Aniq bersandar pada keretanya. Gadis yang berdiri dihadapannya diperhati. Dia mundar mandir. Digigit kukunya satu persatu. Aniq hanya diam. Sesekali kedengaran keluhan berat dari gadis itu.
" kau boleh diam tak.. sakit kepala aku tengok kau macam ni" ujar Aniq.
" hah.. aaa... ermmm... sorry" digigit kukunya lagi. Adhawiyah tidak keruan. Didalam ada pasangan yang tidak dapat Di berdepan. Dihadapannya pemiutang yang tidak tahu bahawa dia telah wang darinya. Aniq menarik Adhawiyah lalu didorong gadis itu ke dalam kereta.
"awak kenapa ni.. kita nak ke mana ni" soal Adhawiyah panik. Aniq menghidupkan enjin kereta lalu memandu laju.
"awak.. kita nak ke mana" soalnya lagi.
" Emir cari kau.. " jawab Aniq tenang. Adhawiyah menoleh ke belakang. Dilihat Emir berdiri di tengah jalan.
" nak apa lagi entah" rungutnya
" kau suka lah kan" bentak Aniq. Adhawiyah menoleh kehairanan.
" saya.. suka.. tak de maknanya.. saya nak lari lagi ada lah.. malas nak bertentang mata dengan manusia macam tu" Jelas Adhawiyah.
" tapi aku tak nampak macam tu pun" usik Aniq. Adhawiyah berpaling keluar jendela. Malas dia melayan bertekak dengan pemuda itu. Kereta yang dipandu Aniq berhenti disebuah taman permainan. Adhawiyah memandang anak anak kecil yang sedang leka bermain ditemani ibu dan ayah. Adhawiyah hanya tersenyum.
" macam mana rasanya ada ibu dan ayah" soalan itu terhambur dari mulutnya secara tidak sengaja. Aniq telat. Dipandang gadis itu sayu. Dia tahu gadis itu tidak dapat merasakan sentuhan seorang ibu dan kasih seorang ayah.
" awak.. mesti bestkan ada mak dan ayah dengan awak" nada Adhawiyah sedikit bergetar.
" biasa je" Jawab Aniq selamba. Adhawiyah menoleh. Dia pelik dengan jawapan pemuda itu.
" ummi aku tu bukan mak kandung aku.. mak kandung aku entah lah.. hilang ke mana pun aku tak tahu.. ummi tu mak abang aku.. Haris.. yang kau jumpa dekat resort hari tu" jelasnya. Adhawiyah terkejut. Disangkakan pemuda itu punya latar belakang keluarga yang bahagia namun disebaliknya tersemat duka.
" mak aku isteri kedua.. lepas mak aku lahirkan aku rumah tangga mak aku ada masalah.. umur aku lima tahun.. mak aku tinggalkan aku.. apa yang aku tahu.. yang aku dengar dari cerita arwah nenek.. mak aku lari ikut jantan lain.. tapi aku tak percaya.. tapi entah lah.. dengan apa yang jadi pada aku mungkin ya juga mak aku lari ikut jantan. " Aniq berpendapat.
" ish apa awak ni.. tak baik tau tak tuduh mak awak macam tu.. apapun yang terjadi.. dia tetap mak awak. yang melahirkan awak." nasihatnya.
" ya aku tahu.. tapi apa yang dia buat waktu aku perlukan dia.. dekat mana dia waktu aku rindukan dia.. dia.. cari aku pun tidak inikan pula nak jumpa aku.. layak ke dia dipanggil ibu.. hanya taju mengandungkan dan melahirkan.. itu saja kah tanggungjawab dia.. " Aniq mula menyinga.
" mungkin ada sebab kenapa dia berdiam selama ni.. dan awak sebagai anak apa usaha awak untuk cari dia.. jumpa dia.. ada? " soalan Adhawiyah seperti pulangkan paku buah keras.
" dia yang buang aku.. untuk apa aku cari dia" sinis Aniq.
" untuk apa awak tanya.. kalau tak sebab dia.. awak rasa awak ada ke dekat muka bumi ni.. kalau tak sebab dia.. awak rasa awak boleh hidup sampai sekarang.. ni.. dalam tubuh badan awak ni.. ada darah dia tau.. " Adhawiyah mula berleter.
"aku tahu.. tapi adil ke untuk aku.. aku rindu dia setiap hari.. aku dilayan tak sama. Ummi akan lebihkan abang aku walaupun dimata orang nampak macam ummi adil tapi aku yang rasa.. setiap kali aku bertanyakan tentang dia.. apa yang aku dapat hanya herdikan. Kau rasa adil ke untuk aku" Jelas pemuda itu.
" tapi tak salahkan kalau awak buang ego awak.. cari dia.. mana tahu dia pun sedang menanti awak" nasihat Adhawiyah tidak diguna pakai Aniq.
" biarlah.. kalau ada rezeki aku jumpa dia.. aku jumpa.. kalau tak.. diakhirat la jawabnya." Aniq cuba menamatkan perbalahan mereka. Adhawiyah mengeluh kesal. Kesal dengan sikap ego tinggi melangit pemuda itu. Aniq memeriksa telefonnya. Setiap mesej dibacanya. Dibiarkan gadis itu dengan dunianya. Tiba tiba Adhawiyah membuka pintu kereta dengan cemas lalu bergegas lari ke tengah jalan. Disambar seorang anak kecil yang berlari ke tengah jalan tetapi mereka terjatuh kerana mengelak dari sebuah motor yang dibawa dengan laju. Anak kecil itu didakap kemas. Aniq berlari mendapatkan Adhawiyah yang sudah terbaring di atas jalan.
" hoi.. " tempiknya kepada penunggang motor tersebut.
" aduh.. awak tolong amik anak ni.. " dihulurkan anak kecil yang menangis kerana terkejut. Ibu kepada anak kecil itu berlari mendapatkan anaknya
" akak kenapa biarkan anak main tanpa pengawasan.. " marah Aniq. Dia membantu gadis itu bangun.
" maaf akak tengah masak dekat dapur tak perasan pula bila dia keluar" wanita itu memberi penjelasan.
" kunci la pintu.. ni pagar terbuka.. kalau orang masuk culik macam mana.. takde anak nak anak ada anak.. tak jaga" marahnya
" ish awak ni.. takde ibu yang nak anak dia berada dalam bahaya awak tahu tak.. maaf ya kak.. kawan saya ni terkejut tu yang emo terlebih " Adhawiyah cuba meleraikan pertelingkahan.
" maaf ya dik" pinta wanita itu. Aniq memapah gadis itu ke kereta. Adhawiyah terhinjut hinjut.
" baru je baik.. bengkak balik.. kalau bunda tengok mesti dia nangis" risau gadis itu. Aniq memerhati gadis disebelahnya. Diperiksa tangan dan tubuh gadis itu.
" luka lagi.. " marahnya
" jangan lah marah.. akak tu tak sengaja.. lagipun sikit je ni" Adhawiyah berbasi basi. Tidak mahu dikeruhkan lagi keadaan.
" sikit kau kata.. macam ni punya sikit.. kalau patah riuk macam mana.. " Aniq mula membebel. Adhawiyah tertawa. Tidak pernah dia melihat pemuda itu serisau itu.
" dah.. kita pergi klinik.. " Dihidupkan enjin kereta lalu dipandu kerets itu laju.
" hantar saya balik.. Bunda tentu risau" pintanya
" habis kalau dia tengok kau macam ni.. dia tak risau ke.. takde takde.. kita pergi klinik " ujar Aniq.
" tapi.. " Adhawiyah tiba tiba menikus apabila renungan tajam dari singa jantan itu tepat kearahnya.
Tangan Aniq digenggam erat. Adhawiyah sesekali terjerit kecil diselangi tawa apabila kakinya dibetulkan sendi. Aniq kehairanan. Gadis itu tidak langsung menangis atau merengek sakit malahan tertawa seakan rawatan yang diterimanya hanya gurauan.
" tak sakit ke" soalnya
" gila tak sakit.. adeh adeh... hahaha.. "Aniq makin pelik dengan perangai gadis itu. Berbeza dengan Sharmine.. luka terkena pisau saja pun sudah banjir pipinya apatah lagi kalau melibatkan tulang belulang. Mahu pecah klinik dijeritnya.
" Jangan aktif sangat ya.. " pesan doktor setelah selesai membalut kaki gadis itu. Adhawiyah hanya tersenyum. Aniq memapahnya keluar dan menunggu untuk mengambil ubat. Adhawiyah mendengar dengan teliti harga kos rawatannya dan dihitung dengan duit yang diambilnya dari kad pemuda itu.
" seribu dua ratus.. lapan puluh tujuh.. ok.. " dia berbisik bisik.
" kau kenapa.. dah hilang ingatan pula ke" soal Aniq.
" tak de pape takde pape" Adhawiyah cuba mengelak.
"Ya Allah Adha.. kenapa ni" Laila terkejut melihat kaki gadis itu berbalut dan jalannya terhinjut hinjut.
" terseliuh sikit bunda " dia memberi alasan.
" Adha.. kenapa ni" Emir yang baru keluar dari dapur segera mendapatkannya.
" dia accident sikit tadi" balas Aniq acuh tak acuh.
" macam mana boleh accident.. kau bawa dia kemana" marah Emir.
" dah dah.. jangan bertekak.. Emir yang patut kamu risau kan Diana bukan Adha" Laila cuba mengingatkan.
" macam mana boleh accident" soal Laila. Adhawiyah menceritakan bagaimana dia boleh tercedera. Laila hanya menggelengkan kepala.
" terima kasih Aniq sebab bawakan dia ke klinik.. Adha.. manusia yang payah makan ubat dan payah ke klinik.. kalau diajak ada je alasan dia" perli Laila.
" mahal tau tak bunda.. semua tu duit.. duit" Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" dah tu biar sakit.. tak payah rawat" Laila mula mahu berleter.
" sakit nanti nanti baik la" Adhawiyah mahu melawan.
" tengok tu.. " dipulas telinga gadis itu. Adhawiyah menjerit kecil. Mereka tertawa. Diana yang melihat kemerasaan itu merasa sakit di dadanya.
" kau sentiasa lebih dari aku Adha.. " bisiknya.
" sayang.. " Emir memeluk isterinya daei belakang. Dikucup leher isterinya lembut. Perut yang semakin membesar diusap lembut.
" dah makan" tanya Emir lembut.
" dah.. abang nak makan tak..sayang siapkan" Emir menggeleng.
" abang nak sayang.. nanti abang rindu.. " rengek Emir. Dipeluk isterinya erat namun matanya memandang keluar jendela. Cemburunya melihat kemesraan pasangan yang berada dilaman.
" Adha.. Emir akan pastikan Adha milik Emir. " getus hatinya.
"betul ke Adha nak balik ni.. kaki tu tak ok lagi " Laila risau melihat keadaan gadis itu. Adhawiyah mengerutkan dahinya berharap wanita itu memahaminya.
" yelah bunda faham.. Aniq tolong jagakan dia untuk bunda.. apa apa call bunda. " pesannya lagi.
" baik bunda" Aniq mengambil bagasi gadis itu lalu meletakkan ke dalam bonet keretanya. Emir dan Diana menghampiri pasangan yang mahu meninggalkan pusat jagaan itu.
" Adha.. kenapa cepat sangat nak balik.. baru nak sembang dengan Adha.. dah lama kita tak jumpa.. rindu pun tak dan habis luah" Diana berbasi basi.
" Aniq ajak balik.. tak boleh berjauhan katanya" Aniq yang sedang meneguk air tersedak. Emir merenung tajam.
" awak.. jom nanti lambat pula sampai" Aniq cuba untuk mengelak dari bertemu musuhnya dan juga dari terus disoal siasat.
