" awak nak apa.. " soal Adhawiyah tenang walaupun hatinya agak galau dengan raut wajah Aniq.
" Double bigmac" balas Aniq acuh tak acuh
" mak aih.. makan banyak awak malam malam ni" renungan tajam pemuda itu membuatkan dirinya kembali kaku.
" cantik lagi bontot ayam.." Adhawiyah mengomel sendiri.
" kau kata lapar" soal Aniq. Dia agak terkejut melihat pesanan gadis itu.
" ye lah.. tu saya dah order" Adhawiyah menunjukkan pesanannya.
" congee.. yang tadi macam kebulur sangat" dibisik keras pada telinga gadis itu. Adhawiyah menelan airliurnya kesat. Kedudukan mereka terlalu rapat.
" saya takut tak cukup duit nak bayar.. " Adhawiyah tersenyum kambing lalu menjarakkan dirinya dengan pemuda berwajah singa. Aniq menekan nekan skrin pesanan. Adhawiyah terkejut melihat amaun yang tertera. Ditarik lengan baju pemuda itu. Dijingkitkan sedikit kakinya. Dirapati bibirnya ke telinga pemuda itu. Aniq kaku. Desahan nafas gadis itu kedengaran jelas. Digenggam tangannya agar statik.
"awak saya takde duit banyak tu" bisik Adhawiyah. Aniq menoleh lalu di angkat bahunya tanda tidak tahu. Adhawiyah resah. Otaknya mula berserabut. Diperiksa dompetnya hanya tinggal not lima puluh ringgit sekeping.
" mana nak cukup" dia seakan mahu menangis. Adhawiyah ke kaunter untuk membuat bayaran. Wang padanya tidak mencukupi untuk membayar pesanan mereka.
" boleh saya cancel beberapa item.. duit saya tak cukup" pintanya. Pipinya terasa kembang kerana menahan malu.
" saya bayar pakai kad" Sekeping kad dihulurkan kepada pekerja tersebut. Adhawiyah menoleh. Aniq berdiri dibelakangnya. Aniq meletakkan tangannya keatas kepala gadis itu lalu memusingkan kepala gadis itu ke depan.
" pin or paywave" soal pekerja tersebut.
"pin.. " balasnya.
" 100891" bisiknya
" apa.. " Adhawiyah tidak mengerti apa yang dimaksudkan pemuda itu.
"100891.. nombor pin" Adhawiyah yang dari tadi termangu segera menekan nombor yang disebutkan Aniq.
" terima kasih.. " diambil semula kad tersebut dan menoleh. Aniq sudah ditempat duduknya
" taik punya jantan.. " leternya.
"nah kad awak.. " diletakkan kad itu diatas meja. Aniq membiarkan saja kad itu disitu.
" ish la dia ni.. nanti hilang kad tu macam mana.. amik simpan.. " Aniq tidak mengendahkan leteran gadis itu.
" awak tak nak amik saya amik.. saya tahu nombor pin awak" ugut Adhawiyah. Aniq masih membisu. Pandangannya dilepaskan ke luar yang hanya kelihatan silauan cahaya lampu neon dan kereta yang lalu lalang. Adhawiyah menyimpan kad tersebut didalam dompetnya.
" yesss dah siap.. " Belum sempat Adhawiyah bangun untuk mengambil pesanan Aniq terlebih dahulu bangun dan menuju ke kaunter. Adhawiyah hanya memandang.
" kalau lah kita setaraf.. mungkin aku dah tackle kau.. tapi kita.. enggang takkan terbang sama dengan pipit.. " hatinya terasa sebak. Ditutup hatinya untuk pemuda yang sedang menuju kearahnya. Dia seka airmatanya yang mahu mengalir agar tidak kelihatan hiba dihati.
" banyaknya... habis ke? " soal Adhawiyah
" kau kata lapar.. makan lah" Aniq membuka burgernya lalu dimasukkan ke dalam mulutnya tanpa bicara. Adhawiyah menikmati bubur yang dipesannya.
" awak banyak ni.. kalau tak habis kan nanti membazir" ujar Adhawiyah. Aniq hanya merenung tajam. Adhawiyah kembali menikus. Aniq tersenyum sendiri melihat keletah comel gadis didepannya.
" sungguh aku rindu" bisik hatinya.
Aniq membungkus makanan yang tidak disentuh mereka. Adhawiyah hanya melihat kelakuan pemuda itu.
" jom.. " ajak pemuda itu. Ditangannya beberapa bungkusan makanan yang masih elok.
" nak balik macam mana.. ni nak letak mana" soal Adhawiyah.
" kau nak ikut ke tak nak.. ke kau nak tinggal" marahnya. Adhawiyah hanya mengikut.
" motor dekat sana " tempik Adhawiyah namun tidak diendahkan pemuda itu. Aniq terus berjalan. Langkah Adhawiyah terhenti apabila melihat Aniq sedang memberi makanan yang dipegangnya kepada gelandangan yang berada ditepi jalan. Aniq seakan mengenali mereka. Mereka kelihatan akrab.
" siapa kau sebenarnya Aniq Imran" bisik hatinya. Adhawiyah berlari anak mendapatkan Aniq apabila Aniq melambai tangan memanggilnya. Adhawiyah memandang pemuda itu dengan seribu tanda tanya.
" Ni tunang Aniq.. " ujarnya Adhawiyah tergamam.
" eh hari tu.. " lelaki itu tidak dapat menyambungkan kata katanya.
"kami dah putus.. " balasnya ringkas. Lelaki itu hanya mengangguk.
" tolong tengok tengok kan dia ya kalau nampak dia jalan dekat kawasan sini. " pintanya. Adhawiyah mencubit pinggang pemuda itu agar dia berhenti berkata yang bukan bukan. Tangan gadis itu digenggam erat. Adhawiyah kaku.
" Tenang Adha tenang... " bisik hatinya yang sudah tidak keruan. Aniq masih berbual dengan mereka. Adhawiyah hanya tersenyum dan sesekali tertawa.
" abang Aniq... " kedengaran suara anak kecil memanggil. Aniq bangun dan mendepangkan tangannya. Seorang anak kecil berlari dan melompat kedalam dakapan pemuda tinggi lampai itu Adhawiyah terkesima. Tidak pernah dilihat sosok tubuh itu berkelakuan sebegitu. Apa yang dia tahu pemuda itu seorang yang tegang dan bermuka ketat.
" Iqbal dari mana.. kenapa comot ni" soal Aniq. Disapu kotoran yang terlekat pada wajah kecil itu.
" main.. ikut ibu dengan ayah pergi pasar malam" celoteh anak kecil itu menggamit hati.
" Iqbal dah makan.. abang ada bawakan makanan" ujarnya.
" nak nak.. " anak kecil itu meminta.
" pergi ambil dekat kakak tu.. tu tunang abang.. bakal isteri abang.. cantik tak" soal Aniq.
" cantik... yang hari tu tak cantik.. sombong" jawab anak kecil itu sekilas. Aniq hanya tertawa.
" akak nak makan" anak kecil itu berlari mendaoatkan Adhawiyah.
" nama sape" soal Adhawiyah
" Iqbal.. akak nama sape" soal anak kecil itu.
" Adhawiyah.. panggil kak Adha" pintanya. Dikeluarkan tisu lembap dari dalam beg galasnya lalu di lapkan ke wajah dan tangan anak kecil itu. Dirapikan rambut anak itu sementara anak kecil itu menikmati makanannya. Aniq tersenyum melihat adegan itu. Adhawiyah kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan golongan seperti mereka.
" aku tahu pilih aku tepat" bisik hatinya. Iqbal tertawa tatkala diusik Adhawiyah. Aniq terasa bahagia.
"terima kasih bawa saya pergi makan" ucap Adhawiyah. Dicabut helmetnya dan terserlah sebaris senyuman manis dibibir mungil itu. Aniq terkesima.
"hem.. ehemmm... " Aniq cuba melarikan pandangannya. Enjin motornya dimatikan Adhawiyah. Aniq kembali memandang gadis genit itu.
" Kenapa awak tak datang kolej.. " soal Adhawiyah. Aniq hanya membisu.
" sebab saya ke" soal Adhawiyah lagi.
" tak perlu rosakkan diri awak untuk orang macam saya.. tak perlu abaikan kehidupan awak kerana saya.. saya bukan siapa siapa dan saya tak ada apa apa.. saya tak nak jadi punca kecelaruan hidup seseorang sebab kehidupan saya pun dah bercelaru." ujar Adhawiyah. Dadanya terasa sebak kerana itu luahan jujur dari hatinya. Dia tidak mahu dirinya menjadi punca dalam permasalahan kehidupan seseorang. Baginya ianya terlalu kejam untuk seseorang bertindak bodoh kerananya dan ianya bersifat penting diri. Dia tidak mahu akan hal itu.
" saya nak awak datang semula kolej.. belajar macam biasa... kesian kan keluarga awak yang menyimpan harapan untuk awak berjaya tapi awak abaikan kerana seseorang macam saya.. " nada gadis itu mengendur. Aniq hanya memandang tanpa berbicara. Dibiarkan gadis itu dengan perasaannya. Dia hanya mahu mendengar. Dengan cara itu dia dapar mengenali isi hati gadis kecil dihadapannya.
" saya minta maaf kalau saya jadi punca segala permasalahan awak.. saya takkan ganggu awak lagi tapi janji dengan saya awak jangan skip kelas lagi.. jangan ponteng kelas lagi disebabkan saya... " Aniq tersentak.
" ish.. kenapa dia fikir macam tu.. ngong la minah ni.. kau tahu tak aku nak kau pujuk aku je.. bukan nak kau jauhkan diri dari aku.. siot betul lah" rungutnya didalam hati. Dialihkan pandangannya ke langit gelap. Taburan bintang memenuhi langit kelihatan seakan berlian bertaburan.
" awak dengar tak ni" Adhawiyah sedikit menyinga.
" ermmm.. " jawabnya pendek.
" bak sini telefon awak" pinta gadis itu.
" nak buat apa" Aniq panik
" bagi je lah" di geledah beg silang pemuda itu. Aniq hanya membiarkan. Dicium haruman tudung gadis itu.
" aku rindu bau ni.. " bisiknya
" jumpa" jerit Adhawiyah
"arghhhh.. sakit la" marahnya kerana kepala gadis itu berlaga dengan hidungnya
" sorry sorry... mana ye.. ah lambat" laju tangan gadis itu menekan ponsel telefonnya. Adhawiyah terdiam. Telefon ditangannya berdering.
" kau dah kenapa.. tadi nak sangat telefon aku.. " Aniq melurut hidungnya yang masih terasa perit. Di tunjuk telefon itu kepada tuannya. Aniq tergamam. Mahu dirampasnya telefon itu tapi cepat disembunyikan gadis itu.
" kenapa letak emoji pink heart ni.. siapa bagi izin" marah Adhawiyah
" telefon aku.. aku punya suka lah.. nak letak apa pun.. pink heeart ke.. binatang pink ke.. " Adhawiyah merengus geram.
" kejap.. " Aniq merampas telefon gadis itu. Dilihat namanya disimpan gadis itu.
TUAN ANIQ
Seakan dipanah petir. Nama yang tertera itu merentap hatinya.
" ini tanggapan kau dekat aku.. kau buat jurang antara kita" soalnya didalam hati.
" ok saya dah padam dua dua.. so awak takde nombor saya dan saya takde nombor awak.. jadi awak jangan risau saya takkan ganggu awak lagi.. jadi tolong datang ke kelas ya TUAN ANIQ.. " nama pemuda itu ditekan kuat. Aniq hanya diam
" by the way thanks belanja saya makan.. dan terima kasih sebab dah tolong saya tadi.. oh ya.. tadi pengalaman pertama saya bersama dengan gelandangan.. interesting.. mungkin saya boleh join mana mana ngo untuk bantu dorang kan.. Iqbal.. such a cute boy.. saya suka dia.. " keletah gadis itu diperhati Aniq.
" comel" bisiknya.
" saya masuk dulu.. selamat malam.. bawa motor elok elok.. esok pergi kelas ya.. " Adhawiyah berlari masuk ke dalam pagar asrama. Ditekan dadanya agar tidak merembeskan airmata yang dari tadi ditahannya. Aniq terkesima. Rancangan yang diharapkan tidak berjalan lancar dan tidak seperti yang dirancangnya. Dipandang kelibat gadis itu sehingga hilang dibalik bangunan.
" argghhhh... stupid... kenapa kau bodoh sangat hah Adhawiyah.. kau tak nampak ke yang aku ni betul betul sukakan kau.. kau tahu tak yang aku ni sayangkan kau.. kau buta ke... " diluah rasa geramnya. Ditumbuk tangki minyak motornya berkali kali. Dicabut helmetnya dan dibaling ke tanah. Diterkup mukanya dan dilurut kebelakang agar hilang rasa geram yang terbuku.
" Adha.. Adha.. kenapa kau buat aku macam ni.. " tanpa disedari airmatanya mengalir.
Adhawiyah berhenti di anak tangga ke biliknya. Memandangkan hari sudah lewat malam, dia tidak mahu mengganggu penghuni yang lain. Dia menerkup wajahnya dan menangis semahunnya. Dia tahu pemuda itu jujur mengatakan hasratnya dan dia juga selesa dengan layanan pemuda itu tapi hatinya takut disakiti lagi. Dia tidak mahu dihina lagi kerana kasta dan darjat. Dia mahu mencari bahagia bukan mencari kesempurnaan. Baginya sempurna itu tidak dapat dipenuhi melainkan bahagia. Namun terasa sukar untuk digapainya. Telefonnya berdering. Tangisannya dihentikan segera.
