13

Romance Series 67724

Adhawiyah seperti biasa menjalani rutin kerjanya. Dihantar pesanan ke bilik. Diketuk pintu dihadapannya.
" room service" ujarnya. Pintu itu dibuka dari dalam. Seorang gadis membuka.
" Room service" ujarnya sekali lagi. Dia dibenarkan masuk. Diletakkan makanan uang dipesan tetamu itu dimeja. Wanita itu tampak cantik. Kulitnya mulus. Adhawiyah mahu beredar tetapi matanya tertangkap foto pada sktin komputer riba gadis itu.
" takkan kot" bisik hatinya. Dia beredar.
" hai babe.. miss you so much" teriak gadis itu apabila seorang pemuda berjalan ke arahnya. Adhawiyah tidak mengendahkan pasangan itu. Didalam perjalanannya yang mahu pulang ke restoran dia bertemu dengan Haris yang sedang berbual di telefon. Adhawiyah mempercepatkan langkahnya berharap pemuda itu tidak perasan akan dirinya.
" Adha.. kejap" panggil pemuda itu. Adha resah. Takut kalau kalau ada mata yang memandang.
" cari apa" soal Haris lembut.
" Ada apa Encik Haris cari saya.. " soal Adhawiyah
" dah lunch ?.. sekarang time lunch" soal Haris lagi.
" belum.. " Adhawiyah menjawab.
" Jom.. kita lunch sama sama.. saya takde teman.. " pelawa pemuda itu.
" saya ada kerja yang nak kena settle dulu.. lepas tu baru saya rehat " dalihnya. Dia tidak senang dengan layanan mesra pemuda itu terhadapnya ditempat kerja. Risau akan menjadi bualan orang.
" ala... saya lapar.. lapar.. nak mati dah ni" rengek Haris.
" maaf Encik Haris.. saya memang tak boleh" ujar Adhawiyah kalut kalut beredar apabila melihat kelibat Aniq yang menghampiri mereka. Aniq hanya memandang gadis itu sekilas.
" Eh bro.. jom lunch " ajak Aniq.
" ish kau ni kacau la.. aku baru nak adjust.. " geram Haris.
" siapa.. minah tu.. " Aniq bernada sinis. Haris mengangguk. Aniq tersentak.
" serius la.. kau suka dia" soal Aniq. Nadanya dikuatkan.
" ha ah.. that's her.. aku suka dia.. " Aniq semakin galau. Cara pandangan Haris terhadap gadis sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia benar benar berhasrat.
" dia.. apa ada dekat dia.. biasa je pun tak de yang istimewa.. nak kata cantik tak pun.. bergaya.. ermm jauh lagi.. macam makcik makcik adalah" Haris menguatkan nadanya. Dia tahu Adhawiyah mendengarnya. Adhawiyah kecewa. Dirinya begitu buruk dimata pemuda itu Dia tahan airmatanya dari mengalir.
" kau sedar diri Yah.. kau tu kucing kurap tepi jalan" bisik hatinya
" Aku rasa Fiza lagi cantik.. Ummi pun suka dia.. kalau yang ini memang ummi reject" Aniq tertawa yang dibuat buat.
" kau suka dia kau amik lah.. aku dengan pilihan aku.. aku nak dia" Tegas Haris.
" dia.. kalau takat nak buat teman boleh la.. nak buat bini.. tak setaraf bro.. " ujar Aniq. Adhawiyah sudah tidak dapat menahan geram dihati. Dia menghampiri dua pemuda itu
" Haris.. tadi Haris ajak Adha lunch kan.. jom lah.. Adha lapar" pelawa gadis itu lembut. Haris terkesima. Dia mengekori gadis itu dengan hati berbunga. Aniq mula membara.
" Sial kau Adha.. " marahnya

