" abang nak pergi mana?" soal Aniq apabila melihat pemuda gelandangan itu berbaju melayu.
"abang nak ziarah kawan abang meninggal pagi tadi" ujar pemuda itu
" saya ikut boleh" soal Aniq kerana dia tidak punya apa apa rancangan selain mahu bertemu pemuda itu sekadar berbual kosong.
" tapi Aniq ok ke kawasan setinggan..lecak..kotor.." soal pemuda itu mahukan kepastian agar tidak mengganggu urusannya nanti.
" takde hal la bang..kat mana pun sama ja.." Seloroh Aniq. Dipandu keretanya menuju ke arah yang ditunjuk pemuda itu. Dek kerana kawasan itu agak sempit dan terpencil Aniq memutuskan untuk memarkir keretanya di tepi jalan. Dia mengekori pemuda itu dari belakang dengan hati hati agar air lecak tidak mengotorkan pakaian.
" maaflah Aniq..kawasan setinggan memang macam ni.. pembentungan tak ada" ujar pemuda itu.
" tak apa..rumah dia yang mana bang..banyak juga rumah dekat sini" Aniq melihat keliling. Terdetik rasa bersyukur dalam hatinya kerana punya kehidupan yang selesa berbanding mereka yang tinggal disitu.
" kat sini kebanyakkannya warga asing yang duduk..tapi ada juga orang kita yang tinggal dekat sini..cina india pun ada tapi tak banyak" Aniq mengangguk seakan faham. Dipehatikan sekeliling. Ada beberapa kelompok lelaki yang duduk santai di hadapan rumah sambil menghisap rokok. Aniq hanya memerhati. Terasa sedikit takut menebar dihatinya. Kawasan yang agak asing baginya.
" itu rumah dia.." Pemuda itu menunjukkan sebuah rumah yang terang benderang dan dipenuhi dengan penduduk disitu. Aniq hanya mengikuti. Lega rasanya apabila mereka tiba dirumah itu. Rumah di pinggir sungai itu menarik perhatiannya. Rumah kayu yang agak usang tapi tampak berseri kerana rimbunan pokok hiasan memnghiasi laman.Dia bersalaman dengan penduduk yang hadir untuk menziarah.
" jenazah dah kebumi" ujar pemuda itu. Aniq hanya mengangguk.
" abang nak cari anak saudara dia..nak tengok kalau kalau dia perlukan bantuan.." ujar pemuda itu.
" dari keadaan rumah dia..arwah bukan orang yang keje main bedal.." soal Aniq
" ha ah..dia bouncer dekat kelab..dia tinggal dengan anak sedara dia" Aniq mengangguk tanda faham.
" jom masuk..abang nak cari anak saudara dia..nama...Awi..hah Awi" Aniq mengikut pemuda itu setelah pemuda itu sudah masuk ke dalam rumah. Dia tahu banyak mata memerhatinya mungkin dia orang asing disini.
" Ada apa apa Awi bagitahu abang ya..InsyaAllah abang tolong..Awi sabar ya.."Aniq hanya mendengar perbualan pemuda itu dengan pemilik rumah itu. Dia yang berdiri di dinding mendengar perbualan mereka yang berada didapur.
" terima kasih sebab datang." ujar pemilik rumah itu.
" perempuan rupanya..ingatkan lelaki..Awi..macam takde nama lain je..nama jantan juga dia nak" Aniq tersenyum sinis.
" abang minta maaf sebab lambat sampai..tak sempat ke bumi tadi" Rasa bersalah pemuda itu kerana lambat mendapat berita akan kematian rakannya itu.
" tak pe..abang datang ziarah pun dah cukup..terima kasih.." ujar gadis itu lagi. Kedengaran esak tangis gadis itu.
" abang balik dulu ya" Aniq bersiap untuk keluar apabila mendengar pemuda itu mahu mengundurkan diri.
" Aniq..kenalkan..ni anak sedara arwah..Awi" Aniq membaiki dirinya. Seorang gadis keluar dari balik langsir pintu. Dia tergamam.
" apa awak buat dekat sini" soal gadis itu.
" Aniq datang dengan abang..Awi kenal ke Aniq" soal pemuda itu.
" Kenal..kenal sesangat" Balas Adawiyah.
" Abang..abang balik dulu boleh..Aniq ada urusan dekat sini" pinta Aniq.
" hah..aaa...ok ok..tapi Aniq ingat ni rumah orang..dan dia tengah berkabung..jangan buat apa apa yang boleh merosakkan suasana" pinta pemuda itu tatkala raut wajah pemuda serta gadis itu tidak tenang.Aniq hanya mengangguk tanda faham. Adhawiyah kembali ke dapur menyertai para wanita yang sedang berkemas setelah tahlil tamat. Aniq tidak mahu melepaskan gadis itu begitu sahaja.Dia mengekori gadis itu dari belakang.
" Adha.." panggil Aniq.
" awak nak apa..saya takde mood nak bertekak sekarang..tolong hormati situasi saya sekarang." pinta Adhawiyah.
"we need to talk" Bicaranya agak perlahan kerana banyak mata sedang memerhati.
" saya rasa tiada apa lagi untuk kita bincangkan..awak boleh balik.." Pinta Adhawiyah.
" saya tunggu dekat luar ya..dah selesai semua jumpa saya" pesan Aniq lalu beredar.
Sharmine mundar mandir. Aniq masih belum pulang. Jam sudah hampir menjengah tengah malam. Telefon pemuda itu tidak berdering kerana ditutup.Sharmine tidak sedap hati. Reaksi Aniq sebentar tadi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Dia menghirup udara diluar biliknya. Angin malam yang agak dingin terasa sejuk menusuk tulang belulangnya. Kedengaran keluhan berat dilemparkan.
" Aniq.. aku percaya satu hari kau akan kembali kepada aku..aku takkan mengalah.." getus hatinya.
"Aku takkan mengalah..never..Aniq Imran..kau akan jadi milik aku nanti.." Tempiknya memecah sunyi malam.
Aniq menanti diluar rumah.Penduduk yang datang menziarah beransur pulang. Aniq berjabat tangan dengan kaum adam yang mahu pulang sehaya matanya memandang kearah pemilik rumah itu yang berdiri dimuka pintu.Mata yang bengkak dek kerana tangisan merentap hatinya. Dia tahu sedih gadis itu masih bersarang tetapi dia juga tidak sanggup untuk membiarkan gadis itu sendirian. Berat hatinya membiarkan gadis itu terus sugul.
" awak dah boleh balik.." Adhawiyah bersuara.Aniq merapati gadis itu namun Adhawiyah lebih mengambil langkah untuk menjauh. Langkah Aniq terhenti tatkala daun pintu ditutup gadis itu.
"Adha...saya tahu awak masih bersedih tapi saya tak nak tengok awak macam ni..awak kena kuat Adha..awak tak boleh terus lemah" Ujar Aniq diluar daun pintu. Adhawiyah yang duduk di daun pintu menangis kesedihan. Dia akui tatkala ini pemuda itu amat diperlukan namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Baginya dia tidak berhak untuk berdamping dengan pemuda itu. Insan yang bergelar isteri yang punya kuasa mutlak untuk menakluki dan memiliki pemuda itu..bukan dirinya.Kedengaran sayup suara pemuda itu diluar rumah. Adhawiyah tidak mengendahkan. Dia masih dengan tangisannya.
Cahaya matahari menjengah wajahnya Sharmine melihat ke balkoni..cahaya mentari memancar terang.Diukir senyuman sehaya merawat wajahnya dipagi hari. Dia bangun lalu melihat sofa yang selalu menjadi tempahan rebahan suaminya. Kosong. Sharmine kehairanan.
" tak pulangkah dia semalam" soalnya didalam hati.Dirapikan dirinya lalu dia menjengah ruang dapur di mana ibu mertuanya berada.
" Morning ummi.." sapanya
" mornig sayang..Aqish tak bangun lagi?" soal Puan Khalida
" dah Ummi..tengah mandi" balasnya. Sebelum dia menemui mertuanya dia menjengah anak gadisnya dibilik. Dikejutkan gadis itu agar bangun dan bersiap untuk sarapan.
" Ummi Aniq tak balik ke semalam" Sharmine mencurahkan minya diatas bara dipagi hari.
" hah tak balik...ke mana pula dia pergi..tak pernah dia macam ni.." getus Puan Khalida. Sharmine tersenyum sinis.
" entahlah ummi..Shamine call dari semalam tapi tak dapat..fon dia off kot" lagi sekali dimemercikkan minyak ke dalam bara. Kali ini bara itu menjadi api yang menyambar. Puan Khalida berjalan lajju mendapatkan suaminya.
" Abang..Abang.. Aniq tak balik semalam..Abang tahu dia pergi mana" soal Puan Khalida. Tuan Firdaus hanya membisu.Dipakai jam tangannya lalu dirapikan hujung lengan bajunya.
" Abang..saya tanya ni" Rungut Puan Khalida
" Dia dah besar Khalida.. biarkan dia..dia tahu atur kehidupan dia sendiri" Jelas Tuan Firdaus
" abang cakap senang lah..kalau jadi apa apa dekat anak anak saya yang nak fikir..saya yang kena mengadap bukannya abang..." luah Puan Khalida
" cuba awak jangan bersangka buruk dekat anak anak..awak tahu tak kata kata awak tu satu doa tau tak..nanti kalau buatnya Allah makbulkan kata kata awak..awak mengamuk lagi..bising lagi...awak ingat kami semua ni tenang ke dengar leteran awak hari hari.. twenty four seven..bla bla bla bla.." ujar Tuan Firdaus lagi. Puan Khalida merenung suaminya tajam.
" tapi..." kata kata Puan Khalida tergantung apabila melihat kelibat kereta Aniq masuk diperkarangan rumahnya. Leterannya berpindah ke Aniq.
" dari mana..kenapa tak balik semalam" Soal Puan Khalida seperti polis.
"tidur mana semalam"soal Puan Khalida lagi namun tidak diendahkan pemuda itu.
" Aniq Imran..I'm talking to you.." tengking Puan Khalida. Tuan Firdaus hanya menggelengkan kepala. Runsing akan perilaku isterinya.
" Eh you dah balik" Sharmine merangkul lengan suaminya manja namun dirungkai pemuda itu.
" awak tengok tu..Sharmine susah hati bila suami tak balik satu malam..dia tak ada rasa bersalah ke" Kemarahan Puan Khalida meledak.
" tak apalah ummi..Aniq penat tu.." Sharmine berbasi basi.
" penat sekali pun atleast jawab bila ditanya bukan jadi patung cendana." marah Puan Khalida melonjak lagi membara hatinya apabila suaminya tidak memberi sebarang reaksi.
" You.." Sharmine merapati suaminya.
" apa.." Aniq yang berbaring disofa merengus kasar.
" ish...geramnya ummi dengan kelakuan kamu Aniq Imran..Sharmine ni bukan main lagi risau kan kamu..kamu boleh layan dia macam tunggul.." Sharmine galau.
" tak apa ummi..tak apa..salah Sharmine.. sepatutnya Sharmine tak ganggu abang..tak apa Sharmine siapkan makanan dulu ya.. Abang sarapan dulu then masuk bilik rehat ok" ujar Sharmine lembut menutup dingin hatinya.
" tak perlu..aku dah makan" ujar Aniq lalu bangun dari baringnya.
" dah makan..tak ajak I pun" Sharmine cuba berjenaka. Puan Khalida makin menyirap. Tidak suka benar dia menantunya dilayan sebegitu. Mahu sahaja dia menampar pipi anaknya itu. Sharmine menghampiri pemuda itu.Dia merengek seperti anak kecil yang merajuk.
" I lapar tak makan lagi..teman I makan" rengeknya lagi.
" Pergi makan dengan ummi..I nak rehat..Letih" balas Aniq kasar.
" Aniq Imran..kenapa biadap sangat ni..Ini isteri kamu tau.." marah Puan Khalida.
" it's ok ummi..Sharmine okey.." Ditahan airmatanya dari menitis.
" Kamu tahu tak dia dari semalam tk makan tunggu kamu..pagi ni pun belum sarapan semata mata menunggu kamu..kamu boleh sarapan diluar." marah Puan Khalida meledak seperti letusan gunung berapi.
" Ada I suruh you tunggu I..takde kan.." marah Aniq.
" You sarapan dekat mana.." soal Sharmine. Tiada jawapan dari pemuda itu.
" Kamu sarapan dimana tadi Aniq Imran..tak dengar ke isteri kamu tanya" tengking Puan Khalida.
" Sarapan dengan Adhawiyah..dekat rumah dia" Semua tergamam mendengar jawapan pemuda itu. Sharmine.. dia paling terkesan. Hatinya dirobek robek. Berani beraninya gadis itu membawa suaminya pulang ke rumah.
" what..kamu sarapan dengan perempuan tu..ni isteri kamu ni tunggu kamu macam orang bodoh..tapi kamu..apa kena dengan kamu ni Aniq." marah Puan Khalida.
" Aniq tidur rumah Adha semalam..so pagi ni dia masakkan sarapan..so Aniq makan lah..tak salahkan" sekali lagi hati gadis itu dirobek.Kali ini torehannya begitu dalam.Jarinya digenggam kemas menahan geram. Diperhatikan suaminya yng berlalu pergi.
" Awak tengok tu..dia boleh tidur rumah betina lain sedangkan isteri dia tunggu dia macam tunggul dalam rumah ni.." marah Puan Khalida dilepaskan pada Tuan Firdaus yang berada dimeja makan. Tuan Firdaus menamatkan santapannya lalu bangun dan meninggalkan isterinya sendirian dimeja makan. Kedengaran namanya dipanggil isterinya namun tidak diendahkan. Sharmine kabur mendapatkan suaminya yang berada didalam bilik.
"you buat apa dekat sana hah..sampai tak balik rumah" tengking Sharmine. Aniq yang tadi berbaring dikatil bangun lalu mencapai tuala untuk mandi.
" Aniq Imran..jawab soalan I" tengking Sharmine.
" Mana I nak pergi suka hati I lah.. perjanjian kita dah setuju kan.." Aniq mengingatkan.
" but I isteri you yang sah..jangan lupa tu"Sharmine sudah tidak setenang tadi.
" I tak pernah lupa..tapi I ingat perjanjian kita then I tak langgar even satu pun perjanjian kita tapi you yang cross the line Sharmine." Nada Aniq meninggi.
" ah..persetankan perjanjian tu..selagi mana I bergelar isteri you yang sah..I berhak keatas you.." Sharmine tidak mahu mengalah.
" You nyanyuk ke apa ni" Aniq tertawa sinis.
" Dalam islam..I isteri you yang sah..mengikut undang undang pun I isteri you..so tak ada apa yang boleh sangkal status I..perjanjian..itu antara kita dan tak valid untuk diguna pakai.." balas Sharmine.
"you nak cakap pasal agama dengan I..you pergi tengok cermin..apa yang you buat yang selari dengan ajaran agama..Aqish...status dia..ada dalam ajaran Islam ke.." Aniq membaling bom ke arag gadis itu. Sudah lama dia berdiam dengan tindakan gadis itu tapi kali ini tidak setelah dia mendapat tahu bahawa gadis itu ada mengugut cinta hatinya. Jika tidak disiasat dia tidak tahu akan hal itu dan dia tidak tahu kenapa gadis itu berubah hati.Puas dia menyoal namun gadis itu tetap membisu.
" Awak..kenapa tiba tiba awak menjauhkan diri.." Soal Aniq apabila gadis itu menghidangkan sepinggan bihun goreng dan secawan teh o dihadapannya.
" awak makan cepat lepas tu balik lah..saya nak bersiap pergi keje.." Tolak Adhawiyah.
" Awak..teman saya makan" pujuk Aniq.
" jangan jadi budak budak lah" Adhawiyah merengus. Dia masuk ke dalam rumah untuk bersiap ke tempat kerja. Tiba tiba tangannya direntap dari belakang.Adhawiyah menjerit terkejut. Mulutnya diterkup pemuda itu. Aniq dan gadis iti berpandangan. Direnung mata bundar itu sedalam dalamnya. Adhawiyah kaget. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pernah serapat itu dengan pemuda itu. Apatah lagi pinggangnya dirangkul kemas hingga tubuh mereka bersatu. Manik manik kecil yang menyeringai di dahi pemuda itu mengalir ke pipi.Adhawiyah tidak keruan. Wajah pemuda itu tampak polos tapi segak tatkala mentari memancar tepat ke wajah tampan itu. Adhawiyah cuba melepaskan pelukan pemuda itu namun rangkulan pemuda itu semakin kemas. Hidung mereka bertamu.
" awak..awak nak buat apa ni" Aniq meleserkan hidungnya ke hidung gadis itu.Adhawiyah gugup. Kain batik yang disarungnya digenggam kemas.
" awak..tolong jangan macam ni..awak buat saya takut" Nada Adhawiyah sedikit mengigil.
"aku lagi takut kehilangan kau..tolong jangan jauhi aku..alu mohon..jangan seksa jiwa aku" rayu Aniq. Adhawiyah terkedu. Dilihat airmata pemuda itu mengalir ke pipi. Adhawiyah tidak keruan.
" saya tak mahu jadi orang ketiga dalam rumahtangga awak..saya masih waras untuk dilabelkan sebagai perosak rumahtangga orang" luah gadis itu lembut.
" tak..kau tak salah..aku yang bersalah dalam hal ni..kalau aku tak mungkir janji kita tentu kau takkan menjauhi aku..kita takkan jadi macam ni..maafkan aku"rayu Aniq lagi.
" awak...kisah kita dah tamat..saya tak rasa ada yang perlu saya maafkan sebab saya dah lupakan semuanya.." Aniq memandang wajah comel dihadapannya. Tubuhnya terhinggut hinggut kerana tangisan.
" apa maksud kau semua" soal Aniq dalam sedu sedan.
" semua tentang kita..tiada satu pun yang saya simpan..saya dah buang jauh..jadi tak perlu lah awak rasa bersalah atau menunggu saya lagi" Kali ini giliran Aniq pula yang terkesima.
" kau dah lupakan semuanya tentang kita?" soal Aniq. Adhawiyah mengangguk.
" sebab aku buat kau tunggu tiga tahun?" soal Aniq
" sebab Sharmine jadi isteri aku"soal Aniq bertalu
" tak..bukan sebab siapa siapa..tapi sebab saya sedar..kita mungkin boeh berdampingan tapi tidak akan beriringan dihaluan yang sama" Dahi Aniq berkerut.Sukar untuk dia fahami kata puitis yang diucapkan gadis itu.
"maksud kau..cuba direct to the point..aku dah la bengap sastera"ujar Aniq mengakui kelemahan diri.
" saya dan awak..dua dunia berbeza..saya tak nak terlalu bergantung harap pada awak..takut nanti saya ambil kesempatan." nada Adhawiyah sebak. Ditundukkan pandangannya ke lantai. Jari jemarinya dioles lembut pemuda itu. Ubun ubunnya terasa di kucup. Adhawiyah menangis. Jiwanya juga terseksa.Kata katanya tidak seiring dengan hatinya yang mahu berdamping dengan pemuda itu. Mahu perlakukan sebegitu. Mahu segalanya bersama pemuda itu.Tetapi apakan daya, ada insan yang bergelar isteri lebih berhak keatas pemuda itu.
" aku tak kisah kalau kau ambil kesempatan sekali pun..sampai aku papa pun aku tak kisah asalkan kau ada bersama aku..kau tetap dengan aku..seakan hilang separuh jiwa aku bila kau takde..tolong jangan jauhi aku" rayu Aniq lagi.
" kau nak aku buat apa asalkan kau tetap bersama aku..." ujar Aniq lagi.
"saya tak nak apa apa dari awak..saya cuma mahukan satu jaminan untuk saya kekal bahagia..tapi andai kata jaminan itu terpaksa saya gadaikan awak..sakiti awak apatah lagi akan mencederakan awak saya sanggup beralah asalkan awak selamat." Adhawiyah berbasi basi.
" aku bukan jaminan tapi aku akan pastikan bahagia tu milik kau..milil kita" Adhawiyah menarik tangannya perlahan. Diundurkan dirinya beberapa langkah kebelakang.
"awak pergi lah..Isteri awak berhak keatas awak..tolong jangan macam ni..saya tak mahu terus terusan tanggung semua ni..please.." rayu Adhawiyah.
" hei kenapa ni." Aniq terkedu melihat gadis iti merayu sambil melutut di kakinya.
"kalau impian saya akan melenyapkan awak dari muka bumi..saya rela undur diri..awak balik la.. isteri awak mesti tengah risaukan awak..tolong berhenti cari saya..tolong la.." Tangisan Adhawiyah kedengaran keras. Sakit perit hatinya tidak dapat diluahkan.
" apa Sharmine cakap dekat kau"Tegas Aniq. Bahu Adhawiyah digenggam kemas.
" semua ni keputusan saya takde kaitan pun dengan Sharmine..saya yang mahu tarik diri.. saya dah penat main tarik tali last last saya tetap sendiri" Adhawiyah cuba berdalih.Aniq yakin ada perkara yang mahu dirahsiakan gadis itu.
" ok tak pe..kau nak berdiam sangat kan..kau tunggu tahu lah aku kerjakan si Sharmine tu...sial " Aniq dalam amukkan. Adhawiyah cuak
Share this novel