16

Romance Series 67724

Adhawiyah membisu. Dingin penghawa dingin kereta pemuda itu meredakan rasa sakit diperutnya. Diletakkan tangannya diperutnya. Terasa lega. Aniq membuka laci keretanya dicari cari sesuatu.
" nah" dihulurkan pek pemanas kepada gadis itu.
" untuk apa" soal Adhawiyah.
" letak dekat perut tu.. " suruhnya. Adhawiyah hanya mengikut.
" mana awak dapat ni" soal Adhawiyah. Dia kehairanan kerana kereta pemuda itu ada tersimpan benda benda sebegitu.
" beli la.. Sharmine kalau sengugut dia selalu letak benda tu dekat perut.. so memang aku standby lah benda ni.. tapi sekarang benda ni untuk kau pula.." ujar Aniq.
" nah ambil balik saya tak nak" diletak pek pemanas itu keatas dash board.
" apasal pula" Aniq kehairanan.
" sebab itu yang Sharmine.. bukan yang saya.. saya tak nak guna barang orang" ujar Adhawiyah. Dipandang pek pemanas itu.
" Untung kau Sharmine dapat lelaki sebaik dia" bisik hatinya
" ni saya baru beli.. dia tak sempat guna pun.." jelas Aniq.
" tapi tetap untuk dia" ujar Adhawiyah.
" aku beli untuk kau.. aku stand by je aku takut la kau senggugut teruk pula nanti.. aku dah terbiasa .. kalau bukan kau yang guna mungkin orang lain akan guna.. janji perempuan.. orang lelaki mana ada guna" balas Aniq.
" tak pe saya ok " balas Adhawiyah.
" kau ambil letak dekat perut kau.. ke kau nak aku letakkan" Aniq memberi kata dua.
" tak perlu.. saya tak nak jadi bayang sesiapa.. kalau awak nak bagi guna biarlah orang lain.. bukan saya" Adhawiyah meluah rasa.
" kau cemburu" soal Aniq sambil tersenyum
" saya..cemburu.. lamberttttt lagi" dalihnya. Andainya pemuda itu dapat melihat hatinya semestinya dia tahu rasa yang terpendam didalam hati gadis itu.
"tapi kan aku ada bau.. bau cemburu" seloroh Aniq.
" jangan perasan ok" dalih Adhawiyah. Dia menoleh keluar. Pandangannya dilepaskan keluar jendela kereta. Tiba tiba dirasakan ada tangan lain diperutnya. Dia terperanjat.
" awak nak buat apa ni" tempiknya.
" saya beli ni kelmarin.. saya tahu awak uzur.." ujar Aniq lembut. Adhawiyah tersentak.
" mana awak tahu.. awak skodeng saya ke" soal Adhawiyah cuak.
" tak.. kau ingat aku ni pervert ke" nadanya tinggi seoktaf.
" habis tu.." soal Adhawiyah.
" malam yang kita ke pantai.. aku nampak ada pad dalam beg kau.. aku bukan check beg kau ya.. aku nak alih nak bagi kau selesa sebab kau tidur tiba isi dalam beg kau terjatuh.. so aku agak lah yang kau uzur.. tu yang aku standby benda ni" jelas Aniq
" saya saja standby.. takut uzur tiba tiba" dalih Adhawiyah. Aniq tertawa.
" ye aku jantan.. tapi aku bercinta dengan perempuan.. bukan jantan" seloroh Aniq apabila melihat wajah gadis itu kemerahan menahan malu.
" pegang ni..ke kau nak aku usap perut kau" usik Aniq. Adhawiyah menepis tangan pemuda itu. Dipegang pek pemanas itu lalu ditekan tekan ke perutnya.
" tadi pun ada pad kau.. siap ada panadol menstural" tawa Aniq berderai. Adhawiyah semakin malu.

Aniq memberhentikan keretanya diparkir di basement apartment gadis itu. Adhawiyah mengambil begnya dan mahu keluar. Tangannya dipegang pemuda itu. Adhawiyah terkejut.