Adhawiyah menguis nguis nasi didalam pinggannya. Seleranya seakan mati. Kata kata Aniq sebentar tadi satu penghinaan baginya.
" Adha.. kenapa tak makan.. kesian nasi tu tunggu nak masuk mulut awak je" ujar Haris. Ditatap wajah genit itu semahunya.
" kenyang.. " ujar Adhawiyah sambil tersenyum.
" Awak terasa ke dengan kata kata Aniq tadi" soal Haris.
" takde lah.. memang betul pun apa yang dia cakap.. saya ni hanya orang biasa tak setanding awak.. kita tak boleh jalan bersama" ujar Adhawiyah.
" awak.. awak.. saya tak kisah semua tu.. bagi saya.. kita semua sama.. warna darah kita sama.. kita juga dijadikan dari seketul tanah.. mati kita tetap dikuburan yang ukuran dan kain kapan yang sama.. " ujar Haris panik. Takutnya dia akan kehilangan gadis itu.
" tapi awak tak tahu kisah hidup saya.. awak tak kenal saya dan awakt tak tahu asal usul saya.. lagipun orang macam awak ramai yang menanti.. " Adhawiyah cuba menjauhkan diri.
" Awak janganlah fikir bukan bukan.. bagi saya awak terima saya seadanya saya itu sudah cukup.. awak ikhlas terima saya saya dah berasa lega. " Haris tidak mahu mengalah. Aniq yang datang entah dari mana tiba tiba duduk disebelah Haris.
" Aku mengganggu ke.." soal Aniq. Haris seakan kecewa kerana kehadiran orang ketiga dalam perbincangan tersebut.
" Kau sana.. pergi sana.. aku baru nak masuk jarum" bisik Haris.
" hah.. ish kau" Aniq seakan tidak setuju.
" saya sudah punya pilihan hati" ujar Adhawiyah tenang. Aniq dan Haris tersentak dengan kenyataan gadis itu. Adhawiyah memandang Aniq tenang. Disembunyikan duka dihatinya kerana kata kata sinis pemuda itu..
" awak dah ada boyfriend?" soal Haris inginkan kepastian. Aniq tersenyum bangga. Dirasakan gadis itu bermaksud akan dirinya.
" dia bukan boyfriend saya tapi saya suka dia.. cuma dia tak tahu yang saya sayang dia" ujar Adhawiyah. Matanya tetap menatap Aniq yang duduk dihadapannya. Mata mereka bertentang. Aniq yang sedari tadi tersenyum tiba tiba berubah. Dia cuba memahami maksud kata kata gadis tersebut. Direnung gadis itu dalam dalam namun gadis itu cepat mengalihkan pandangannya.
" jadi awak masih mengharapkan dia" soal Haris kecewa.
"saya tak terlalu mengharap... saya tak rasa dia punya rasa yang sama.. lagipun dia juga dari keluarga baik baik.. enggang dengan pipit takkan terbang bersama kan" matanya kembali memandang Aniq. Aniq mengeluh berat. Kali ini dia pula yang mengalihkan pandangannya ke arah lain.
" awak tak cuba bagitahu dia" soal Haris.
"saya rasa dia tahu.. tapi kalau dia tak pun biar lah.. saya yang kena sedar diri" balas Adhawiyah.
" layanan dia hanya sebagai kawan biasa saya yang lebih lebih.. dia dah ada buah hati" Aniq tergamam. Dia merasakan ayat itu ditujukan kepadanya. Sakit.. terasa sakit dihatinya.
" Owh.. habis tu takkan awak nak tunggu dia" Adhawiyah hanya diam. Dia tidak punya jawapan untuk itu.
" Kau pun takkan nak harapkan dia.. kau boleh cari yang lebih lagi dari dia" Ujar Aniq. Adhawiyah tergamam.
" tapi tak salah kalau cubakan" ujar Haris.
" buang masa je lah.. berlambak lagi perempuan.. bukan dia sorang.. yang dia ni pun satu bodoh.. dah tahu tu boyfriend orang yang boleh ada hati tu kenapa.. macam dah pupus jantan dalam dunia ni" Aniq memerli.
" bab hati takde siapa boleh jangka.. kalau ikutkan saya mulanya benci dia.. sebab dialah hidup saya porak peranda tapi dia tak pernah tinggalkan saya walau apa pun keadaan.. dia sentiasa dengan saya.. walaupun perangai dia nauzubillah hi min zalik.. tapi dia ada satu karekter yang buat saya jatuh hati.. he never judge person.. siapa pun orang tu apapun kehidupan orang tu dia tetap bergaul selagi mana dia selesa.. layanan dia dekat saya.. itu yang buatkan saya jatuh hati.. dari saya benci sampai saya cinta dia.. awak faham ke.. awak tak faham kan.., " Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" tapi dia dah punya girlfriend kan" Aniq cuba memerangkap.
" ya.. sebab tu saya hanya diam.. cukup hanya sekadar teman.. " balas Adhawiyah lagi
" teman atau pun kau tu yang sangap jantan" Nada Aniq meninggi.
" terpulang lah dekat awak nak fikir apa..saya sebolehnya mahu jauhkan diri.. tapi dia tetap juga datang jumpa saya.. what should I do.. dia datang pada masa yang tepat.." Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" kau bagi je lah tahu awek dia.. kan senang" Aniq berbahas lagi.
" first.. saya tak kenal siapa awek dia sebab kami tak pernah jumpa.. second saya taknak sebab saya dorang bergaduh... third.. saya tak nak kehilangan kawan saya kalau dia tahu saya mengadu hal tentang dia.. sebab dia lah satu satunya kawan yang ada masa susah senang saya... saya cuma nak dia faham.. jangan bagi saya harapan lagi kalau dia tak boleh lunaskan itu saja" nada Adhawiyah bergetar.
" ish korang ni apa gaduh gaduh ni.. staff semua tengok tau tak" ujar Haris yang cuba meleraikan.
" kau tu yang tak boleh move on.. bodoh" herdik Aniq.
" ya saya tahu saya bodoh.. tapi salahkah saya suka pada dia.. salahkah saya memendam rasa sendiri.. saya cuma nak bahagia.. salah ke.. kenapa nak mainkan perasaan saya kalau dah takde rasa yang sama dengan saya.. kenapa dia harus buat saya terus mengharap " Airmata gadis itu mula mengalir.
" ah.. karut semua tu.. cinta.. puihhh.. " ujar Aniq.
" Ish dah lah.. Awak nanti saya call awak ok.. awak tenang dulu.. pasal kita sembang tadi awak jangan fikirkan sangat ya.. Jom Aniq.. nanti abi cari" Haris menarik Aniq beredar.
" kau.. kau.. " Aniq masih tidak berpuas hati.
" Aniq sudah.. " tegur Haris. Dua pemuda itu keluar dari kafetaria. Adhawiyah mengesat airmatanya. Telefonnya berbunyi. Mesej yang diterimanya dibaca

KAU JANGAN MIMPI KAU BOLEH BAHAGIA TANPA AKU.. KAU HAK AKU MILIK AKU.. KAU JANGAN BERANI LARI DARI AKU.. INGAT HUTANG KAU MASIH BELUM BERBAYAR.. SELAGI MANA HUTANG TU BELUM DILUNASKAN AKU TUAN KAU.. NASIB KAU DITANGAN AKU.

Adhawiyah menahan sebak. Sedih kecewa berbaur. Dia bergegas keluar dari kafetaria lalu mendapatkan dua pemuda itu.
" Haris.. " Panggilnya. Dua pemuda itu berpaling.
" Terima kasih sebab faham situasi saya.. " ujanya. Haris tersenyum.
" tapi.. apa yang kita bincangkan tadi..." Adhawiyah mengumpul kekuatan untuk berkata kata.
" eh takpe takpe.. awak amik lah masa untuk fikir.. saya no hal.. sebab hati tu milik awak.. saya tak boleh paksa" Ujar Haris
" oh god.. drama apa korang buat ni" tempelak Aniq.
" boleh awak bagi saya peluang.. " ujar Adhawiyah. Aniq kaku. Dia mahu tahu. Wajahnya sudah tidak setenang tadi.
" peluang?? peluang apa" soal Haris
" peluang untuk kenal awak.. macam Aniq kata tadi.. saya bodoh sebab tak move on.. then saya agree dengan dia.. saya rasa saya patut ambil langkah dulu.. saya patut beri peluang untuk orang lain masuk dalam hati saya then that person is you.. " ujar Adhawiyah. Dipandang tepat wajah pemuda dihadapannya.
" Adha.. awak tak main mainkan" ujar Haris gembira. Aniq sudah membara. Dia raut wajahnya kasar.
" saya serius.. would you be my boyfriend " ujar Adhawiyah.
" yes.. of course.. " Haris bersorak gembira tapi tidak Aniq. Hatinya dirobek sehingga lumat. Mahu saja di hancurkan bangunan itu jika amarah dihatinya dapat dihapuskan.
" thanks Adha thanks.. " Ucap Haris. Adhawiyah tiba tiba memeluk pemuda itu erat dan pelukan itu dibalas Haris. Aniq semakin membara. Andai saja bisa di kerat kerat manusia dihadapannya sudah dia lakukan tapi apakan daya dia hanya mampu memendam. Hatinya menangis sayu.

Haris tersenyum dari tadi. Aniq masih mencuka. Hatinya tidak tenang. Dirasakan manusia yang berada disebelahnya itu seakan musuh besarnya.
" kau rasa aku dengan Adha boleh bertahan lama tak" soal Haris. Aniq memandang pemuda di sebelahnya geram
" kalau kau tahu korang takkan bertahan lama kenapa kau putuskan untuk bersama dia.. " nada Aniq tegang.
" aku bukan tak yakin.. tapi aku takut dia terima aku.. dia hanya nak bersama aku sebab nak lupakan lelaki tu.. " Haris yang dari tadi tersenyum menarik muka kelat.
" mana lah aku tahu.. sebab tu aku nasihatkan jangan.. tapi kau bebal.. " Aniq menghasut.
" aku nak cari siapa lelaki tu.. aku nak tengok dia macam mana rupa.. sakit pula hati aku" marah Haris. Aniq hanya diam.
" siapa jantan tu" bisik hatinya

Laila melihat album gambar yang lama. Dia cuma melihat kenangan lama. Gambarnya bersama dua lagi rakan karibnya ditatap sayu. Diusap satu persatu wajah yang dirinduinya.
" zah.. anak awak membesar dengan baik... rupa dia saling tak tumpah macam awak Zah" Airmatanya menderu laju.
" Bunda kenapa ni" soal Diana. Dipangku anak kecil yang baru dilahirkannya sebulan yang lalu.
" takde apa.. Bunda cuma rindukan sahabat sahabat bunda... Sarah mana" soal Laila.
" dah tidur Bunda.. " Diana membelek album iti satu persatu.
" Ini siapa bunda" soal Diana.
" owh ini Zahirah.. ibu Adha.. ini Izzudin.. ayah Adha.. Ini arwah suami bunda.. ini arwah kawan kami.. Kamila.. ini suaminya.. "kami bertiga kawan baik.. kami selalu keluar bersama sampai suami suami kami dah masak dengan perangai kami. " tawa Laila berderai.
" ini siapa" soal Diana lagi
" ini Adha.. " Laila tersenyum
" ini.. " soal Diana lagi
" ini anak Kamila.. sekarang dia duduk dengan ayah dia.. " Jelas Laila.
" nama apa" soal Diana terus terusan. Laila terus menutup album tersebut.
" Diana.. Emir ada call" soal Laila
" ada semalam.. katanya minggu depan dia balik" ujar Diana. Laila hanya mengangguk.
" Diana.. bunda harap Diana takde simpan dendam dengan Adha.. Bunda rasa dalam hal ni Adha tak bersalah" ujar Laila
" tapi bunda kenapa dia nak taruh harapan lagi dekat Emir sedangkan dia tahu Emir tu suami Diana" Balas Diana tegas.
" kita tunggu Adha balik.. kita dengar penjelasan dari Adha pula.. lagipun dah terbukti semua tu salah Kahar... Emir dah dibebaskan.. Apa lagi yang tak kena.. " Laila seakan sedih.
" Bunda.. bunda tak adil tau tak.. apa saja berkaitan dengan Adha semuanya baik.. Bunda tak kisah dengan apa yang berlaku pada Diana.. " bentak gadis itu dan berlalu pergi. Laila terkesima. Tanpa disedari gadis itu memendam perasaan. Laila mengeluh berat.

Adhawiyah hanya mengikut ke mana saja Haris membawanya. Walaupun dia cuba untuk bergembira namun hatinya tidak menafikan bahawa dia tidak gembira.
" Adha.. Adha ada nak ke mana mana? " soal Haris lembut.
" kita ke pantai boleh.. " pinta Adhawiyah
" hah.. pantai.. jauh tu.. Haris ada urusan kejap lagi.. . tapi takpe.. Haris bawakan" ujar Haris.
" hah ya ka.. takpe takpe kita pergi lain kali. " Adhawiyah sedikit kecewa.
" apa kata kita pergi menara.. boleh tengok view cantik" pelawa Haris.
" takpe lah.. kita balik je.. Ahda dah penat sebenarnya seharian berjalan" balas Adhawiyah sopan. Dia tidak mahu pemuda itu tersinggung kerana keinginannya.
" Awak ok ke.. " soal Haris lembut. Jari jemari gadis itu digenggam erat.
" saya ok.. " Adhawiyah memaksa dirinya untuk tersenyum.
" ok lah kalau macam tu.. kita balik ya" Haris mengenggam erat jari gadis itu sambil memandu. Adhawiyah hanya memandang keluar jendela. Dia terasa kosong.

" esok ada kelaskan" soal Haris.
"pukul sepuluh" ujar Adhawiyah.
" esok saya amik awak ok" pelawa Haris. Adhawiyah hanya mengangguk. Dia berjalan menuju ke lif. Dilepaskan keluhan berat. Dia tidak mahu menipu dirinya bahawa hatinya tidak terbuka kepada pemuda itu. Hatinya hanya untuk pemuda bernama Aniq Imran. Tapi apakan daya dia sudah tersilap langkah.

Diletakkan barangannya ke dalam bilik. Dia berbaring dikatilnya. Fikirannya kosong. Apakah khabar pemuda bernama Aniq itu. Sudah hampir lima bulan dia tidak menemui pemuda itu. Dikolejnya juga pemuda itu seakan mengelak darinya. Dia akui dia amat merindui pemuda berwajah ketat itu. Dadanya terasa sebak. Dicapai telefonnya lalu menelefon pemuda itu tapi tetap sama sejak lima bulan lalu.. taliannya tidak dijawab.
" Adha.. " panggil Hajar. Dia bangun lalu membuka pintu biliknya
" malam ni kami ada birthday celebration.. birthday Alina.. Adha nak pergi tak" pelawa Hajar.
" tak pe lah.. Hajar duduk rumah je" tolaknya
" jom lah.. " pujuk Hajar
" esok Adha ada kelas esok" Dia menolak lagi.
" Aniq ada " Adhawiyah tersentak.
" kenapa dengan dia.. " soal Adhawiyah ralat
" eceh eceh.. Adha ingat akak tak tahu ke" soal Hajar.
" apa.. apa kena mengena dia dengan Adha" Adhawiyah malu.
" Adha.. akak tahu lah korang ni masing masing ego.. cuma akak tak tahu kenapa Adha pilih si Haris tu.. " Jelas Hajar.
" kenapa dengan Haris.. " soal Adhawiyah
" Haris tu duda anak satu.. Adha tahu tak" soal Hajar.
" tahu.. kenapa dengan duda" soal Adhawiyah ingin tahu.
" takpe lah.. nanti Adha sendiri akan tahu kenapa.. akak tak nak jadi punca korang bergaduh.. tapi akak nak nasihatkan Adha.. kalau rasa tak gembira baik berundur selagi hubungan korang tak jauh.. " pesan Hajar. Adhawiyah kehairanan.

Share this novel

bellachumel
2023-10-31 19:02:26 

Next chapter pliss ??


NovelPlus Premium

The best ads free experience