23

Romance Series 67724

Aniq bersiap siap untuk keluar. Jam didinding sudah menunjukkan pukul sepuluh tiga puluh pagi. Disembur haruman lembut ditubuhnya.
" ok.. " Aniq sudah bersiap. Dia melangkah dengan penuh yakin.
" Aniq.. nak pergi resort ke" soal Puan Khalida yang duduk di ruang tamu tatkala melihat kelibat pemuda itu.
" tak.. Aniq ada urusan sikit" ujar Aniq. Dia melangkah tenang. Dibenaknya dia sudah merancana program dihari itu.
" urusan.. urusan apa.. dengan siapa" soal Puan Khalida ingin tahu.
" Adha.. " Jawapan Aniq yang sekilas itu membuatkan Puan Khalids tergamam.
" Aniq.. Aniq masih berhubungan dengan perempuan tu lagi ke" tempik Puan Khalida. Aniq tidak mengendahkan pekikkan wanita itu. Dipandu keretanya laju meluncur meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Aniq berhenti disebuah pasaraya. Dibelinya barangan keperluan harian untuk diberikan kepada rumah anak yatim itu. Dibelek satu persatu barang yang mahu dibelinya lalu diletakkan didalam troli. Dalam dia sibuk dengan dunianya matanya tertangkap sepasang kekasih yang turut membeli barang dilorong yang sama.
" Bro.. wei.. banyak borong.. ummi nak buat kenduri ke.. aku tak tahu pun" Haris menghampirinya tetapi matanya tertumpu pada gadis yang bergandingan dengan abangnya itu. Gadis itu bukan lah gadis yang dia kenali. Pakaiannya terlalu menonjol dan menggoda. Dahinya berkerut kehairanan.
" oh.. ni kawan aku Bell.. Bell ni adik I.. Aniq" Haris memperkenalkan gadis itu. Haris tidak mengendahkan jabatan tangan yang dihulurkan gadis itu.
" Ummi nak kenduri ke" soal Haris lagi.
" tak.. aku nak sedekah" Aniq kembali membelek barang yang mahu dibelinya. Haris berbisik sesuatu kepada gadis disebelahnya sebelum gadis itu beredar meninggalkan mereka.
" Kau nak sedekah ke mana.. aku nak join juga " ujar Haris yang turut membelek barangan disitu
" rumah anak yatim Adha" laju kata katanya meluncur dari bibirnya. Ditahan amarahnya. Geram dihatinya bergelodak.
" kau tahu kan Adha tunang aku" Haris cuba mengingatkan. Dipandang adiknya tepat. Suasana terasa tegang. Pencabarnya sudah pulang. Dia tahu Aniq menyimpan perasaan terhadap gadisnya. Perkara itu terbongkar ketika Aniq berada diluar negara. Disaat Aniq memutuskan untuk bernikah dengan bekas kekasihnya itupun diketahui setelah mendengar perbincangan antara Aniq dan Tuan Firdaus ditalian.
" So.. " Soal Aniq kembali. Mata mereka bertatapan. Aniq menggenggam trolinya kemas untuk menahan amarahnya yang kecewa dengan sikap abangnya yang tidak acuh dengan sesuatu hubungan. Dia tidak mahu gadis itu kecewa lagi setelah dia memungkiri janjinya untuk menjaga gadis itu.
" aku nak kau jauhkan diri kau dari Adha.. aku tak suka berkongsi dan tak suka barang aku disentuh.. " Tegas Haris.
" tapi kalau kau biarkan saja barang kau di merata rata.. aku tak teragak agak untuk ambil dan jadikan dia hak aku" Tegas Aniq kembali. Seakan panahan petir keluar dari bebola mereka. Pandangan mereka terlerai apabila telefon Haris berdering.
"on my way.. kejap ya.. ok baby" kata kata itu tampak mesra dan Aniq yakin panggilan itu bukan dari Adhawiyah. Haris beredar meninggalkan Aniq yang masih lagi dalam amarahnya.

