing ligat. Mencerna segala butir bicara Lily sebentar tadi. Ada betulnya. Tetapi ini akan melukakan hati kawannya itu.

       "Tapi Lily, bukan kau ..", kata-kata Irene segera di potong Lily.

       "Lagi pun, Jerry dah lama sukakan kau. Aku tahu dia boleh jaga kau berdua dengan baik." Lily mengenggam tangan Irene. Dia ikhlas memberi cadangan itu. Kerana dia tahu cintanya bertepuk sebelah tangan.

      "Tapi Lily..", Irene tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Lily sudah memgeleng. Tidak mahu lagi berbalah.

       "Aku pergi tengok Brian kejap." Lily melangkah pergi apabila melihat kelibat Jerry memasuki kedai. Laju sahaja lelaki itu menghampiri Irene dan mengambil tempat Lily sebentar tadi.

       "You okay?", tanya Jerry. Prihatin. Irene mengangguk sedikit. Pelipis kirinya diurut lembut. Bertambah pening pula dibuatnya.

       "Lily dah ceritakan semuanya. I akan tolong you. Kita kahwin. I tahu perasaan you. Tapi demi Brian I sanggup", terang Jerry penuh semangat. Tangannya mengeluarkan kotak kecil berisi cincin.

      "I akan jaga you berdua sehingga hujung nyawa I." Tangan Irene digapai dan digenggam erat. Menunjukkan kesungguhannya.

       "I tak tahu Jerry. I tak tahu", Irene masih belum mahu membuat keputusan lagi. Dia ragu-ragu.

       "You jangan risau. Biar I yang urusankan semua. Kita kahwin kemudian kita cari peguam. Kita fight. Lagi pun you jaga Brian dengan baik selama ini kan?", Jerry masih memujuk lembut. Dia masih meletakkan harapan ke atas cintanya kepada Irene.

         Akhirnya Irene mengangguk lemah. Apa lagi cara yang ada. Mungkin selepas ini, hatinya terbuka untuk lelaki di hadapannya ini. Mana tahu. Tetapi dia tahu ada hati yang bersedih.  Irene memandang Lily yang sedang melayan Brian. Tidakkah dia penting diri?

Jerry tersenyum lega. Tangannya mencapai tangan Irene. Mencari jari manis Irene untuk disarungkan cincin yang dibawa bersama. Mereka berbalas senyuman.

        " You bagitahu Jason untuk jumpa di restoran I malam ni. Biar I yang berdepan dengan dia. Dia belum jumpa buku dengan ruas. Biar I yang ajar dia", saran Jerry. Lelaki kena berdepan dengan lelaki. Baru adil.

         " Eh Jerry. I tak nak you apa-apakan dia. I tak nak you bergaduh", Irene membantah. Jangan menambah masalah lagi.

         " Don't worry. Takkan I nak buat onar dekat tempat I cari makan", kata Jerry. Dia cuma ingin mengertak sahaja. Tidaklah sampai beradu tenaga.

         Tepat jam 7.28 malam, Jason sudah tercegat di depan restauran Seafood Heaven. Dia sudah tidak sabar ingin bertemu dengan Brian. Nasib baik Karen dan Kate sudah pulang ke JB. Senang dirinya ingin mengatur langkah tampa disoal sesiapa.

Meja sudah sedia dibuka tetapi tidak ramai pelanggan yang datang. Masih lengang. Jason mencari kelibat Irene dan Brian. Namun dia hanya nampak Irene seorang. Bukan! Bukan seorang. Wanita itu nampaknya sedang duduk bersama seorang lelaki yang dia biasa lihat wajahnya. Dia pernah melihat lelaki itu di dalam fail yang diberi Malik. Jerry! Jason sudah tidak sedap hati tetapi dia tetap menghampiri tempat duduk mereka berdua.

        " Duduklah", jemput Jerry. Irene disebelahnya diam seribu bahasa. Matanya mengelak dari bertemu dengan mata Jason. Dia membiarkan Jerry mengetuai pertemuan ini.

         Jason menarik kerusi plastik itu menjauhi meja. Dia duduk menyilang kaki dan mencerlung memandang dua orang yang sedang dihadapannya ini. Suasana sangat janggal antara mereka.

        " Lepas ini kau tak perlu jumpa Irene. Kau berurusan dengan aku saja", arah Jerry yang disambut dengan senyuman sinis Jason.

        " Aku tak akan berurusan dengan orang luar", sindir Jason. Berani mamat ni nak mengarah-ngarah. Dia bingkas bangun. Dia tidak mahu membuang masa melayan lelaki yang bukan siapa-siapa ini.

         " Aku akan mengahwini Irene. Selepas ini aku bukan orang luar lagi ", balas Jerry. Tangannya mencari tangan Irene. Dia mengenggam erat tangan mulus itu.

         Terhenti langkah Jason. Dia melirik tajam genggaman tangan antara Jerry dan Irene. Kilauan emas cincin pada jari Irene menyakitkan matanya. Satu perasaan tidak enak mula menyerbu. Cemburu atau sakit hati?

         " Cuba kau ulang sekali lagi? Aku tak berapa nak faham", soal Jason. Dia tidak betah untuk duduk. Dia berdiri sahaja dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Cuba berlagak tenang.

         " Kami akan kahwin. Aku akan jadi suami kepada Irene dan bapa kepada Brian. Satu keluarga bahagia", Jerry menekankan perkataan keluarga bahagia itu. Biar Jason faham dimana kehadirannya tidak diperlukan.

          Jason ketawa besar. Dia ingin menganggap apa yang diperkataan Jerry itu satu gurauan baginya. Sedangkan hatinya sudah mula membara. Wah wah, berani lelaki bedebah ini masuk campur dalam urusan keluarganya. Orang yang tiada hubungan darah pula tu. Irene terus diam membatu dari tadi menyakitkan lagi hati Jason.

         " Huh, you kata I kejam Irene?",  Jason mencari anak mata Irene. Dia kesal. Wanita itu benar-benar mahu membuangnya jauh.

        Irene tertunduk. Tidak berani bersuara atau melawan pandangan mata Jason yang menusuk hingga ke hulu hati.  Salah ke tindakkan ini?

        " Okay. Kalau ini yang you mahukan Irene! ", marah Jason sebelum bergerak pergi. Dia tidak boleh menunggu lagi. Kemarahannya akan meledak jika dia tidak beredar. Bimbang akan ada pergaduhan yang akan terjadi.

       " Bullshit! Sial lah! ", sumpah Jason sambil menghempas pintu kereta. Dia diminta datang sekadar untuk mendengar berita yang menyakitkan hati ini. Dia ingatkan Irene ingin berdamai dengannya. Ternyata Irene masih berdegil.  Akan diajarnya wanita itu nanti. Siap kau Irene!

Warning!!! Next chapter ada babak dewasa. Boleh skip pada yang tidak selesa. Thank you uolsss ❤️❤️❤️

Share this novel

Norzilawati
2024-12-14 00:18:57 

makin menarik n panas


NovelPlus Premium

The best ads free experience