Haris memandu tanpa tujuan. Dia merasakan sunyi. Rindunya pada gadis itu makin menyesakkan dadanya namun malunya pada tindakan bodoh dirinya terhadap gadis itu seakan menjadi tembok antara mereka. Apatah lagi dia tidak mengetahui kemana menghilangnya gadis itu. Zehra yang turut merindui gadis itu kerap bertanya dimanakah keberadaan gadis itu. Haris tidak dapat memberi jawapan kepadanya. Jalan raya yang sesak dek kerana malam hujung minggu tidak mengurangkan sunyi dihatinya. Dia memandu ke atas sebuah bukit dimana menampakkan sebahagian daripada bandaraya metropolitan. Dilepaskan keluhan berat. Sesalnya kerana terlalu mengikutkan panas hatinya kini memakan diri. Dia terasa amat berdosa pada gadis itu.
" Adha... awak dekat mana" rintihnya. Dia membelek telefonnya. Lama instagram gadis itu diterjahnya. Dibelek satu persatu foto yang disiarkan dilaman instagram milim gadis itu. Airmatanya menitis satu persatu lalu pecah berderai.
Adhawiyah melepaskan keluhan berat. Kertas yang berada diatas mejanya di selak satu persatu. Dibaca catatan yang tertera. Fikirannya tidak sekata dengan situasinya. Fikirannya melayang entah ke mana.
" Adha.. hari ni kita nak kena pergi training centre.. " Isha merapatinya. Adhawiyah menoleh. Dia mengukir senyuman.
" are you ok" soal Isha apabila melihat gadis iti kelihatan sugul.
" ok.. kita nak pergi pukul berapa" soal gadis itu.
" sekarang lah.. kalau lewat takut jalan jammed lambat pula sampai.. lambat sampai lambat pula balik" seloroh Isha.
" ohhhkeyyyy" Adhawiyah mengangguk faham. Adhawiyah mengambil begnya lalu mengikuti gadis itu.
" coffee or tea" Isha mengangkat dua cawan berisi air berbeza lalu di sua ke arah gadis disebelahnya.
" tea.. thanks" teh ais itu bertukar tangan. Adhawiyah menyedut minuman itu perlahan.
" Adha.. you tahu tak Aniq sambung study dekat oversea" Cerita Isha. Adhawiyah melongo. Dia agak terkejut dengan berita itu. Dia memandang gadis itu kerana mahukan lebih liputan.
" I tak rasa you tahu kalau reaction you macam ni..." teka Isha.
"bila dia pergi.." soal Adhawiyah sebak
"dah three or four month I think.. " Adhawiyah menunduk.
" Call me back" Isha menghantar mesej suara kepada seseorang. Adhawiyah hanya membisu.
" Haris ada call you" soal Isha.
" takde.. kenapa" soal Adhawiyah
" dia ada call I.. cerita pasal you.. dia cari you.. " jelas Isha
" untuk apa.. tak puas lagi ke dia sakit kan hati saya.. tak puas lagi dia cederakan saya.." Nada Adhawiyah sedikit tinggi.
" cederakan you..?? bila??" Kini giliran Isha pula yang terkedu.
" Kepala saya berjahit sebab dia.. gara gara cemburu buta dia.. dia nak lacurkan saya" jarinya menggenggam erat seluarnya. Geram dan bencinya pada pemuda itu masih bersarang.
" you tak tahu cerita betul rasanya.. kepala you tu bukan berpunca dari Haris.. tapi Aniq.. dia tak sengaja.. " Isha menceritakan hal sebenarnya.
" sebab tu Aniq pergi.. dia rasa bersalah dengan apa yang jadi dekat you.. " Adhawiyah terkejut. Dia tidak tahu akan hal itu. Padanya Haris yang menyebabkan parut kekal dikepalanya. Kini baru dia tahu akan siapa punya angkara.
" tak ada orang bagitahu pun.. Aniq ada ke malam tu.. dia buat apa dekat pub tu" soal Adhawiyah
" buat apa lagi selamatkan you lah.. bila dia dapat tahu Haris mengasari you dia terus cari korang.. " Cerita Isha.
" Aniq yang I kenal seorang yang perengus.. dan dia boleh bertindak lebih dari apa yang kita jangkakan.. apatah lagi kalau orang tu orang yang dia sayang" jelas Isha.
" tapi kenapa.. kenapa tak ada orang bagitahu pun saya pasal ni.. kenapa semua orang nak kunci mulut.. " soal Adhawiyah.
" itu I tak tahu.. tapi itu lah cerita sebenarnya.. Haris yang drugs you and Aniq yang cederakan you " Isha memasuki kawasan parkir. Diberhentikan keretanya lalu dimatikan enjin.
" Kenapa dia nak kena bahayakan diri dia untuk saya" soal Adhawiyah sebak. Dia tidak tahu apakah harus dipersalahkan pemuda itu atas parut kekal dikepalanya.n
" sebab dia sayang you.. I tahu dan I pasti.. Aniq akan buat apa saja untuk orang yang dia sayang.. Cuma kali ni tindakan dia memang mengejutkan." ujar Isha.
" maksud Isha" soal Adhawiyah bingung.
" waktu dia dengan Sharmine tak de pula dia nak bertindak macam ni.. even dia dicurangi pun dia tetap cool.. I pernah tengok dia mengamuk sekali itupun masa Sharmine bergaduh dengan student lain pasal tournament.. unfair kalau tak silap.. Sharmine dikasari sampai kaki dia cedera. Perghhh waktu tu siapa pun tak berani nak bersuara.. marah betul dia.. " Cerita Isha.
" sayangnya dia dekat Sharmine.." ujar Adhawiyah kecewa.
" tapi dengan you I nampak Aniq banyak berubah.. dia makin matang.. and I nampak his really loves you.. " Isha berpendapat.
" tak lah.. saya dengan dia hanya kawan.. dan hubungan kami sekadar pemiutang dan penghutang itu saja" Adhawiyah meluahkan apa yang terbuku.
" apa.. hutang.. Hutang siapa" Isha menyoal. Agak janggal dia kata kata gadis itu. Adhawiyah tahu akan keterlanjuran kata katanya.
" hah.. takde apa apa.." Adhawiyah cuba mengelak. Adhawiyah bergegas mahu keluar namun ditahan gadis itu.
" boleh tak you ceritakan semuanya pasal you dengan Aniq.. itupun kalau you memang ikhlas dengan dia.." Isha cuba memancing.
" tak de apa apa.. saya hanya kawan saja dengan dia.." Adhawiyah berdalih.
" I tak rasa macam tu.. Aniq yang I kenal bukan Aniq yang sekarang.. Aniq sekarang adalah seorang lelaki yang baru.. dia dah banyak berubah.. dia seorang yang bertanggungjawab dan tegas dengan tindakan dia.. dia seorang protective.. but before dia jumpa you.. he's not.. dia dulu.. urghhhh annoying gile... I cukup benci dia.. tapi sekarang dia seakan lelaki dambaan wanita.. Dan I tahu you yang ubah dia dan menjadi dia yang sekarang.. " Adhawiyah sedikit tersenyum. Dia seakn bangga akan pujian untuk dirinya.
" I know he' s loves you.. dia buang semua sifat buruk dia hanya untuk dekat dengan you" Isha yakin mereka punya satu ikatan yang kuat tetapi terhalang oleh perasaan mereka sendiri.
"ish mana ada.. pandai pandai je awak ni" Adhawiyah tertawa kecil menyembunyikan rasa hati.
" ok tak pe.. rahsia lah selagi boleh.. tapi ini Isha tau.. I akan korek sampai dapat " tawa gadis itu berderai. Adhawiyah tersenyum malu.
Mereka melangkah masuk kedalam bangunan. Sunyi tiada sesiapa. Mereka menanti di lobi.
" Sayang.." panggil seorang pemuda. Adhawiyah menoleh. Dia tersentak melihat tubuh yang menghampiri mereka. Mata mereka bertemu.
" Honey... lama dah kami tunggu tau.. eh kejap I kenal kan.. Staff praktikal I.. Adhawiyah" Mereka kelihatan janggal.
" Adha.. ni bakal tunang I.. Emir" Kaki Adhawiyah berganjak setapak ke belakang. Dia tersentak dengan kenyataan gadis itu.