" Assalamualaikum paksu.. " ucapnya
" awiy.. paksu nak duit.. " pinta lelaki itu didalam talian.
" awiy takde duit sekarang paksu.. gaji partime belum dapat lagi" balasnya lembut.
" paksu tak kira paksu nak juga.. awiy nak paksu mati kena bunuh dengan Ahlong ke.. " ugut lelaki itu
" paksu... awiy memang takde duit.. kalau lima puluh adalah.. tapi kalau banyak awiy takde" jawabnya jujur.
" aku minta dekat Emir" Adhawiyah tersentak.
" paksu jangan paksu.. jangan minta dekat dia.. paksu nak guna berapa.. awiy carikan.. " balasnya
" dua ribu.. aku nak dua ribu" Adhawiyah mengucap panjang.
" paksu banyak sangat tu.. " rayunya. Tapi tidak diendahkan lelaki itu.
" aku tak kira.. aku bagi kau dua hari untuk cari kalau tak aku minta dengan Emir" ugutnya. Adhawiyah terkedu. Seakan jatuh ditimpa tangga. Adhawiyah menangis semahunya. Dia buntu.
Pintu biliknya ditolak perlahan agar tidak mengganggu temannya yang sedang lena. Diletakkan beg sandangnya ke meja perlahan lahan. Dia duduk dikerusi. Lampu mejanya dinyalakan. Dibuka helaian bukunya satu persatu. Disetiap helaian bukunya terdapat titisan airmatanya yang masih lagi mengalir.
" awak baru balik? " Maira yang separa sedar bertanyakan pada sahabatnya.
"ha ah.. saya kacau awak ke? " soalnya tanpa menoleh. Tidak mahu ditunjukkan matanya yang bengkak.
" dah pukul berapa? " Maira bangun melihat jam locengnya. Perlahan lahan dia menghampiri sahabatnya.
" awak.. kenapa ni" soal Maira lembut. Dipeluk bahu sahabatnya erat.
" awak kenapa ni.. gaduh dengan Aniq..?" tekanya. Adhawiyah hanya menggeleng.
" habis tu kenapa? Emir datang lagi.. kacau awak lagi" Soal Maira lagi. Dia mahukan jawapan.
" Saya serabut Maira.. serabut sangat.. saya penat.. kenapa susah untuk saya rasa tenang.. " luahnya.
" shhh.. shhh.. ok ok.. take a deep breath.. breathe in.. breathe out.. in out.. take it slow ok.. " ajarnya. Adhawiyah hanya mengikut. Kedengaran esakan tangisnya semakin berkurang.
" tadi Emir datang.. dia nak saya balik semula dengan dia" cerita gadis itu. Nadanya hiba.
" gila ke dia tu.. aku habis isteri dia nak letak mana" marah Maira.
" dia nak ceraikan Diana asalkan saya balik semula dengan dia" esakkan gadis itu makin menjadi.
" sewel agaknya si Emir tu" bentak Maira.
" Dia nak peluk saya dan cium saya" ujar Adhawiyah
" apa.. memang sewel dah mamat tu.. dia buat apa lagi dekat awak... ada cedera tak" Maira memeriksa sahabatnya.
" tak.. dia tak sempat sebab Aniq datang tolong saya" Maira sedikit tersenyum
" part ni saya suka.. hero malaya sudah datang" seloroh Maira.
" ish awak ni... betul betul la" rajuk Adhawiyah.
" ok ok.. teruskan.. " Maira menarik kerusinya lalu duduk dihadapan gadis itu. Diseka airmata gadis itu.
" dorang bergaduh.. saya sempat leraikan pergaduhan tu kalau tak mati Emir dikerjakan Aniq" Maira tergamam.
" dia nak ketuk Emir dengan kayu" cerita Adhawiyah lagi. Maira menepuk tangan tanda bangga.
" that my man" seloroh Maira lagi.
" awak.. betul betul la.. nak dengar ke tak nak" marah Adhawiyah manja.