" berhenti berpura pura boleh" soal Aniq. Adhawiyah duduk kembali. Dilepaskan tangan pemuda itu.
" apa maksud awak" soal Adhawiyah kehairanan.
" saya tahu awak tak happy dengan Haris... dan saya tahu awak sedih dengan layanan ummi tadi.. jangan pura pura kuat Adha" ujar Aniq lembut.
" saya happy dengan Haris.. pasal ummi tadi saya tak ambil hati pun.. saya sedar diri.. dan saya yakin saya dapat tambat hati dia nanti" jelas Adhawiyah.
" dia ummi saya.. saya tahu perangai dia.. awak takkan dapat tambat hati dia.. tengok arwah kak linda.. even dia dah meninggal ummi masih berdendam.." balas Aniq. Kedengaran gadis itu mengeluh berat.
" saya tak nak awak terluka dan disakiti lagi" digenggam jari gadis itu kemas. Entah apa yang melanda hatinya, airmatanya yang ditahan dari tadi mengalir. Menitis satu persatu.
" hina sangat ke saya.. salah ke saya jadi anak yatim.. buruk sangat ke anak yatim pada pandangan manusia." luah Adhawiyah.
" tak.. awak tak salah.. yang salah orang yang pandang awak buruk dan hina awak.." Aniq cuba memujuk.
" tapi kenapa saya rasa berat sangat beban kehidupan saya.. Emir curang dengan saya.. saya dihina bila orang dapat tahu saya bertunang dengan Emir.. pakcik.. gunakan saya untuk kepentingan dia.. diungkit jasa dia jaga saya.." luah Adhawiyah.
" sebab dorang tu bodoh.. dorang tu buta.. dorang bangga dengan kehidupan dorang.. sedangkan kita ni semua sama.. apa yang ada dengan kita hanya pinjaman" ujar Aniq.
" habis awak.. awak.. pun sama.. mainkan perasaan saya.. layan saya macam saya tak punya punya perasaan.. " luah Adhawiyah. Aniq menarik tangannya. Dia bersandar pada kerusinya. Diraup wajahnya kesal.
" saya minta maaf.. saya cuma keliru dengan perasaan saya.. saya sayangkan Sharmine... tapi dalam masa yang sama saya tak nak kehilangan awak.." Dipandang wajah gadis itu sayu.
" awak anggap saya ni apa.. pelepas kesunyian awak.. awak kecewa dengan Sharmine.. awak jadikan saya sasaran macam tu.. " nada gadis itu tegas.
" tak bukan macam tu.. saya cuma tak tahu tentang perasaan saya.. saya tak tahu nak huraikan.. tapi cukup kalau awak tahu saya ikhlas dengan awak.. saya tak nak kehilangan awak.. saya sakit bila tengok awak menangis.. saya sakit bila tengok awak dengan orang lain.. hati saya turut sakit bila awak disakiti.. saya tak pernah rasa macam ni.. " ujar Aniq
" sebab apa awak nak rasa macam tu.. Awak dah ada Sharmine.. jadi tak perlu awak nak rasa macam tu.." Adhawiyah juga cuba menidakkan perasaannya sendiri.
" Saya dengan Sharmine... entah lah saya pun tak tahu.. ya dia memang ada datang untuk kembali semula dengan saya.. memang saya masih sayang dia.. tapi sayang saya pada dia dah tak macam dulu.. hambar.." luah Haris.
" kenapa.. bukan ke sepatutnya awak gembira dia nak balik semula dengan awak" soal Adhawiyah. Dia cuba memahami perasaan pemuda itu.
" entah.. saya tak tahu.. tapi dengan apa yang terjadi saya tak rasa yang kami boleh get back semula.. " ujar Aniq
" awak ni dah kenapa.. bukan ke awak kata awak sayang dia.. bukan ke awak pun harapkan dia kembali" soal Adhawiyah lagi
" dia curang dengan saya.. curang yang bukan sekadar curang.. dia tidur sebilik dengan kawan baik saya.. kalau awak nak terima lagi ke" nada Aniq keras.
" habis saya.. saya pun bekas orang Aniq.. Emir dah tebuk saya.. " Adhawiyah tidak mahu mengalah.
" tapi itu bukan kerelaan awak.. awak dirogol.. dia suka sama suka.. dua perkara berbeza" nada Aniq tinggi seoktaf.
" tapi kami tetap bangkai Aniq Imran.. dia mungkin sudah buat kesilapan dan dia menyesali.. tak salah kalau awak bagi dia peluang untuk berubah.. " Balas gadis itu.
" dia dah jadi bangkai baru nak cari saya... nak balik semula dengan saya" Sinisnya
" tadi awak kata awak sayang dia.. tiba dia nak balik semula awak tak nak.. apa awak ni.. " marah Adhawiyah.
" kau takkan faham.. kau tu..dah Emir nak balik dengan kau kenapa kau tak nak" marah Aniq. Suasana didalam kereta tegang.
" dia lain.. dia dah buntingkan anak orang.. awak nak suruh saya pejam mata ke.. awak rasa saya happy dengan perbuatan dia" tengking Adhawiyah. Hatinya dicarik carik tatakala mengingatkan peristiwa itu.
" hah macam tu juga dengan aku... aku tak boleh terima yang tebuk dia kawan baik aku.. yang rasmi dia kawan baik aku.. kau faham tak.. " tengking Aniq.
" tapi dia dah mengaku salah kan.. " Adhawiyah masih tidak mahu mengalah.
" ya... aku dah maafkan dia tapi untuk terima dia.. aku ralat.. " nada Aniq kendur. Dia memandang gadis disebelahnya. Wajah gadis itu seakan memberinya ketenangan.
" awak.. boleh tak kita stop cakap pasal ni.." nadanya kembali lembut.
" awak masih sayang dia.. tak salah kalau bagi dia peluang.. saya dan Emir.. kisah kami dah terkubur lama.. dan saya tak pernah mengharapkan dia untuk kembali... kisah kita berbeza Aniq Imran.. awak masih sayang dia dan mengharap dia kembali.. saya dah lama kuburkan kisah kami" ujar Adhawiyah.
" awak.. jangan paksa saya untuk terima dia" rayu Aniq
"saya tak paksa tapi itu yang awak mahu" Adhawiyah mengingatkan.
" tapi saya nak awak.. saya nak awak disisi saya bukan dia" Aniq masih menagih peluang.
"maaf saya tak boleh.. " tolak Adhawiyah
" sebab apa.. sebab kau sayang lagi jantan tu.. atau sebenarnya kau suka diperlaku macam tu.. kau minta dia buat macam tu tapi sebab dia hilang kau tuduh dia rogol kau macam tu" Aniq mula hilang kesabaran. Baginya gadis itu seakan mempermainkannya.
" awak jangan tuduh saya bukan bukan.. saya bukan perempuan murahan" marah Adhawiyah.
" habis tu kenapa kau susah sangat nak bagi aku peluang.. apa salahnya aku.. apa kurangnya aku.. kau tak nampak ke keihklasan aku dekat kau.. layanan aku dekat kau.. kau buta ke" Aniq mula mengungkit. Adhawiyah tersenyum sinis.
" ya saya nampak. tapi tak ubah sebagai seorang hamba kepada tuannya.. " Aniq seakan tertampar dengan kata kata gadis itu.
" dari awal perkenalan kita awak hanya minta saya anggap awak sebagai tuan saya.. pemiutang saya.. jadi saya tak mengharapkan apa apa.. walaupun adakalanya kita punya rasa yang sama.. tapi awak rentap perasaan saya contoh macam sekarang.. dengan mudah awak buat tuduhan" Airmatanya mengalir laju.
" aku... aku minta maaf.. aku tahu aku lancang dalam berbicara" Aniq gugup. Rasa bersalah mula bersarang dihatinya.
" tak perlu minta maaf.. saya sedar.. saya tak punya tempat dalam dunia ni.. kegembiraan bukan milik saya apatah lagi nak bahagia" Adhawiyah mengesat airmatanya.
" salah aku... aku tak patut cakap macam tu" Ujarnya kesal. Adhawiyah diam. Dia teresak esak. Hatinya luluh.
" awakk.. saya mengaku salah saya.. awak.. saya minta maaf" Aniq mengenggam jari gadis itu. Diletakkan mukanya kepaha gadis itu. Dia menangis semahunya keterlanjuran kata katanya telah mengguris hati gadis itu.
" saya tak minta banyak.. saya nak awak percayakan saya dan jangan fikir yang bukan bukan tentang saya.. itu saja.. itu pun susah saya nak dapat" Ujar Adhawiyah teresak esak.
" kenapa susah sangat saya nak gembira" luahnya lagi.
" awak.. saya percayakan awak.. maafkan saya.." Aniq mengesat airmata gadis itu.
" awak bagi saya peluang.. saya janji saya akan gembirakan dan bahagiakan awak" Aniq merayu. Dipeluk gadis itu erat.
" maaf Haris dah isi kekosongan itu" ujar Adhawiyah. Aniq menjarakkan badan mereka.
" awak.. " Aniq kecewa.
" maaf saya tak nak lukakan hati dia.. " Adhawiyah melepaskan genggaman pemuda itu. Dia cuba menutup hatinya untuk pemuda bernama Aniq Imran. Dirasakan harapan untuk dia bersama pemuda itu tiada.
" tapi kau tahu kan kau takkan bahagia dengan dia" Nada Aniq kembali tegang.
" ya saya tahu.. sekurang kurangnya dia tak cerca saya macam mana awak dan yang lain" ujar Adhawiyah. Adhwiyah keluar dari kereta itu dengan tangisan yang berbaki. Aniq menjerit geram didalam kereta.

Hajar memeluk gadis dihadapannya. Dapat dia rasakan derita gadis itu.
" akak tahu Adha kuat" nasihat Hajar.
" Adha tak kuat kak.. Adha dah tak boleh hadap dah semua ni.. Adha penat.." Luahnya.
" Adha rehat.. jangan fikir apa apa lagi.. " nasihat Hajar.
" Apa salah Adha.. kenapa orang benci Adha" soalnya. Dia semakin keliru dengan kehidupannya. Apakah dia bersalah kerana wujud di dunia ini.
" sebab Adha istimewa.. Adha ada apa yang orang lain tak ada.. hati.. hati ada yang tulus.. itu yang orang lain tak ada" ujar Hajar. Dipeluk gadis itu erat. Adhawiyah masih teresak esak.

" sakit lah..." rungut Aniq apabila kepalanya di tampar dari belakang.
" apa awak buat dekat Adha.. kenapa awak sakitkan hati dia" marah Hajar.
" apa yang saya dah buat.. dia yang pilih jalan tu.. saya nak cakap apa lagi" Aniq membalas.
" awak.. kalau betul awak sukakan dia awak patut tambat hati dia bukan sakit kan hati dia.." marah Hajar.
" dia dah ada Haris.. tak perlu saya masuk campur lagi.. " balas Aniq acuh tak acuh.
" habis awak nak pendam saja ke.. nak biarkan dia Adha jatuh ke tangan Haris.." soal Hajar.
" dia yang nak.. biar lah.. takkan saya nak paksa" soal Aniq.
" hati awak.. lagipun takkan awak nak tengok dia dilayan Adha macam mana dia layan Linda.. Ummi awak.. awak tahukan dia macam mana.. Apa Haris buat bila Linda kena herdik.. awak nak dia dilayan macam tu" marah Hajar.
" dah dia yang nak.. apa yang saya boleh buat... perasaan saya.. biarlah lama lama hilang lah" dia seakan kecewa. Hajar menggeleng.

Adhawiyah duduk di kafe menanti Maira yang sedang membeli juadah. Dilukis pada bukunya untuk menghilangkan resah hatinya.
" dah sampai.. nah.. ni awak punya..." Maira menolak piring berisi sepotong kek arah gadis itu. Adhawiyah mula menjamah. Perlahan lahan. Seleranya seakan mati.
" awak ok tak ni" soal Maira. Adhawiyah mengangguk perlahan.
" apa cerita hari tu" soal Maira
" cerita apa" soal Adhawiyah
" bukan awak pergi rumah Haris ke.. so apa cerita" soal Maira
" tak ada apa yang menarik.. sembang.. makan then balik" Ujar Adhawiyah.
" eeiiii bosannya.. tapi reaksi parents dia.." Maira semakin ingin tahu.
" biasa je.. awak nak macam mana.. bentang karpet kuning.. bentang karpet merah.. ada band sambut" tawa Adhawiyah
" tak lah macam tu.. atleast ok ke..," Nada Maira seakan merajuk.
" ok je.. biasa je.. baik je.. saya selesa" tipunya. Dia tidak mahu berterus terang takut kalau kalau Maira menyinga.
" ermmm... bosan... on next story.. dah dapat dah praktikal" soal Maira.
" dapat dah... dekat Kbs.. tapi Negeri Sembilan" jelasnya
" weiii bestnya... tapi kenapa jauh sangat.. saya dekat akademi sukan dekat Selangor ni je.." rengek Maira.
" tukar.." ajak Adhawiyah.
," amboi.. awak ingat macam kek ni ke boleh tukar tukar.. " Ujar Maira.
" ala.. " rengek Adhawiyah.
" takut rindu lah tu.. rindu bila berjauhan.. terasa sakit.. hidup umpama pungguk rindukan bulan.. bak kata pepatah makan kenyang.. mandi tak basah tidur tak lena...oh... Haris" Maira mula berdrama.
" banyak lah awak.. tak saya bukan apa.. saya risaukan Bunda..lately ni dia macam tak sihat. Asyik termenung... saya susah hati tengok dia" Adhawiyah meluahkan rasa gusarnya. Laila yang dilawatinya beberapa hari lalu seakan tidak bermaya. Tampak kurus dan cengkung. Wanita itu tidak seperti selalunya. Ceria dan suka berbual.
" sakit ke" soal Maira.
" tak tahu.. saya tanya dia kata tak" balas Adhawiyah.
" eh awak tahu tak Emir dah keluar.. katanya dia didapati tidak bersalah" ujar Maira.
" ya saya tahu.. saya yang tarik kes tu.. Dia buat dakwaan kata kami suka sama suka.. dia jadikan pakcik saya alibi dia" Maira tersentak.
" kenapa awak bodoh sangat" Marah Maira
" saya tak de bukti mengatakan dia rogol saya.. semua saksi dan bukti cukup untuk membuktikan dia tidak bersalah" jelas Adhawiyah.
" macam mana boleh jadi macam tu.." soal Maira.
" awak lupa ke dia siapa.. bila ada duit.. harta.. petik jari je.. semua jalan.. yang tak bersalah boleh jadi salah.. yang bersalah boleh jadi tak salah.. awak fahamkan" Ujar Adhawiyah.
" ada harta dan pangkat.. undang undang pun boleh dibeli.. geramnya saya.. Awak.. sabar ya.. Allah akan balas setiap perbuatan dia dekat awak" Maira memeluk sahabatnya erat. Tiba tiba pakaiannya basah disirami air.
" Hei.. apa ni.. Diana.. kau dah gila ke" marah Maira.
" kau sepatutnya tanya kawan kau ni.. dia yang dah gila agaknya.. gila jantan" Tempelak Diana.
" apa maksud awak" soal Adhawiyah bingung.
" kau tak boleh ke terima hakikat yang Emir tu suami aku" marah Diana.
" ya saya tahu dia suami awak.. jadi apa kena mengena dengan saya..." soal Adhawiyah
" apa kena mengena kau tanya.. kau goda dia lagi kenapa.. kau kacau dia lagi untuk apa.. kau nak balas dendam dekat aku.. kau kecewa dia tal kawin dengan kau.. sebab tu kau nak jadi jalang " Marah Diana. Adhawiyah masih bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience