2

Romance Series 67724

Cahaya mentari memancar tepat pada wajahnya. Aniq menggosok gosok matanya. Dia menoleh kesisinya. Gadis itu masih didalam dakapannya. Kali ini wajah gadis itu terserlah keayuaannya apabila mentari pagi menyuluh wajah kuning langsat itu. Bibir merah merekah itu seakan menggodanya. Adhawiyah mula bergerak gerak. Aniq kembali berbaring dan berpura pura tidur. Adhawiyah terkejut melihat dia berada di atas katil bersama pemuda itu apatah lagi berada didalam dakapan pemuda itu. Aniq sengaja merapatkan tubuh genit itu ke dadanya dan dirapatkan wajahnya ke bahu gadis itu. Adhawiyah makin tidak keruan.
" Awak... awak.. bangun saya dah lewat ni" Dia tercari cari tudungnya.
" ishhh jauhnya" dia cuba bangun namun gagal kerana rangkulan pemuda itu terlalu kemas dan kuat.
" Awak... awak.. " kejutnya lembut. Ditepuk badan pemuda itu berkali kali namun tiada reaksi. Dia cuba memeriksa pernafasan pemuda itu.
" hidup lagi.. " dia mengomel sendiri.
" ish la.. aku dah la dah lambat ni.. " dia cuba menolak lengan pemuda itu perlahan lahan. Aniq terbatuk kecil dan dialihkan sendiri tangannya lalu dia mengiring ke arah lain. Adhawiyah bangun lalu masuk ke bilik air bagi merapika diri.
Aniq yang sudah terjaga hanya tertawa. Puas diusik gadis naif itu.
" awak saya dah lambat ni.. cepat bangun" kejutnya.
" ermmmm... hiaahhhhhh" Aniq bangun lalu mengeliat bagi meregangkan tulangnya yang kelenguhan.
" awak.. saya minta maaf" ujar Adhawiyah.
" untuk apa" soal Aniq
" saya sleepwalking.. maaf sebab ganggu awak tidur" pintanya
" eh tak pe.. lagi pun saya dah dapat upah" usiknya. Raut wajah gadis itu tidak setenang tadi.
" upah.. upah apa." Adhawiyah memeluk tubuhnya.
" tu.. " dimuncungkan bibirnya tepat kearah gadis itu. Adhawiyah semakin ralat. Diperiksa tubuhnya.
" awak buat apa dekat saya" soal Adhawiyah gugup. Aniq bangun dari baringnya lalu mencapai tuala dan berjalan menuju kearah gadis itu.
" awak yang beri saya ambil je.. by the way.. saya suka.. thanks for the present" usiknya.
" awakkkk" Adhawiyah mula berang. Mahu ditampar pemuda itu namun tangannya sempat disambar pemuda itu.
" kau yang bagi.. kucing mana yang nak tengok saja ikan kan.. " tipunya. Baginya itu saja caranya untuk dia mengikat gadis itu agar tetap dengannya. Aniq beredar masuk ke bilik air. Adhawiyah menangis semahunya. Dia menyesal dengan tindakannya bermalam disitu..

