Sharmine gusar. Apa yang akan berlaku nanti setelah dia sampai ke tanah air. Aniq kelihatan tenang tapi tidak dia.
" you Abi ada cakap tak kenapa dia suruh kita balik" soal Sharmine. Aniq hanya menggeleng. Dipejamkan matanya. Tidak sabar rasanya mahu pulang. Sharmine resah.Duduknya juga tidak betah.
"you dah kenapa tiba tiba suruh kami balik ni..ganggu honeymoon anak anak..ganggu vacation I.." bentak Puan Khalida yang baru tiba dari Perlis bersama dengan Aniq dan Sharmine yang baru tiba dari Turki.
" dah tak boleh masuk dulu ke..Dah tak selesa ke rumah ni..dah bertukar angin ke" sinis Tuan Firdaus. Puan Khalida masuk ke dalam dengan bentak bentak. Marahnya programnya bersama rakan rakannya terpaksa dibatalkan. Aniq dan Sharmine turut masuk dan duduk diruang tamu.
" hah cepat lah..ada apa hal yang suruh kami balik tergesa gesa ni" soal Puan Khalida geram
" kejap kita tunggu seorang lagi..awak bawa bersabar boleh tak.." marah Tuan Firdaus. Puan Khalida tiba tiba menikus.
"siapa yang nak datang abi" soal Haris. Tuan Firdaus hanya diam. Suasana rumah agam itu sunyi dan tegang.
"Assalamualaikum.." seseorang memberi salam. Semua tertumpu kearah pintu.
" Adha..dah sampai..masuk masuk.." pelawa Tuan Firdaus. Puan Khalida dan Sharmine tidak senang duduk. Haris dan Aniq tersenyum melihat kelibat gadis itu. Adhawiyah melintasi Sharmine dan Aniq lalu duduk disofa bersebelahan Tuan Firdaus.
" Buat apa kau datang sini " marah Puan Khalida.
" Khalida..saya yang minta dia datang sini." balas Tuan Firdaus.
" untuk apa..dia bukan siapa siapa dengan kita" ujar Puan Khalida lagi.
" tapi ada kena mengena dengan tindakan bodoh awak" Ujar Tuan Firdaus. Puan Khalida tergamam. Airliur yang melalui kerongkongnya terasa kesat.
" ini berkaitan Rumah Bakti" ujar Tuan Firdaus. Puan Khalida dan Sharmine tidak senang duduk. Beberapa keping foto dicampakkan ke meja. Puan Khalida dan Aniq mengambil foto foto yang bertaburan.
" kenapa Rumah Bakti jadi macam ni" soal Aniq. Puan Khalida tidak tenang duduknya.
" ummi.. kenapa dengan Rumah Bakti.." soal Aniq lagi.
" Abi nak Aniq baca ni" telefon Adhawiyah kini bertukar tangan. Aniq membaca mesej diantara ibunya dan Sharmine bersama gadis itu. Aniq tersentak.
" ummi..sampai hati ummi.." ujar Aniq. Haris mengambil telefon gadis itu lalu membaca mesej yang dimaksudkan.
" apa..salahkah tindakan ummi untuk mempertahankan rumahtangga anak ummi sendiri.." marah Puan Khalida.
" wow..interesting..Shar..tak sangka.." Haris bersuara.
" Haris diam.." suruh Tuan Firdaus. Haris menikus.
" tak salah awak kata..awak gunakan Rumah Bakti untuk ugut Adha supaya tinggalkan Aniq..awak kata tak salah Khalida." Puan Khalida membuat muka tidak bersalah.
" saya dah tunaikan permintaan puan..dan puan dah janji nak bagi saya peluang untuk tebus Rumah Bakti tu..tapi kenapa puan mungkir janji." soal Adhawiyah tegas.
" nak tunggu kau tebus..bila..bila kau boleh bayar hutang anak aku..dua puluh ribu bukan sikit..dengan gaji kau tak seberapa..agak agak bila boleh kau selesaikan..tambah pula kos yang aku tanggung untuk operasi rumah tu..kau ingat sikit ke" balas Puan Khalida tanpa rasa bersalah.
" tapi puan dah janji"soal Adhawiyah lagi.
" janji..janji manusia yang kau percaya kenapa.." sinis Puan Khalida. Adhawiyah menggenggam jarinya kemas. Geramnya ditahan.
" awak dah melampau Khalida..." ujar Tuan Firdaus.
" saya melampau..saya cuma nak dia jauhkan diri dari keluarga kita.. takkan itu pun satu dosa.." balas Puan Khalida
"apa hak awak untuk robohkan Rumah Bakti tu..siapa bagi awak kebenaran" nada Tuan Firdaus tinggi seoktaf.
" Rumah Bakti tu hak kita..saya ada hak..jadi ikut saya lah nak buat apapun..lagi pun bela budak budak tu tak mendatangkan apa apa untung..baik kita buat chalet sekurang kurangnya boleh juga duit.." sinis wanita itu.
" awak semakin tamak Khalida" kesal Tuan Firdaus dengan tindakan isterinya.
" sampai hati ummi buat Aniq macam ni" ujar Aniq kesal.
"you..I minta maaf..I tak tahu akan jadi sebesar ni..I ingat ummi cuma nak ugut" Sharmine yang dari tadi berdiam diri mula bersuara.
" kau pun sama..kau tak boleh fikir ke baik buruk tindakan kau" tengking Aniq.
" I minta maaf..I cuma nak pertahankan rumahtangga kita..You tahukan I sayang you" kedengaran Haris tertawa kecil. Semua mata tertumpu padanya.
" sorry..sorry.." ujar Haris lalu kembali diam.
" bullshit..kau pernah tak sekali dalam seumur hidup kau gunakan otak untuk berfikir..bukannya lutut.." marah Aniq.
" I tahu I salah..I minta maaf..sebab I terlalu sayangkan you sampai I dah tak boleh fikir apa apa..I takut akan hilang you.." luah Sharmine.
" habis sekarang ni...kau tak rasa kau akan hilang aku ke"tengking Aniq lagi.
" Khalida.. saya tanya awak siapa yang bagi kebenaran untuk awak robohkan rumah anak yatim tu.." soal Tuan Firdaus tegas.
" nobody..I yang nak rumah tu dirobohkan..I nak perempuan tu rasa sakit seperti mana sakitnya hati I.." ujar Puan Khalida.
" apa salah saya dengan puan..apa yang saya dah buat puan.."kini Adhawiyah pula dengan beraninya menyoal.
" kau tanya kenapa dan apa..kau kacau rumahtangga anak kau..kau punca keluarga aku porak peranda..kau yang jadi punca semuanya.." ujar Puan Khalida.
"tapi saya dah buat seperti apa yang puan suruh..saya dah tak ganggu atau jumpa Aniq lagi.." Aniq memandang gadis disebelahnya sayu. Kini dia mengerti gadis itu dengan tiba tiba membatalkan pernikahan mereka.Simpatinya terhadap gadis itu bertambah.
" kau pasti kau tak jumpa dia" kini giliran Puan Khalida mengeluarkan bahan bukti.
" ummi suruh orang follow Aniq" Aniq tersentak.
" kenapa..Aniq rasa ummi nak percaya perempuan ni.." sinis Puan Khalida.
" untuk pengetahuan ummi..Adha dah menjauhkan diri dia dari Aniq..tapi Aniq yang tak boleh lupakan Adha..Aniq yang cari dia..pujuk dia untuk kembali pada Aniq..Adha tetap dengan keputusan dia." jelas Aniq.
"you..." Sharmine terkejut dengan kata kata suaminya.
" untuk pengetahuan awak Khalida...Rumah Bakti tu milik Adha sepenuhnya..kita hanya pemegang amanah sehingga dia bersedia untuk menguruskan rumah anak yatim tu.." selembar kertas diletakkan diatas meja. Puan Khalida membaca lebaran itu.
" awak sajakan tukar nama perempuan ni atas geran tu.." Puan Khalida tidak percaya dengan apa yang dibacanya.
"saya rasa awak tak rabun atau buta untuk lihat tarikh surat dan geran itu dikeluarkan.." Tuan Firdaus pulang paku buah keras.
" awak tipu..sebab dia dari golongan perempuan perampas tu..awak izinkan saja semua ni.." Puan Khalida berumusan sendiri.
" untuk pengetahuan awak Aniq adalah anak awak..anak yang awak cuba gugur dan bunuh ketika masih dalam kandunga..saya minta Anisah jagakan lepas awak melahirkan sebab awak meroyan dan cuba bunuh Aniq..Anak Anisah adalah Haris..Anak yang awak tatang bagai minyak yang penuh..Dan untuk pengetahuam awak..Anisah adalah isteri pertama saya..saya bernikah dengan dia dahulu sebelum awak..tapi disebabkan cinta awak terhadap saya membutakan mata hati awak..ayah awak merayu pada saya untuk memperisterikan awak..taksub awak pada saya membuatkan awak hilang kewarasan..dan sebagai ganti ayah awak serahkan resort tu pada saya tapi saya dan ayah Adha dan arwah suami Laila bertekad untuk membeli resort tu..Arwah ayah Adha pemilik saham terbesar resort..awak tahu tak" marah Tuan Firdaus. Semua tergamam. Haris terpinga. Apakah benar apa yang didengarinya sebentar tadi.
" Haris..kamu anak abi..anak kandung abi dan ibu kamu Anisah..kamu abi bagi pada ummi lepas ummi dua kali keguguran..kandungan kedua ummi hampir sama tarikh dengan tarikh lahir kamu..ummi mengalami tekanan..jadi untuk tidak mengeruhkan keadaan..ibu kamu dengan rela hati serahkan kamu pada ummi dengan harapan ummi kamu sembuh..ya ummi kamu sembuh tapi ketika dia mengandungkan Aniq..ummi kamu dapat tahu yang dia dimadukan dia mengalami kemurungan..dan dia cuba beberapa kali mahu gugurkan Aniq dan cuba bunuh Aniq setelah Aniq dilahirkan tanda protes perkahwinan abi dan ibu kamu..maafkan abi kerana merahsiakan dari kamu berdua..." jelas Tuan Fidaus.
" awak tipu..." tempik Puan Khalida.
" saya tipu atau awak yang tidak boleh terima kenyataan.." soal Tuan Firdaus.
"awak dah lupa ke yang awak pernah ditempatkan wad psikatri disebabkan kemurungan awak yang melampau..awak dah lupa ke semua tu..saya tak nak membuka aib siapa siapa..cukup lah awak dan anak anak tahu akan kebenarannya.."Ujar Tuan Firdaus. Puan Khalida meraung semahunya. Anak yang dihina dan dipulaukan selama ini adalah anak dari rahimnya. Sukar baginya untuk menerima kenyataan bahawa anak yang dikasihinya adalah anak madunya.
" memandangkan awak dan Sharmine dah mengugut Adhawiyah jadi saya serahkan sepenuhnya kepada Adha untuk membuat keputusan..rumah anak yatim itu milik Adha sepenuhnya tapi awak dan Sharmine dah ceroboh sesuka hati..Saya setuju apa saja keputusan yang akan dibuat Adha." Tuan Firdaus memberi laluan kepada Adhawiyah untuk berbicara. Puan Khalida menyeka airmatanya kasar. Dia memberi perhatian terhadap gadis genit itu.
" saya dah buat laporan polis tentang perkara ni.." lampiran laporan polis diletakkan di meja. Sharmine ketakutan.
" ummi.." panggilnya. Puan Khalida tergamam.
" tapi ada cara lain untuk saya tak teruskan laporan ni.." semua mata termandang gadis itu. Sekeping lagi kertas dikeluarkan.Kali ini kertas itu ditujukan kepada Sharmine.
" saya nak awak tandatangan surat kebenaran poligami" Aniq tersentak. Sharmine mengambil surat itu lalu ditelitinya.
" jangan terpedaya dengan setan setan ni Shar.. jangan sign..dengar cakap ummi.." Celah Puan Khalida.
" terpulang..sama ada nak tandatangan surat tu atau saya teruskan dengan laporan ni..dan juga saya akan melaporkan pada polis tentang Aniq yang sudah memperkosa saya" Suasana makin tegang. Tuan Firdaus tenang.Dia sudah mengetahui dari awal akan rancangan gadis itu.Dia cuma mahukan keadilan untuk semua pihak dan kembalikan keamanan dalam keluarganya dari ego dan tamak.
" Adha..saya minta maaf..saya tahu tu salah saya"rayu Aniq
" you..betul ke apa yang perempuan tu cakap.." Sharmine terkesima
" ya..abi tahu hal ni..malam sebelum korang bertolak ke Turki.. Aniq..haiishh..abi yang bawa Adha ke hospital untuk ambil laporan perubatan.. dan ternyata benar..Adha diperkosa.." Tuan Firdaus tertunduk malu.
" jadi saya mahu dia bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat pada saya..sebagai ganti saya tarik semula laporan ni.." jelas Adhawiyah.
" kau sajakan..kau memang taknak lepaskan Aniq.." herdik Puan Khalida.
"terpulang..tapi puan yakin ke Aniq takkan ganggu saya lepas ni..ya saya mengaku yang saya masih sayang Aniq" pengakuan gadis itu membuatkan semuanya tergamam. Didalam hatinya menahan geram yang teramat dengan apa yang terjadi pada Rumah Bakti. Dia semakin berdendam.
" Awak.." Aniq cuba untuk memegang tangan gadis itu namun sempat dielak gadis itu.
"jadi macam mana.." soal Adhawiyah tenang. Sharmine tiada pilihan.Dia tidak mahu ke lokap lalu ditandatangan surat itu.
"Shar.." tempik Puan Khalida.
"sorry ummi..kali ni Shar tak boleh ikut cakap ummi" ujar Sharmine.
" ok..terima kasih..Aniq esok pukul 10 kita jumpa di pejabat agama.." pinta Adhawiyah.
" abi dah uruskan jurunikah korang" Tuan Firdaus mencelah.
" awak bersubahat dengan perempuan ni" marah Puan Khalida.
" Adha..nama dia Adha..dia akan jadi menantu awak mulai esok" Tuan Firdaus cuba mengingatkan.
" saya sampai mati takkan terima dia dalam keluarga kita..apa nak jadi jadi lah"marah Puan Khalida.
" maaf ummi..tapi itu hakikat yang ummi kena terima..ummi patut berterima kasih pada Sharmine sebab dah selamatkan ummi dari kena tidur lokap..harap semuanya selesai..Saya minta diri dulu..Aniq esok..jangan lupa" Adhawiyah bangun lalu berjalan menuju kepintu. Aniq bingkas bangun lalu mengejar gadis itu.Sharmine hanya memandang geram.
"Adha..wait" tempik Aniq di garaj.
" ada apa lagi..rasanya semua dah settlekan"ujar Adhawiyah.
" awak tak main mainkan..kita akan bernikah esok kan" Aniq inginkan kepastian.
" kau jangan seronok sangat..kau rasa aku akan biarkan kau dan keluarga kau aman..maaf.. ya dulu aku mungkin bodoh tapi tidak sekarang" ujar Adhawiyah. Dari raut wajahnya penuh kebencian.
" buat la apa awak nak buat..saya terima asalkan awak milik saya yang sah" ujar Aniq.
"jangan terlalu yakin sangat kau akan bahagia Aniq Imran..Aku akan pastikan setiap perbuatan kau terhadap aku akan dapat balasan yang setimpal sehingga kau rasa menyesal memiliki aku" Sinis Adhawiyah.Aniq menghampiri gadis itu perlahan lahan. Adhawiyah cuak. Dia berundur kebelakang setapak demi setapak sehingga tanpa disedari dia bersandar pada kereta pemuda itu.
" tapi saya akan pastikan sangkaan awak meleset..saya akan pastikan awak wanita yang paling bahagia di muka bumi ni..ok sayang" Dikuis pipi gadis itu lembut. Mata mereka bertemu. Pandangan penuh benci itu dibalas dengan renungan penuh kasih dari pemuda itu.
" jumpa esok wife.." usik Aniq sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Adhawiyah tersedak.Nafasnya yang tadinya dirasakan terhenti segera di hembus laju.
Sharmine mengetap kukunya hingga tergigit kulit jarinya. Dia mengaduh. Hatinya runsing dan galau. Duduknya tidak tetap sekejap bangun sekejap duduk. Perkara yang tidak mahu terjadi didalam hidupnya akhirnya terjadi. Dia akan bermadu. Sharmine tersentak apabila pintu biliknya diketuk.Dia membuka pintu.
" Ummi" ujarnya. Puan Khalida yang berdiri dihadapannya masuk ke dalam biliknya tanpa dipelawa.
" Ummi..ada apa ummi cari Shar" soal Sharmine. Gadis itu gugup.
" Ummi hairan kenapa Shar cepat sangat gelabah..cepat sangat sign surat tu..tengok..esok perempuan ti akan jadi madu Shar.." ujar Puan Khalida.
" habis tu apa Shar nak buat kalau Shar tak sign..Dia akan teruskan dengan laporan tu..Shar tak nak masuk lokap ummi.." balas Sharmine gugup.
" sebab tu ummi kata jangan sign..tapi Shar ignore arahan ummi..now apa Shar nak buat..kena terimalah perempuan tu jadi madu Shar..."Sinis Puan Khalida. Sharmine semakin tidak tenang.
" Ummi tolong Shar..Shar tak nak dimadukan" rayunya
" Shar yang beri kebenaran untuk Aniq berpoligami so now..Shar hadaplah..ummi dah tak nak campur...Shar handle sendiri" Ujar Puan Khalida. Di pandang menantunya tajam.
" ummi.." Sharmine cuba merayu namun tidak diendahkan wanita itu.
Aniq merenung rembulan yang mengambang penuh. Deruan ombak yang menghempas pantai seolah membawa dukanya hanyut pergi bersama. Dia yang sedih dengan kebenaran yang didengari tengahari tadi seakan menghentam jiwanya. Dari kecil dia disisihkan oleh ibunya kerana dikira dia bukan anak kandungnya tetapi lebih memeritkan lagi apabila ibu kandungnya sendiri cuba membunuhnya. Apakah tindakan zalim dan kejam itu harus dan tidak bersalah bagi seorang ibu dengan alasan tidak rela bermadu.Keluhan berat dilepaskannya. Pasir pantai digenggamnya erat.Tak tercapai dek akalnya apabila mengetahui bahawa Puan Khalida itu ibu kandungnya kerana dari tindakan wanita itu yang menyisihkannya serta berat sebelah seakan menidakkan hubungan itu. Dia berharap ayahnya hanya tersalah anggap. Dia lebih rela menjadi anak belaan dari anak kandung agar hatinya tidak sesakit itu.
"awak dah nekad dengan keputusan awak ni" Soal Damia. Ditatap wajah sahabatnya sayu. Gadis yang dahulunya seorang yang ceria dan tenang kini lebih menyendiri dan boleh dikatakan perengus yang punya dendam. Kitaran hidupnya yang sukar untuk diterjermahkan menjadikan gadis itu bertukar watak dalam sekelip mata.
" apa yang boleh saya buat untuk tutup semua mulut mulut puaka dan hentikan semua yang menyakiti saya..saya tak nak jadi lemah lagi Mia..saya dah penat makan hati..saya dah letih menjaga hati..tapi saya seksa diri saya tanpa saya sedari...sekarang saya dah tak nak semua ni..saya nak orang berhenti cakap pasal saya..berhenti sekat kehidupan saya dan berhenti burukkan keluarga saya waima Aniq Imran takkan terlepas.
Share this novel