Adhawiyah memeriksa anak anak yang mahu ke sekolah. Dirapikan tudung dan tali leher anak anak itu satu persatu.
" baca doa keluar rumah" suruhnya. Anak anak itu akur. Kedengaran bacaan doa dari anak anak itu menyeringai seluruh rumah.
" jaga diri.. dengar cakap cikgu.. belajar bagi bagi pandai.. jangan main main masa cikgu mengajar.. paling penting jangan bergaduh" pesannya setiap kali anak anak itu mahu ke sekolah. Anak anak itu mengangguk faham. Aniq yang sudah tiba menanti didalam kereta sehingga urusan gadis itu melepaskan anak anak itu memasuki van untuk kesekolah. Dia tersenyum sendiri. Kelembutan gadis itu membuatkan dia terpesona.

TAKTAK!!

Tingkap keretanya diketuk. Adhawiyah berdiri disitu. Aniq menurunkan cermin tingkapnya lalu mengukir sebaris senyuman namun hampa apabila gadis itu berwajah ketat memandangnya.
" awak buat apa dekat sini" soal Adhawiyah. Dia memerhati sekeliling takut takut akan menjadi bahan fitnah.
" anak anak dah pergi sekolah" soal Aniq. Dibuka pintu keretanya dan keluar lalu berjalan ke arah bonet kereta.
"Dah.. awak buat apa dekat sini.. nanti kalau orang tengok jadi fitnah pula.. " rengus Adhawiyah.
" Aku datang nak cari kau lah.. takkan aku nak cari orang lain pula dekat sini" balas Aniq acuh tak acuh.
" awak dah tengok sayakan... elok je kan.. jadi boleh balik" Suruh Adhawiyah. Dia mahu berlalu pergi tetapi lengannya dipegang Aniq. Dia melawan mahu dilepaskan tetapi tidak diendahkan Aniq.
" awak lepas la.. nanti orang tengok apa pula orang kata.. " marah Adhwiyah. Aniq tidak mengendahkan kata kata gadis itu lalu ditarik lengan gadis itu. Adhawiyah hampir tersadung tubuh sasa itu tetapi Aniq lebih pantas bertindak. Dirangkul kemas pinggang gadis itu agar gadis itu tidak terjatuh ke tanah. Adhawiyah tergamam dengan tindakan drastik pemuda itu. Terasa hangat tiba tiba.
" ehemmm hermmm" Aniq terbatuk batuk apabila hatinya mula lemah kerana pandangan redup mata gadis itu. Adhawiyah membetulkan baju kurungnya. Dia cuba menghapuskan ingatan tentang peristiwa tadi.
" Awak nak apa sebenarnya" doal Adhawiyah lembut. Aniq ralat. Suara itu menggetarkan hatinya apatah lagi mata bundar redup itu menatapnya tepat. Dia seakan mengelamun.
" awak.. " panggil Adhawiyah.
" hah.. apa.. kau tanya apa tadi" lamunannya terhenti.
" awak nak apa sebenarnya" soal Adhawiyah untuk kedua kalinya.
" hutang aku" Aniq tersenyum sinis. Dia tahu hanya itu saja cara untuk dia mengikat gadis itu. Tidak akan sekali kali dia melepaskan gadis itu begitu saja.
" awak.. " Nada gadis itu mula gugup. Adhawiyah menggenggam kemas kain kurungnya. Dia cuak. Bagaimana harus dia lunaskan hutang yang sudah terkandas sejak dua tahun lalu. Akalnya seakan mati.
" apa... kau takde duit.. dah dua tahun Adha.. takkan sesen pun kau tak boleh bagi untuk kau lunaskan." Tegas Aniq. Adhawiyah tersentak apabila suara garau itu meninggi.
" saya minta tempoh.. saya memang takde duit sebanyak tu." Adhawiyah cuba merayu.
" dua tahun Adha dua tahun.. takkan takde.. kau kan dah jadi tunang Haris.. takkan tak boleh minta tolong dia.. " Sinis Aniq. Adhawiyah tercengang. Kata kata yabg terpacul dari mulut pemuda itu merobek hatinya.
" awak.. walaupun dia tunang saya dia takde kena mengena dalam hal kita.. itu hutang saya.. urusan saya tak perlu nak babitkan dia dalam hal ni" Adhawiyah membela diri. Terasa seakan dirinya sedang dicerca.
" ye lah.. tapi dalam keadaan sekarang ni kau patut minta tolong dia.. aku nak balik duit aku" ujar Aniq. Dia memandang tepat ke wajah gadis itu. Wajah gadis itu berubah. Aniq hanya berdiam. Dia menanti reaksi dari gadis itu.
" Even dia tunang saya.. tak bermaksud dia harus selesaikan hutang saya... takde kena mengena langsung dengan dia.. itu hanya urusan awak dan saya.. tak perlu dia tahu.. " Ujar Adhawiyah sebak. Sebak dadanya terasa kerana menahan geram dengan kata kata pemuda dihadapannya.
" Aku tak nak tahu pasal tu.. yang aku tahu hutang aku settle.. lagipun kau bertunang dengan dia.. bukan sebab duit.. sebab nakkan kemewahan" Dia seakan tercabar apabila gadis itu memberi reaksi yang tenang apatah lagi dia teringat akan kata kata Puan Khalida tentang pertunangan gadis itu dengan abangnya. Dia gunakan abangnya untuk melepaskan diri dari Emir dan ayah saudaranya. Juga kerana wang.
" katalah apa awak nak kata.. fikir lah apa yang awak nak fikirkan tentang saya.. tapi saya tetap tak dapat bagi duit awak tu sekarang.. saya memang takde duit." ujarnya. Adhawiyah hanya menunduk. Satu persatu butiran jernih jatuh ke bumi. Tangisnya yang dari tadi ditahan kini terlerai.
" Habis kau nak tunggu sampai bila.. sampai kucing tumbuh tanduk.. " Aniq cuba memprovok.
" saya tak tahu.. tapi saya akan usahakan untuk lunaskan hutang awak.." Aniq resah apabila melihat mata redup tadi kini bengkak dek airmata yang dari tadi gugur. Dia membuka bonet.
" ni aku belikan barang dapur untuk anak anak ni.. " Adhawiyah mengesat airmata lalu mengangkat satu persatu bungkusan plastik dari bonet kereta itu ke pintu pagar.
" ish tepi tepi.. lambat betul" Didorong gadis itu kesisi. Serba salah hatinya melihat gadis itu terkial kial membawa plastik yang berisi barangan.
" kenapa kau tak nak minta tolong.. susah sangat ke nak minta tolong aku.. haishhh" bisik hatinya. Adhawiyah berdiri di pagar seperti patung. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Tidak mahu dia memandang wajah pemuda berhati batu dihadapannya.

" Ada apa ni.. " soal Emir yang baru tiba. Aniq yang dari tadi memunggah barangan yang dibelinya terhenti. Hatinya tidak tenang melihat kehadiran pemuda itu.
" tak.. Dato hantar barang keperluan anak anak" Balas Adhawiyah tenang. Aniq memandangnya hairan.
" aku yang beli abi yang dapat nama" hatinya mengomel sendiri. Emir mengangguk tanda faham.
" nak ambil Sofea ke" soal Adhawiyah lembut. Aniq tidak suka akan situasi itu. Adhawiyah kelihatan tersenyum mesra di mana senyuman itulah yang dia mahukan dari gadis itu.
" Ha ah.. dah lambat ni.. nanti lewat pula sampai kampung" ujar Emir.
" kejap saya ambil dia" Ikar Adhawiyah lalu masuk ke dalam rumah.
" bila kau balik.. bukan kau stay Melbourne ke" soal Emir cengeng.
" Dah sebulan aku balik.. kenapa.. aku ganggu kau ke" Aniq tidak dapat menahan cemburu dihatinya.
" Aku tak kata macam tu.. kau dengan Adha bukan ada apa apa hubungan pun kan.. so apa yang aku nak risaukan.." Kedengaran tawa kecil dari pemuda itu. Aniq cuba menahan amarahnya.
" Dia dengan aku... " Emir merapatkan kedua jari telunjuknya tanda dia dan Adhawiyah sudah bersatu.
"tak lama lagi dia akan jadi ibu kepada anak aku.. " Emir membakar lagi bara yang ada.
" kau.. " Aniq hampir meletuskan kemarahannya.
" aku dah kata aku akan dapatkan dia semula.. dengan abang kau pun aku boleh caras ini kan pula kau.. suami orang.. bukan saingan aku" Ujar Emir lagi. Aniq diam apabila melihat kelibat gadis itu bersama seorang anak kecil.
" Sofea.. hello princess" Sapa Emir. Kelihatan mereka seakan sebuah keluarga bahagia. Aniq tidak menyukai situasi itu.
" let's go princess.. " ajak Emir. Sofea memasuki kereta lalu beg yang dipegsng Adhawiyah diletakkan ke dalam kereta.
" Saya pergi dulu.. Terima kasih sebab sudi jaga Sofea.. " Ujar Emir. Aniq makin cemburu.
" Bawa kereta elok elok.. Sofea jaga diri ya.. jangan nakal nakal.. dengar cakap atok dengan nenek.. " pesan Adhawiyah.
" Ami.. Ami nanti amik Sofea ya.. Sofea nak duduk dengan Ami" rintih anak kecil itu. Emir membuat keputusan mahu menghantar anaknya ke kampung setelah mengetahui Diana ada datang bertemu dengan anaknya. Bagi pemuda itu isterinya tidak layak untuk menjadi ibu setelah diabaikan anak kecil itu sendirian. Adhawiyah tidak mahu mencampuri urusan mereka dan dibiarkan mereka membuat keputusan sendiri apatah lagi Diana masih beranggapan dia adalah punca keretakan rumah tangga mereka. Adhawiyah memandang kereta itu berlalu pergi. Terasa sebak hatinya untuk melepaskan anak kecil itu pergi.
" hoiii" Aniq bersuara. Adhawiyah keluar dari lamunannya.Diseka airmatanya lalu berpaling memandang Aniq yang menghampirinya.
" sedih sebab sofea atau sebab Emir" sinis pemuda itu meluahkan cemburu dihatinya.
" awak dah tak ada apa apa urusan lagi kan kat sini.. saya masuk dulu..nak siapkan makan tengahari.. kejap lagi anak anak balik" Adhawiyah mengelak untuk terus bertegang urat dengan pemuda itu. Aniq mengekori Adhawiyah dari belakang dan Adhawiyah sedar akan perilaku pemuda itu.
" awak buat apa ni.." marah gadis itu. Direnung pemuda itu geram. Aniq tanpa segan silu duduk disofa bersilang kaki. Adhawiyah makin geram. Ditolak kaki pemuda kebawah itu agar duduknya lebih sopan.
" awak nak apa lagi..balik la.. tak manis orang tengok nanti" Ujar gadis itu. Aniq tidak mengendahkan malahan dipalingkan wajahnya ke luar pagar.
" ish la dia ni..Aniq Imran jangan jadi budak budak boleh tak..saya takde masa nak layan perangai awak yang annoying ni..saya banyak kerja lagi nak buat." rungut gadis genit itu. Dibaiki tudungnya agar muncung tundungnya tetap. Ditiup muncung tudungnya berkali kali. Aniq galau.Reaksi gadis itu membuatkannya tidak keruan.
" aku dahaga..tak reti nak hidang air ke" Suara garau pemuda itu menarik perhatian gadis itu yang sedari tadi dengan tudungnya.
"apa.. kau tak tahu ke adab dengan tetamu.." Aniq bernada ketat. Adhawiyah dengan wajah cembrutnya masuk ke dalam lalu dibancuh air untuk pemuda itu. Tanpa disedari Aniq sudah menghilang. Adgawiyah tercengang melihat sofa yang di duduki lelaki itu kosong.
" jebon betul..dia suruh aku buat air dia balik pula.. balik macam tu je..tak inform aku pun" diluah kecewanya.Hatinya mahi pemuda itu lebih lama dengannya.Dia mahu menantap sepuasnya wajah pemuda yang sudah dua tahun dirinduinya tai apakan daya dia mengetahui akan batas dia dan pemuda berstatus suami orang itu. Adhawiyah berpaling untuk meletakkan air yang dibancunya ke dapur.
" Sofea...sofea..." Langkahnya terhenti tatkala kedengaran teriakan memanggil nama anak asuhannya.
" Diana.." nama itu terkeluar dari mulutnya.
" Adha.. sofea mana.. Aku nak jumpa dia" Nada gadis itu hiba beserta tangisan yangengalir laju.
" Diana.. sabar..duduk dulu.. " Adhawiyah cuba mengawal situasi.
" sofea mana" tengking Diana. Gadis itu semakin tidak keruan
" Sofea mana Adha..." tengking Diana lagi tidak sabar.
" Emir bawa balik kampung" ujar Adhawiyah berat.Dia tahu luluh hati seorang ibu apa bila berjauhan dengan anaknya tanpa rela. Dia tidal menyalahkan gadis itu malah bersimpati. Punca dari seorang lelaki yang tidak patut bersamanya akhirnya malang menjengah takdir gadis itu.
" kampung..bila.. siapa izinkan" soal Diana tidak keruan
" Awak.. saya takde hak nak halang Sofea dari ikut ayahnya.. saya hanya pengasuh..itu ayah dia.." Adhawiyah cuba menjelaskan keadaan.Diana semakin tidak keruan. Serabut benar dia.
" kenapa kau biarkan dia bawa Sofea tanpa pengetahuan aku.." raungan gadis itu jelas kedengaran.
" maaf.. saya dah minta dia bagitahu awak dulu.. tapi dia tak nak..saya takde hak untuk halang" Adhawiyah menjelaskan situasi sebenar.
" tapi aku ibu dia..berhak tahu.." kedengaran tangis gadis itu.
" apa kata awak bincang dengan Emir tentang ni.. bincang elok elok hal rumahtangga korang.. saya tak nak terlibat sebab ini bukan urusan saya" Adhawiyah mengambil talam yang berisi gelas berair itu untuk ke dapur.
" hah..apa kau tak terlibat.. kau ingat aku tak tahu yang kau tunggu masa untuk Sofea pergi" Dahi Adhawiyah berkerut. Aniq yang baru keluar dari tandas mematikan langkahnya apabila mendengar pertengkaran antara gadis itu. Dia memasang telinga.
"apa maksud awak.." soal Adhawiyah tidak faham.
" kau ingat aku tak tahu kenapa kau bertunang dengan Haris.. sebab kau kecewa Aniq yang kau gilakan tu dah kahwin... kau gunakan Haris untuk balas dendamkan.." tebak Diana.
" Ya saya kecewa bila dapat tahu yang Aniq dah bernikah di Melbourne.. tapi saya terima kalau saya dengan dia tidak berjodoh.." Aniq tersenyum. Sendiri apabila mendengar pengakuan gadis itu.
" aku tak bertepuk sebelah tangan rupanya" Aniq merasakan dia masih punya harapan untuk memiliki hati gadis itu.
" tapi pertunangan saya dan Haris takde kena mengena dengan Aniq..saya buat demi Rumah Bakti.." jelas Adhawiyah.Aniq kembali memansang telinga dia mahu tahu bagaimana gadis itu dengan mudah menerima lamaran abangnya.
" kau jangan nak pasang helah lah Adha..Aniq dan Haris boleh lah kau mainkan dengan helah macam ni..tapi aku.. kawan kau dari kecil..setia akal dan gerak geri kau aku tahu.." Sinis Diana.
" dalam kau bertunang dengan Haris kau menjalang dengan Emir..jangan ingat aku tak tahu..Sofea hanya alasan untuk Emir kesini..tapi sebenarnya dia datang nak jumpa kau.." Aniq sudah tidak dapat menahan sabar lagi apabila mendengar gadis yang dicintainya terus difitnah. Dia mahu meleraikan tetapi langkahnya terhenti.
" Haris tahu yang kau mengandungkan anak Emirkan..itu punca pertunangan korang putus.." Seakan direntap bahagianya sebentar tadi. Aniq bersandar di dinding apabila kakinya goyah apabila mendengar kata kata Diana.
" mana awak tahu" Adhawiyah gugup. Dia seakan mati kata.
" mana aku tahu itu tak penting..tapi betulkan kau mengandungkan anak Emir." soa Diana.
" betul ke..Anak..awak ada anak " Aniq memberanikan dirinya melangkah keluar berhadapan dengan dua gadis itu. Adhawiyah tersentak. Talam yang dipegangnya jatuh ke lantai dan gelas yang berisi air tu berderai terhempas ke lantai.
" betul ke apa yang saya dengar" soal Aniq.
" awak.. awak tak balik lagi" soal Adhawiyah gugup.
" jawab soalan aku Adha.. betul ke apa yang aku dengar ni" tengking Aniq. Adhawiyah tersentak. Dia semakin gugup apabila memandang wajah pemuda itu mula menyinga.

Share this novel

Nazain Nakriz
2024-04-27 21:54:03 

betulkah Adawiyah mgandgkn anak aniq


NovelPlus Premium

The best ads free experience