Kereta yang dipandu memasuki ke kawasan kolej yang disebutkan Adhawiyah. Kereta itu berhenti di pintu masuk aspuri. Asrama bagi pelajar perempuan.
" Terima kasih" ucap Adhawiyah acuh tak acuh.
" wait.. " Aniq menahan gadis itu dari keluar.
" apa lagi" nada Adhawiyah sudah tidak setenang sebelumnya.
" bagi aku nombor kau" pinta Aniq
" untuk apa" soal Adhawiyah.
" aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat dekat kau" ujarnya.
" kau memang binatang.. kau memang iblis" Adhawiyah yang semalamnya gadis yang tenang kini bertukar menjadi singa. Tubuh Aniq ditumbuknya berkali kali. Dilepaskan semua amarahnya kepada pemuda itu. Aniq hanya membiarkan saja.
" aku percayakan kau.. " Adhawiyah hanya diam. Kedengaran suara tangis dari gadis itu memecah sunyi.
" maafkan aku" hanya itu yang mampu keluar dari bibir pemuda itu.
" Bullshit" marah Adhawiyah
" aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat" ujarnya. Digenggam jari gadis itu namun direntap kasar gadis itu
" aku benci kau" marah Adhawiyah.
" kau boleh benci aku tapi kau kena ingat benih aku ada dalam rahim kau.. kalau kau tak ada masalah kesuburan.. benih tu akan menghasilkan nyawa baru tau.. darah daging aku akan membiak dalam tu" ugutnya. Dia tidak mahu melepaskan gadis itu. Ya dia yakin dengan cara itu gadis itu akan menurutnya.
" kau rasa aku nak ke mengandungkan anak kau. aku lebih rela mati dari biakkan benih kau" tegas Adhawiyah. Aniq sedar bahawa gadis itu bukan kaleng kaleng.
" kau nak buat apa.. nak gugurkan.. buatlah kalau kau berani.. kalau satu kolej tahu.. kau juga yang malu.. bukan aku.. " ugutnya lagi.
" kau nak ugut aku.. malu.. aku dah lama terima hinaan dan cercaan sejak aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu.. sejak aku dikhianati tunang aku.. aku dah tak kisah akan hinaan dan cercaan orang.. setakat kesilapan yang aku tak minta terjadi ni.. kau rasa aku nak terjejas ke.. aku takut kau yang terjejas" ujar Adhawiyah dengan penuh yakin.
" asal aku pula" Aniq tidak mahu mengalah.
" sebab kau dari keluarga berada.. anak orang berpengaruh.. akan mendatangkan mudarat.. bukan saja kau tapi seluruh keluarga kau. " jelas Adhawiyah. Dahi Aniq sedikit berkerut. Ada benar kata gadis itu tapi tiada apa yang perlu di takutinya kerana gadis itu masih belum dinodainya.
" kau dah tahu keluarga aku berpengaruh.. dengan kuasa dan duit can buy anything and everything.. aku nak takut apa.. kau tu yang patut takut.. " digoyangkan telefonnya. Adhawiyah cuba merampas telefon bimbit pemuda itu tapi Aniq lebih pantas bertindak.
" video kau dengan aku.. kalau aku tayang pada umum macam mana.. kau jangan lupa aku ada alibi yang aku tak bersalah. " Adhawiyah terdiam. Dia teringat akan panggilan telefon yang dibuat pemuda itu dengan supervisornya.
" bagi nombor telefon kau.. senang aku nak call" pinta Aniq. Adhawiyah masih membisu. Aniq merampas telefon gadis itu lalu mendail nombornya.
" done" diberikan semula telefon gadis itu. Adhawiyah mahu beredar dan sempat jarinya dicium pemuda itu.
"ish... " Adhawiyah mengelap tangannya dengan bajunya sebelum beredar. Aniq tertawa kecil.
"Adhawiyah.. siapa kau sebenarnya" dia semakin ingin tahu.

Adhawiyah menangis semahunya. Dibiarkan air pancuran membasahi tubuhnya yang dirasakan jijik. Tangisannya dilindungi dengan bunyi pancuran yang kuat.
"Adha... awak ok tak ni.. "suara teman sebiliknya dimuka pintu. Risau akan perubahan perilaku sahabatnya.
"Adha... " panggilnya lagi. Pintu bilik air dibuka Saa dalam.
"Adha.. kenapa ni" soal gadis itu. Adhawiyah hanya membisu.
"awak rehat lah nanti saya bagitahu lecturer awak mc hari ni" ujar temannya. Adhawiyah hanya menggangguk.
"maira... "gadis itu menoleh. Dipeluk sahabatnya yang berbaring dikatil.
"awak rehat dulu.. nanti bila awak dah ok awak cerita ya.. saya pergi kelas dulu ya" Adhawiyah meleraikan pelukannya. Dipeluk tubuhnya sendiri. Tangisnya makin menjadi. Seakan runtuh langit menimpa ribaannya.
"Ya Allah.. ampunkan aku" rintihnya. Terasa dirinya dipenuhi noda. Benaknya terbayang kejadian semalam. Bencinya terhadap pemuda itu semakin meruap.

