11

Romance Series 67724

Aniq bersiap. Dia rajin tidak seperti biasanya. Aniq menghampiri meja makan dimana semua ahli keluarganya berada disitu sedang menikmati sarapan.
" Awal kau hari ni... nak ke mana? " soal Haris.
" resort." jawapannya membuatkan Encik Firdaus terkesima
" wow.. impressive... macam ni lah anak abi.. lepas ni abi dah boleh rehat dekat rumah dah sebab ada Haris dengan Aniq jagakan resort. " seloroh lelaki itu.
" sebab cuti sem je abi.. takde maknanya Aniq nak tercongok dekat resort tu.. " tolak Aniq.
" why not.. resort tu pun akan jadi kepunyaan Aniq satu hari nanti.. Aniq dengan Haris yang akan usahakan nanti bila abi dah pejam mata.
" merapu apa lah pagi pagi ni " selorohnya mahu menamatkan perbualan.
" Ngah... " tempik Zehra lalu berlari mendapatkan ayah saudaranya yang berada disitu. Aniq mendakap gadis itu kemas lalu diletakkan diribanya.
" Tak pergi school lagi ke.. " soal Aniq.
" nak pergi lah ni.. ngah.. hari ni hantar Zehra pergi school boleh.. " pinta anak kecil itu.
" Zehra.. jangan kacau Ngah.. Ngah nak pergi kerja.. Papa hantar macam biasa lah" ujar Haris
" zehra nak Ngah hantarkan.. please Ngah" anak kecil itu merayu.
" ok Ngah hantar.. ride or drive" Aniq memberi pilihan.
" Ride... " tempik gadis itu gembira. Aniq tersenyum.
" Haris.. ummi rasa dah sampai masanya untuk Haris carikan Zehra seorang ibu.. dia semakin membesar.. banyak perkara yang perlu dia pelajari bila dia dah menginjak jadi anak dara. " Nasihat Puan Khalida. Haris diam.
" betul.. abi setuju dengan ummi.. sudah sampai masanya Haris fikirkan tentang masa depan Zehra.. " Encik Firdaus mencelah.
" Zehra ok kan... Zehra.. hanya perlukan papa kan.. " Haris bercanda dengan anaknya. Zehra mengangguk.
" ummi cari kan calon nak? " Puan Khalida memberi cadangan.
" tak nak lah ummi.. sekarang bukan zaman tun teja kahwin calon keluarga.. Haris belum bersedia lagi.. biarlah Haris habiskan masa dengan Zehra dulu puas puas" Ujar Haris.
" betul setuju.. lagipun nak cari mak baru ni bukan senang.. takut nanti nak bapa je anak tak nak.. dah dapat anak baru Zehra Ngah di lupakan.. kan zehra kan.. " Aniq menyampuk. Zehra hanya mengangguk.
" kesian Zehra kan" tambah Aniq lagi.
" pandailah kamu ye Aniq.. kamu tu apa cerita dengan Shermine.. senyap je.. dia pun dah lama tak datang.. korang ada masalah ke.. bergaduh? " soal Encik Firdaus.
"zehra jom Ngah hantar pergi school.. nanti lambat teacher marah" Aniq mahu menyelamatkan diri. Di dukung anak kecil itu lalu beredar"
" Aniq.. abi tak habis cakap lagi " tempik Encik Firdaus.

Aniq menurunkan anak kecil yang duduk dibelakangnya. Ditanggalkan helmet anak kecil itu lalu dibetulkan rambut.
" Hei you.. belajar betul betul.. dengar cakap teacher " pesan Aniq
" ok Ngah.. " Anak kecil itu berlari masuk ke dalam pagar sekolah. Aniq meneruskan perjalanannya. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan gadis kesayangannya.

Adhawiyah mengemas meja yang masih bersisa kerana waktu sarapan pagi sudah tamat. Dikutip pinggan pinggan dan cawan cawan kotor lalu di letakkan keatas dulang. Kedengaran suara halus dari mulutnya menyanyikan lagu kegemarannya. Dia dengan dunianya.
" Adha.. tak nampak ke Cik Aniq ada dekat situ.. kenapa tak ambil order" sapa Lia selaku penyelia restoran tersebut. Adhawiyah menoleh. Dicari cari kelibat yang dimaksudkan. Aniq menggerakkan jari telunjuknya menandakan dia mahu bertemu gadis itu.
" Adha tak perasan kak Lia.. " Adhawiyah memberi alasan.
" dah pergi cepat.. nanti menyinga pula dia" pinta gadis itu. Adhawiyah berjalan menghampiri pemuda itu.
" Ya Tuan Aniq nak pesan apa" soal Adhawiyah.
" apa yang special" seloroh Aniq.
" Tuan Aniq nak breakfast or just snack.. light meal or heavy meal.. " soal Adhawiyah.
" Aku nak hati kau" ujar Aniq. Adhawiyah menarik muka geram.
" itu takde jual pergi cari dekat kedai lim tyre sana tak pun linggam besi buruk mungkin ada" jawab Adhawiyah geram.
" ok.. kalau takde.. kau aku nak kau" Ujar Aniq lagi. Adhawiyah memandang pemuda itu tajam.
" awak kalau nak main main jangan datang sini boleh tak saya banyak kerja nak buat... takde masa nak bergurau bagai... " bentak Adhawiyah.
" kau tengok aku main main ke" soal Aniq.
" urgghhhh.. malas " Adhawiyah berlalu meninggalkan pemuda itu sendiri. Aniq tertawa. Puas hatinya mengusik gadis itu.

Adhawiyah sedang menikmati hidangan tengaharinya sendiri. Dia tidak punya teman rapat disitu waima Hajar, tuan rumahnya dan juga empat orang lagi penyewa dirumah itu bekerja ditempat yang sama namun mereka jarang berjumpa dan bersama kerana mereka bertugas di lain lain bahagian.
" boleh saya duduk" Adhawiyah mendongak. Pemuda dihadapannya meletakkan pinggan yang dipegangnya ke atas meja. Adhawiyah hanya diam. Disambung kunyahan yang belum habis ditelan didalam mulutnya.
" awak Adhawiyah kan" soal pemuda itu. Adhawiyah mengangguk.
" saya Haris Irfan.. " Adhawiyah diam tanpa bicara.
" saya mengganggu ke" soal Haris lagi. Adhawiyah hanya menggeleng. Haris kematian idea untuk berbual dengan gadis itu.
" hari tu.... " belum sempat dihabiskan kata katanya gadis itu sudah bangun dan meninggalkan tempat duduknya. Haris mengeluh kesal.