" owh... saya Adha.. staff praktikal" balasnya gugup.
" bala apa lagi Ya Allah.." dia mula gusar.
" awak bukan dari rumah anak yatim Bakti" soal Emir cuba memulakan bicara. Matanya menatap tepat gadis dihadapannya.
" ye.." balas Adhawiyah cuak.
" you kenal Adha?" soal Isha hairan
" owh.. kawan I pun dari sana.. I pernah pergi ada majlis.. so I kenal la beberapa orang penghuni dekat situ." Tipu Emir. Adhawiyah mula menyirap. Mahu saja dia menampar pipi pemuda itu. Begitu pandai dia membelit cerita.
" owh.. Kawan you yang nama Diana tu kan.. owh baru I ingat.. Dia dah bersalin ke.. kesian dia" Adhawiyah tergamam. Apa maksud gadis itu.
" dah... baby girl.. " balas Emir tenang. Matanya masih menatap gadis dihadapannya.
" kesian dia.. apa punya jantan.. you kalau you buat dekat I macam tu tahu lah nasib you.." ugut Isha. Emir hanya tertawa.
" apa maksud awak.. " soal Adhawiyah ingin tahu.
" la awak tak tahu ke pasal Diana tu" Soal Isha. Adhawiyah hanya menggeleng. Isha memandang sekeliling.
" Dia lahirkan anak luar nikah.. Dia hampir bunuh diri sebab lelaki tu tak nak bertanggungjawab.. nasib baik Emir tolong tenangkan dia" Hatinya seakan direntap kasar. Dipandang pemuda dihadapannya. Darahnya membuak buak. Mahu saja dia merobek wajah pemuda itu tapi dia bertindak untuk berdiam.
" katanya lelaki tu tunang kawan dia juga tapi lelaki tu dipaksa bertunang dengan perempuan tu.. Padahal Diana dengan lelaki tu dah bertahun bercinta.. Kawan Diana tu caras.. ish geram tau tak.. kesian Diana.. punya lah setia.. tapi last last jantan tu tinggalkan dia.." Airmatanya seakan mahu menitis tapi ditahan.
" kenapa lelaki tu tinggalkan Diana" soal Adhawiyah
" kawin dengan kawan Diana.. dah tu dia boleh tuduh Diana saja nak raih perhatian laki dia.. padahal anak tu bukan anak laki dia.. memang jahatkan" Isha merengus geram.
" Emir.. kau memang binatang" bisik hatinya.
" sayang jom.. nanti lambat pula you nak balik" ujar Emir. Dirangkul pinggang gadis itu kemas. Adhawiyah semakin rimas melihat drama pemuda itu.
" Kalau lewat you hantarkan lah.. " rengek Isha. Emir mengucup dahi gadis itu sambil menjeling kearah Adhawiyah yang berdiri disitu. Adhawiyah mula lemas dengan adegan karut pemuda itu. Dia mengikuti pasangan itu.
Dia menghempas tubuhnya ke katil. Dilepaskan keluhan berat. Peristiwa siang tadi bermain di mindanya.
" Emir.. apa lagi yang kau buat dibelakang aku dulu.. berapa ramai gadis yang kau dah tipu" ujarnya. Dia meraup wajahnya. Wajah Diana dan anaknya bermain dibenaknya. Dia bersimpati dengan nasib sahabatnya namun tiada apa yang dapat dia lakukan. Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka. Tidak lagi mahu dikatakan punca keretakan rumahtangga gadis itu. Adhawiyah tersentak. Telefonnya berdering.
" Hello kak Hajar.." Bicaranya
" hai.. dah lupakan akak ke.. sampai tak call langsung.. Sihat?" leteran gadis itu disambut dengan hilai tawa.
" sihat kak.. maaf Adha sibuk sikit sekarang.. " ujarnya
" yelah tu.. sibuk kerja ke.. sibuk dengan boyfriend" usik Hajar
" ish akak ni.. mana ada.. siapa nak kan Adha.. Aniq pun lari dari Adha" selorohnya menutup duka.
" ish apa cakap macam tu.. dia pergi belajar.. lagipun dia rasa bersalah dengan Adha.. sebab dia dah cederakan Adha.. berikan dia ruang untuk bertenang.. lagipun ini permintaan pengasuh Adha" Adhawiyah terkejut.
" Bunda.. apa kena mengena bunda dalam hal ni" soalnya
" dia yang minta agar Aniq menjauhkan diri dari Adha.. jadi Aniq akur demi keselamatan Adha.. " Hatinya tiba tiba sebak.. Airmatanya menitis laju.
" Adha.. akak minta maaf.. akak tak bermaksud nak sakitkan hati Adha.. tapi akak rasa Adha patut tahu kenapa dia pergi.. akak tak nak Adha salah kan Aniq dalam hal ni.. Aniq tak bersalah.. " ujar Hajar.
" Adha tak pernah salahkan dia.. Adha bersyukur bila Adha tahu yang dia yang selamatkan Adha.. cuma Adha sedih kenapa dia pergi tanpa jumpa Adha dulu.." ujarnya
" Adha.. itu akak tak tahu kenapa.. Adha kena tanya dia sendiri.. akak tak tahu" Ujar Hajar.
" akak ada nombor dia.. or medsoc dia.. Adha nak bercakap dengan dia.. Nak ucap terima kasih sebab dah selamatkan Adha." ujar gadis itu.
"ok.. kejap lagi akak bagi nombor dia dengan IG dia.. korang bincang elok elok.." nasihat Hajar. Adhawiyah mematikan talian lalu ditelefon Bundanya.
" Adha tak tidur lagi.. dah lewat ni" ujar Puan Laila ditalian.
" belum bunda.. Bunda.. Adha nak tanya sikit boleh" soal Adhawiyah.
" boleh.. apa dia.. " Puan Laila bernada lembut.
" kenapa Bunda minta Aniq jauhkan diri dari Adha.." Puan Laila terkesima. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan.
" kenapa Bunda nak jauhkan kami.. Bunda tahukan Aniq tak sengaja dan bukan salah dia.. kenapa Bunda minta dia jauhkan diri dari Adha bunda.. " soal Adhawiyah sebak.
"bunda tak nak Adha disakiti lagi nak.. Bunda tak nak Adha ada apa apa kaitan lagi dengan keluarga tu.. cukuplah dengan penghinaan yang telah kita terima dari mereka.. Bunda dah tak sanggup Adha.. Bunda tak sanggup tengok Adha disakiti lagi.." jelas Puan Laila.
" tapi bunda.. bunda tahukan Laila sayang Aniq.." Adhawiyah seakan merayu.
" bunda tahu nak.. tapi cukup bunda katakan.. Keluarga dorang bukan calang calang.. tak kira lah dalam apa juga hal.. kita bukan saingan mahupun orang yg boleh bergaul dengan mereka" ujar Puan Laila.
" tapi bunda.." Adhawiyah menangis.
" Adha.. bunda faham perasaan Adha.. bunda buat semua ni demi kebaikan Adha.. Bunda dah janji denga ibu dan ayah Adha untuk pastikan Adha bahagia.. dan ini yang tengah bunda lakukan" ujar Puan Laila. Adhawiyah hanya diam. Dia menangis semahunya.
Tangannya laju melirik laman instagram milik Aniq. Akaun tertera nama HIDDEN CLAW itu dibelek satu persatu. Semua gambar dari pemuda itu disukainya. Jarinya terhenti disatu gambar. Gambar sepasang cincin yang diambil menampakkan gaun putih dibawahnya membuatkan Adhawiyah gusar. Dia membaca ruangan komen. Rata rata peminat pemuda itu adalah gadis gadis. Ada yang meluahkan rasa kecewa kerana seakannya pemuda itu akan menamatkan zaman bujangnya. Tiada satu pun balasan dari pemuda itu ditinggalkan. Tidak seperti postingan yang lain, pemuda itu akan meninggalkan satu atau dua komen sebagai balasan untuk peminatnya. Tapi diruangan itu dibiarkan sepi. Adhawiyah menaip sesuatu diruangan komen.
SIAPA GADIS BERTUAH ITU
Dibiarkan soalannya tidak bertanda soal. Biar ia tergantung.
Share this novel