Aniq memandang telefonnya sekilas. Tiads tanda tanda gadis itu menghubunginya. Dia semakin tidak senang duduk.
"ok ke dia.. ke dia bunuh diri" otaknya mula bercelaru. Dicapai telefonnya lalu didail nombor gadis itu.
"assalamualaikum.." nada berat dihujung talian.
"he... hel.. hello" Aniq gugup.
"kau.. kau ada dekat mana" soalnya lagi.
"siapa ni" nada gadis itu tegas walaupun kedengaran berat.
"Aniq... Aniq Imran" tidak semena mena talian itu diputuskan. Aniq terkesima. Itu kali pertama orang menolak panggilannya apatah lagi perempuan. Dia seakan tercabar.
"berani kau off call aku" bentaknya. Nombor gadis itu didail semula tapi tiada akses. Telefon gadis itu dimatikan.
"nak mampos dia ni" Aniq mula menyinga. Dia capai begnya lalu beredar meninggalkan teman temannya yang sedang berbual.
"woi Aniq.. kita belum habis bincang lagi.. "tempik wan.
"korang bincang je lah.. aku setuju je.. aku ada urusan sikit"tempiknya sebelum hilang dicelah celah bangunan.

Aniq berdiri dihadapan pintu pagar utama Aspuri. Kepalanya dijengol ke pagar.
"ada apa.. cari siapa" Soal seorang wanita separuh abad.
"mak siah.. Aniq nak jumpa orang.. Boleh tolong panggilkan. "Dia bersantun dengan wanita itu. Hormatnya dia pada yang berusia membuatkan dia disenangi dan dikenali golongan itu.
"eh Aniq.. Aniq cari Sharmine ke.. dia dah pindah keluar bulan lepas.. Aniq tak tahu ke"dia tersentak. Setahunya gadis itu masih menginap disitu dan dia yang selalu menghantar gadis itu ke situ.
"tahu.. tak Aniq bukan cari Shermine.. Aniq cari Adhawiyah.. "ujarnya dengan penuh pengharapan.
"Adhawiyah.. fakulti mana.. bilik apa" soal wnaita tua itu lagi.
" Aniq tak tahu.. tapi pagi tadi Aniq hantar dia dekat sini" Jelasnya dengan penuh yakin.
" Adhawiyah ada dua orang dekat sini.. yang mana satu ni" Wanita itu membelek buku pendaftaran masuk anak anak gadis di Aspuri itu.
" hah ini.. ini.. Aniq hantar dia tadi dekat sini" Ditunjukkan nama gadis itu kepada wanita itu.
" oh.. kejap ya.. mak Siah panggilkan ya" wanita itu kembali ke pos untuk membuat panggilan ke bilik gadis itu dan kemudian kembali semula ke pagar untuk bertemu dengan Aniq yang kelihatan gelisah.
" Tak berjawab.. Dia pergi kelas agaknya" telah Mak Siah.
" Dia fakulti mana ya mak Siah" soal Aniq
" sains sukan" balas wanita itu. Aniq menelan airliurnya kasar.
" Bukan calang calang perempuan ni.. Aku pengurusan perniagaan je halahhhh" keluhnya
" Aniq.. " Panggil wanita itu
" ada apa Aniq cari dia.. jangan bagitahu Aniq nak buli dia" tegas Mak Siah.
"eh tak.. Aniq ada perkara nak bincang dengan dia" ujar pemuda itu.
" ye lah tu.. Mak Siah minta sangat kalau nak buli ke usik ke jangan Adhawiyah.. " nada Mak Siah seakan sayu apabila menyebut nama gadis itu.
" kenapa mak Siah.. mak siah kenal ke Adhawiyah tu" Soalnya seakan tertarik.
" mak Siah kenal dia dekat sini.. baik budaknya. Dia anak yatim piatu. Dibesarkan dirumah anak yatim selepas ayah dia meninggal sebab sakit. Mak dia meninggal masa lahirkan dia. Dia duduk sekejap dengan ayah saudara dia tapi disebabkan tamak.. ayah saudara dia ambil semua harta dia dan tinggalkan dia di pusat jagaan. Dia pernah bertunang dengan pelajar sini juga.. Emir nama budak tu kalau tak silap.. tapi lagi sebulan nak kawin dia dapat tahu kawan baik dia yang tinggal dirumah anak yatim yang sama mengandungkan anak tunang dia. Persiapan semua dah buat tapi pengantin saja bertukar. Perempuan tu nama apa ya.. Diana.. hah Diana.. budak fakulti yang sama dengan Adhawiyah... Tapi Diana berpindah keluar sebab dia dah kawin kan.. lagipun permintaan Emir. Tapi.. si Emir tu.. selalu datang cari Adhawiyah geram pula makcik.. " cerita wanita itu.
" cari Adha.. buat apa" Dia seakan tidak selesa dengan situasi itu.
" merayu untuk balik semula la.. gila sprong orang panggil" Mimik muka wanita itu jelas kelihatan dia tidak menyukai pemuda itu.
" sekarang dia ada datang lagi tak" Soal Aniq
" Ada.. semalam pun ada.. tapi Adhawiyah takde.. dia buat part time dekat resort kat kuala sana.. malam baru balik.. tapi tadi dia nampak macam tak sihat" ujar Mak Siah sebelum menoleh ke arah seorang gadis yang berlari kearahnya dengan memanggil namanya.
" mak siah.. mak siah.. Ada orang pengsan" ujar gadis itu tercungap cungap.
" Siapa.. kat mana" soal Mak Siah.
" Adha.. Adhawiyah fakulti sains sukan" Jelas gadis itu dalam mencari nafas.
" dekat mana" soal Aniq mula risau.
" dekat tangga.. tangga dorm kenanga" ujar gadis itu lagi.
" mak Siah... " Aniq sudah tidak keruan
" Aniq jom ikut mak Siah" mereka berlari mendapatkan gadis itu. Aniq tergamam melihat gadis itu terkujur kaku di tangga.
"Awak... Awak.. Adhawiyah bangun" Aniq menepuk pipi gadis itu lembut namun tiada reaksi.
" Awak... jangan main main.. jangan takut takut kan saya" Aniq mula cuak. Airmatanya mula bergenang.
" Aniq bawa dia ke hospital.. kejap mak siah ambilkan dompet dia" Ujar wanita itu sebelum melangkah naik ke tingkat bilik gadis itu.
" cepat mak siah" tempiknya lalu mengendong gadis itu ke keretanya. Setepah barangan peribadi gadis itu berada dengannya dipandu keretanya laju menuju ke hospital.
" awak... bangun.. Adhawiyah... bangun... jangan buat saya risau" ujarnya. Sesekali ditoleh kearah gadis itu. Reaksi tetap sama. Kaku.

Aniq mundar mandir. Adhawiyah masih dibilik rawatan. Dia yang tidak dibenarkan masuk membuatkan hatinya tidak senang.
" waris Adhawiyah Binti Izzudin" Aniq bangun dari duduknya.
" saya doktor" balasnya
"hubungan awak dengan pesakit?" Soal doktor lagi
" saya tunang dia.. " helahnya tiba tiba luncur laju dibibirnya
"maaf ahli keluarga pesakit tak datang ke" soal doktor.
" dia anak yatim piatu doktor.. ada apa ya" Aniq semakin gugup.
" owh ye ke.. macam ni encik.. cik Adhawiyah mengalami tekanan darah yang sangat rendah.. gula juga berada di tahap rendah yang merbahaya.. Dia ada kurang selera makan ke akhir akhir ni.. atau stress yang berlebihan" soal doktor lagi.
"hah. ermmmm dia ok je.. makan macam biasa.. " dalihnya.
" ok.. cik Adhawiyah kami terpaksa tahan di wad untuk pemantuan takut perkara ini berulang lagi" Aniq hanya mendengar penjelasan doktor tersebut. Hatinya tidak sabat mahu bertemu gadis itu. Bagaimanakah keadaan dia.. Ada luka kah.. ada lebam kah. Hatinya bergelodak.