"Hoi " panggil Aniq. Adhawiyah menoleh.
" kau nak ke mana" soal Aniq.
" dewan.. kenapa" soal Adhawiyah
" dewan? buat apa? " soal Aniq kehairanan.
" ada wedding malam ni.. ada apa Tuan panggil saya" soal Adhawiyah.
" ikut aku.. " Aniq menarik tangan gadis itu lalu membawanya masuk ke dalam sebuah bilik tamu.
" awak nak apa.. saya tengah kerja ni.. " Adhawiyah risau kalau kalau teman sekerjanya mencari.
" ni kau tengah kerja la ni" jawapan Aniq membuatkan gadis itu ketakutan.
" awak nak buat apa dekat sini.. " soal Adhawiyah cuak. Badannya mengigil.
" kau nak kita buat apa" Aniq menghampiri gadis itu. Dirangkul pinggang gadis itu erat.
" awak jangan macam ni.. tolong lepaskan saya" rayunya. Aniq tidak mengendahkan rayuan gadis itu. Adhawiyah mula menangis.
" hei kenapa ni.. " soal Aniq lembut.
" awak.. saya rayu dekat awak jangan apa apakan saya.. tolong" Adhawiyah merayu. Aniq memeluk gadis itu erat.
" aku rindu kau.. rindu sangat sangat.. " dikucup ubun ubun gadis itu berkali kali. Adhawiyah kaku. Dadanya berdegup laju
" aku rindu kau.. aku takut kehilangan kau.. dan aku tak nak kehilangan kau.. "ujar Aniq. Adhawiyah hanya diam.
" aku rindu kau Sharmine" Adhawiyah tersentak tatkala nama gadis itu disebut Aniq. Adhawiyah mendorong pemuda itu ke belakang.
" saya Adhawiyah.. bukan Sharmine" marah Adhawiyah
" so.. "soal Aniq.
" kalau awak rindu dia cari dia bukan saya" Nadanya geram.
" kenapa.. kau cemburu" soal Aniq.
" hah.. saya.. nak cemburu.. nonsense.. tak de sebab saya nak cemburu" ujar Adhawiyah.
" mana tahu kot kot kau suka kan aku" soal Aniq lagi.
" Saya mati hidup balik pun takkan suka dekat awak.. even diberi pilihan antara lembu dengan awak saya pilih lembu lagi" ujar Adhawiyah yang menahan geram.
" kau bandingkan aku dengan lembu" kini giliran Aniq pula geram.
" yelah.. sebab lembu walaupun dia lembu dia tahu menghargai orang yang sayang dia walaupun tak berakal tapi awak walaupun berakal tapi kebodohan awak lebih teruk dari lembu. " ujar Adhawiyah senafas.
" kau.. " Aniq geram
" apa.. salah ke saya cakap.. kalau awak pilihan terakhir saya untuk hidup saya rela mati dari hidup dengan orang macam awak" marah Adhawiyah. Aniq mencengkam pipi gadis itu lalu diterkam bibir mungil milik gadis itu. Adhawiyah melawan tetapi Aniq lebih pantas bertindak. Diangkat gadis yang meronta mahu dilepaskan itu ke sofa. Adhawiyah melawan. Ditumbuk dada pemuda itu kuat namun Aniq tidak mengendahkan tindakan gadis itu. Adhawiyah menampar pipi pemuda itu kuat. Aniq tersentak. Dicengkam tangan gadis itu kemas.
" kau... berani kau lawan aku.. kau lupa ke.. kau hak aku.. selagi mana hutang kau belum dilunaskan kau akan jadi hamba aku.. kau faham tak" tengking Aniq. Dia merasa tercabar dengan tindakan gadis itu yang melawannya.
" awak nak saya buat apa.. awak nak tubuh saya silakan kalau itu yang buat awak puas" ujar Adhawiyah. Aniq seakan hilang pedoman. Leher gadis itu dikucupnya rakus.
" kau dan Emir sama saja.. takde bezanya.. dua dua manusia munafik" ujar Adhawiyah. Aniq terdiam. Dia memandang wajah gadis itu tepat. Pandangan gadis itu berbeza. Pandangan yang penuh amarah dan benci. Aniq melepaskan cengkamannya.
" aku minta maaf" ujar Aniq.
" tak perlu kau minta maaf.. aku sebagai hamba kau tetap akan turut kemahuan kau.. cuma satu ja aku nak bagitahu.. pada aku kau tak ubah seperti lelaki lelaki sial yang lain yang ingin dampingi aku.. kau dan Emir memang manusia binatang.. " Aniq hanya diam membisu. Dia akui keterlanjuran perbuatannya.
" kenapa kau berhenti.. bukan kau nak kan tubuh aku.. " Adhawiyah menarik tangan pemuda itu ke badannya. Aniq memalingkan wajahnya tidak sanggup dia melihat wajah yang penuh kebencian terhadapnya.
" kenapa.. sebab aku bekas Emir ke.. sebab tu kau geli dan jijik dengan aku" Ujar Adhawiyah. Aniq bangun dari baringnya. Dia berdiri diraup wajahnya kesal.
" aku... aku.. " Aniq tidak tahu mahu berbicara apa.
" aku apa.. aku minta maaf.. dah banyak mana maaf yang kau minta tapi ending dia tetap sama.. aku hanya pelacur bagi kau.. " Adhawiyah berdiri dihadapannya pemuda itu. Aniq memandang wajah gadis dihadapannya.
" aku minta maaf aku tahu aku salah.. tolong jangan benci aku" rayunya. Adhawiyah hanya merenung tajam.
" aku bengang bila kau main tarik tali dengan aku" luahnya.
" aku main tarik tali.. atau kau yang sebenarnya meletakkan aku disatu tahap yang paling hina dalam diri kau.. " soal Adhawiyah
" aku sayang kau.. dah berapa kali aku kata aku sayang kau tapi kau buat tak endah.. kau faham tak perasaan aku " luah Aniq
" kau sayang aku.. ke kau sayang takut duit kau burn.. kau bukan sayangkan aku tapi kau jadikan aku bayang bayang tunang kau.. dalam erti kata lain aku hanya hamba untuk jadi penyeri duka kau.. " ujar Adhawiyah. Aniq menangis. Dia akui kebenaran kata kata gadis itu tetapi dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Antara kasih dan simpati dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti dia hanya mahukan gadis itu.
" Adha.. please..." Adhawiyah menahan dari pemuda itu terus berayat manis.
" enough.. aku dah tak nak dengar apa apa lagi.. kau tuan aku.. dan seperti dalam perjanjian langsai hutang kau merdekakan aku.. that's all " Adhawiyah menarik nafas dalam dalam.
" okey tuan Aniq.. ada apa apa lagi.. kalau takde apa apa keluar dulu.. " Adhawiyah kembali tersenyum seolah olah tiada apa apa yang berlaku. Aniq memegang tangan gadis itu namun direntap kuat lalu genggamannya terlerai
" don't touch me.. i'm disgusting " ujar Adhawiyah sebelum dia beredar dari bilik itu. Aniq meraung semahunya. Ditumbuk dinding bilik itu kuat sehingga mengalirkan cecair pekat merah.

Adhawiyah menangis semahunya. Dia tidak menyangka pemuda yang dia berharap agar memberinya sinar rupanya tidak seperti yang dia jangkakan. Dia tidak menolak akan perasaannya terhadap pemuda itu tetapi sikap acuh tak acuh pemuda itu membuatkan dia berasa jauh hati. Kelakuan dan sikap pemuda itu yang berbolak balik membuatkan dia letih dengan perasaannya. Apatah lagi acap kali diulang akan hutangnya merasakan dirinya hanya sekadar cagaran dan hubungan mereka hanya sekadar pemiutang dan peminjam.
" Ya Allah sakitnya.. sakitnya menyayangi pada yang tak sudi" luahnya.

"ehem.. " Adhawiyah mengesat airmatanya. Dirapikan baju dan tudungnya. Seseorang menghampirinya.
" awak.. jangan lari " pinta pemuda itu. Adhawiyah diam.
" saya nak lalu tadi tapi nampak awak menangis" ujar pemuda itu. Adhawiyah hanya menunduk. Dikuis kuis daun kering ditanah.
" awak ok" soal pemuda itu lagi. Adhawiyah mengangguk.
" apalah salah daun tu.. kenapa dia kuis kuis tanah tu.. kan dah kotor kasut" pemuda itu melutut dihadapannya. Disapu kasut gadis itu yang kotor. Adhawiyah menarik kakinya tapi dipegang kemas pemuda itu.
" ok siap" Dia mendongak. Sempat dia melihat mata gadis itu bengkak sebelum gadis itu memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia dapat menduga bahawa gadis itu tidak baik baik saja. Dia bangun lalu berdiri dihadapan gadis itu.
" saya tak tahu apa masalah awak.. dan apa yang sedang awak lalu dan hadapi.. cuma saya nak awak terus kuat.. dalam dunia ni masih ada orang perlukan awak.. " Pujuk pemuda itu.
" siapa yang perlukan orang macam saya.. orang yang tiada apa apa.. kaya.. tak.. berpengaruh.. tak.. berharta.. tak.. maruah pun dah tergadai" ceritanya. Diseka airmatanya yang bersisa.
" jangan cakap macam tu.. pandangan manusia tak sama.. berbeza beza.. seperti mana manusia Allah jadikan warna kulit.. jenis rambut.. warna mata yang berbeza beza.. macam tu juga hati dan ideologi.. kalau hati semua sama.. dan ideologi yang sama.. tidak lah Allah ciptakan neraka dan dunia ni tak akan berubah.." Adhawiyah hanya mendengar. Dirasakan sedikit tenang.
" bagi awak.. awak seorang yang emah tapi pandangan orang lain.. awak seorang seorang yang kuat.. " ujar pemuda itu.
" saya tak kuat" ujar Adhawiyah yang masih berbaki sebak.
" awak kuat.. kalai awak tak kuat takkan awak ada dekat sini sekarang kan?" Adhawiyah memandang wajah pemuda itu. Dia.. pemuda di kafetaria tadi. Haris Irfan. Ada sebaris senyuman di bibir pemuda itu. Adhawiyah membalas senyuman pemuda dihadapannya.
" saya.. tampak kuat diluar tapi sebenarnya hati saya diri saya dah lama mati.. otak saya dah beku.. kalau dibuar postmortem.. takde apa yang elok.. hancur semuanya. " luah Adhawiyah
" tapi awak cantik di mata saya" Adhawiyah terkesima. Ini pertama kali dia bertemu pemuda itu.. pemuda itu sudah menyatakan ayat ayat manis.
" saya masuk dulu.. nanti supervisor saya cari pula" Adhawiyah meminta diri. Dia berjalan memasuki dewan.

Haris tersenyum sendiri. Terbayang akan raut wajah bersih gadis tadi. Tutur katanya walaupun tegas masih ada sopannya. Alis mata gadis itu terbentuk cantik memikat hati si duda.
" Haris.. tersenyum senyum.. dah kenapa" soal Encik Firdaus yang masuk ke biliknya.
" abi.. bila abi sampai" soal Haris malu
" dari tadi.. abi ketuk pintu tadi.. kamu tak dengar ke.. " soal Encik Firdaus
" hah.. errr.. ermmm" Haris malu alah.
" kamu tersenyun senyum dari tadi.. ada apa apa yang menarik ke" soal Encik Firdaus.
" mana ada.. saja teringat kan Zehra.. dia buat hal semalam.. adoi la.. cepat sangat masa berlalu" Dalih Haris.
" tau pun sebab tu lah Abi dengan Ummi nak kamu kawin.. supaya kamu dan Zehra ada orang jagakan. " ujar Encik Firdaus.
" I will Abi.. i will. " Encik Firdaus tergamam mendengar pengakuan anak sulungnya.
" really.. ish macam tak percaya je.. baru pagi tadi kamu reject purposal abi dengan ummi tiba tak sampai petang my purposal was accepted.. weird.. " usik Tuan Firdaus.
" i don't know but my heart said it's was her.. " ujar Haris.
" siapa dia.. kenal kan dekat ummi dan abi" Encik Firdaus seakan teruja. Manakan tidaknya, pemuda itu sudah lama menduda. Semuanya diurus sendiri. Sayangnya dia pada arwah isterinya tiada hentinya tapi kali ini seakan ada sinar baru buat pemuda itu.
" amboi rancak.. sembang apa entah dua beranak ni" Sampuk Aniq yang baru masuk ke bilik itu.
" Aniq.. Haris in love.. " ujar Encik Firdaus.
" kau biar betul.. siapa.. aku kenal ke.. " soal Aniq yang juga teruja.
" rahsia lah.. aku baru sembang sembang dengan dia.. she's quit strong person.. kasar but dia lembut.. entah lah tak tahu nak describe macam mana but i know it was her.. she's gonna change my entire life. " Haris begitu yakin dengan detak hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience