Adhawiyah menyidai baju di ampian. Sesekali kedengaran suara ayah saudaranya batuk batuk. Lelaki itu masih di perbaringan. Pulangnya subuh tadi dalam keadaan kusut masai dan terhuyung hayang dan berbau arak diseluruh tubuhnya membuatkan Adhawiyah tidak selesa. Puas dinasihatkan lelaki itu namun perubahan hanya sementara. Yang berubah hanyalah lelaki itu susah tidak berjudi lagi kerana nyawa anak saudaranya pernah dijadikan taruhan dan berada dihujung tanduk. Adhawiyah hampir dibunuh oleh orang orang upahan ceti haram yang mengakibatkan gadis itu mendapat kecederaan dipaha kirinya. Torehan pisau dipahanya meninggalkan parut yang takkan hilang trauma dimindanya. Pada hari kejadian, dia yang baru pulang dari kerja didatangi sekumpulan lelaki yang tidak dikenali mencari ayah saudaranya yang hilang entah ke mana. Puas dia berkata benar tentang keberadaan lelaki itu namun tidak dipercayai mereka. Hampir seminggu dia dikurung di dalam rumah bersama lelaki lelaki itu kerana dijadikan tebusan untuk mendapatkan kembali wang pinjaman. Sehinggakan dia diugut untuk dilacurkan tetapi kerana dia berjanji mahu melepaskan rumah pusaka peninggalan arwah ibunya akhirnya lelaki itu munculkan diri. Sayangnya kisahnya tidak berakhir disitu apabila lelaki itu cuba untuk menipu dengan mengambil sebahagian wang hasil penjualan rumah pusaka dan berlaku pergelutan diantara mereka dan akhirnya Adhawiyah sebagai pendamai ditikam dipaha dan tersadung bendul pintu yang mengakibatkan pendarahan dikepalanya.Gadis itu terlantar beberapa hari dihospital dan lelaki itu juga yang menjaganya ketika itu. Jika di ikutkan hati mahu saja di pergi jauh dari lelaki itu tetapi apakan daya hatinya tidak sekeras batu. Melihat keadaan lelaki itu yang hidup sebagai gelandangan menyayat hatinya. Diajak lelaki itu tinggal bersamanya dan dicarikan pekerjaan untuk lelaki itu tetapi sayang hanya sekerat jalan apabila ayah saudaranya kembali ke lembah maksiat. Bekerja sebagai pembawa gro ke hotel untuk pelanggan seakan serasi dengannya. Puas dinasihatinya tapi ibarat mencurah air ke daun keladi nasihatnya tidak didengari. Apatah lagi lelaki itu mula mengambil bahan terlarang membuatkan Adhawiyah pening kepala memikirkan kehidupannya.
" Awiii..Awiiiiii" tempik lelaki itu di jendela.
" ye..kejap.. " Adhawiyah berlari anak mendapatkan lelaki itu di biliknya.
" ye paksu.." Adhawiyah menutup hidungnya apabila menjengah ke bilik lelaki itu. Bau hapak dan mas menyeringai memenuhi ruang bilik.
" paksu.. cuba kemas sikit bilik ni.. Busuk tau tak..Ya Allah..baju ni kenapa tak letak dekat mesin..boleh Awi cuci..dibiarkan macam ni..busuk tau tak" leternya.
" Awi..ada duit..paksu nak pinjam" pintanya
" paksu.. bukan ke paksu baru dapat gaji ke" soalnya
" ye tapi dah habis..." di kesat hidungnya yang sudah berair.
" paksu.. kalau nak buat beli dadah Awi tak ada duit.." dalihnya lalu beredar.
" Awi.. awi..bukan paksu nak beli dadah..awi tahukan paksu berhutang dengan ramai orang" Jelas lelaki itu.
" ye..Awi tahu dan sebab tu awi ni jadi tabung untuk selesaikan semua hutang paksu..settle kat sini paksu berhutang dekat sana..settle kat sana paksu berhutang lagi.. sampai bila paksu.." nadanya sebak. Sedih melihat kehidupannya tidak seperti orang lain.
" alah bukannya banyak pun dua tiga ratus je" Lelaki itu cuba menyangkal
" ye dua tiga ratus..tapi berhutang untuk apa.. dadah... paksu tolong la kesian kan Awi.. Awi pun nak kan kehidupan macam orang lain.." Rintihnya. Airmatanya mula bergenang.
" ah berkira la kau..kau jangan lupa aku yang jaga kau dari kecik aku yang jaga kau masa kau terlantar hari tu.." Lelaki itu cuba mendabik dada.
" ya.. Awi ingat..Awi bersyukur sangat sangat... tapi paksu Awi pun ada keinginan Awi.. Awi pun ada kehidupan yang Awi mahu.." Nadanya bergetar. Sebak dadanya mula menyesak.
" kehidupan apa.. kehidupan kau memang macam ni..jangan nak berangan nak jadi orang lain.. kau memang takkan ada masa depan.. sebab tu semua jantan tinggalkan kau" sinis lelaki itu. Adhawiyah berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Airmatanya mencurah laju. Jalannya juga entah tiada hala tuju. Dia mahu bertenang dan dia tidak mahu mengenang kerana mengingatkan kisah lalu membuatkan dia menjadi lemah. Dia percaya pada takdir yang telah tertulis untuknya dan dia berharap semuanya akan berakhir.
Aniq memeluk Iqbal erat. Anak kecil yang dulunya sering bermain dijalanan kini sudah tampak perubahan. Sudah ke sekolah.Sudah tidak sekusut dulu.
" Lama dah abang tak datang sini..mana abang pergi" soal anak kecil itu.
" oh..abang pergi belajar la" selorohnya
" pergi belajar sorang sorang.. tak pergi dengan kak Adha? " soal anak kecil itu lagi.
" kak Adha belajar dekat sini.. abang belajar dekat luar negara..jauh" ceritanya pada anak kecil itu tetapi perhatiannya tidak pada anak itu. Matanya mencari susuk gadis yang dirinduinya. Dari mesej yang diterimanya, Wan menemukan gadis itu sedang membuat kerja amal dikawasan itu tetapi dari tadi dia tidak bertemu dengan gadis itu. Tempat kerja gadis itu juga telah dia pergi malangnya gadis itu tidak bekerja hari itu.
" abang cari kak Adha ke" anak kecil itu seakan mengerti perasaan pemuda dihadapannya.
" ha ah..Iqbal ada jumpa tak kak Adha" Soalnya
" Kak Adha selalu datang sini bagi makan..bagi bantuan tapi setiap hari Khamis dan selasa.." jelas anak kecil itu. Aniq melepaskan kesalnya. Wan yang dari tadi menunggu di dalam kereta hanya tersenyum melihat keletah sahabatnya yang tidak keruan.
" macam mana..? dapat.." soal Wan.
" selasa dengan Khamis dia ada dekat sini.. " jelasnya dengan penuh kecewa.
" rumah dia" soal Wan lagi
" Iqbal tak tahu" Aniq meraup wajahnya kasar. Kecewa hatinya bukan kepalang.
" sorry bro aku hanya dapat tolong kau takat ni je.. dia memang sembunyi sangat ni" ujar Wan cuba menenangkan pemuda itu.
"siapa sembunyi" soal Aniq
" Adha lah..takkan kau pula" seloroh pemuda itu.
" tak pe bro.. thanks atas info kau..kalau tidak semalam aku..huishhh nyaris terbabas.." Aniq cuba mengingatkan peristiwa semalam.
" hah terbabas..kenapa..dekat mana..kau tu la.
bawa lagi laju laju" bebelan sahabatnya dibalas dengan balingan topi yang disarung dikepalanya.
" kau nak aku accident ke.." marah Aniq
" dah kau kata nyaris terbabas.. kalau bukan accident.. apa" soal Wan keliru.
" ish kau ni..." Aniq diam. Diperhatikan keadaan sekeliling dengan harapan dapat berjumpa dengan gadis itu.
" habis kalau bukan accident.. apa" Wan ingin kepastian.
" semalam..." Aniq seakan malu untuk bercerita. Kembang tekaknya bila teringat akan hal itu.
" semalam apa" jerkah Wan tidak sabar
" semalam aku dengan Sharmine nyaris nyaris..." disatukan jarinya sebagai isyarat. Dia tidak mampu menghabiskan kata kata.
" apa benda kau ni" Wan mahu meletus. Lambat cerita itu mahu sampai ke mindanya.
" aku nyaris nak tebuk Sharmine " Aniq menutup wajahnya dengan topi. Dia malu tetapi tidak sahabatnya. Pemuda itu tertawa besar. Gelihati dia melihat wajah sahabatnya itu kemerahan.
" walaweh...kira semalam aku kacau daun la..sorry bro..aku ganggu malam pertama kau" Wan masih tertawa.
" malam pertama hotak kau..nasib baik kau send mesej tepat pada waktunya kalau tak...dah tersebar luas anak anak ikan belaan aku..ishh seram" Aniq menggelupur geli. Meremang bulu romanya mengingatkan peristiwa tersebut.
" jangan main main dengan perempuan..Alexander the great pun boleh tumbang" Tawa pemuda itu menyeringai lagi.
" alah kalau tersebar anak anak ikan kau apa salahnya..dah sahkan" tawanya lagi.
" kau faham tak maksud bergantung tak bertali..aku tak ada apa apa perasaan dekat Sharmine.. kami kawin sebab nak tutup salah dia.." jelas Aniq.
" tapi perasaan tu boleh dibinakan..orang kata anak tu pengerat kasih sayang" Pemuda itu memberi nasihat.
" tapi bukan untuk kami.. sumpah aku kata.. aku tak ada perasaan dekat dia..kau boleh bayangkan tak bersama dengan orang yang kau tak cinta.. kau seolah buat dia sebagai sandaran.. " Aniq menjelaskan.
" tapi korang kan dah kawin" Wan masih tidak mahu sahabatnya menipu perasaan sendiri. Masakan dalam tempoh perkahwinan itu tiada secalit rasa sayang lelaki itu terhadap isterinya.
" ya..sebab tu aku kata..aku tak nak layan dia seperti perempuan murahan..kau faham tak..jangan disebabkan kami halal untuk bersama... aku hanya berdamping dengan dia untuk itu sedangkan hak dia aku abaikan.." Aniq cuba memperjelaskan namun agak sukar kerana apa yang dilihat tidak seperti realiti.
" korang ni main pondok pondok ke..tak faham aku dengan korang..kawin tapi buat hal masing masing.." Wan menggelengkan kepala tands tidak setuju dengan perbuatan sahabatnya.
" kami ada buat perjanjian.. kami akan bercerai bila sampai masanya.." Aniq merenung keluar tingkap. Dia mula rasa kesal dengan keputusannya untuk menutup kesilapan isterinya yang sudah mengandungkan anak lelaki lain hanya kerana simpati. Tampaknya Sharmine seakan melanggar perjanjian dimana dia juga mahukan penceraian dihujungnya dan meneruskan kehidupannya sendiri. Yusof, lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab keatas anak itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Melbourne ketika mereka belajar disana. Kerana simpati akhirnya dia membuat keputusan untuk menikahi gadis itu.
"hoi..kau dengar tak ni" marah Wan apabila melihat sahabatnya tidak memberi reaksi.
"hah. ye ye aku dengar..jom lah balik..hari nak hujan ni" Aniq menamatkan kisahnya disitu dengan kecewa.
" Haris.. ummi nak Haris berhenti kejar Adha.. Ummi tak kisah siapa pilihan Haris lepas ni ummi terima tapi bukan Adha." pujuk Puan Khalida. Haris tidak mengendahkan kata kata wanita itu. Dia asyik dengan telefonnya. Satu persatu nombor ditekannya. Wajahnya ketat. Sesekali kedengaran omelan kecil dari bibirnya. Merengus halus.
" Haris...dengar tak apa yang ummi cakap ni" Puan Khalida tidak mahu mengalah.
" ummi..boleh tolong diam tak..jangan nak tambahkan serabut kepala Haris lagi.." tengking Haris. Puan Khalida terkejut. Anaknya yang selama ini tertib dengannya kini mula bersikap kasar dengannya hanya kerana seorang perempuan.
" Haris.. sampai hati Haris... " terasa bagaikan direntap jantungnya. Puan Khalida keluar dari bilik itu dan membawa diri ke ruang tamu. Deraian airmatanya membasahi pipi.
" awak dah kenapa tiba tiba menangis." soal Tuan Firdaus. Selalunya wanita itu bercerita akan sesuatu sebelum perasaannya diluahkan dengan airmata.Puan Khalida diam. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya yanh kedengaran hanya esak tangis sedih hatinya.
"anak anak dah besar Khalida..biar dorang tentukan kehidupan meraka sendiri..kita sebagai mak bapa hanya pantau dan nasihatkan..saya rasa kita dah beri didikan yang terbaik dan sempurna untuk dorang..saya yakin mereka boleh berfikir dengan baik..awak jangan risau sangat" nasihat Tuan Firdaus. Dilabuhkan pinggulnya ke sofa berhadapan isterinya yang sedang merawat hati.
" awak senanglah cakap.. sebab awak tak rasa apa yang saya rasa..awak nak susah hati apa..semuanya awak humban dekat saya sampaikan anak bukan dari rahim saya pun awak letak beban dekat saya..." Tengking Puan Khalida berang.
" Istighfar Khalida...awak jangan ikutkan perasaan sangat..melalut dah percakapan awak ni" Tuan Firdaus cuba bertenang. Tidak mahu dikeruhkan keadaan.
" Apa tak betul saya cakap.. Haris tu tak pernah tengking saya..dia tak pernah ingkar arahan saya.. tapi disebabkan budak hingusan tu.. budak kampung tu..dia berani tengking saya.. " Luah wanita itu bersama deraian airmata.
" sebab tu saya kata biar mereka uruskan kehidupan mereka sendiri..kita hanya perlu jadi penasihat saja..jangan terlalu tekan mereka untuk ikut kehendak kita.." Tuan Firdaus masih cuba untuk bersabar. Jika diikutkan hatinya mahu saja dia membuka semua rahsia yang dipendam tetapi dia bertindak untuk berdiam kerana baginya masih belum sampai masanya lagi untuk dia bercerita akan hal sebenar.
" Awak pergi lah buat hal awak.. hal saya tak perlu sibuk..tahu lah saya macam mana nak saya uruskan masalah saya" Puan Khalida bangun dari duduknya lalu beredar.
" apa awak nak buat Khalida" tempik Tuan Firdaus namun tidak diendahkan isterinya. Hatinya mula tidak tenteram. Takut takut andai isterinya bertindak diluar batasan.
Adhawiyah mengemas barangan yang sudah tidak rapi di rak. Disusun semula satu persatu paket makanan ringan. Rutin hariannya dilakukan dengan tenang. Suasana riuh diluar premis tidak mengganggu pekerjaannya. Dia tenang dengan dunianya.Alunan lagu yang bermain dicorong radio, bait baitnya meniti dibibirnya lancar. Sebaris senyuman manis terukir. Jiwanya tenang dan tidak galau. Kelihatan seseorang memasuki premis. Adhawiyah bergerak ke kaunter untuk menanti pelanggan tersebut membuat bayaran. Dirapikan kaunternya agar bersih. Dua tin minuman ringan diletakkan dikaunter.
" Ini saja ke" soalnya.
" ya" balas pelanggan tersebut
" dua ringgit enam puluh sen" diberikan total harga. Dia tergamam melihat pelanggan yang berdiri dihadapannya.
" Hai.." ujar pelanggan tersebut lalu dihulurkan wang bernot lima ringgit kepada gadis itu.
" terima kasih" balas Adhawiyah gugup.
" terima kasih je ke.." seloroh pelanggan itu.
" ada apa apa lagi ke yang nak saya bantu" Adhawiyah berlagak tenang namun hatinya tidak setenang tadi. Galau hatinya melebihi paras amaran.
" tak rindu aku ke.." soal pelanggan itu
" maaf kalau takde apa apa cik boleh pergi" dia cuba berkelakuan baik walau hatinya seakan mahu menyumpah seranah pemuda dihadapannya.
" Adhawiyah..." panggil pemuda itu.
" Maaf Encik Aniq Imran..saya ada banyak kerja lagi nak kena buat" Adhawiyah cuba mengelak dari terus berbicara
" oh..ingat lagi nama aku..ingatkan dah lupa" selorohnya.
" masakan saya boleh lupa pada lelaku yang tabur janji tapi akhirnya dia sendiri yang mungkir.. saya kena tipu dan diperbodohkan macam tu je" jarinya dipetik petik. Betapa geramnya dia melihat kelibat pemuda itu. Sakit hatinya bila mengingatkan kenangan lalu.
" ye ke aku mungkir janji atau kau yang mulakan dulu.." Aniq cuba menarik perhatian gadis itu.
" apa yang saya buat" Adhawiyah menoleh kebelakang. Ditatap wajah polos itu geram. Aniq tersenyum. Gadis itu berjaya diumpannya.
" comel" bisik hatinya. Terlalu lama dia merindukan wajah itu dan akhirnya ketemu.
"kau bertunang dengan Haris..kau dah lupa" Aniq memasang perangkap
" ya saya bertunang dengan dia sebab awak dah temu kebahagiaan awak.. buat apa saya tunggu awak lagi" tengking Adhawiyah.
" tapi sekarang aku dah balik" Aniq masih berseloroh.
" jadi.." Adhawiyah bertarik tali.
" boleh kita cantum semula apa yang dah terputuskan " guraunya dengan senyuman.
" gila" Balas Adhawiyah pendek lalu meneruskan kerjanya yang terbengkai sebentar tadi.Aniq tidak berputus asa. Dibontoti gadis itu ke rak yang menempatkan beberapa jenis makanan ringan. Adhawiyah diam. Dia menyambung kerjanya dengan geram yang bersarang dihati. Aniq galau. Harus bagaimana caranya untuk dia mendapatkan perhatian dari gadis itu.Dia berdiri disebelah rak dimana gadis itu sedang menyusun makanan ringan.Dipandang wajah gadis itu tepat.
" apasal tenang je dia.. aku ni kalau tak sebab belum halal aku dah peluk dah dia..rindu tau tak..haishhhh" omelnya didalam hati. Gadis itu tetap tenang. Satu persatu rak di rapikannya.Aniq hanya mengikuti tanpa sebarang bicara. Lama di tenung gadis itu. Tiba tiba matanya tertangkap parut yang berada dibucu mata gadis itu.Walaupun tidak jelas tapi masih ada kesannya. Dia merapati gadis itu.Tangannya menyentuh parut itu lalu mengejutkan gadis itu yang sedang asyik dengan kerjanya.
" awak buat apa ni" tempelak Adhawiyah. Ditepis tangan pemuda itu kuat. Aniq tersentak
" kenapa dengan mata kau..parut apa tu" soal Aniq risau. Geramnya masih bersisa.Adhawiyah menutup parutnya dengan tudung. Adhawiyah tetap diam. Dibiarkan soalan itu tanpa jawapan.
" kau dengar tak aku tanya ni..kenapa dengan mata kau..parut apa tu" nada Aniq tinggi seoktaf.Wajahnya merah menahan geram yang berbaki.Adhawiyah cuba mengelak dari terus disoal dan menjawab soalan itu namun Ani lebih dulu mengetahui tindakannya yang mahu lari dari terus disoal. Lengan gadis itu digenggam kemas.
" Awak tak perlu tahu" tangan pemuda itu direntap kuat. Aniq terkedu. Bara yang hampir malap kembali menyala. Sikap gadis itu yang suka mendiamkan diri membuatkannya bertambah marah.
"kenapa aku tak perlu tahu.." soal Aniq. Adhawiyah diam.Apa yang harus dia jawab.
" aku tanya dengan elok..jawab la.." Ditekan ibu jari gadis itu kuat. Adhawiyah mengerang perlahan. Perit dan sakit.
" kenapa dengan parut saya..apa yang terjadi pada saya..itu urusan saya awak tak perlu tahu...sebab tak ada kena mengena dengan awak" marah gadis itu.
" setiap inci tubuh kau semuanya hak aku..milik aku Adha..kau ingat tu" marah Aniq terhambur dengan nada geramnya berserta renungan matanya yang tajam.
" diri saya hak saya..saya buka. milik sesiapa tapi syaa milik Tuhan." balas Adhawiyah keras. Matanya merenung tajam pemuda itu manakala bening matanya menahan airmatanya dari terus mengalir.
" Adha.." jeda Aniq kalam.Dia seakan terkedu mendengar kata kata gadis itu.Bencikah gadis itu padanya atau ini khilaf yang harus diterimanya. Aniq mengekori gadis itu yang berlari keluar dari premis itu. Adhawiyah menaiki tangga menuju ke stor simpanan barang. Langkahnya terhenti apabila kedengaran namanya disebut.
" stop..stop Aniq Imran" pinta Adhawiyah. Benteng matanya yang dari tadi menahan airmatanya kini melimpah ke pipinya.
" benci sangat kau dekat aku.." soal Aniq kesal.
" saya tak benci dan tak berhak untuk membenci sesiapa.." balas Adhawiyah sebak. Jarak mereka yang beberapa anak tangga itu menampakkan jelas raut wajah pemuda itu yang galau.
" aku tahu aku salah..tinggalkan kau tanpa berita..tapi aku nak kau tahu yang aku sayang kau.." luah Aniq
" saya rasa awak harus berhenti jadi bayang bayang saya..awak dan saya dah takkan jadi sama macam dulu..awak dah ada kehidupan awak dan saya dengan kehidupan saya.. kisah lama dah lama saya kuburkan" Adhawiyah bermonolog walaupun ianya tak seperti hatinya yang masih merindui dan menyayangi pemuda itu. Baginya pemuda itu seakan sebelah hatinya yang kekal. Namun pertemuan tanpa dijangka antara dia dan Sharmine seumpama penutup kisah mereka. Penitik untuk sebuah cerita yang dibayanginya selama beberapa tahun lamanya. Sharmine mengugut untuk mencederakan dirinya jika dia tidak mahu menjauhkan dirinya dari pemuda itu dan juga mahu mengancam pemuda itu sekiranya pemuda itu masih mengejarnya. Dia juga tahu bahawa Tuan Firdaus sudah melangsaikan hutangnya dengan pemuda itu. Sharmine sudah menceritakan semuanya namun hatinya sukar untuk melupakan pemuda itu. Dia seakan sebati dengan perilaku kasar pemuda itu. Hampir galau kehidupannya kerana pemuda itu. Demi keselamatan pemuda itu dan dirinya dia terpaksa akur dengan melepaskan pemuda itu pergi.
" kita mulakan semula apa yang kita jalani sebelum ini..aku dan kau..kisah kita bersambung semula" rayu Aniq.
" tak semudah itu Aniw..Awak dah punya keluarga..saya tak nak jadi perampas dan perosak rumahtangga orang Aniq..kehidupan saya dah cukup berat untuk saya tanggung..untuk jadi orang ketiga dalam hubungan korang..maaf saya tak sanggup" Adhawiyah mengesat airmatanya perlahan. Dibuka pintu stor lalu dia masuk ke dalamnya dan dikunci dirinya dari dalam.
" Adha..saya tahu awak dapat rasakan perasaan saya sebab awak pun sama..ya saya tahu kesilapan saya kerana tidak berfikir panjang akan akibat yang bakal saya terima..tapi saya nak awak tahu..nama awak..diri awak.. perangai awak..semua tentang awak saya tak pernah lupa..awak.. hanya awak dalam hati saya..saya sayang awak Adha..saya mohon peluang kedua..saya janji akan jadi pendamping awak yang setia.." rayuan pemuda itu didengari jelas oleh gadis itu. Adhawiyah duduk ke lantai sambil memeluk tubuh. Airmatanya semakin laju.
"saya sayang awak Adha..saya tak mahu dan tak sanggul kehilangan awak..please...saya merayu peluang kedua dari awak..saya akan perbetulkan semuanya semula.." Rayu Aniq ditangga.
" saya sayang awak Adha.." ujar Aniq sebelum dia diam seribu bahasa.
Share this novel