Aniq memerhati gadis yang berbaring dihadapannya. Pucat dan kaku. Di pegang erat jari jemari gadis itu lalu dikucup dan diusap lembut.
" habuan kau.. kalau kau tak tipu dia.. dia takkan jadi macam ni" terbit rasa bersalah dalam dirinya.
"awak...saya minta maaf" rayunya. Diusap lembut rambut gadis itu.
" Awak bangun.. " rayunya.
" Adha... " Tempik seorang gadis membuatkan Aniq tersentak.
" Adha... kenapa ni.. Adha.. bangun.. " gadis itu menangis sambil memeluk tubuh yang kaku terbaring.
" Sorry.. dia perlukan rehat" ujar Aniq.
" Awak siapa" soal Gadis itu.
"Saya Aniq.. " Dia memperkenalkan diri.
" saya Maira.. roommate Adha..." Maira kebingungan. Tidak pernah dia melihat pemuds itu sebelum ini.
" Cik Aniq.. Cik Aniq boleh buat bayaran wad dikaunter ya. " ujar seorang jururawat di muka pintu. Aniq bangun lalu keluar dari bilik tersebut.
" Nurse.. siapa mamat tadi tu " soal Maira ingin tahu.
" owh Encik Aniq.. tunang cik Adhawiyah" Melongo. Dia tidak pernah tahu bahawa sahabatnya punya hubungan bersama lelaki lain selain Emir. Di kolej jarang bersapa dengan mana mana lelaki apatah lagi seseorang yang tidak dikenalinya.
" Adha.. kau hutang cerita dengan aku" direnung sahabatnya yang terbaring kaku tajam.

"Dah lama awak kenal Adha" Maira cuba mengumpan.
"lama juga la" Aniq seakan mati kata.
" apa hubungan awak dengan dia" Maira makin menyelidik.
" tunang" Aniq dengan beraninya mengelarkan dirinya seperti itu.
" I don't think so.. Saya sekelas dan sebilik dengan Adha dah lama.. semua hal dia saya tahu dan saya tak pernah dengar dia sebut nama awak pun.. " Maira cuba menyerkap jarang. Aniq terasa di diperangkap.
" maaf boleh saya bercakap dengan Encik Aniq" pinta seorang doktor mengganggu perbualan mereka.
" Doktor saya kawan sebilik dan sekelas dia" Maira tidak mahu ketinggalan info. Mereka mendengar penjelasan dari doktor tersebut. Aniq hampir rebah. Dia tidak tahu perbuatannya mengakibatkan gadis itu bertindak diluar batasan normal.
" Dalam ujian darah yang kami buat darah Cik Adha mengandungi racun yang merbahaya jika lambat dirawat boleh meragut nyawanya. boleh saya tahu kenapa dia bertindak sebegitu? " Aniq hanya diam. Dia mula rasa bersalah.
" saya rasa dia tertekan dengan perangai pakcik dia yang kerap datang minta duit. Pakcik dia berhutang dengan lintah darat tapi tak dapat tunaikan jadi Adha takde cara lain untuk bantu melainkan kerja dan semua duit hasil kerja dia.. dia guna bayar hutang pakcik dia. Bagi dia pakcik dia tu lah satu satunya waris yang dia ada dan wali sah untuk dia." Aniq mendengar cerita dari Maira dengan penuh gusar. Rasa bersalah dan tidak tenteram jiwanya mula berbaur.
" Ok.. kita tunggu dia sedar dulu saya akan refer dia untuk kaunseling. " ujar Doktor tersebut. Maira hanya mengangguk.
" pakcik dia masih cari dia" soal Aniq cuak.
" ye.. semalam pun ada datang tapi Adha takde.. saya kesian dekat dia.. Pakcik dia pernah nak jadikan dia pelacur hanya untuk langsaikan hutang tapi nasib menyebelahi dia.. Dia dapat lari dari pakcik dia.. tapi sekarang dia ganggu lagi" Nada Maira mengendur. Sebak kedengaran dari bibirnya. Aniq meraup wajahnya kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience