Adhawiyah merenung syiling. Limpahan lampu kalimantang menyuluh wajahnya.
"Argghh.. " dia mengerang kesakitan. Kepalanya terasa berat.
"Aduhhh" dipegang kepalanya. Digagahi untuk bangun. Mahu dicapai gelas di sebelah namun terhenti apabila pintu biliknya dibuka. Adhawiyah tergamam melihat susuk tubuh yang menghampiri katilnya.
" kau buat apa dekat sini" tengkingnya. Adhawiyah tidak senang duduk. Mahu dibaling segalanya yang berada berdekatan dengannnya namun kudratnya tidak mampu untuk dia berbuat demikian.
" dah bangun.. nah makan ni.. "ujar Aniq. Dikeluarkan bekas makanan yang dibelinya sebentar tadi. Ditolak meja kecil itu menghampiri gadis yang sedang berada dikatil.
" nah.. makan.. tumpang panas" suruh Aniq. Adha masih diam membisu. Dialihkan pandangannya ke arah lain.
" makan la.. jangan tahan perut tu.. nanti takde tenaga lagi susah" seloroh Aniw masih belum puas hati melihat gadis itu yang masih berdegil
" kalau aku takde tenaga sekali pun apa kena mengena dengan kau" tengkinh Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" boleh tak kau dengar cakap aku... jangan melawan.. kalau jadi apa apa dekat anak aku macam mana" balas Aniq.
" keluar... aku tak nak tengok muka kau.. berambus siaaallllll" tempik Adhawiyah. Aniq masih disitu. Dibuka bekas makanan dan dicedok bubur lalu disua ke mulut gadis itu tapi ditepis gadis. Aniq masih tidak mahu mengalah. Dia cubanya lagi akan tetapi setiap kali suapan itu sampai di mulut gadis itu ia akan terburai ke lantai.
" kau jangan melawan boleh tak.. kau pegang satu nyawa baru dekat dalam tu" marah Aniq.
" aku tak rasa nyawa tu akan berdegup lagi.. " sinis Adhawiyah
"maksud kau" Aniq curiga.
" aku dah bunuh nyawa tu.. puas hati aku.. kau jangan harap benih kau akan subur dalam rahim aku" tengking Adhawiyah yang sudah hilang kesabarannya.
" apa kau dah buat hah" mata Aniq seakan mahu keluar dari kepalanya. Dia tidak menyangka gadis itu akan bertindak sejauh itu.
" apa yang aku buat cukup rasanya untuk bunuh nyawa tu.. aku jijikkkkkk" tempik Adhawiyah seakan hilang kewarasan. Aniq memeluk Adhawiyah yang meronta seperti kerasukan.
" lepaskan aku... lepas lahhhhh" tempik Adhawiyah.
" kau dengar aku apa aku nak cakap ni.. " tengking Aniq.
" I'm so sorry cause lying to you.. " ujar Aniq. Adhawiyah memekak telinganya. Dijerit semahunya. Tidak mahu dia mendengar kata kata pemuda itu.
" kau cuba dengar apa aku nak cakap ni" Aniq semakin runsing dengan kelakuan gadis itu.
" aaaaaaaaaaaaa uuuuuuuu Aaaaaaa" Adhawiyah menutup kedua dua telinganya. Aniq sudah kematian ikhtiar untuk berkata perkara sebenarnya.
" sorry" ujarnya. Lalu dia kucup bibir gadis itu lembut. Adhawiyah tergamam. Dia cuba mendorong tubuh itu tapi dihalang pemuda itu.
"Arghh.... " Aniq mengerang kesakitan apabila bibirnya digigit gadis itu. Berdarah.
" kau drakula ke apa" Aniq menjarakkan dirinya dari gadis itu.
" kau tu yang biadap" Adhawiyah menyapu kasar bibirnya dan meludah ke lantai beberapa kali.
" sebab kau tak beri aku peluang untuk aku jelaskan apa sebenarnya yang berlaku malam tu" ujar Aniq.
" apa yang kau nak jelaskan.. tentang tubuh aku yang kau ratah atau hangat tubuh aku yang kau belai" tengking Adhawiyah. Aniq tersenyum.
" kalau itu yang berlaki aku lah manusia paling beruntung" ujar Aniq.
" sial.. " Adhawiyah seakan peroleh sedikit kekuatan lalu dibaling bantalnya kearah pemuda itu.
" tapi sayang aku tak dapat rasakan walaupun aku mahu" ujar Aniq.
" berambus... aku benci kau" tempik Adhawiyah.
" kau benci aku sebab apa.. " soal Aniq.
" apa soalan kau tanya ni.. kau dah ambil kehormatan aku lepas tu kau boleh kata sebab apa aku nak benci kau.. kau hilang akal ke apa" tengking Adhawiyah.
" aku tak sentuh kau.. apatah lagi usik kau.. aku hanya peluk kau sebab aku takut kau akan berjalan lagi" jelasnya. Adhawiyah seakan kehairanan. Dia memandang Aniq dengan wajah keliru.
" ya.. aku tak buat apa apa pun dekat kau.. kau boleh check kalau kau mahu.. ya aku akui aku tergoda dengan kelakuan kau tapi aku bukan manusia yang tak punya kewarasan. " jelas Aniq lagi.
" habis yang kau kata present tu" soal Adhawiyah.
" kau lah.. aku rasa tenang bila aku dapat tidur dalam dakapan kau.. aku tidak pernah tidur setenang itu sejak family aku kacau bilau. Aku selalu mimpi yang bukan bukan.. tapu malam tu.. aku rasa tenang dan tidur yang paling nyaman yang pernah aku rasa. " jelasnya
" kau tipu aku" Adhawiyah mula membara. Tubuh Aniq dicapainya lalu di keronyok semahunya.
" Kau tahu tak aku hampir hilang nyawa sebab kau" marah Adhawiyah. Dia terasa bodoh dengan tindakannya.
" maafkan aku" Aniq memeluk gadis itu erat.
" aku minta maaf sebab tipu kau.. aku tak tahu kau akan bertindak sejauh ini" Luahnya jujur. Diusap bahu gadis itu lembut.
" macam mana kalau kata aku mati" soal Adhawiyah. Matanya mula bergenang airmata.
" aku minta maaf.. aku tak sangka kau akan bertindak sejauh itu.. aku tak sanggup kehilangan kau.. aku minta maaf... " ujar Aniq. Gugupnya amat jelas ketara. Dia tidak dapat membayang kehidupannya yang akan diselubungi rasa bersalah seumur hidupnya andai dia kehilangan gadis itu
" aku janji takkan tipu kau lagi" ujar Aniq.
" kau tahu tak aku jijik dengan diri aku sendiri.. aku malu nak berdepan dengan semua orang. aku tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan aku andainya aku mengandungkan anak kau" cerita Adhawiyah. Aniq mendengar dengan teliti. Diusap jari gadis itu lembut.
" kan aku kata aku akan bertanggungjawab dengan perbuatan aku... kenapa kau tak percaya ke" soal Aniq
" kalau kau dekat tempat aku... kau nak percaya ke dengan janji one night stand... lagipun aku tak kenal kau siapa dan aku tak tahu kau siapa.. kau ingat aku nak percayakan kau" tegas Adhawiyah.
" aku kata aku kota.. aku akan bertanggungjawab dengan apa yang dah aku buat pada kau.. aku cuma harap kan kau percayakan aku" Aniq cuba meraih perhatian gadis itu. Adhawiyah hanya diam. Didalam hatinya berbolak balik. Akalnya mula menjalarkan sel sel otak untuk mencari kebenaran kata kata pemuda itu.
" tapi aku rasa tak perlu sebab aku dah tahu hal yang sebenarnya.. dan aku pun masih hidup... " Aniq terkejut dengan kata kata yang meluncur laju dari bibir gadis genit dihadapannya. Hatinya seakan direntap dan disiat siat.
" kenapa" soal Aniq ingin kepastian
" sebab aku ok.. dan aku tak nak ada apa apa hubungan dengan kau.. aku harap ini kali terakhir aku akan berjumpa dengan kau" ujar Adhawiyah senafas.
" tapi aku tetap mahukan kau" Ujar Aniq. Kini giliran Adhawiyah pula terkesima.
" kau buat aku rasa ingin kenal siapa kau.. kau buat aku rasa aku mahu bersama kau dan kau buat aku rasakan aku memerlukan seseorang dengan aku.. dan orang itu adalah kau.. " luahannya yang terbit dari hatinya diutarakan.
" kenapa aku.. ramai lagi orang yang boleh berdamping dengan kau.. aku bukan orangnya" tegas Adhawiyah. Aniq terdiam. Dadanya terasa sesak. Matanya bergenang. Kata kata gadis itu seakan merentap hatinya. Tanpa disedari manik manik jernih mula jatuh satu persatu.
" tak boleh ke kau beri aku satu peluang untuk aku buktikan keikhlasan aku.. aku tak tahu apa puncanya tapi aku yakin naluri aku tak silap.. aku dah mula sayangkan kau.. " Ujar Aniq. Tidak mahu dia memandang wajah gadis dihadapannya.
" dan naluri aku mengatakan kau bukan orang yang boleh aku dampingi.. kau pergi lah.. dunia kau dan aku berbeza.. " ujar Adhawiyah. Dia harus tegas walau terbit dihatinya rasa serba salah. Tanpa menoleh Aniq melangkah keluar meninggalkan gadis itu sendiri.
Adhawiyah merenung padang yang luas. Hijau rumput menenangkan jiwa. Dia seakan melupakan peristiwa hitam yang berlaku padanya. Terik mentari menerjah wajahnya. Ditutup pancaran itu dengan kertas yang berada ditangannya.
" Dah sebulan Adha.. sebulan.. lupakan dia.. " bisik hatinya. Keluhan berat dilepaskan.
" hah... " dia disergah dari belakang. Adhawiyah menoleh. Maira..rakan sekelas dan sebiliknya duduk disebelahnya. Dihulur segelas cincau kepadanya.
" terima kasih yaaa... " Disedut minuman itu perlahan lahan. Terasa sejuk kerongkongnya.
" kau berangan apa hah " seloroh Maira.
" mana ada.. saya tunggu awak lah" dalihnya
" ye ke.. ke teringatkan fake fiancee awak tu.. " usik Maira lagi. Wajah Adhawiyah tidak semena mena berubah merah.
" buat apa saya nak ingat dia.. penipu" getusnya.
" sorry la kalau awak rasa saya ni menyibuk.. tapi memang nak menyibuk juga lah.. Saya tengok dia betul betul sukakan awak.. hari awak sakit tu dia lah orang paling risau.. tak senang duduk dia. Awak fikir tengok kalau dia tak ikhlas dengan awak kenapa dia nak mengaku dia tunang awak" soal Maira
" satu je.. sebab dia psycho.. " mudah baginya menghakimi pemuda itu. Entah apa yang membuatkan dia seakan membenci pemuda itu sedangkan kesalahannya tidak lah sebesar Emir yang menipunya. Tapi kelakuan pemuda bernama Aniq Imran itu amat menyakitkan hatinya. Bencinya dia semahunya.
" saya tak rasa dia psycho.. elok macam tu takkan psycho.. tak mungkin.. " Nafi Maira.
" awak faham tak maksud don't jugde a book by it's cover... tengok dalam banyak banyak cerita horror.. psycho semua handsome mana ada muka macam jalan tar sebab apa.. sebab wajah tak menunjukkan isi hati.. dan tak semestinya yang elok tu baik dan tak semestinya yang muka macam pecah rumah tu jahat.. " Adhawiyah mula berfalsafah.
" iye saya tahu.. tapi ini lain.. saya tak rasa dia macam tu.. " Maira cuba menegaskan lagi
" awak kan kalau dahi licin je.. semua baikkk" sindir Adhawiyah
" no ini realiti.. lepas kejadian tu dia skip class tau.. dah dekat sebulan juga dia tak datang.. exam baru ni pun dia tak ambil.. tak tahu kenapa" cerita Maira
" dia satu kolej dengan kita ke" Adhawiyah terkejut. Dia tidak tahu akan hal itu
" ha ah.. awak tak tahu ke.. dia budak bisnes" Jelas Maira. Adhawiyah hanya menggeleng.
" saya ingat awak tahu.. tapi apa yang saya dengar dia frust sebab tunang dia curang.. main kayu tiga dengan kawan baik dia sendiri.. " Adhawiyah terdiam.
" Sharmine.. budak law.. awak kenal kan.
yang paling cun dalam kolej kita.. " Maira cuba mengingatkan.
" kenal.. " jawabnya namun fikirannya tetap pada Aniq Imran.
" ok ke dia" bisik hatinya.
" awak dengar tak saya cerita ni" marah Maira apabila dirasakan sahabatnya berada di dunia lain.
" hah.. apa.. mana awak tahu.. mana awak dengar ni" soalnya
" Qalif bagitahu.. diakan kawan dengan dorang tu.. " Adhawiyah mengangguk lagi.
" eh jom lah nanti lambat pula sampai ke kelas" Maira menghulurkan tangannya mahu membantu sahabatnya bangun. Mereka beriringan ke dewan kuliah.
Telefonnya diperhati. Dia teragak agak mahu menelefon pemuda itu namun dia takut akan reaksi pemuda itu. Dia tahu perbuatannya mengguris hati pemuda itu. Dia bukan tidak mahu menerima permintaan pemuda itu tapi dia takut akan terluka lagi. Emir juga orang berada. Dia menyayangi pemuda itu sepenuh hatinya tidak pernah terlintas untuk merebut apa yang ada pada pemuda itu. Dia digelar mata duitan kerana bersama pemuda yang tidak setaraf dengannya kerana Emir punya ramai peminat yang datang dari golongan elit. Tapi dia tidak pedulikan semua itu apa yang dia tahu cinta mereka suci tapi sesuci apakah cinta Emir padanya kerana sanggup meniduri sahabatnya yang juga senasib dengannya. Disebabkan itu dia tidak mahu lagi mengenali mana mana lelaki yang tidak setaraf dengannya.
" call lah dia.. mana tahu dia sakit ke" sapa Maira yang dari tadi melihat gadis itu kebingungan.
" segan la.. kalau dia marah macam mana" soalnya
" terpulang... awak kena terima lah kalau dia marah.. awak ada buat salah ke yang dia nak marah awak" soal Maira. Adhawiyah hanya membisu. Dicapai telefonnya lalu dia keluar menuruni anak tangga. Dia ke laman dibawah biliknya. Sunyi. Dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualan mereka. Di dail nombor pemuda itu. Di betulkan suaranya agar nadanya gugupnya tidak terlalu kedengaran.
" hello" suara garau pemuda itu kedengaran.
"assalamualaikum Aniq.. ni saya Adhawiyah. " ujarnya. Gugupnya ditahan namun taliannya dimatikan. Adhawiyah tersentak.
"ish letak pula.. orang risau pasal dia.. dia boleh letak pula" dia tidak mahu mengalah. Didail semula nomnor pemuda itu.
" kau nak apa" soal Aniq. Adhawiyah tersentak.
" awak sihat? " soalnya mahu memulakan bicara.
" aku sakit ke.. aku nak mati ke apa kena mengena dengan kau.. kau tak perlu tahu" sinis Aniq ditalian. Adhawiyah tersentak. Dia sudah mati kata. Mereka diam lama.
" Adha.. " Adhawiyah menoleh tatkala namanya dipanggil.
" Emir.. buat apa kat sini.. pergi balik.. nanti orang tengok apa pula orang kata" pinta Adhawiyah. Aniq yang mendengar perbualan mereka merasakan tidak senang dengan situasi itu.
" kau kat mana ni.. " Aniq mula tidak keruan.
" hoi kau dengar tak " tempiknya didalam talian apabila mendengar pertelingkahan diantara mereka didalam talian. Aniq segera mematikan telefonnya lalu mencapai kunci motornya dan bergegas keluar.
" Aniq nak ke mana malam malam ni" soal Puan Aisyah.
" Aniq ada hal sikit ummi.. kejap lagi Aniq balik" ujarnya. Motornya menderu keluar dari kawasan perumahan mewah itu. Hatinya tidak lagi setenang tadi. Baru saja mahu melepas rindu pada gadis itu kini hal lain pula yang datang.
" awak.. berhentilah jumpa saya.. kesiankan Diana. Dia perlukan awak. Bukan saya" terang Adhawiyah. Dia memandang sekeliling. Takut jika pemuda itu bertindak agresif.
" tapi Emir nak Adha.. bukan Diana" rayu pemuda itu.
" kalau Emir tak nak dia kenapa buntingkan dia.. kenapa berpeleseran lagi dengan dia" Adhawiyah mula bertengkar. Amarahnya kini meruap. Pemuda dihadapannya direnung tajam.
" Emir tahu Emir salah.. tapi kita boleh mulakan hubungan baru kan" pujuk Emir
" awak dah buang tebiat ke apa ni.. awak sedar tak apa yang awak cakap ni.. Diana dah sah jadi isteri awak.. dan awak yang mahukan dia" tengking Adhawiyah
" Emir tak pernah mahukan dia.. Emir hanya mahukan Adha.. Adha yang sepatutnya jadi isteri Emir.. Ibu kepada anak anak Emir.. Bukan dia" Adhawiyah tidak semena mena melepaskan penamparnya tepat kearah pipi pemuda itu. Emir terkesima. Tidak pernah dia melihat Adhawiyah sebegitu.
" awak sedar tak apa yang awak cakap ni.. awak balik lah.. sebelum saya naik hantu.. Hormat Diana.. jaga perasaan dia.. Dia mengandungkan anak awak" ujar Adhawiyah
" No.. Emir takkan berganjak.. Adha nak Emir buat apa untuk Adha kembali dengan Emir.. Nak Emir ceraikan Diana.. Sekejap.. Emir akan ceraikan dia malam ni" Emir seakan terdesak
" Emir !! Awak jangan buat kerja gila.. apapun tindakan awak saya takkan kembali jadi milik awak.. Full stop.. si jangan kerja bodoh.. " Adhawiyah semakin membara.
" Emir akan ceraikan dia sebab dialah punca kita berpisah" Emir semakin hilang akal.
" Emir.. Adha tak sangka Emir sejahat ini.. Syukur kenapa Allah tak satukan kita.. Emir manusia yang tak layak di panggil manusia.. tapi syaitan bertopengkan manusia.. Emir balik.. jangan datang sini lagi" usirnya tegas. Adhawiyah masuk ke dalam kawasan asrama namun tubuhnya dirangkul erat pemuda itu.
" lepas la... Adha kata lepas.. " tempiknya.
" Emir takkan lepaskan Adha.. " ujar Emir yang mula bertindak agresif. Tiba tiba pemuda itu jatuh ke tanah. Adhawiyah terkedu. Aniq yang datang entah dari mana tiba tiba saja menendang pemuda itu dengan kuat.
" kau jangan biadap... jangan kau sentuh hak aku" tempik Aniq. Adhawiyah terkesima. Dilepaskan beberapa tumbukan kearah wajah dan tubuh Emir yang terbaring di jalan. Aniq kelihatan seperti harimau bintang yang kelaparan. Dicapai batang kayu yang bersandar pada pagar lalu dihayun ke arah Emir.
" Aniq Imran.. " Adhawiyah berlari mendapatkan Aniq yang sudah kerasukan. Dipeluk pemuda itu erat. Aniq terdiam. Dadanya berombak menahan amarah. Adhawiyah mencapai kayu ditangan pemuda itu lalu dicampak ke tepi.
" Emir baik awak pergi sebelum nyawa awak melayang" nasihatnya. Emir bingkas bangun dan bergegas pergi.
" awak dah hilang akal ke" marah Adhawiyah. Aniq merenung gadis dihadapannya tajam.
" kalau dia mati macam mana" soal Adhawiyah lagi. Aniq tidak mengendahkan pertanyaam gadis itu. Dicapai helmetnya lalu disarungkan ke kepalanya. Adhawiyah mula berang dengan sikap Aniq yang hanya membisu. Di rampas kunci motor pemuda itu. Aniq melepaskan keluhan.
" aku nak balik" ujar Aniq.
" awak kenapa tak nak cakap dengan saya" soal Adhawiyah
" bagi balik kunci saya.. " pinta Aniq.
" kenapa awak datang.. macam mana awak tahu Emir datang" soal Adhawiyah lagi.
" aku kata bagi balik kunci aku nak balik.. aku penat" rungut Aniq.
" kalau penat kenapa datang sini.. rindu saya ke" Adhawiyah terdiam. Dia tahu dia seakan keterlanjuran kata. Aniq berdehem. Mereka terdiam.
"uhuk uhuk.. " kedengaran batuk batuk kecil keluar dari mulut pemuda itu.
" kenapa awak tak datang kelas" Adhawiyah memulakan bicara. Aniq hanya diam. Dipandang ke arah yang lain.
" kenapa awak datang sini.. kenapa awak pukul dia.. awak tak takut ke kalau dia mati" soal Adhawiyah lagi.
" kau suka lah dia datang.. boleh ingat kisah lama kan" sinisnya.
" eh mamat ni" bisik hati si gadis.
" awak ingat saya suka ke dia datang.. saya pun semak kepala tau dengan perangai dia" balas Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" tapi aku tak nampak macam tu pun.. kau macam suka je bila dia peluk kau" sindir Aniq lagi
" awak kalau takde benda baik nak cakap better diam.. nah kunci.. pergi balik" di hulurkan kunci motor pemuda itu. Kunci itu kini bertukar tangan.
" Saya masuk dulu.. " Adhawiyah masih mahu melihat respon dari pemuda itu. Aniq menghidupkan enjin motornya dan bersiap untuk beredar. Helmetnya diketuk lembut.
" apa" marah Aniq.
"lapar.. tak makan lagi.. teman saya.. " rengek Adhawiyah.
" aku sibuk" tolak Aniq. Adhawiyah duduk diatas jalan tanda protes.
" laparrrrrrrrrr" tempik Adhawiyah. Aniq kalut. Takut mengganggu penghuni lain.
" kau kan kalau tak buat perangai bebudak tak boleh ke" marahnya. Dipaut tangan gadis itu.
" kau nak pergi macam ni ke" soal Aniq. Adhawiyah melihat pakaiannya. Berbaju kelawar nak naik motor?? Adhawiyah memberi isyarat agar pemuda itu menunggu lalu dia bergegas naik ke biliknya.
Aniq melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia bersandar pada motornya menanti gadis itu bersiap.
" apalah yang lama sangat ni" rungutnya.
"awak.. maaf lambat" Ujar Adhawiyah termengah mengah. Aniq terpana melihat gadis itu memakai jeans polos dan t shirt berlengan panjang yang sama rona dengannya. Selendang diselempang ke belakang. Walaupun simple tapi tampak cantik dimatanya.
" aduh.. penat... " rungut Adhawiyah. Dihulurkan helmetnya kepada pemuda itu.
" pakai lah sendiri" sinisnya
" saya minta awak adjust tali dia.. longgar sangat" balas Adhawiyah. Aniq malu. Adhawiyah gementar. Itu kali pertama dia membonceng motor bersama seorang lelaki. Dia tidak tahu mahu pegangnya di mana.
" pegang je la kat belakang ni.. nanti kata aku
ambil kesempatan pula" dia mengomel sendiri.
"pegang aku.. " suruh Aniq. Adhawiyah hanya diam dan kaku.
"macam tak biasa peluk aku pula dah" Adhawiyah malu apabila mengingatkan peristiwa malam itu. Dipegang jaket pemuda itu kemas. Aniq tersenyum.
Share this novel