" ok ok.. next.. sambung sambung"Maira bercanda
" Emir lari entah la saya pun tak tahu.. then kami pergi makan.. takde apa yang nak dibualkan melainkan tengok muka ketat dia" Adhawiyah mula bercerita perihal pemuda itu. Maira hanya mendengar dan tersenyum. Dari penceritaan sahabatnya dia tahu sahabatnya menyukai pemuda itu kerana Adhawiyah bukan lah seorang gadis yang mudah teruja pada seseorang. Ini lali kedua dia bercerita perihal seorang lelaki tapi tidak serancak Emir. Tampak kali ini Adhawiyah amat amat teruja.
" Saya baru tahu dia tu punya perangai yang baik macam tu.. awak fikir tengok ye.. anak orang berada tapi boleh bergaul baik dengan gelandangan.. humble kan" ada senyuman terukir dibibir gadis itu. Maira hanya mengiyakan sahaja. Tidak mahu mengganggu emosi sahabatnya.
" saya minta dia datang kolej.. " katanya mati disitu. Nadanya kembali sebak.
" ok la tu.. dia kata apa" Maira ingin tahu lagi.
" dia tak kata apa.. dia diam je" ujar Adhawiyah. Matanya kembali bergenang.
" kenapa pula dah" Maira kehairanan. Sahabatnya yang tadi ceria berceloteh kini kembali berduka.
" saya suruh dia datang kolej dan saya janji saya tak akan ganggu dia lagi.. saya tak nak dia skip kolej sebab saya.. saya tak nak ada rasa bersalah kalau apa apa jadi dekat dia disebabkan saya" Maira menepuk dahinya kuat.
" Adha.. apa awak buat ni.. awak sepatutnya encourage dia untuk datang kolej.. bukan buat dia down lagi.. apa lah awak ni" leter Maira.
" ya saya tahu.. tapi saya tak nak dia simpan harapan pada saya.. saya tak nak dia ada simpan perasaan dekat saya" tangisannya kembali mengalir.
" kalau dia suka awak biar lah.. awak tak suka dia ke" soal Maira.
" bohong lah kalau saya kata saya tak suka.. cara dia layan saya.. cara dia ambil berat pasal saya.. perangai dia yang annoying tu.. buat saya nak ada dengan dia.. tapi saya kena sedar.. saya tak layak untuk bersama dengan dia" Luahnya. Duka hatinya mahu diceritakan sehabisnya.
" sebab apa awak nak rasa macam tu.. Aniq ada kata apa apa ke.. " soal Maira lagi. Adhawiyah hanya menggeleng
" dah tu.. perasaan awak je tu.. saya tak rasa Aniq nak mainkan awak macam Emir" cadang Maira.
" saya tahu.. saya pun selesa dengan dia.. tapi apa yang berlaku antara saya dan Emir cukup buat saya sedar akan kedudukan saya.. saya tak nak digelar mata duitan lagi.. saya tak nak digelar pisau cukur lagi.. lagipun saya tak nak pakcik ambil kesempatan dekat dia macam mana pakcik gunakan Emir untuk kikis duit Emir.. " jelasnya.
" pakcik ada minta duit dekat Emir ke? " soal Maira agak terkejut.
" ha ah.. sebelum kami putus pakcik selalu minta duit dengan Emir dan sekarang pun pakcik ugut nak minta duit dekat Emir.. tadi pakcik call minta dua ribu.. mana saya nak cari.. kalau saya tak bagi dia nak minta dekat Emir... saya tahu Emir akan bagi tapi saya akan dijadikan cagaran." Adhawiyah menangis teresak esak. Maira mengeluh berat. Dia tidak tahu beban sahabatnya begitu berat.
" pakcik beri saya dua hari untuk dapatkan duit tu.. kalau tak dia akan cari Emir" ujar Adhawiyah
" kita report polis je la" cadang Maira.
" nak report atas sebab apa.. dia minta duit.. mana transaksi kata dia minta duit.. apa bukti untuk sabitkan kesalahan dia.. saya selalu bagi dia cash.. lagipun.. dia je saudara saya yang saya ada.. dia pernah jaga saya walaupun niat dia sebenarnya kerana harta" Maira terdiam. Sukar untuk dia mencampuri urusan keluarga gadis itu.
" apa kata minta tolong Aniq" Maira memberi cadangan.
" Saya tak nak libatkan dia" tegah Adhawiyah
" try lah.. mana tahu dia kot kot dia boleh tolong" cadang Maira lagi.
" saya tak nak berhutang dengan sesiapa saya takut saya tak boleh bayar lagipun bukan sikit amaun tu.. apa yang saya nak cagarkan. diri saya? " soal Adhawiyah. Maira hanya mampu berdiam. Dipeluk sahabatnya erat agar sahabatnya itu sedikit tenang.
Share this novel