" Bunda Adha balik dulu ya" terasa berat untuk meninggalkan wanita itu tapi apakan daya ada hati yang perlu dijaga dan dia juga tidak mahu terluka lagi.
" Aniq.. " Laila memanggil Aniq. Ditenung pemuda itu lama. Matanya bergenang. Aniq kehairanan melihat kelakuan Laila.
" tolong.. tolong jagakan Adha untuk bunda.. " tangis wanita itu berderai.
" InsyaAllah.. " Aniq mengangguk.
" Aniq jaga diri ya nak" Aniq tersentuh. Dirasakan seakan dia menerima nasihat dari seorang ibu. Laila berasa berat hati untuk melepaskan gadis itu pergi namun dia harus akur. Hati dan perasaan kedua anak asuhannya perlu dijaga.
Adhawiyah ketiduran. Ubat yang dimakannya sudah memberi reaksi. Aniq memperlahankan pemanduannya agar lena gadis itu tidak terganggu. Diturunkan kerusi gadis itu agar lebih selesa. Diperlahankan suara radio agar tiada yang mengganggu. Aniq tersenyum sendiri. Telefonnya berdering. Aniq memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia keluar untuk menjawab panggilan dari rakannya.
" wei nik kau nak join tak trip hujung minggu ni" wan bertanya ditalian.
" mestilah join.. dah decide berapa fee nak kena bayar" soal Aniq.
" dah.. Dua ratus lapan puluh.. kau nak bagi cash or transfer " soal Wan.
" aku transfer.. kau bagi nombor akaun kau.. aku masukkan. " pintanya. Talian dimatikan dan dia kembali masuk ke dalam kereta. Mata Aniq terbuntang luas. Baki akaunnya berkurang dalam amaun yang besar. Diperiksa transaksi ada pengeluaran sebanyak seribu dua ratus di mesin atm pada hari itu. Dia musykil. Setahumya dia tidak ada membuat pengeluaran wang sebanyak itu. Dia memandang Adhawiyah yang sedang tidur. Aniq meneruskan perjalanan setelah transaksi selesai dilakukan.
" dah sampai " Adhawiyah yang baru terjaga dari lenanya meregangkan ototnya yang kejang kerana terlalu lama tidur didalam kereta. Dia menoleh ke sebelah. Aniq tiada disebelahnya. Adhawiyah tercari cari susuk tubuh pemuda itu. Kelihatan pemuda itu sedang berbual dengan seorang gadis tidak jauh dari kereta mereka. Adhawiyah cuba mengintai.
" Sharmine ke tu.. kenapa macam lain.. "tekanya.
" ah lantak la.. aku nak mandi.. aku nak makan" dia membuka pintu kereta lalu keluar dan mengambil bagasinya didalam bonet. Aniq segera mendapatkan gadis itu.
" kau nak ke mana" soal Aniq.
" balik dorm la.. takkan nak duduk sini sampai malam" balas Adhawiyah.
" kau tunggu aku ada perkara nak tanya kau" Adhawiyah mula gugup. Dia mula berfikir yang bukan bukan.
" ok babe nanti I call you kalau I jadi nak keluar malam ni" ujar Aniq. Gadis yang tadinya berbual bersama pemuda itu sudah hilang bersama kereta yang dipandunya.
" apa yang awak nak tanya tu" soal Adhawiyah.
" kau ke mana hari ni" soal Aniq.
"ke mana.. saya dekat pusat jagaan lah dengan bunda.. kenapa? "soalnya semula.
" jawab la betul betul" nada Aniq sedikit tinggi.
" betul la.. mana ada pergi mana mana.. yang awak ni dah kenapa" Adhawiyah masih tidak mengerti.
" duit aku hilang seribu dua ratus... dalam akaun.. " Aniq mulakan siasatan. Adhawiyah mula gelisah.
" duit tu dikeluarkan hari ni.. dekat mesin atm dekat pekan tadi.. aku takde ambil duit lagi.. kad aku dengan kau" ujar Aniq. Adhawiyah sudah tidak senang duduk.
" kau buat apa dengan duit aku" soal Aniq tegas.
" ermmm ermmmm.. " Adhawiyah tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata.
" aku tanya apa kau buat dengsn duit tu.. hanya kau je yang tahu nombor pin kad aku.. dan kad aku ada pada kau.. " nada Aniq tinggi seoktaf. Adhawiyah tersentak.
" saya minta maaf.. saya yang keluarkan duit tu" jujurnya. Nadanya gugup. Dia tahu dia sudah melakukan kesalahan besar.
" kau buat apa dengan duit sebanyak tu" tengking Aniq. Adhawiyah tidak tahu mahu memberikan alasan apa kerana dia tahu andainya dia berkata benar tentang Kaha, pemuda itu takkan berdiam diri.
" kau pekak ke.. " tengking Aniq.
" saya minta maaf.. saya betul betul terdesak.. saya nak guna duit.. " bohongnya.
" nak guna duit.. untuk apa.. aku tak nampak pun kau belikan apa apa barang.. " marah Aniq lagi. Adhawiyah terdiam.
" kau beli apa sampai seribu.. ke kau habiskan untuk jantan belaan" pipi Aniq ditampar kuat. Baginya itu satu penghinaan buat dirinya.
" saya minta maaf sebab ambil duit awak tanpa minta izin dari awak terlebih dahulu tapi saya tak habiskan duit tu untuk mana mana jantan.. dan saya tak bela jantan.. diri saya pun saya tak dapat bela" balas Adhawiyah tegas.
" habis tu.. kau buat apa dengan duit aku" pipi gadis itu di cengkam kemas. Adhawiyah meronta mahu dilepaskan.
" sakit lah" ditepuk tangan pemuda itu berkali kali namun cengkaman itu masih erat.
" kau curi duit aku.. kau habiskan tak tahu ke mana.. kau ingat senang senang aku akan lepaskan kau" ugut Aniq. Dilepaska cengkamannya kasar. Adhawiyah berginjak kebelakang setapak. Diusap pipinya yang terasa perit.
" saya akan bayar balik semuanya termasuk duit klinik tadi.. " rayu Adhawiyah.
" what.. hahaha.. huishhh kau buat lawak apa ni.. kau nak bayar.. kau sendiri kata diri kau pun kau tak dapat bela. kau nak bayar duit aku.. kau memang kelakar. " sinisnya.
" saya janji saya akan bayar balik duit awak tapi bukan sekarang.. saya akan bayar sikit sikit" pinta Adhawiyah
" berapa lama.. sebulan dua bulan ke setahun" herdiknya lagi.
" saya tak boleh janji tapi saya akan bayar cuma tak tahu berapa lama" rayu gadis itu.
" kau ikut aku ke balai" Aniq menarik tangan gadis itu dan mendorong tubuh gadis itu ke dalam kereta. Adhawiyah cuak. Airmatanya mula mengalir.
" awak jangan bawa saya ke balai.. saya tahu saya salah.. saya janji akan bayar balik.. awak jangan bawa saya ke balai" Adhawiyah merayu. Dia menangis semahunya. Aniw tidak mengendahkan rayuan gadis itu. Keretanya dipandu laju.
"awak.. saya merayu dekat awak jangan laporkan saya pada polis" Adhawiyah semakin hilang kekuatan. Dia terus dan terus merayu sehingga kelihatan balai polis yang semakin hampir.
" awak.. awak nak saya buat apa asalkan awak tak laporkan saya pada polis.. saya janji saya akan turut semua kemahuan awak" kereta yang dipandu Aniq berhenti mengejut. Aniq menoleh.
" kau sanggup buat apa saja.. " soal Aniq. Adhawiyah hanya mengangguk..
" apa saja termasuk tubuh kau" Aniq cuba memerangkap. Adhawiyah tersentak. Permintaan yang berat untuk dia tunaikan. Dipandang ke hadapan. Balai polis hanya beberapa meter dari mereka. Dia memandang Aniq yang menanti jawapan darinya.
Share this novel